1. Salah nombor.
Nak kutip hutang.
Nak cari kawan lama.
Gara gara nombor pasca bayar lah ni. Tu yang aku malas nak pakai nombor pasca bayar ni, sebab tahu sebelum aku beli nombor tu mesti dah ada orang yang pakai nombor berkenaan.
2. Pernah kena prank dengan abang ipar, call maghrib maghrib tanya pasal insurans. Aku ni dahlah pessimist sikit dengan orang insurans, nasib tak kena maki sebab dia tanya aku, 'Nama suami puan Hazimah ni, Mohd Adli bin Sani kan?' Haa? Lepas tu dia tergelak sendiri. Gotcha!
3. Malas nak layan call lepas kerja. Aku pernah masa tu baru sahaja sampai rumah cecah bontot kat tilam, dapat call dari unknown number marah marah aku sebab tak bagitahu dia pasal surat boss dia. Bayangkan, hanya kerana sekeping surat boss, aku dimaki, sampai diungkit pula keesokan harinya. Demm yulah secretary. Bila cuti pandai pula kau cari aku suruh ganti tempat kau. Demm.. demm.. demm (terngiang Avril Lavigne nyanyi lagu Wish You Were Here lepas tu teringat suami pfft)
Haa macam gitulah sebenarnya intro aku mengenai unknown number ni.
Sebenarnya ehemm, nak bagitahu.
Semalam dapat call dari nombor tak dikenali.
Dua kali dia call, aku tak angkat. Dah lah tengah sedap layanYoutube, video band 4 Non Blondes malas aku nak angkat menyibuk betul.
Lepas tu ada mesej masuk. Mungkin mesej dari Celcom, yang nak offer segala macam promosi segala. Mesej yang selalu tipu aku, sebab bila berbunyi ingatkan suami aku, rupanya bukan. Tunggu kejaplah, tunggu sampai habis video ni.
Buka-
Oh Tuhan, rupanya suami. Pinjam handphone kawan sebab tertinggal handphone katanya. Sekarang kat hutan, patutlah dari Isnin senyap sahaja. Aku okey sebenarnya, sebab suami ada cakap lepas exam beliau akan masuk hutan, training gali
Call balik, dua kali juga tapi tak angkat.
Kawan dia ni pun, kenapa tak angkat? Angkat la hoi, aku nak cakap dengan laki aku kejap. Kejap je, bukan nak gayut pun nak dengar suara je sob sobss.
Sampai hati kan. Sampai hati -_-'
Buka YouTube balik. Type Wish You Were Here, tengok dan dengar. Konon nak hilangkan syahdu, tapi yang sebenarnya lagi menambahkan juraian air mata aku. Demm.
Sekian.
Aku benci unknown number. Benci sangat.