Followers

October 31, 2011

Transformasi Berhijab

Pagi ni pagi Isnin.

Tengah duduk duduk nampak seorang kakak ni. Sekali pandang aku tak perasan. Dua kali pandang, laaaa ni kakak yang tak pakai tudung rambut karat tak cantik tu lah!

Tapi hari ini beliau berhijab. Alhamdulillah cantik je aku tengok.
Dari dulu lagi aku macam nak tegur rambut dia tak cantik. Sumpah kejung. Lepas tu karat. Tapi memikirkan kemungkinan dipulaukan oleh beliau lantaran aku baru bekerja di sini maka aku diamkan sahaja perkara itu.

Dari kecil lagi aku rasa berhijab ni is a MUST.
Kau kena pakai once kau dah baligh. Ala yang kalau datang bulan tu kan memang confirm kena berhijab dan juga menutup aurat. Itu yang mak aku ajar juga ustazah masa sekolah dulu dulu.

Pendapat aku tak ada istilah berhijrah hijrah ni.
Sebab perempuan Islam dituntut pakai. Maknanya benda ni natural. Bukan kau rasa tak nak pakai ke nak pakai ke suka hati kau. Lepas tu buat statement,


Saya sudah berhijrah. Yeay!

Ok it is good kalau kau baru nak sedar yang berhijab ni dituntut dalam Islam. Once kau tak pakai bukan takat kau sahaja yang tanggung dosa tapi abah kau. Kalau dah kahwin suami tercinta.

Yang paling sajak kalau keep on cakap,


Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk berubah. Mungkin ini hidayah dari Dia.


Once again bagus. Bagus sangat kalau dah sedar yang berhijab dan menutup aurat itu WAJIB.
Pakai dapat pahala. Tak pakai berdosa. Itu basic dalam Islam.

Tapi kalau asyik nak canang cerita kau tiap tiap hari keikhlasan kau berhijab tu dah tak best.
Macam nak tunjuk yang kau menyesal sangat sangat dan bagi orang impress gila babas kat kau sambil puji puji melambung.

Ini entry untuk artis sebenarnya.
Muak dengan statement itu. Balik balik cerita kau.
Tau lah begitu banyak style tudung seperti Wardina, Bienda dan yang terbaru Hajimah Hana Tajima.

Cuba kalau sampai sekarang ni style tudung bawal. Nak?




Saja letak gambar nak bagitahu aku dan kawan kawan pergi IKEA nak makan meatball.



Tapi tak makan meatball lalu memilih makan salmon. Heaven!



Tapi kawan kawan aku memakan meatball ini.



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA




October 28, 2011

Astaghfirullah

Morning semua! (entry ditaip pada pukul 10 pagi)
Baru saja lepas surf online newspaper. Sekarang dah malas nak beli segalanya hanya di hujung jari.
Wah dah macam kempen Mari Kurangkan Penggunaan Kertas dengan Tidak Beli Suratkhabar.

Ok ok back to the objective of this entry bukan nak suruh tak payah beli suratkhabar tapi ada cerita lain di sebalik surat khabar.

Tadi buka Harian Metro.





Lepas tu aku buat kesimpulan sendiri.
Ni mesti Non Muslim sebab selalu yang cepat putus asa nak hidup ni golongan mereka.
Abah dulu pun banyak solve problem orang suicide ni and most of them were not Muslim. 
Eh racist ke statement aku?

Dah baca tu terjumpa ni pula.




Ok aku silap. Sangat silap.
Budak ni Islam.

Alahai sedihnya.
Nak marah marah dah meninggal. Doakan jelah semoga dia tenang dan dapat rahmat Allah.

Aku kadang kadang kesian tengok mak abah budak budak macam ni.
Gaduh sikit lari rumah. Jadi bohsia. Hisap dadah. Cederakan diri. Bunuh diri.

Yes its really really hurt when you lost somebody you love.

Tapi kau pernah fikir tak apa perasaan mak abah kau kalau kehilangan kau.
Come on lah.
Pakwe hilang kau boleh cari lain even better mungkin. Kalau kau hilang boleh kau ganti untuk mak abah kau?

Aku dulu putus cinta di usia belasan tahun (ececeh) pun tak babitkan mak abah aku.

Habis PMR isi borang sekolah teknik.
Dah dapat terus blah konon mulakan hidup baru. 
Tak nak pergi sekolah tu sebab banyak kenangan.
OK memang gila drama.

Tapi drama drama aku pun sekarang aku gembira even berjaya. Ex masa sekolah tu pun gila talak nak aku balik. Bayangkan kalau dia tak tinggalkan aku dulu tentu aku tak macam sekarang.
Come on value yourself sayang.

Back to basic.
Kita orang Islam.

Ada masalah mengadu kat Dia. 
Rasa sedih sangat ambil wudhuk.
Pergi bersolat. Berdoa banyak banyak.

Allah tak pernah lupa kita.
Cuma kita yang selalu lupa Dia.


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA




October 27, 2011

Sila Letak Link

Aku ni bukan lah blogger hebat.
Entri aku pun cikai cikai je.
Yang baca tak ramai apatah lagi yang mengomen.

Tapi kalau nak share entri aku ke.
Nak copy paste ke.

SILAKAN.

Tapi sila lah letak link ye.
Penat aku taip taip cari bahan bagai lepas tu kau sedap copy.

Paling tak tahan kau edit edit siap.
Cari pasal.

Tak tahu kaedah nak letak link?
Meh aku ajar. Tapi aku rasa semua blogger dah tahu kot buat benda simple macam ni. Ke kau dah lupa?


Mula mula letak la nama entri ke.
Nama aku ke.
Nama blog aku ke.

Then kau bold kan.





Lepas tu kau copy URL entri tu.

Nampak tak tulisan bernama Link kat atas tu.
Nampak tak???


Kau tekan lepas tu keluar benda ni.



Lepas tu kau paste lah URL entri aku tu.

Faham?

At least ada lah appreciation di situ.
Even blog aku tak hebat tapi jangan sampai aku ternampak kau copy bulat bulat lepas tu claim tu entri kau.

Faham?

Ada sesiapa yang terasa?
Bai.


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA




October 18, 2011

Kahwin dan Henna

Berkahwin di usia 24 tahun adalah norms. Begitu juga kalau bertunang.
Itu perkara biasa bagi anak anak gadis macam aku. Sementelah status aku adalah hak milik sementara seorang jejaka maka adalah pelik kalau nampak perubahan di jari tangan mahupun tapak tangan depan aku ni.

Dua minggu lepas aku temankan kawan aku cari baju kat Jalan TAR. So kalau on the way nak ke stesen LRT Masjid Jamek tu kena lah lalu Masjid India kan.

Lantas aku ternampak lah kat tepi jalan tu ada service lukis henna. Kan sekarang nak dekat Deepavali so bersusun lah meja meja buka khidmat henna ni.

Maka aku yang tak sambut Deepavali ni terus terpesona. Nak pula yang buat tu makcik India kan maka aku dapat rasakan hasil tangan beliau mempesonakan.


Muka aku dah kembang :(


Masa kat ofis semua macam menegur.
Nasib aku buat tangan kiri je. Kot kalau dua dua belah mesti ingat aku bertunang. Kan sekarang bertunang pun pakai henna.

Macam sekarang ni (actually dari dulu) aku pakai tiga bentuk cincin. Cincin belah rotan, cincin tunang and cincin nikah.

Dulu masa jari aku kosong orang tak questioned sangat.
Tapi bila dah ada cincin mesti ada pertanyaan khas. Sebab aku pakai sekali tiga. Lepas tu aku pakai belah kiri sampai kena tegur,

'Eh kalau belum tunang ke belum kahwin ke tak elok tau pakai belah kiri'.


Macam tu ke? Apa yang tak elok? Macam superstitious je ni. Kang aku percaya jatuh hukum dosa besar hoi. Lalu aku mengambil langkah untuk tidak percaya kepercayaan tahyul itu.

Dulu aku pakai sebab ada yang cakap kalau tak pakai barang kemas ni confirm kau kena bayar zakat. Kena bayar ok kalau tak bayar mesti berdosa. Tak nak dosa kena pakai.

Tapi aku ada baca kalau emas tu tak sampai kadar uruf tak payah bayar. OK setel.  Rujuk SINI.

Oh lupa. Cincins itu adalah kepunyaan mak aku.
Nak tunggu aku ada cincin bagai tu kena ada encik tunang takpun encik suami.
Sekarang belum ada.

Belum ada.
OK rasa nak kahwin.
Meluap luap ni.


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA





October 14, 2011

In Memory of Junko Furuta : 44 Days Torture

OK aku baru baca kisah ni. Serius tragis.
Selalu kan kita dengar kisah rogol-bunuh ni. Memang dah biasa.

Tapi tahukah anda kejadian ini berlaku dari dulu lagi?

Ia berlaku di Jepun pada tahun 1988.
Masa tu aku baru setahun kowtt. Berapa pula umur kawan kawan ye?

Watak utama adalah Junko Faruta yang  berusia 17 tahun.

Watak watak setan adalah seramai 4 orang.
Yuzuru Ogura (tukar nama jadi Jo Kamisaku)
Hiroshi Miyano
Nobuharu Minato
Yasushi Watanabe

Baca kronologi dia.



DAY 1: November 22, 1988: 
Kidnapped
Kept captive in house, and posed as one of boy's girlfriend
Raped (over 400 times in total)
Forced to call her parents and tell them she had run away
Starved and malnutritioned
Fed cockroaches to eat and urine to drink
Forced to masturbate
Forced to strip in front of others
Burned with cigarette lighters
Foreign objects inserted into her vagina/anus

DAY 11: December 1, 1988: 
beat up countless times
Face held against concrete ground and jumped on
Hands tied to ceiling and body used as a punching bag
Nose filled with so much blood that she can only breath through her mouth
Dumbbells dropped onto her stomach
Vomited when tried to drink water (her stomach couldn't accept it)
Tried to escape and punished by cigarette burning on arms
Flammable liquid poured on her feet and legs, then lit on fire
Bottle inserted into her anus, causing injury

DAY 20: December10, 1989: 
Unable to walk properly due to severe leg burns
Beat with bamboo sticks
Fireworks inserted into anus and lit
Hands smashed by weights and fingernails cracked
Beaten with golf club
Cigarettes inserted into vagina
Beaten with iron rods repeatedly
Winter; forced outside to sleep in balcony
Skewers of grilled chicken inserted into her vagina and anus, causing bleeding

DAY 30: 
Hot wax dripped onto face
Eyelids burned by cigarette lighter
Stabbed with sewing needles in chest area
Left nipple cut and destroyed with pliers
Hot light bulb inserted into her vagina
Heavy bleeding from vagina due to scissors insertion
Unable to urinate properly
Injuries were so severe that it took over an hour for her to crawl downstairs and use the bathroom
Eardrums severely damaged
Extreme reduced brain size

DAY 40: 
Begged her torturers to "kill her and get it over with"

January 1, 1989:
Junko greets the New Years Day alone
Body mutilated
Unable to move from the ground
DAY 44: January 4, 1989: 
After losing a game of majong, the four beat her with an iron barbell, poured lighter fluid on her legs, arms, face and stomach, and set her on fire.


She had been raped over an estimated 1000 times in total.


tumblr_l9pumj9Aka1qamdslo1_500.jpg



Gila babas kejam kan?

Mak dia kan bila dengar detail cara cara dia kena bunuh tu sampai pengsan pengsan. Siap kena undergo psychiatric treatment. Kesian weh :(

Yang paling sajak jantan setan tu dipenjarakan 5-10 tahun SAHAJA.
Tak tahu la aku kalau law kat Jepun tu macam gitu ke kan.
Tapi kalau ikut lojik akal dan otak manusia yang munasabah takkan la macam ni hukuman kau bagi.

Rogol, seksa dan bunuh dengan kejam selama 44 hari kot.
Gila tak setimpal. Gaya bukti macam kukuh.

Yang kena hukum pun encik Jo Kamisaku sahaja. Dia punya leader. Itu pun 10 tahun.
Yang lagi tiga ketul bebas macam tu je. Sebab dorang considered as juvana. Bawah umur. Dorang punya hukuman ditukar kepada 'committing bodily injury that resulted in death', rather than murder. Pergh boleh kan macam tu.

Adil ke tak?
Setan betul.

R.I.P. Junko Faruta


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA







October 13, 2011

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari!

Ini fakta.
Bukan aku reka reka sendiri.

Patutlah setan makin banyak sekarang.

Sumber. Klik SINI


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA





October 12, 2011

Beromen Kemudian Membuang

Haritu bila entah baca paper. Lagi pasal cerita baby kena buang. Ok tak tepat. Baby kena campak. Campak ok! Bukan main campak campak macam kau campak handphone kau kalau gaduh dengan kekasih. Ni campak dari tingkat dua. Aku nak campak kucing yang selalu berak depan rumah pun tak sampai hati.




Perasan tak benda ni macam jadi trend?

Beromen.
Mengandung.
Beranak.
Membuang.

OK la fine kena bersangka baik. Mana la tahu kan budak tu kena rogol ke apa kan tapi aku rasa 1/50 je la yang kena rogol ni. Yang selebihnya tu volunteer nak dirogol. Benda sedap kan. Siapa tak nak?

Memang lah kalau duduk berdekatan dengan kekasih nafsu tu bukan main melompat lompat. Tu aku tak tipu la kan. Normal kowttt. Sebab tu dilarang berdua duaan dengan kekasih di tempat yang teramat privacy. Confirm lah keinginan untuk bersenggama meruap meruap. Ok enough apa ke pasal aku punya ayat aku personafikasi sangat ni? Cettt

Kau nak beromen kau punya pasal. Tak tahan sangat kan? Tapiiiiiiiiiiii jangan hasilkan bayi boleh tak? Kau guna la kekdah yang boleh avoid kau dari termengandung. Boleh?

Owh lagi satu kan.

Aku rasa orang orang yang dumping baby ni bukan orang tempatan sahaja. Foreigner haram ataupun halal pun terlibat sama.

Kau tengok lah kat mana mana.
Kalau tak Bangla mesti Nepal yang couple dengan minah Indon ni. Takpun mamat dan minah Indon. Dia punya aksi bercinta macam kan negara ni kau je yang punya. Suka hati kau je nak beraksi aksi ghairah depan mata aku. Sumpah berbulu.

Lepas tu perasan tak orang kalau terlanjur ni senang senang je beranak kan. Kat toilet lah. Kat bilik lah. Tak payah nak jerit jerit tahan sakit berjam jam. Meluncur je anak kau keluar. Lepas tu boleh pula berjalan jauh nak buang budak tu.

Aku pun macam pelik juga.

Tapi bila fikir fikir balik. Kau dah buat dosa dan anak tu kau buat di luar nikah. So apa rasional nya kau nak sakit sakit kan? Pahala sikit mungkin tak dapat. Kot lah. Pendapat aku je ni. Kang cakap lebih lebih kena maki. Aku ni kahwin pun tak lagi.

Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


Wah bestnya mengandung dengan sah. Tetiba teringat mak aku. Ishh. Bukan senang mengandung dan melahirkan ni. Sebab tu fadilat dia sangat besar. Patutlah orang mengandung ni berseri seri je muka dia. Perasan tak? Mengandung je malaikat beristighfar. Melahirkan je dosa semua keluar.



Nasib baik budak ni lahir dalam nikah. Even tak sempat pergi hospital lahir dalam bilik tapi Alhamdulillah sihat sampai sekarang. Eh itu aku lah!
 Love you mak :')


Owh Sabtu lepas keluar berita bapa liwat bayi 23 hari.
Wadefak betul!!


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA



October 6, 2011

Dear Ex

Hal ini aku tujukan khusus buat para ex yang meninggalkan mantan kekasih akan tetapi mencari mantan semula. Kau tak malu ke?

Dear Ex,

Aku masih dan akan ingat bila kau 'bersembunyi'. Alasan? Tipikal lelaki Melayu yang mahu meninggalkan kekasih beliau itu. Kau buat aku macam sampah. Kau tahu apa itu sampah? Ala yang selalu kau buang tepi lif rumah kau tu. Eh macam mana aku tahu lif tu tepi rumah kau? Aku kan dah 7 tahun kenal keluarga kau. Wah 7 tahun sungguh lama kan? Tapi kau ambil masa 7 minit sahaja untuk tinggalkan aku. Kan?

Tapi aku sangat suka lakonan kau. Apa tu omputih kata, Drama King? Haaa kau memang layak dapat anugerah itu. Cukup layak.

Kau ingat kan?
Siang hari itu kau dengan senangnya lepaskan aku. Macam kau lepaskan kucing yang adik kau bela dulu. Sekali lagi dengan alasan tipikal lelaki Melayu kau tu. Kau tahu tak masa tu hancur hati aku. Aku merayu macam budak kecil yang nak beli barbie doll tapi mak dia tak bagi. Banyak kali aku salahkan diri aku. Mungkin aku tak guna.

Tapi kau ingat kan peristiwa tu? Ala kat panggung wayang tu. Yang aku tengok dengan kawan kawan aku semata mata nak mengubat hati aku yang lara ni. Rupanya malam tu hati aku jadi lumat sangat. Macam ditumbuk lesung untuk buat sambal belacan. Baru aku tahu siapa yang tak guna sekarang. Kau rupanya. Dan kau pilih dia akhirnya. Sungguh aku kuat masa tu. Aku tak menangis mahupun membelasah kau. Mungkin memikirkan betapa aku ini lagi cantik berbanding perempuan itu yang macam .... minah rempit sejati nak ikut mat rempit untuk dikendurikan. Boleh?

Tapiiiiiiiiiiiiii lepas itu aku menangis sampai termuntah muntah. Kau tahu kan kalau aku menangis je mesti akan batuk batuk. Ke kau lupa? Malam tu terus aku menelefon mak aku. Kesian mak dah tidur. Aku ni selalu susahkan mak. Lepas tu aku tak dapat tidur. Mesti kau tidur lena kan? Yelah sedang bahagia.

Kau tahu tak minggu depan tu aku ada final exam? Susah betul aku nak belajar bila hati aku masih lara. Lepas kejadian tu aku merayu rayu. Aku berdoa siang malam. Aku berusaha sebab aku percaya kau masih sayang aku. Tapi lama lama aku pasrah. Redha dengan ujian yang Dia bagi ni. Memang kau dah tak sayang aku.

Siang malam aku tertanya. Ada lagi ke lelaki baik untuk aku? Sebab kau aku dah fikir semua lelaki jahat. Aku selalu tanya Dia kenapa aku diuji macam ni. Jahat sangat ke aku? Tapi aku cepat cepat teringat. Lelaki baik untuk perempuan baik. Maknanya kau jahat la kan?

Ah. Sudah lebih setahun peristiwa itu.

Kalau tidak tentu kita bahagia kan. Sudah menjadi suami isteri. Mungkin. Tapi kita akan bahagia ke? Mungkin tidak kalau kau bawa title Drama King kau tu. Tentu hari hari aku makan hati berulam jantung.

Dear Ex,

Aku rasa kau patut berhenti menghendap aku. Aku tak nak bini tersayang kau tu jelous pada aku sebab kau masih ambil tahu perkembangan aku. Aku tahu kau sayang kat aku lagi. Tu la siapa suruh kau lemah iman. Tunggu la kita kahwin kalau kau nak sangat aku bagi kau anak. Tapi nak buat macam mana kan. Janda tu juga yang kau pilih.

Kau pun nak dapat anak dah kan? Syabas inspektor sahab. Hasil usaha gigih kau selama ni berhasil juga. Aku pun tumpang gembira. Kau kena kerja kuat sikit la kan. Maklumlah kau tu kerja main main. Duit simpanan pun cukup cukup makan je. Ooops! Macam mana aku tahu? Kita kan bercinta lima tahun. Tapi belum cukup rupanya aku kenal kau.

Dear Ex,

Aku nak bagitahu je. Aku bahagia setakat ni. Tapi esok lusa aku tak tahu. Yelah ujian Allah tu bila bila masa Dia boleh bagi. Kan? Sama ada kita kuat ataupun tak. Tapi aku selalu berdoa. Ya Allah kalau lah dia bukan jodoh aku kau tunjukkan kebenaran.

Ingat kan peristiwa tu? Memang depan mata aku Dia tunjuk. Kan aku dah minta kebenaran lalu Allah perkenankan doa aku. Ishh kenapa lah aku bodoh sangat dulu. Menyesal aku tolak cinta lelaki lelaki hensem lagi kacak bergaya sebab setia dengan kau.

Dear Ex,

Aku cuma nak pesan kat kau. Adik perempuan kau ramai. Empat orang. Aku ni bukanlah nak doakan yang buruk buruk. Tapi hidup ini macam roda. Apa yang kita pernah buat akan balik semula pada kita. Andaikata adik adik kau ditimpa nasib macam aku ni kau jangan ajak kawan kawan kau belasah kekasih mereka. Ingat sikit apa kau dah buat pada aku. Boleh kan?

Dear Ex,

Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.

Aku lebih bahagia sekarang. Lebih bahagia dari kau. Mungkin.

Sincerely,
Your Ex-Girlfriend


love, ZIEMA





October 3, 2011

Hal Perempuan Jomblo

Aku ni kan kadang kadang pelik.
Pelik dengan fakta.
Kalau nak bahagia kena ada pasangan kekasih.
Bahagia ke??

Ok memang bahagia la kan. Bangun pagi je ada orang say good morning. Asal kau meroyan dah tentu tentu mengadu kat kekasih. Malam kang sebelum tidur manja manja sikit. Bosan bosan je ajak kekasih pergi window shopping untung untung boleh shopping DENGAN DUIT KEKASIH best bukan? Teheheeee

Bahagia la tu.
Cuba kau fikir at the other side.

Bangun pagi dia terlupa tak pun tak sempat say good morning. Bila meroyan kau nak mengadu tapi kekasih serabut malas nak layan aduan tu. Malam baru je nak manja manja dia dah terlelap. Asal nak window shopping dia malas nak ikut sebab kau window je dah tiga jam. Best??

Lepas tu gaduh gaduh nangis minta putus. Bahagia?

Selalu lah aku dengar tak pun tengok depan mata aku benda benda macam ni. Rasa nak lempang pun ada.

Tapi tahukah anda perempuan jomblo itu lagi bahagia??

Semua benda dilakukan seorang diri.

Asal bangun or nak tidur pun tak fikir apa. Bila ada problem setel sendiri. Eh pendek dan panjang kata semua sendiri lah. Tak payah serabut nak fikir hal orang lain. Kan kan?

Rasa nak jadi perempuan jomblo ditinggal mati. Ahahaha. Eh tak nak. Sakit kowtt. Macam nak bunuh mantan kekasih. Benar ni kalau aku jumpa dia di lain hari aku rasa nak tikam tikam. Ok tak boleh berdosa woi. Biarlah dia dengan hidup dia.

Aku? Bahagia dengan encik kapten.

Sekarang pun rasa macam jomblo juga. Keseorangan ditemani kawan kawan. Aku dan dia adalah PJJ (percintaan jarak jauh). Rasa nak muntah? Sila muntah. Jumpa pun susah. Nak gaduh pun susah. Bagus juga kan? Kurang dosa aku hewhewhew

Perempuan jomblo!!
Sumpah aku tabik kau!!!


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA