Disebabkan aku ni jenis paranoid, ditambah pula dengan keterujaan dua tahun menunggu rezeki anak ni, maka selepas sahaja doktor sahkan aku mengandung enam minggu, dengan tak sabarnya beritahu suami kena buat buku pink. Gelojoh sangat pula bila ingat balik hissss -_-'
Jadi aku pun semangatlah googled (macam biasa) prosedur buka buku pink ni. Banyaknya aku tengok review masing-masing. Ada yang kena bawa pregnancy test menunjukkan kau confirmed pregnantlah, ada kena bawa bil elektrik/air sebagai bukti kau memang tinggal kawasan klinik berkenaan etc etc.
Cerita kat suami, lalu beliau menawarkan diri untuk ke Klinik Desa Tanjung Bidara untuk bertanya hal buat buku pink ni selepas balik dari kerja. Nasiblah kalau suami nak balik dari kerja memang lalu klinik berkenaan, jadi tak rasa macam menyusahkan beliau pun.
And luckily suami pergi klinik tu.
Rupa-rupanya rumah aku dah bukan dalam kawasan klinik tu, tapi dalam kawasan Klinik Desa Pengkalan Balak haha sabar jelah aku confident betul, nasib baik suami tanya dulu kalau tak sia-sia sahaja semangat bagai pergi sana. Nurse situ pun baik, siap tolong call Klinik Desa Pengkalan Balak untuk set up appointment kami.
Untuk buat buku pink kat kawasan rumah aku ni senang sahaja. Kena sediakan :
1. Salinan kad pengenalan ibu bapa
2. Salinan sijil nikah ibu bapa
Yup, dua tu sahaja tak ada pun benda-benda lain yang aku baca sebelum ni. Mungkin lain klinik lain prosedur dia.
Next week, pergi sana.
Sebelum sampai sana, macam-macam aku fikir sebab baca review orang, semua mengeluh bila pergi klinik ni. Dengan kerenah orang ramai, lepas tu kalau nasib tak baik dapat nurse yang garang.
Sampai sahaja, eh betul ke ni klinik dia? Sunyi sepi, kereta pun berapa biji je boleh kira.
Pergi kaunter, beritahu nurse pasal kejadian tempoh hari dan aku dilayan oleh nurse nama Sharifah atau lebih mesra dipanggil Kak Pah. Mesra sangat, hilang persepsi negatif aku tentang klinik ibu mengandung. Mungkin sebab dalam kawasan kampung, orang pun tak ramai maka aku dilayan dengan begitu senang sekali.
Macam biasa, lepas buka buku pergi buat ujian air kencing, ambil HB, periksa tekanan darah, timbang berat semua tu lah.
Dah siap semua, masuk bilik dia suruh baring nak tekan tekan perut aku. Amazing betul rasa bila dia cakap "Okay, baby kecik lagi tapi memang dah ada".
Wah, tekan je dah tau ye? Lepas tu suruh buka bra dan selak baju sebab
nak tengok nipple homaigod malunya aku masa tu nasib baik clear je wahahaha.
Dah selesai semua barulah sesi berkenalan sembang-sembang sikit.
Soalan aku, sepatutnya paling awal buka buku pink ni masa berapa minggu?
Dengan senyum kak Pah jawab, "Sepatutnya 8 minggu,"
sambil mengatakan aku ni awal sangat tapi tak apalah, awal pun bagus
juga cuma dia tak nak menyusahkan aku nak datang lagi masa 8 minggu
hehehe tak apalah kak Pah, I is excited. Datang setiap hari pun tak apa.
Rupa-rupanya
juga, nurse kat sini dibahagikan kawasan masing-masing dan kawasan
rumah aku ni di bawah kak Pah. And the best thing is, memang tiap kali
aku datang checkup memang kak Pah yang akan pantau aku. Wahhh ini sudah
bagus!
Dah
selesai semua, aku dibekalkan dengan pil-pil semua tu. Iron, acid
folic, vitamin B complex dan vitamin C yang sampai sekarang kena makan
sampai naik cemuih. Tak apalah demi baby kan?
After all, aku rasa sangat berpuas hati dan beruntung sangat pergi klinik ni tak payah tunggu berejam. Kadang-kadang 15 minit pun, eh dah siap? Haaa macam tulah nak cakap betapa tak ramainya orang kat sini.
Haaa nampak tak bukti?
Punyalah tak ada orang sampai mesin nombor giliran tu pun tak berfungsi hewww
Yang penting tuan blog dapat berselfie dengan riang gembira tanpa perlu berlakon pura-pura sedang online. HAHAHAHAHA