Followers

June 18, 2014

Stay at Home Wife

Saja letak tajuk kat atas, malu lah nak letak title surirumah. Bukannya banyak sangat kerja rumah nak buat, siap boleh terlajak tidur petang ehehe malu betul kalau mak tahu ni.
Teruk sangat dah perangai pemalas aku ni, macam kan kerja di rumah banyak sangat, padahal siap boleh tidur, bangun, eh tidur balik. Adakah ini sindrom bini-bini kesunyian di kala suami bekerja? -___-"

Ehem.. It was half year since I left my job.

Kepada reader yang merindui aku (perasan), aku sebenarnya malaslah tak tahu nak cerita apa. Yelah, duduk rumah buat apa je kan. Bangun tidur, basuh baju, masak, tengok tv. Kalau suami aku nampak riak muka aku kebosanan dan kemonyokan, lalu malam tu beliau akan ajak aku keluar. Tak pergi mana pun. Pergi stesen minyak, bank di pekan Masjid Tanah ataupun ke Pernama tempat para askar shopping keperluan dapur dengan harga rendah sedikit. Untung-untung, kalau tiba-tiba suami tebiat nak tengok wayang, jauhlah sikit langkah kaki kami hehe.

Well, to be frank, dua minggu selepas aku berhenti kerja, aku diserang sindrom menyesal-berhenti-kerja.

Macam aku, yang tak betah duduk diam, memang rasa lain sangat.
Memang best, tak payah bangun awal pagi bersiap ke ofis. Bangun awal kejap jelah, nak teman suami bersiap. Alah, bukan teman apa pun, sementelahan suami dah biasa buat semua sendiri. Basuh baju, lepas tu tengahari masak. Petang tu aku dah mula mati akal.

Dan masa cukup seminggu aku di rumah, aku menangis! -_-"
HAHA, entah apa-apa tapi itulah hakikatnya. Aku macam entah, tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku bosan, aku sunyi. Pula tu, ada satu hari tu suami ada meeting di KL. Bayangkan, keluar pukul 6 pagi, balik 9 malam. Stress aku masa tu, rasa macam aku dah buat keputusan yang paling salah sepanjang hidup aku. Dan aku mula protes yang sampai mencetuskan pergaduhan, sebab aku rasa suami abaikan aku. Thats it. Childish sangat tssk.

Tapi lama-lama, aku boleh adapt. Lupa yang aku berhenti kerja ni sebab nak temankan suami. Nak duduk dengan suami, layan suami segala. Tak nak suami keseorangan, apatah lagi digoda perempuan lain pfftt pemikiran apakah itu hewhew tapi itulah aku fikir siang malam tahu tak?? Dahlah beliau di rumah seorang diri huhh risau aku.

Agak-agak boring, aku keluarlah bawa kereta tu, jumpa best friend aku si Lea tu. Tapi berapa kali jelah aku jumpa dia sebab dia pun busy kerja takkan lah tiap kali aku bosan nak jumpa dia aje melampau namanya.

Inilah life aku sekarang.




Anje angat tu nak naik beca macam kan pelancong hewhew

                         


Well,setakat ni life aku sebagai bini askar ok juga lah. Unit suami aku kecil je,so aktiviti bini-bini ni memang sikit hehe suka sangat biasalah aku ni bukan jenis bersosial sangat. Orang tanya aku pasal jenis elaun, lepas tu sebut term-term dalam askar ni haram tak tahu tehee. Ah,biarlah tak penting pun bukan masuk pertandingan 'Bini siapakah yang paling hebat di mata abang askar beliau'. Eh.

Agak-agak boring pergilah Masjid Tanah tu, takpun ronda naik motor pergi makan lempeng kelapa seronok tau naik motor kat kawasan kampung ni.



Sekarang ni aku kat rumah parent aku. Suami kursus sebulan, tapi takpe dah biasa pun. Mode weekend husband and wife is turn on :)






And to be honest, aku sangat rindu rumah aku (rindu suami jugak LOL) waaaaaa. Mungkin inilah perasaan orang tua yang tak betah tinggalkan kampung kan?  Rindu nak kemas-kemas, susun atur dalam rumah walaupun ehemmm, rumah sewa je pun. Rindu nak masak-masak.

Takpe takpe, next week dah nak balik dah. Tak sabarnya nak masak yeayy!!