Followers

Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

May 15, 2012

Tutorial : Bunga Ros

Ok macam aku janjikan.
Mari belajar buat rose crepe paper yeay! :)


Bahan bahan :

Gunting
Benang 
Pelilit hijau
Dawai
Kertas crepe
Flower template
Lidi 



Mula mula lukis kelopak bunga bunga itu. Template ni aku buat sendiri. Ambil mana mana benda keras, like kotak lama ke, psper bag lama ke. 
Kemudian dah siap lukis, gunting lah ia mengikut bentuk tadi.


Opps. Jangan lupa kembangkan kelopak bunga tu pakai lidi ye. Nanti dia jadi macam ni.





Mula mula buat kudup bunga. Eh betul ke nama dia kudup? Then ikat pakai benang. Ikat kelopak by kelopak macam kat atas tu pakai benang. Lastly lilit pakai pelilit supaya bunga kau nampak kemas.
 Dulu aku buat gigih betul gam bagai until emak aku cakap, 'Mak dulu ikat pakai benang je pun. Kan cepat'. Sentap aku, rasa macam bodohnya tak terfikir hehe.
Senang kan? :)


 Dah jadi yeay :)

Cepat lah buat, nanti tunjuk kat aku hasilnya.



March 26, 2012

The Floor Pouf

Cerita tunang lagi ehem ehem dah dua bulan tiga hari, rasa macam baru je jari disarung :')
Ok kali ni aku nak kongsi lagi satu hasil DIY aku yang tak berapa nak bagus sangat pun, tapi hei kalau kau buat sendiri mesti kau rasa bagus. Kan kan?

Masa deal dengan Kak Uji merangkap MUA aku, aku tanya la kot kot ada ke bantal bulat ottoman yang selalu orang nak nikah pakai tu. Tapi sayang sangat, kawan beliau sudah booked masa tarikh aku nak bertunang. Yang tinggal hanya bantal duduk empat segi yang sangat old fashion hehe. Frust sangat rasa macam, ada kemungkinan aku duduk tanpa alas.Tanpa alas fine!

Maka aku dengan itu come out dengan idea bantal duduk sendiri. Atau pun nama orang putihnya floor pouf :)

Bahan bahan :

1.  Kain (lagi elok kain langsir sebab tebal) - 2.5 meter
2.  Kekabu / fiber wool - Oleh kerana kekabu di rumah aku banyak stok maka terpaksa pakai. Jimat sikit.

Basically korang kena ada dua bentuk ini. Bulat dan segi empat sama. Bulat ni kena ada dua helai.


Ok sumpah aku tak ingat ukuran sebab masa ni mak yang potong segala sementelah aku sibuk mengasingkan biji biji kekabu. Tak sempat nak snap gambar, bila tanya mak berapa ukuran beliau pun ingat ingat lupa.

Cara nak buat bulatan tu macam ni.

Kau lipat empat kain tu, kemudian ukurlah ikut ukuran yang kau nak. Kalau boleh pakai kapur masa menanda ukuran itu. Pastikan ada lebihan ukuran dalam 1.5 inci untuk jahit bahagian dalam, eh eh kenapa rasa aku macam dalam kelas jahit menjahit ni?
Untuk empat segi tepat tu panjang dia pun agak agak lah, kalau boleh biar terpanjang. Yang pasti lebar lebih kurang 5 inci.

Kemudian jahitlah untuk menyambungkan mereka itu. Jangan jahit sampai habis. Tinggalkan sedikit ruang untuk sumbat kekabu / fiber wool.
Semakin banyak kekabu itu, semakin tebal bantal itu.

Tak faham cuba tengok tutorial ni. Tapi cara kami berbeza, memandangkan aku adalah pemalas.Tssk



Bantal Kak Jimah




Frust aku hilang bila berjaya buat floor pouf ni :)
Serius rasa puas gila.

Sampai sekarang bila balik rumah je, duduk atas bantal ni feeling feeling menunggu saat menjadi isteri. Eh.


thanks sebab baca :)

January 12, 2012

Crepe Chrysanthemum Flower

Ingat tak bunga aku buat hari tu?
Maaf tak sempat nak buat tutorial kertas dah habis pfftt.
InsyaAllah kalau aku ada masa buat bunga tu aku tunjuk tutorial.

Tapi ini adalah another bunga yang aku buat. Tak tahu apa namanya sebab aku main pakai lilit lilit lepas tu cantum. Bunga kekwa mungkin. Asalkan ada rupa bunga sudah bukannya ada pertandingan bunga hantaran siapa paling cantik di hari pertunangan. Ada?

Kertas crepe aku beli di Popular Jusco Balakong. Masa jumpa terus rembat sebab suka hati sangat. Cari sahaja di mana mana kedai buku insyaAllah jumpa. Tapi Popular memang ada stok ni. Aku pergi Kinokuniya haram tak jual.

Kertas ni sangat murah RM0.80 sahaja. Sesuai untuk dasar cheapskate macam aku hahaha.

1. OK mula mula potong kertas tu dalam seinci setengah dan gunting kelopak dia. Kemudian ambil dawai dan lilit pangkal dia pakai pelilit sebab nak bagi hujung kertas tu melekat.



2. Lepas tu lilit bunga tu dengan sepenuh hati. Aku cakap sepenuh hati sebab korang kena fold sikit bahagian bawah supaya tidak longgar dan susah nak terlerai.


3. Dah habis tu gam sikit bahagian hujung yang last lilit tu takut nanti terbuka semula. Kemudian lilit pakai pelilit ketat ketat.



4. Satu bunga sahaja tak cukup jadi kena cantumkan ia. Macam aku pakai tiga kuntum. Terpulang lah nak letak berapa kuntum. Lagi banyak lagi besar lah bunga itu. 




5. OK dah jadi. Inilah dia bunga kekwa (kot) oleh Kak Jimah.





Maaflah kalau ada yang tak faham penerangan secara teori aku. Aku ni bab mengajar lembap apatah lagi belajar. Kalau tak faham tanya ye.

Sekarang tengah gigih lagi buat bunga. Bunga apa entah aku main pakai lilit je asal jadi. Tak ada pertandingan pun kan.


thanks sebab baca :)