Family aku nak kami bertunang. Family beliau pula mati mati tak nak kami bertunang, katanya bukan benda wajib. Yang wajib nikah. Tapi end up adik perempuan dia pun bertunang juga. Bab tu aku confuse, kata tak wajib. Takpe, aku dan Ex sudah jadi sejarah. Sekarang fokus on my
Bertunang memang bukan benda wajib.
Yang wajib akad nikah.
Tapi ini pendapat aku lah.
Bertunang ni pada aku tak ada apa pun. Kalau yang macam jenis aku, kenal sekejap (setahun) tanpa pernah jumpa keluarga masing masing, dan kami jarang jumpa sebab beliau jauh. Memang bertunang adalah salah satu cara nak kenal diri malahan keluarga pasangan anda. Inilah masanya kau nak ukur sejauh mana keserasian diri malahan keluarga masing masing. Lepas tu ada la sikit proof kalau orang nak mengorat, mestilah fikir 14 kali sebab kau dah bertunang.
Aku tak nampak kat mana yang orang kata, 'Bertunang ni tiket untuk pasangan melakukan perkara yang terlanjur dan segala tiket nak buat aksi laki bini'.
Contohnya macam, berpeluk pelukan, keluar rumah berdating sesuka hati
Macam kes aku dengan tunang, bukan kata nak berpeluk. Nak SMS/call pun memang susah.
Macam haritu mak aku nak pinjam phone aku, nak call kawan kawan sekolah beliau sambil nak jemput mereka ke wedding abang aku. Kau faham faham jela kalau dah call kawan lama ni mesti lah ada segmen mari mengimbas kenangan lama kan?
'Sebulan bayar bil handphone mahal tak?
'Lah kenapa? Tak de lah sikit je pun'
'Mak nak pinjam lah nak call kawan kawan mak. Pakai prepaid ni leceh.'
'Pakai jelah mak. Tak luak pun bil tu.'
Lagi satu, selalu aku dengar statement bertunang ni banyak dugaan.
Itu memang betul. Tapi tak payah tunggu bertunang, bila bila masa saja kau akan diuji betul tak? Kalau bukan sebelum bertunang, mesti lepas kahwin.
Aku dengan Adli setakat ni ok. Ok maksud aku bukan dugaan besar sangat yang sampai rasa give up. Setakat gaduh gaduh tu biasa pada aku, sebab dia jauh dan sibuk. Hati perempuan, lagi pula jauh kan. Heee.
Dan teori aku, kalau sorang down, sorang kena bagi moral support. Tapi selalu yang down lebih lebih nak manja manja aku lah. Again. Hati perempuan kan (alasan).
Dan teori aku, kalau sorang down, sorang kena bagi moral support. Tapi selalu yang down lebih lebih nak manja manja aku lah. Again. Hati perempuan kan (alasan).
Bila lah dapat jumpa ni tsskkk
Lagi satu pada pendapat aku, bila bertunang ni kau akan fikir 14 kali kalau rasa nak give up dengan hubungan kau. Sebabnya, pertama kau dah ada ikatan tak rasmi dah kenal keluarga saudara mara dia semua. Lepas tu, mestilah dah ada persiapan sikit sikit beli keperluan untuk masa hadapan. Kan kan? Tapi tapiii kalau yang sudah tiada jodoh, putus tunang di tengah jalan tu nak buat macam mana. Itu kerja Allah, bukan kerja kita. Kan kan?
Owh ya aku tengah melalui dugaan (dugaan ke?) ni dengan Adli.
Kursus Young Officer beliau postpone (lagi). Dari Julai ni ke Januari tahun depan. Punya lah aku plan nak kahwin Januari sekali amik kau bukan ke kena postpone juga wedding kami itu? Tapi entah kenapa aku macam tak ada perasaan nak frust frust macam certain awek siap menangis nangis. Memang lah ada rasa terkilan, tapi aku dah agak benda benda macam ni boleh berlaku. Rileks. Postpone kahwin saja pun, bukan tak jadi kahwin. Kan? :)
Nasib baik aku belum book segala mak andam katering segala. Nasib baik fuhhh nasib baik.
Tapi tiba tiba Adli macam nak awalkan ke bulan Disember. Awalkan ok??
Fuh serabut serabut. Fuhhhh.........
Well, this is what you have to pay when you chose a military man.
Siap sedia berkorban. Bukan mereka sahaja. Kau yang nak kahwin dengan dia pun sama.

Dugaan sikit sahaja ni. Orang kata dugaan bertunang kan?
Kalau sekarang belum kuat, macam mana hari kemudian? Kan kan? :')
Dear Mr Fiance,
Sudah 5 bulan, 2 hari berlalu.
Sudah 5 bulan, 2 hari berlalu.
Sama sama be strong eh. Janji :')