Followers

November 10, 2011

Itu Normal Lah Dude

Bila dah hidup selama 24 tahun ni kan aku rasa macam eh dah tua lah. Eh silap dah matang lah rasa macam masih girang gembira petang petang bermain bola tampar. Malam pula gigih mengulangkaji pelajaran. Bila mak suruh tolong buat kerja rumah hentak hentak kaki. Eh aku ke tu? Sedar sedar sudah bekerja gigih mencari wang untuk menampung kehidupan seharian.

Dan aku sangat sedar.

It is not easy being 24 as you are not married yet.
Dah kahwin belakang cerita.

Yang aku paling jaki sangat bila 24 itu kau feeling feeling remaja sambil makan lolipop.

Situasi 1

Umur dah 24 tetapi masih berpakaian seperti remaja. Remaja yang aku maksudkan kat sini bukan yang pakai Tshirt seluar jean normal lah tu abah aku pun pakai seluar jean juga kadang kadang. Point aku sekarang ialah aksesori kau pakai. Cekak reben yang colour striking gila bajet dari jauh boleh cam kau. Lepas tu semua fesyen kau nak cuba. Vintage? Korean? English? What the.

Situasi 2

Asal ada jantan kacau kau nak marah marah tanpa motif. Konon tak suka. Konon je lah. I was like, hey come on lah. Its a norms kalau umur kau dah tahap macam ni lepas tu kena kacau kacau. Lagi lagi kalau kat ofis. Bukannya orang tu raba kau ke nak cabul cabul kau ke. Itu normal ok. Kau buat tak tahu sudah yang kau nak meroyan royan sangat apa ke hal? Lain lah ada perempuan yang buat sexual harrasement. Itu baru lah luar biasa.

Situasi 3

Bila umur macam ni tak kahwin lagi lepas tu nak sedih sedih sambil buat ayat lagi sedih dengan harapan boyfriend kau baca lalu segera propose kau. Boleh? Iye aku tahu tahap kecemburuan akan mencanak canak lagi lagi kalau event list kat facebook tu penuh dengan wedding invitation kawan kawan kau sahaja. Tapi tak payah lah nak show off sangat macam kau tak laku. Nampak desperate. Rileks ok. Tak payah nak budak budak sangat. Sampai masa kau kahwin. Setel.


Situasi 4

Yang ni kawan aku pernah kena. Dia pergi satu function nak temankan boyfriend dia. Masa tu dia still study Master. Aku rasa yang tanya soalan ni perempuan BIMBO. Soalan beliau  ialah,

'Kenapa sambung master ek? Tak membazir ke?'

Bodoh. Aku tak tahu lah perempuan ni education background dia apa. Tapi kalau macam aku ni mesti lah respect orang sambung master. Aku yang degree ni pun rasa tercungap cungap nak habiskan dua tahun tu. Selalu orang sambung master ni ada sponsor. Ada scholarship. So tang mana yang membazir tu cakap kat aku? Choii

Situasi 5

Check in hotel nak bagitahu. Masuk kampung atuk kau mati mati deny. Naik kereta mewah (padahal tumpang sahaja) punyalah bangga sampai rasa macam kau seorang sahaja yang mampu naik kereta macam tu. Lepas tu kan lepas tu kan upload la gambar kau dress up ikut trend fesyen. Kau posing macam model seluar dalam tu.  Bila orang puji jawab
 'Eh tak adelah biasa biasa je ni tak cantik pun'

Syelaka tak?


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





2 comments:

  1. hahahahaha betol!!!! macam ada akak opis aku ni cakap, "akak ada adik sebaya nadia, tapi tak nampak pun dia macam 24tahun.. macam budak-budak lagi hohoho"

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.