Followers

March 6, 2012

Tentang Menjadi WAGs

Masa aku mula mula feeling pakwe makwe dengan tunang memang aku benci dengan status hubungan kami. Sudah lah jauh. Bukan kata nak berSMS, tapi nak jumpa memang jauh sekali. Nama kau nak keluar tiap tiap hujung minggu nak bermesra mesraaan memang lagi jauh. Itu masa beliau belajar.

Bila sudah kerja lagi lain cerita.

Its like.. brotherhood and seniority are priority rather than me.
Aku ni ibarat melukut di tepi gantang, begitulah aku di dalam hidupmu. Sounds gedik kan heh.

Lagi lagi kalau dah lapor diri ke unit memang kau rasa hidup kau ibarat gantung tak bertali. Pagi kau bagi mesej belum tentu malam tu akan dibalas. Pernah satu tahap aku rasa macam menyesal. Rasa macam nak end up sahaja status pakwe makwe kami. Berfikir kenapa aku mesti nak tunggu dia. Kenapa aku mesti bertahan dengan dia walaupun aku selalu makan hati, even menangis... alaa menangis mengada ngada je pun cehh mengadanya aku. Tssk tssk

Mungkin aku belum biasa. Mungkin sebelum ni aku terbiasa dengan benda benda yang selalu pasangan biasa bercinta buat. Like SMS lama lama, bergayut berjam jam, jumpa hari hari.

Then comes with my colleague. Nasib mereka ada.
Eh ini colleague yang bukan jenis obses gila dengan pakwe kau sikit sikit nak cerita pasal kerja pakwe kau. Kerja pakwe kau. Dan kerja pakwe kau eh eh siapa yang kerja askar sekarang?


Even tunang sendiri pun sebenarnya tak suka nak tunjuk sangat kerja beliau. Kalau mereka pun tak nak kecoh kecoh why we still need to tell the world aku lah makwe seorang askar yang sentiasa berbakti untuk agama bangsa dan negara. Jangan meroyan sangat like sesetengah makwe sikit sikit nak bagitahu kat semua orang aku lah wanita paling terseksa jiwa raga sijhswn*jn$hhdk pfftttttt

Chill bebeh.
Dia bukan suami kau yang kau kena ambil tahu apa dia kena buat pagi ini. Apa yang dia dan kawan kawan dia lakukan malam ni. Yang kalau pakwe kau sehari tak balas mesej kau gelabah tak tentu pasal terus tanya sorang sorang weh pakwe kau balas tak mesej kau kenapa eh dia tak balas mesej aku. Paling sajak sanggup ke tempat pakwe kau semata mata nak tahu kehidupan beliau di sana.

Serius.

Kadang kadang tergelak tengok ada lah beberapa orang makwe yang sangat obses dengan kerjaya pakwe masing masing lebih dari diri pakwe itu sendiri. Maaf kalau ada yang butthurt. Asal jumpa sahaja, korang korang pakwe I kan bla bla bla. Tunang saya kan dia kena pergi outstation for a weeks, sedihnya sob sob sob. Eh tahu tak gaji askar dah naik. Korang korang pakwe kita belikan cincin la. Wadehell.

Macam tunang pernah cakap.

Military is not a job. It is a life.

Jangan obsess sangat orang kata.
Title is nothing.

Dan sampai ke saat aku menaip ini, baru aku tahu. WAGs itu bermaksud Wife And Girlfriends. Kesian kan. Hewhewhew.


P/S : Bila aku rindu tunang aku baca blog ni ketawa sampai keluar air mata. Tapi aku tak obsess. Eh.


thanks sebab baca :)

March 1, 2012

The Hantaran

Sudah genap sebulan (lebih sikit) aku bertunang tapiiiiiii masih lagi mahu update cerita tentang tunang, entah bila nak habis aku  pun tak tahu tehehee.

Ok mari cerita tentang hantaran.
Aku dan tunang decide hantaran ialah 5 balas 7. Ke 7 balas 5? Eh.

Aku awal awal lagi dah cakap kat mak tak nak menambah nambah bilangan dulang hantaran yang tiba tiba makcik kau sponsor kek, jiran sponsor vitagen, no no no ok. Dan nasib aku baik sebab keluarga aku bukan jenis suka menambah nambah bilangan hantaran sejam sebelum majlis sebab faham benda macam ni akan menyusahkan orang terutamanya aku. Ditambah pula aku yang seorang clumsy ini tentu kerana hal hantaran aku boleh menjadi sorang fianceezilla. Heh.

Hantaran tunang


Dari kiri

Kek gulung dan coklat
Buku - Ohsem ok buku ni pandai encik tunang pilih untuk saya hewhewhew
Sirih junjung
Telekung - Sila rajin bersolat!
Bekas cincin


Hantaran aku


Dari kiri

Tshirt
Kek
Wallet + belt 
Buah buahan 
Sirih junjung
Coklat 
Bunga rampai - Bekas ni banyak jual kat kedai tapi nak paling murah sila pergi SinYin Semua House


Ingat tak crepe paper yang aku berangan nak buat bunga hari tu? Alhamdulillah, the dream becomes reality. Puas hati dan sedikit bangga bila mak puji (sikit sebab mak adalah master hand craft). Eh bakal kakak ipar pun puji tau aku rasa seperti di awang awangan.




The best part is semua hantaran dari aku, aku buat sendiri sambil sambil diganggu oleh emak yang komen sedikit (tapi macam banyak je) tentang betapa tidak berseninya jari aku menggubah hantaran. Well mak, bukan ada pertandingan hantaran siapa paling berseni pun kan. Tapi kami berkongsi satu persamaan. Kami cerewet. Bagus kan?

Dan silalah cik jimah fikirkan idea untuk hantaran nikah nanti ye.


thanks sebab baca :)

February 23, 2012

Tampan


3 Si Tampan Hiasi Glam Lelaki


Tampan?
Lain orang lain perspektifnya. Setuju kan?


thanks sebab baca :)