Followers

October 2, 2012

Kursus Kahwin

Alhamdulillah.
Kursus kahwin settled. Lega.

Dulu konon konon nak pergi kursus kahwin dengan mantan kekasih, tapi bila ditinggalkan aku macam, 'Tak apalah tunggu kekasih seterusnya'. Amboi kemain kekasih seterusnya.

Bila dah kenal Adli, baru tahu semasa beliau di ATMA segala kursus telah beliau hadiri dengan jayanya temasuklah kursus haji. Rasa sangat tak best sementelahan aku rasa biar sama sama pergi kursus, biar input ilmu itu sama sama dapat. Tak pergi sama pun sekurang kurangnya dia pergi kursus kahwin dalam masa terdekat ni. Bukan lima tahun lepas! Masa tu aku suspect beliau tidur di dalam kursus tersebut. Come on lah, baru tahun pertama ke kedua entah tiba-tiba kena attend kursus kahwin. Mengorat pun tak lepas ada hati nak berkursus kahwin. Eh.

Nasib baik kursus kahwin ni valid seumur hidup kan? Ni kalau Adli baca ni mesti beliau tersenyum menang.

Dan kerana itu aku jadi menggelabah kerana kemungkinan berkursus seorang diri adalah tinggi. Macam mana ni nanti kalau aku gelak mesti gelak sorang sorang. Padan muka kau padan muka. Nasib baik Ifa sudi menemani aku walaupun beliau lambat lagi bernikah. Thanks Ifa :')

So we decided on 29th Sept as our kursus kahwin. Gigih aku cari review tentang kursus kahwin di KL.
Akhirnya aku pilih sini.




Sebelum pergi kursus kahwin, apa yang aku fikir mesti boring. Dua hari kowttttt gila boring.
Tapi serius tempat ni sangat best. Penceramah semua tak formal sangat sebab mereka faham, kalau formal kau akan mengantuk. Bila mengantuk kau akan menyampah. Kan kan?
And the best thing is, mereka sangat kelakar. Sangat kelakar tau, Ifa ketawa sampai pukul pukul aku. Yang kelakar tu ada yang ketawa beria sampai terbatuk batuk kot. Aku pula yang gelakkan kau. Hahahaha.


Ni je gambar aku sempat snap.


Tapi pada pendapat aku kursus kahwin ni sangat berkesan, lagi lagi bab bab kehidupan selepas kahwin. Aku yang sebelum ni pening pening tentang prosedur kahwin ni pun dah clear sangat. Bagus betul ustaz tu terangkan in detail step untuk isi borang. Alhamdulillah.

So kepada sesiapa bride to be area Lembah Kelang, aku recommend tempat ni. Best.
Yuran RM80.
Bawa sekali copy I/C.



12 comments:

  1. hoyeah~ tmpt kte sama! huhu
    weh. pendapat kite sama sal kursus kawin dorg weh! gami terang2 mengaku die mmg balik bilik n tidur!! hampeh gileee. rasa nk paksa die g kursus lg je. nsb bek die xde masa. delo aku xigt detailsnye tp gami pnah btau la ape delo wt time kursus kawin tu. tp mmg aku xigt. selamat die weh! haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huh sama je perangai 2x5 kan? Sabar jelah aku.
      Tapi memang best kursus kat situ rasa nak pergi lagi. boleh? :p

      Delete
  2. hihi.. dulu pun ada jugak yang sesi boring dan sesi tak boring.. bergantung pada penceramah sebenarnya.. tapi one phase dah lepas, next buleh pk benda lain pulak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula benda bergantung pada penceramah juga. Nasib baik tempat Ziema pergi tu penceramah semua best and sporting :)

      Delete
  3. hahahaha..en.husband org pun dh pi kursus kawin time rekrut dulu.mmg die tido pon..bila tnya je xdpt jwab pon.hampeh...alasan nyer sbb dh penat bkawad.skali dok dlm bilik aircon tido adlh aktiviti tbaik katanyer...hahahahah..
    btw..kursus kawin mmg best pon...kannnnnnnnn..............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipikal askar :p
      But hope even diorang dah lama pergi kursus kahwin tapi masih ingat tanggungjawab seorang suami kan :)
      InsyaAllah..

      Delete
  4. ekekeke best kan gi kursus kawen. walaupun kematu punggung ni, tapi enjoy sgt. sebab tergelak2 sakan. walaupun diorang asik buat lawak, tapi input tetap ada. kadang2 cerita diorang tu buat kita rasa nak nangis pun ada. tapi masa pergi tu ene asik tersengguk2. sama je macam pergi sorang2. huh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Zila best gila :)
      Yup lawak dorang tu actually memang tersirat and berinformasi. Laaa ene tersengguk ke? Haiah orang lelaki amboiiiiiiiiiii biasa la tu hehehe

      Delete
  5. rindu kursus kawen!! kte dulu g ngan tunang2..
    asal ade topik suamin isteri je jeling tunang smbil senyum2..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan? :)
      Olololo comelnya jeling jeling pula dia eh. Kita jeling kawan sebelah je hikhik

      Delete
  6. Wah.. Ni mmg betul2 sama ni.. Ak pon pegi Wani Pesona jgk weh.. Hihi.. Best giler kan.. Gelak tk benti2. tp klau pegi dgn tunang pon bkn dpt duduk skali. (nk sedapkan ati cik jimat). Hehe.. Pasni hiv pulak kan? Nnt ko request nk check talasemia skali klau ko ade mase. Result dpt on the spot jgk, cume saket kena amek darah satu tiub. Hehe. Gudluck babe! ;)

    ReplyDelete
  7. Hahaha kebetulan lagi cis :p
    Ha ah lepas ni HIV. Hope going smoothly.. Hehehehe

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.