Followers

July 2, 2013

Singgah Celup dan Celup

Jumaat lepas macam gitu, aku dan kawan kawan memilih untuk pergi DipnDip. Dia sebenarnya cerita dia macam ni. Ikin dan Ifa yang bagi idea ni. Dah banyak kali jadi tak jadi, tapi faham fahamlah kan. Kitorang ni susah. Ada yang tengah part time study sibuk dengan kelas segala. Bila dia ni free, eh dia ni pula busy. Bila dia ni dah boleh, dia ni pula tak dapat nak jumpa laki. Eh aku lah tu hahaha. Eleh biarlah, orang ada laki sibuk je tau.

Yang masa Jumaat ni pun, aku yang tiba tiba nak. Dah petang baru rasa nak kan, bagus betul. Lepas tu menyusahkan orang. Nasib baik rumah aku dan Kasmi sebelah je. Lepas maghrib, aku suruh abah hantar ke LRT Kg Baru. Ingat nak drive, tapi abah tak bagi. Bahaya parking kat situ katanya.

Sampai saja sana, hehe Ifa dan Ikin dah tunggu. Konon nak naik LRT, tapi tak apalah, kedai tu jauh dari public transport. Jadi, marilah kita naik kereta beramai ramai.

Oleh kerana kami tak berapa pandai sangat jalan kat Bangsar ni, 19 kali jugalah pusing cari kedai tu. Memanglah dah sampai Jalan Telawi 3. Yang masalahnya, tak jumpa kedai tu. Dah kedepan, eh tiba tiba Telawi 4. Lepas tu kang Telawi 6. Telawi betullah.

Pusing punya pusing, yeayhh jumpa pun kedai ni. Lepas tu satu masalah pula. Parking ye anak anak. Kemudian kami pun memilih untuk park kereta kat lorong depan tu ha. Lepas tu ada pula abang abang duduk kat tangga lorong tu. Rasa macam dalam drama, pelacur pergi kat pelanggan pula. Abang tu pelanggan, kitorang pelacur. Eh. Tapi pelacur pakai tudung. Boleh? Eee jijiknya.

Sampai je, amboi ramainya. Korang ni kenapa ni, makcik pakcik semua ada. Pergi baliklah, nanti korang kena kencing manis. Cuba bagi kami yang muda muda ni, bersuka ria di malam hari, nasib kejap je tunggu, terus dapat duduk tau.

Masa dapat menu semua menggelupur. Tak tahulah menggelupur sebab teruja ke, sebab lapar ke, apa ke. Yang pastinya semua membantai nak pilih itu ini, lantaran semua orang suka coklat. Akan tetapi bila tengok harga, baiklah mari kita berkongsi ye. Sedar diri sikit, kita ni golongan marhaen.





Ini sahaja yang mampu order. Yang kanan sekali tu chocolate crepe. Lepas tu, yang sebelah tu chocolate brownies ke apa entah, dia simbah dengan cream cheese, ada buah sikit. Eh, nampak tak empat ketul beratur tu. Haaa tu strawberry chocolate. Aku salah baca, ingat 4 sticks, rupanya 4 pieces. Terbang RM12.50 tssk tssk menyesal. Eh tapi sedap gila laaaa. Rasa nak pergi lagi.

Lepas tu kan, ada lah cerita ni. Order dua jenis air sahaja. Mula mula dah decide nak minum chocolate milkshake. Lepas tu nampak raspberry tea, terus terbayang keenakan teh yang sejuk dan boleh hilangkan muak coklat. Aku lah ni, bingai terus order tanpa tengok perkataan shake. Dah dapat, tak nak pula mengada betul. Lepas tu minta tukar, tapi bagi alasan waitress tu salah ambil order. Oh ya, nama beliau Margi. Entah dari mana asalnya tidak pula kami ketahui.

Entah kenapa, semua dah rasa bangsawan sangat, nak juga tukar tak kira. Ingatkan dapat tukar, sekali dia tak tukar. Dia ganti raspberry tea yang baru, kemudian yang 'salah' order tu, dapat FREE.

Great. Masa ni semua rasa berdosa. Rasa bersalah ditambah pula simpati yang amat. Entah entah dia perlu menyara keluarga dia ke, anak ramai ke, apa ke (hyperbola betul ayat). Sebab tahu dah, gaji Margi mesti kena potong. Bila tanya supervisor dia yang berbangsa Arab pun, tergagap nak jawab sambil senyum manja.

Ampun ye Margi :(



Muka semua tak bersalah.
Propa.


Nak balik tu, bila minta bil, dah cakap kat Margi include sekali yang FREE tu supaya gaji dia tak dipotong. Bila dapat, eh tak include pun. Sampai hati boss ni, dah cakap kan nak bayar kenapa kau bagi FREE ni?

Lastly, kami decide selitkan duit sekali dengan bil. Lantaklah, yang penting dah bayar. Tak rugi apa pun.

Masa nak balik, kemain Kasmi ambil gambar. Beria nak membantu para pencari DipnDip yang sesat macam kami, dengan memberitahu landmark.


Sebelah kedai buku.

Mengadap Alliance Bank.


OK tu je nak cakap. Ha ah, balik tu singgah mamak. Mana kenyang makan coklat je hoi. Hewhew.

Lepas tu ahh nantilah, aku update pasal baju nikah. Sorry eh, janji banyak kali.
Ampun sangat :(







June 20, 2013

Okaylah Fine Nanti Aku Cerita

Minggu depan aku cuti saja saja.
Iyelah iyelah, aku cerita balik cerita kahwin enam bulan lepas aku yang dah basi tu.

Benci tau korang ni! (sambil libas tudung)







Masalahnya tak tahu nak mula dari mana.


P/S: Gambar kat atas ni aku snap kat album. Santek kan? Dasar pemalas betul Hanzemah ni la.







June 12, 2013

Cerita Pertama Kali

Walaupun kami dah kahwin selama enam bulan, tetapi perasaan pengantin baru itu masih terbau bau lagi hehe, shadaplah kau sibuk je nak gelakkan aku. Betul la tu cakap orang, duduk jauh ni lain macam sikit. Asal jumpa sahaja, mesti nak ehem.. manja lebih lebih. Tapi bahagian tu jelah yang best, bahagian lain macam gaduh-baik-gaduh, drama sentap, air mata adalah selingan untuk pasangan jarak jauh macam kami.

Macam aku cakap haritu, suami dah habis kursus hazab lima bulan yang membuat jiwa raga dan zahir batin kami terseksa. Lega sangat, tak adalah aku asyik nak tanya 19 kali, dia dapat balik weekend ke tidak. Sekarang ni, setiap minggu jumpa. Kalau tak dia ke sini, aku ke sana. Nasib baik KL-Melaka dekat. Tak dapat bayangkan pasangan yang jauh, Sabah Sarawak ke apa ke kan, kesian. Bersyukurlah ye Hanzemah, bawa bawa istighfar.

Dua minggu lepas, aku ke Melaka. Ha ah, suami dah dapat rumah sewa yeay bolehlah ehem ehem dengan privasinya. Alhamdulillah, kebetulan kawan suami berpindah, rezeki kami agaknya dapat rumah itu.

Seronok aku, rasa macam sirih pulang ke gagang kata orang. Bila lalu Lendu, teringat kenangan tiga tahun belajar di situ. Lepas tu lalu Masjid Tanah, rancak aku bercerita pasal pasar malam lah, pasal bas Patt Hup la. Lalu Tanjung Bidara, cerita pula aku mandi manda kat situ. Kesian suami aku.

'Sorry, kita tak belajar kat UiTM. Kita tak duduk Melaka.'

Ceh, perli la tu. Mesti bosan kan aku membebel, entah dengar ke tak tu.

Masa suami beritahu dapat rumah ni, cepat cepat aku suruh beliau hantar gambar. Rasa teruja melebihi segalanya.




Dah sampai, bila betul betul rumah tu depan aku, rasa terharu nak nangis pula tiba tiba. Haha, drama betul nak rasa terharu bagai. Walaupun rumah tu rumah sewa je pun, tapi aku rasa macam dah hampir sempurna keluarga kecil kami.

Sebenarnya ni semua barang barang kawan suami, tunggu dia nak angkut nanti. Tak sabar nak beli perabot sendiri, lepas tu nak hias hias lagi. Ceh, berangan lebih. Tak apa slow slow ye.. Slow slow.




Esoknya, aku memasak. Masak pakai jari, hebat tak hebat tak hewhew. Nasib ada pinggan mangkuk hadiah  kahwin, lantas kami pun bersama sama sediakan makanan tengahari pertama kami berdua. Tak ada apa pun kat rumah. Minum pun air mineral sahaja tssk tsskk.  Rasa looser betul, rasa macam tak reti memasak langsung -_-'

Tapi, tak rasa kurang kat mana mana pun. Rasa kelakar adalah.

Sama sama pasang gas dekat tong gas tu, siap siap test. Check ada tak bau gas. Bila ada bau, masing masing takut nak hidupkan api takut meletup ke apa ke. Padahal aku rasa, entah bila entah dapur tu nak berasap.

Sama sama beli keperluan rumah yang tak cukup walaupun ehem.. duit tak berapa ada.

Sama sama angkat tilam queen yang berat ya ampun, semata mata nak bentang depan tv, tengok movie. Akhirnya, tv tengok kami entah apa apa.

Kali pertama yang indah.
Aku pernah cakap kat suami, kalau boleh biar duduk jauh dari keluarga. Biar sama sama jauh. Biar kita sahaja yang susah senang sama sama tak ada nak susahkan orang tua, waima orang lain. Biar nanti kalau satu hari, ada benda datang nak jauhkan kau, benda kali pertama ni boleh rapatkan balik kau. Biar kali pertama yang mulanya kecil ni, akan jadi besar satu hari nanti.

Kalau siapa siapa yang berjauhan dengan suami tu, tak apa. Rezeki ada mana mana. Banyakkan bersabar dan berusaha.

Insya Allah.
:)