Followers

November 30, 2011

WW :Sketch The Dais








Thinking of DIY her own dais.
Can?

Maaf dekat tag tu kejap tulis Melayu kejap tulis English. Tak Melayu betul.



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



Ada Tak Fiancee To Be Kat Sini?

Sticky post. Nak baca yang baru scroll ke bawah.
Eheh.






Saja nak tanya ada tak future fiancee yang akan menjadi tunangan orang?

Balik balik jumpa pengantin akan jadi.
Boring lah tak ada pun jumpa penunang masa depan.

Ke aku saja yang eksaited melebih lebih ni?

Setakat ni jumpa seseorang sahaja. Sarah Hatta.

Ayuh fiancee to be!

Sila tinggalkan link anda and share our preparation!



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA

November 29, 2011

Langkah Pertama

Ok nak mulakan entry tentang seorang wanita yang bersemangat nak bertunang walaupun orang kata,'Tak payah nak eksaited sangat tunang je pun nanti kalau tak jadi malu satu kampung'

Ada aku kisah?

Jodoh di tangan Tuhan. Even aku macam takut takut tapi hey! Usaha dan tawakal itu hak kita. Takdir hak Dia. Lalu aku rasa aku bukanlah nak kecoh sangat tapi nak share pengalaman mahupun keseronokan.

Baik. Mari kita mulakan dengan cincin.

Tanpa cincin maka itu bukanlah bertunang. Eh tapi ada ke bertunang bagi gelang rantai segala?

Tadi mesej dengan rakan yang akan bertunang bulan ni.
Harga emas semasa setakat hari ini ialah RM197/gram. Kenapalah harga emas sekarang mahal nak mamp serba salah aku nak beli cincin yang cantik bentuk dan rekabentuk nya terpaksa lah pilih cincin biasa biasa sahaja. Tssk

Ok macam biasa ada dua cincin.

Cincin untuk bertunang dan cincin risik.


Cincin belah rotan

Selalu cincin risik pakai cincin macam ini. Tak sangka ada lagi yang tak tahu apa itu cincin belah rotan. Ia adalah sejenis cincin biasa biasa bentuknya. Tiada batu mahupun bentuk bentuk kerawang. Faham?



Jangan tanya kenapa nama dia belah rotan bukan belah buluh ke batu belah batu bertangkup ke.


OK sedikit tips.


1. Pastikan anda survey dulu dan bandingkan harga cincin di semua kedai cincin. Habib ke, Tomei ke, Sri Pinang ke. Lagi bagus kalau kedai tu tak berapa nak glamour.

2. Lain kedai lain upahnya. Macam aku cakap survey kedai dulu. So aku rasa semakin glamour kedai itu semakin tinggi upahnya. Ehem dah macam hipotesis Sains darjah enam.

3. Beli masa ada sale. Even tak banyak sangat diskaun tapi ada lah juga diskaun kan. Jimat sikit he he.


Ok masa untuk survey cincin dengan bajet yang encik kapten bagi. Ia lah kena survey sorang sorang. Kita kan PJJ (Percintaan JarakJauh).

Emosi sebentar.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA


November 24, 2011

Kecelakaan Air Mata

Jiwa aku adalah sangat sensitif. Kena ke bagitahu aku ni seorang yang sensitif?

Tapi ada beberapa perkara yang boleh membuatkan air mata aku bergenang dan mungkin mengalir laju.


1. Kesakitan hati mak aku. Ni memang the most. Tak suka orang jentik jentik hati mak aku. Faham tak?

2. Kematian ahli keluarga aku.

3. Hirisan dan tumbukan bawang besar diikuti cili api. Cili padi pun boleh.

4. Hati aku kena basuh. Bukan pakai sabun tapi pakai mulut lagi lagi kalau isunya, 'Syurga Di Bawah Tapak Kaki Suami Ibu' ataupun 'Kasih Ayah dan Ibu'.

5. Bila aku kena marah tanpa sebab. Celaka betul.

6. Menguap tanpa henti henti lebih dari 4 kali.

7. Nampak orang tua. Tua yang ingat nak mati ye bukan tua tak sedar diri.

8. Baca novel yang gila sedih dan jiwang. Macam ini dan ini.

9. Tengok adik adik aku tidur. Kesian mereka kena marah dengan aku siang tadi.

10. Ketawa sebab kelakar sangat sangat padahal tak adalah kelakar sangat pun.



Eh. Ketawa dan sensitif ada kaitan ke?


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA 







November 22, 2011

Bangsa Indonesia Punya Mentaliti







Aku kat sini bukan nak marah marah orang Indonesia yang kerja kat sini walaupun kadang kadang menyampah juga tengok mereka.

Tanpa tea lady maka tak breakfast dan minum petang lah kami.
Tanpa cleaner kotorlah segala toilet dan lantai yang kita pijak.
Tanpa buruh binaan bangunan cantik tak ada.
Tanpa maid kerja kerja rumah susah nak habis.

Yang aku rasa akan jadi sumpahan dan malapetaka bila mental masing masing tak boleh nak ubah.

Yang dorang selalu claim segala culture, makanan waima orang Malaysia berasal dari Indonesia tu aku tak boleh lah nak mati mati deny.
Tu memang betul. Even nenek dan opah aku juga berasal dari Jawa dan Sumatera.
Aku pun ada kawan kawan yang mak bapa mereka berstatus Permanent Resident.
Mahu cari rejeki halal di Malaysia.

Serumpun katanya.

Tapi boleh tak kau jangan nak malukan nenek moyang aku dengan perangai tak sekolah kau?

Percayalah cakap aku. Dorang ni tak pernah datang Malaysia. Media Indonesia tersangat melampau.

Fakta: Wanita Malaysia tak dibenarkan bekerja di Arab Saudi atas visa pekerja bawahan. Indonesia, Filipina dan sebagainya boleh.

Sekarang bagitahu aku martabat siapa yang tinggi?


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



November 21, 2011

Bila Cinta Mati

Aku rasa kalau nak cerita kisah cinta ni memang banyak. Memang takkan habis.

Baru baru ni masa sedang bersiap siap nak sarungkan hijab dah lah lambat nak pergi kerja ada pula member aku call. Pagi pagi ok. Aku dah macam kau ni kenapa salah dail ke apa?

Tiba tiba terus cakap,

'Ziema aku kena macam kau', sambil nangis nangis.

Lah kena apa pula dia ini? Adakah dijangkiti kudis buta sepertimana aku 7 tahun lepas? Adakah beliau terpaksa menjawab soalan yang tak ada kaitan langsung semasa interview?

Ke kena ayat dengan abang askar seperti yang berlaku pada aku setahun yang lepas. Eh.

Setelah aku tanya owh rupa rupanya beliau ditinggalkan si kekasih.
Katanya terkena buatan/ guna guna/ sihir/ mandrem.

Owh lupa nak bagitahu.
Aku ni sekarang seakan akan menjadi rujukan bila kawan kawan ada masalah cinta. Menarik bukan?

Sambung cerita tadi balik.

Takpe takpe malam ni kita cerita eh. Kau jangan nangis nangis fokus on kerja kau. Gila betul aku menasihati beliau sedemikian rupa sedangkan dahulu aku pun begitu juga. Malahan lebih teruk mungkin.

Malam buka cerita dari mula sampai habis.

Setelah mendengar segalanya ada dua assumption aku.

1. Memang dia kena guna guna.
2. Dia yang tak guna.


Dulu aku pun macam tu mati mati pertahankan bekas kekasih sambil salahkan si perampas. Well bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan. Eheh berperibahasa pula.


Tapi dalam hal ni aku tak boleh nak provoke. Aku kena sokong apa sahaja yang beliau cakap. Sebab beliau masih sayang dengan si kekasih.

Tak apa tak apa kau berusaha saja selagi boleh. Family dia tolong kau kan. Ada inisiatif nak bagi kau dan dia berbaik semula kan? Ada cuba berubat dengan ustaz kan? Family dia tak sokong dia dengan perempuan tu kan?

Bersyukurlah.

Dulu aku seorang diri saja. Hanya keluarga aku yang berusaha bersungguh sungguh untuk semua tu. Hanya keluarga aku.

Dan kawan.

Kalau usaha dan doa kau tak diperkenankan oleh Dia.

Tolong percaya cakap aku.

Allah dah sediakan lelaki yang jauh lebih baik untuk kau.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA

November 18, 2011

So In Love With Yellow Mustard

Semalam boring sangat tak ada kerja.
Buka excel dan mood men-doodle terus datang.




Owh sekarang ni dah suka sangat sangat tengok warna mustard.

Itu saja nak cakap.

Eh korang suka warna apa ek?


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA




November 17, 2011

Yeay Yeay Abah Dah Balik

Abah dah balik.
Abah pergi mana?

Abah pergi Indonesia.
Bukan melancong.



Mana satu abah saya?



 Eh terpejam mata pula tak fotogenik langsung abah ini.


 Anyway tahniah kepada semua atlit atlit Malaysia even Indonesia gila main tipu macam bagus sangat.

Malam ni jom semua tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia.

Walaupun aku tahu aku akan jerit jerit sepak sepak orang sebelah sambil benam muka kat bantal tapi aku tetap nak tengok.

Walaupun aku bukan minat bola asyik asyik nak jatuh je kerja tapi aku semangat nak tengok Malaysia main.

Dan juga nak tengok aksi maksi bodoh penyokong Indon.

Jom tengok bola malam ni!


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA




November 16, 2011

Harap Tak Terlalu Gembira

Orang tua tua cakap (even yang muda pun ada cakap),

'Tak elok kalau gembira sangat nanti kau menangis kemudian hari'



But owh I just too excited tak tahu nak mula dari mana.

Asyik asyik tanya encik kapten,


"Awak cuti tak nanti?"

"Nanti kalau dapat pelepasan weekend ke turun KL kejap boleh tak?"


Yes, this is what I have to pay for a long distance relationship.

Tuhan tolong permudahkan segalanya :')



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





November 15, 2011

Percubaan Banyak Kali DIY Paper Flower

Aku bukanlah peminat kerja kerja kraf sementelah tangan aku sangat tak berseni ditambah pula dengan tahap kesabaran yang amat rendah.

Sebab tu aku amat benci matapelajaran Pendidikan Seni sebab aku tahu paling tinggi aku akan dapat ialah C. Itulah markah paling best pernah aku dapat seumur hidup aku.

Namun sekarang aku sudah jatuh cinta sama itu crepe paper flowers.

Sebab tak ada crepe paper lalu aku pakai surat khabar.
Dengan gigih ikut tutorial tapi hasilnya hampas. Sungguh hampas.

Rasa macam diri ini sangat useless bunga kecil macam tu pun tak boleh buat tak guna betul lah aku ni -_-"

Kemudian Ikin dan Ifa cakap pakai A4 paper kot baru jadi instead of suratkhabar yang lembut sangat kertasnya.


Cuba

-


-

Cuba lagi

-


-

Terus mencuba

-


-

Dan cuba

-


-

Cuba sampai berjaya

-

-

Berapa banyak cuba daa

-

-

-



Yeay jadi! Ada la juga rupa bunga kan?
Gigih ni aku buat.

Fuh fuh tiup tangan sambil make a wish

'Semoga lepas ni tangan aku semakin bersemangat nak buat crepe paper flower tanpa putus asa'



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





November 14, 2011

Moving Into A New Phase

Tiada yang lebih indah bagi seorang perempuan melainkan bila dia akan berhijrah ke fasa baru.

Tak terkecuali aku.

Alhamdulillah.

Doakan segalanya dipermudahkan. InsyaAllah :)


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





November 12, 2011

Projek Anu

Anu ialah word orang Johor which refer to something we don't know. Ala dulu form two pun ada juga kan topik anu ni. Sila buka balik buku Matematik Tingkatan Dua.

Ingat tak aku ada bagitahu aku, Ikin and Ifa ada some projek? Tak ingat lettewwww. Benci tawwwww.

Ha inilah projeknya.

Projek buat long skirt sendiri tak payah nak order tunggu turn mahupun ketibaan abang posmen.

Iye beli kain dan jahit sendiri.
Tapi bukan aku jahit.

Yang penting custom made.
Kalau tengok kat luar tu long skirt macam mahal sangat (kedekut aku ni).
Plus I am not an online shopping lovers. Entah rasa macam tak puas hati sebab aku pernah terkena dalam gambar nampak colour cantik sekali dah sampai aku rasa kain buruk rumah aku lagi menarik warnanya.





Owh I just love the colour. Pink pink belacan gitu. Sumber kain adalah Kamdar.


And the lace head band as well.


Me with Cik Ikin.

Material : Chiffon
Colour : Violet and Dusty Pink
Model : Sikin dan Simah
Photog : ERIE



So apa lagi.
DIY your own clothes.

Biar tak cantik asalkan puas hati.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



November 11, 2011

Kisah Pak Non dan Kak Chom

Sebelum tu jangan tanya kenapa dipanggil Pak Non dan isteri beliau dipanggil Kak Chom bukan Mak Chom.
Dan jangan ditanya apakah nama asal Pak Non adakah Shahnon atau Zainon. Begitu juga dengan Kak Chom. Kemungkinan nama beliau Chombi atau lebih melayunya Umi Kalsom.

Aku bukan nak cerita tentang asal usul nama mereka sungguh tak remaja bila membincangkan hal nama orang tua lainlah kalau nama beliau Muhammad Rayyan Alexender Yusuf ataupun Nur Cinta Qaisara Rose. Ok lagi tak ada kena mengena.

Isnin lepas aku ke rumah anak yatim ada program korban di sana.
Maka berkenal kenallah aku dengan mereka mereka yang aku tak pernah kenal.

Dan telah kenal dengan Kak Chom yang umurnya lebih kurang mak aku.

Kak Chom tinggal di Penang. Pak Non pula tinggal di Kolumpo atau dalam bahasa bakunya Kuala Lumpur.
Jauh sungguh jarak mereka.

Banyak yang kami bualkan. Daripada laksa Balik Pulau hingga pasemboq di Padang Kota.
Sembang punya sembang akhirnya tiba waktu untuk bertanya hal anak anak. Aku saspek anak beliau yang paling sulung sekolah menengah.

'Anak Kak Chom yang sulung berapa tahun?'


'Kak Chom tak dak anak', jawab beliau sambil tersenyum.

Dang!
Bangangnya soalan aku tentu beliau terkesan. Mungkin sedih bercampur kecewa. Rasa bersalah terus bertandang seperti tetamu yang bertandang di hari raya.

Jangan persoalkan mahupun tolong jawabkan siapa yang mandul dalam kes ini.

Kak Chom cantik. Mungkin tak dak rezeki depa untuk menimang anak. Mungkin juga jarak jauh antara depa menyusahkan usaha depa untuk menimang anak.  Ini teori sains. Teori Islamik ialah Allah belum kurniakan rezeki. Tumpang kasih anak penakan sajalah naa. Eh terspeaking utara pula.

Kak Chom menyuarakan keinginan untuk mengambil anak angkat. Oh sungguh murni usaha Kak Chom itu. Yelah kalau dikira usia Kak Chom itu tentu sukar untuk mengandung dan melahirkan.

Aku kagum dengan Pak Non itu. Sungguh setia beliau dengan Kak Chom.
Tidak seperti kebanyakan lelaki sekarang yang anak baru menginjak dua orang tetapi ada hati mencari madu untuk isterinya. Paling sajak kalau diceraikan semata semata isteri sudah tidak bergetah macam dulu. Bangang betul.

Lantas aku teringat mak abah aku. Sangat lantas.

Itulah kisah Pak Non dan Kak Chom.
Suami isteri yang bahagia tanpa anak.


P.S. Ini kisah betul tanpa ada unsur tipu tipu mahupun editing. Tak nak percaya sudah.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA

November 10, 2011

Itu Normal Lah Dude

Bila dah hidup selama 24 tahun ni kan aku rasa macam eh dah tua lah. Eh silap dah matang lah rasa macam masih girang gembira petang petang bermain bola tampar. Malam pula gigih mengulangkaji pelajaran. Bila mak suruh tolong buat kerja rumah hentak hentak kaki. Eh aku ke tu? Sedar sedar sudah bekerja gigih mencari wang untuk menampung kehidupan seharian.

Dan aku sangat sedar.

It is not easy being 24 as you are not married yet.
Dah kahwin belakang cerita.

Yang aku paling jaki sangat bila 24 itu kau feeling feeling remaja sambil makan lolipop.

Situasi 1

Umur dah 24 tetapi masih berpakaian seperti remaja. Remaja yang aku maksudkan kat sini bukan yang pakai Tshirt seluar jean normal lah tu abah aku pun pakai seluar jean juga kadang kadang. Point aku sekarang ialah aksesori kau pakai. Cekak reben yang colour striking gila bajet dari jauh boleh cam kau. Lepas tu semua fesyen kau nak cuba. Vintage? Korean? English? What the.

Situasi 2

Asal ada jantan kacau kau nak marah marah tanpa motif. Konon tak suka. Konon je lah. I was like, hey come on lah. Its a norms kalau umur kau dah tahap macam ni lepas tu kena kacau kacau. Lagi lagi kalau kat ofis. Bukannya orang tu raba kau ke nak cabul cabul kau ke. Itu normal ok. Kau buat tak tahu sudah yang kau nak meroyan royan sangat apa ke hal? Lain lah ada perempuan yang buat sexual harrasement. Itu baru lah luar biasa.

Situasi 3

Bila umur macam ni tak kahwin lagi lepas tu nak sedih sedih sambil buat ayat lagi sedih dengan harapan boyfriend kau baca lalu segera propose kau. Boleh? Iye aku tahu tahap kecemburuan akan mencanak canak lagi lagi kalau event list kat facebook tu penuh dengan wedding invitation kawan kawan kau sahaja. Tapi tak payah lah nak show off sangat macam kau tak laku. Nampak desperate. Rileks ok. Tak payah nak budak budak sangat. Sampai masa kau kahwin. Setel.


Situasi 4

Yang ni kawan aku pernah kena. Dia pergi satu function nak temankan boyfriend dia. Masa tu dia still study Master. Aku rasa yang tanya soalan ni perempuan BIMBO. Soalan beliau  ialah,

'Kenapa sambung master ek? Tak membazir ke?'

Bodoh. Aku tak tahu lah perempuan ni education background dia apa. Tapi kalau macam aku ni mesti lah respect orang sambung master. Aku yang degree ni pun rasa tercungap cungap nak habiskan dua tahun tu. Selalu orang sambung master ni ada sponsor. Ada scholarship. So tang mana yang membazir tu cakap kat aku? Choii

Situasi 5

Check in hotel nak bagitahu. Masuk kampung atuk kau mati mati deny. Naik kereta mewah (padahal tumpang sahaja) punyalah bangga sampai rasa macam kau seorang sahaja yang mampu naik kereta macam tu. Lepas tu kan lepas tu kan upload la gambar kau dress up ikut trend fesyen. Kau posing macam model seluar dalam tu.  Bila orang puji jawab
 'Eh tak adelah biasa biasa je ni tak cantik pun'

Syelaka tak?


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





November 9, 2011

Selamat Ulangtahun Sayang

Dear Awak,

Its almost more than a year since I know you. Rasa macam sekejap sangat kita kenal awak. Rasa macam baru semalam awak tegur tegur kita kat muka buku tu. Ala yang awak mengayat kita pakai cara ketinggalan tu. Lame betul tapi tak apalah kita rasa kelakar.

Dulu kita tak suka awak.
Kita macam ada penyakit 'Kalau muka nampak jahat mesti kau jahat begitu juga sebaliknya'

Muka awak nampak jahat. Eh bukan nampak nakal. Lepas tu future kerja awak tu buat kita lagi menyampah nak berkawan dengan awak sebab dulu kita pernah kena kacau benci betul kita tau.

Tapi lama lama kita tengok awak ni ok.

Tapi kita nak cakap sorry la sebab mulut kita ni memang suka nak cakap sambil sambil tanya. Awak memang tak suka cakap sebab tu kita yang tanya tanya awak.

5 NOVEMBER hari jadi awak.

Ala lambatnya terasa kita ni tua dari awak. Awak suka tau feeling feeling muda rasa macam kita dah tua tak sepadan dengan awak. Pathetic sungguh kita ni. Haihh

Awak.
Happy birthday.

Knowing you is the best part (setakat ni) in my life. Malu :')

Tak ada apa kita nak cakap lagi dah.

Kita hope awak boleh jadi lelaki yang baik sebab kita suka lelaki baik.
Kalau awak baik kita janji kita tak nak sedih sedih macam dulu.
Kita janji kita kuat. Macam awak.




thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



November 8, 2011

Kakak Hairuman

Tadi macam biasa aku sign in blog. Ternampak 1 comment.

Klik.

Keluar ni.


 Klik untuk tumbesaran



Bila baca tu aku terus rasa macam. Ni mesti fake.

Iyelah siapa siapa boleh letak nama Maryuni Binti Miskon ni. Kau pun boleh betul tak?
Aku syak dia macam nak menipu tapi kejadah dia nak menipu kalau dia tak untung.

Bila baca nombor akaun tu aku lagi takut kalau orang ni tipu. Entah nombor akaun siapa entah dia letak. Kang salah bagi jadi lain pula kan.
Tapi bila google-ing memang sama dan betul.

OK positif.
Mungkin ini betul Maryuni kakak Hairuman.

Dan mungkin bantuan yang dihulurkan sudah berhenti padahal kos perbelanjaan dia berterusan even dia nampak macam dah sembuh segala.

Dan mungkin Maryuni sangat terdesak.
Alahai kesiannya.

Sesiapa yang sudi dan mahu hulurkan bantuan silalah bank in ye.
Aku ni bukan tak nak. Duit pun cukup cukup makan.

Kepada sesiapa yang tak tahu kisah Hairuman kilik SINI  


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA 



November 2, 2011

Claustrophobia . Batophobia

Aku rasa manusia normal tentu ada perasaan takut. Or perkataan yang sesuai adalah fobia.
Tak kisah la takut dengan binatang ke orang ke apa ke.
Yang penting takut. Takut yang amat.

Macam aku ada dua benda yang aku fobia.

Narrow space.
Or nama saintifik lagi berbelit lidah ialah Claustrophobia.



Aku perasan benda ni masa aku tingkatan empat.
Masa tu aku dan rakan rakan pergi camping dan mandi di Lentang.
So masa nak balik tu kira mandi manda untuk terakhir kali la.
Sekali nampak macam gelongsor yang bulat tu yang tertutup macam terowong tu.

Adoi kenapa google gambar gelongsor macam ni tak jumpa bodoh betul lah gambar macam tu pun tak ada.

Masa tu kan zaman zaman remaja girang gembira lepas tu macam batak jakun jumpa gelongsor tu terus aku dan rakan rakan nak cuba.
Orang naik dari atas aku pula dari bawah lepas tu meniarap niarap macam sedang berperang.

OK tiba tiba stuck.
Macam tak muat ia aku tahu masa tu badan aku agak gempal berbanding sekarang tambahan pula terowong tu agak sempit. Ia lah sempit tak tipu.

Nak patah balik tak boleh. Dah la gelap.
Jantung aku dah laju. Oksigen tak cukup. Dah macam pening pening.
Lepas tu teruskan juga dengan gigih sambil macam nak menangis menyesal kerana memilih untuk masuk gelongsor terowong itu.
Dah keluar aku rasa macam wah heaven!
Sumpah tak nak masuk tempat macam itu. Sumpah.


Batophobia
Nama kampung ialah takut tempat tinggi.




Ini memang dari aku kecil lagi.

Kalau berada di tempat kejadian lutut aku menggeletar lepas tu jantung kemain laju. Perut macam ada rama rama terbang di dalamnya.
Kalau aku berdiri kat balkoni lagi sajak sambil terbayang balkoni tu tercabut dari bangunan tu lepas tu aku jatuh. Scary tak?

Kalau nak suruh aku naik tangga or berada di tempat tinggi yang besi besinya separas pinggang dan boleh memuatkan kepala untuk terjulur keluar kirim salam sahaja. Kemungkinan untuk aku jalan macam perempuan baru lepas beranak adalah tinggi. Pheww

Eh kau takut apa ye?
Lepas ni kalau orang tanya apa ketakutan kau.

Jawab sahaja,

Claustrophobia dan Batophobia.

Tentu mereka tergamam dengan pengetahuan saintifik kau.

Alahai tak tercapai hajat aku untuk tinggal di kondominium mewah di tengah KL.
Alasan.
Ni kalau kapten baca tentu beliau berkecil hati.

Sorry sayang kita gurau je.
Tak kisah tinggal kat mana pun asalkan awak ada sebelah saya.
Muntah.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





November 1, 2011

Do It Yourself

Aku sekarang macam rajin tengok DIY ni.
Lagi lagi DIY Wedding.

Macam. . .


 DIY Dais


DIY Handbouquet

DIY Veil

DIY Hantaran


Eh bukan.
Bukan nak tunang ke kahwin ke apa.

Tapi suka.
Macam best.
Macam kreatif dan inovatif sungguh.
Awesome sangat hasilnya.

Nak kahwin. Eh.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA