Followers

February 26, 2013

Peraturan Menantu #2

Dua minggu lepas macam gitu, suami dapat cuti. Eh mesti la suka, dah jarang jumpa kan. Heh. Tak ada yang menarik pun, melainkan dapat habiskan masa berdua sahaja di rumah keluarga aku lantaran mereka semua dah balik rumah makcik aku. Eh bestlah berdua je kau ingat senang aku nak buat aksi aksi isteri yang ganas solehah dengan suami bila ada orang lain? Susah ok. Dahlah weekend haritu tak dapat balik, gara gara ada yang buat hal, laki I yang kena sekali tau tak dapat balik jumpa isteri beliau ini. Eh teremosi pula. Oh Tuhan, aku mohon sujud kepada kau. Lapangkanlah rezeki kami supaya dapat duduk sama. Amin.

Sambung cerita.

Ahad lewat pagi tu gerak ke Jengka, sebab aku ada projek tangan keras dengan kakak ipar-duai. Kahkah, macam bodoh je letak nama projek tangan keras apa entah yang keras. 




Well, inilah projek keras kami.
Tema warna putih.

Aku panggil keras sebab tangan masing masing tak berseni. Kakak ipar suruh aku buat tapak, dan reben sekali. Bunga hidup tu pun nasib baik ada kat Petaling Street, semangat aku gubah malam tu. Yang sirih junjung tu biras aku dan makcik yang buat, kemain google-ing tiru gubahan terkini di tahun 2013. 

Yang sebenarnya aku tak reti gubah bunga ni, semangat aku tanya emak cara-cara gubah. Tapi aku cakap je boleh buat kat kakak ipar aku. Takut la nak cakap tak reti semua, rasa bersalah. Entah apa-apa je rasa. Ni kalau emak aku tengok ni, tentu beliau menyesal ada anak macam aku, tangan tak ada seni langsung. Dahlah malas belajar jahit baju -_-'





Bila tengok gambar ni kan, aku rasa macam, kan best kalau arwah emak mertua ada. Barulah cukup korum. Tapi yelah, kalau Ziema. Kalau. Kalau ada.
And I think the moment when we were crying together after our akad nikah will happen again. Soon. Mesti aku pun akan join sekali sob sob.

Dulu aku selalu kena marah dengan abah sebab cengeng. Benda kecil je pun, bukan main tiba-tiba mata aku bertakung air mata. Sekarang ni, suamilah yang hadap. Suami aku kental sangat, mesti rasa jaki tengok bini dia ni sikit-sikit nak melalak haha.

Dasar keturunan.

Ada la seorang kawan aku ni nak kahwin, bukan main tanya.
'Ziema, kau macam mana ek ambil hati mak mertua kau?. Takutlah nak ada mak mertua'.

Ceh. Sabar aje lah tanya aku soalan macam itu. Takpelah, dia tak tahu aku tak rasa pengalaman ada emak mertua.

Senang je aku cakap.
Benda ni bukan pasal emak mertua sahaja, tapi pada pendapat aku keluarga mertua. Tapi yang penting emak mertualah, amboi kau dah ambil anak lelaki dia lepas tu buat tak tahu je kan dengan emak dia. Ini yang aku tengok la, bila pergi rumah makcik aku. Menantu dia, asal kat rumah makcik aku je tak ada duduk duduk ni. Terus pergi dapur, buat apa apa yang patut. Aku pula yang tiba tiba tersegan sendiri hewhew. Tapi,nak cakap lebih lebih aku tak reti, maklumlah baru 81 hari bergelar isteri dan menantu. Aku pula masih duduk dengan keluarga, waima suami aku pun tengah berkursus. Jadi, amalan anak-menantu belum lagi kami praktiskan gitu.

Kena tunggu kami duduk sama kot.
Bila entah.
One fine day. Insya Allah.







February 20, 2013

Resepi Kek Malas

Aku suka masak. Itu memang minat aku, tapi yang dapat aku cakap masakan aku semua malas. Emak selalu membebel kat aku, kalau goreng sayur aku letak bawang putih yang ketuk itu sahaja, instead ikan bilis yang aku malas nak kopek, bawang besar yang aku malas nak kupas dan hiris. Nampak tak tahap malas aku?

Teori aku, biar malas asal sedap hohoho.

Aku dah lama sebenarnya nak buat kek ni. Emak pun cakap dah lama tak buat kek. Best kalau ada emak yang share minat kau ni. Aku kesian tengok emak emak yang pandai masak, tapi anak perempuan dia bagi 19 alasan tak reti masak, tambahan pula malas nak belajar memasak. Rugi doh.

Ni ha, ada beberapa member aku tanya macam mana nak buat kek malas aku ni.
Oh ya, aku panggil kek malas sebab bahan bahan dia senang. Tak payah nak tunggu orang lain buatkan pun. Kau balik kerja penat penat pun boleh buat. Sebelah tangan pun boleh buat amboi over kau.



Kek Coklat Moist Kukus.
Ada yang panggil tayar. Anak buah aku panggil gigantic doughnut. Lagi teruk, ada yang panggil dia tiub kereta. 
Sampai hati korang, penat aku buat dia dengan kasih sayang -_-'


Ini bahan-bahan dia.

A) 2 biji telur gred A
     2 cawan minyak masak. Lagi bagus minyak jagung
     2 cawan gula pasir yang dah blend
     2 cawan susu pekat

B) 2 cawan tepung gandum
     1 1/2 cawan serbuk koko
     1 sudu kecil soda bikarbonat
     1 sudu kecil baking powder
     (Ayak semua dulu takut nanti berketul ketul)
     1 cawan air panas

1. Gaul semua bahan A. Gaul sampai sebati guna senduk, tak payah nak mixer bagai.
2. Masukkan bahan B. Gaul lagi sampai sebati gitu.
3. Kukus dalam masa 1 jam. Kalau nak tahu dah masak ke belum, ambil lidi, cucuk kek tu. Kalau dah tak melekat, maknanya dah masak lah tu. Eh jangan lah pakai lidi penyapu tu amboi.

Bahan ganache/topping (double boiler)

2 sudu butter
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
Aku suka bau vanilla, jadi aku letak sikit esen vanilla. Lagi satu, kalau rasa macam cair tu tambah lah serbuk koko. Kalau dia macam pekat sangat, tambah butter. Ikut suka kau lah ye.

Tuang dengan kasih sayang, jangan kau jirus pula. Lepas tu simpan dalam fridge.

 Dah tu je.
Ada kawan aku cakap, kira rajinlah tu dah buat kek. Taklah, ini kek paling malas. Nampak kan kek aku tu? Loyang bulat tinggi tu entah lah mana mak aku letak. Lapik tu pun pakai tutup periuk. Itu sebab aku panggil kek malas. Malas betul.








February 19, 2013

Lapik Mulut

Semalam, masa emak tengah potong kain nak buat baju, aku mengadap beliau. Macam gitulah aku, kalau aku bosan tahap yang macam mati akal, dah tak tahu nak buat apa aku cari emak. 'Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku..', tiba tiba lagu itu berkumandang.

Aku semenjak dah ada keluarga lagi satu ni suka nak bercerita hal masak masak. Aku rasa macam teruja bila tengok cara orang masak yang berbeza.

'Kat Jengka kan mak, akak goreng jemput-jemput masukkan tepung tu pakai tangan. Lepas tu jadi kecik je jemput-jemput akak tu,' aku cakap bila tengah mengunyah jemput-jemput yang jadi sarapan pagi tu. Oh lupa, rumah aku buat jemput-jemput pakai sudu.

'Kenapa tak pakai sudu je? Kan senang,' kata emak.

'Entah, dah akak dia pakai tangan, akak ikut jelah pakai tangan,' gelak sambil teringat.

Aku kan, entahlah.
Semenjak sudah kerja, lepas tu kahwin, hati, mulut dan perangai aku macam ada remote control. Aku cuba ikut rentak orang keliling aku, walaupun aku ni dulu macam teguh prinsip. Konon lah.

Tanyalah sesiapa yang dekat dengan aku, betapa celakanya mulut aku zaman dahulu kala. Melawan satu, menjawab satu. Tapi lagi celaka bila aku dapat memerli balik tahap pedas melampau. Aku rasa puas sangat.

Tapi sekarang, aku perasan, sebelum aku nak buat benda celaka tu aku kena fikir banyak kesan. Walaupun hati terguris terhiris, telan juga demi orang lain punya martabat. Bila aku mengomel dekat suami, ayat cliche beliau ialah,
'Sayang diam je tau, jangan balas apa-apa'. Senyum je, sambil pujuk aku. Gitulah dia suami aku. Tenang orangnya. Dimaki, dikutuk diam saja. Tahu tahu je, masa UPSR dapat 5A, padahal dulu dalam kelas dapat nombor last-last.

Bila aku cakap kat emak, 'Haih, tak baik cakap macam tu lah. Kang kena baru tahu'.

Haa macam gitulah pendapat orang orang baik keliling aku.
Baik kan mereka? Aku sahaja yang bermulut celupar. Sekarang ni aku banyak celupar dalam hati. Celupar yang pendam pendam, dengan harapan semoga hati aku ni kering, walaupun aku perasan hati aku ni sekarang dah makin jadi lembap basah. Entahlah, suami jauh kot hewhew tak kelakar langsung mengada betul macamkan suami pergi menyertai perang Soviet pula.

Oh ya. Hari ini genap 2 bulan, 1 minggu, 5 hari aku jadi isteri Adli.
Aku bahagia.

Tak payahlah asyik nak tanya perut aku dah berisi ke belum. Annoying gila. Kang nanti takut takut celupar aku datang balik.







February 14, 2013

Official Videographer

HAHAHA dah dua bulan kahwin baru nak tunjuk. Gasaklah. Bukan ada peminat pun heh. Nantilah kalau aku rajin aku review hal hal majlis perkahwinan aku yang biasa je pun. Kalau rajin, sebab gambar dari OP pun tak dapat lagi. Pengsan dah tunggu ni.

OV aku ni sebenarnya kebetulan sangat sangat aku jumpa. Mulanya macam. 'Ala, tak payah lah video ni, membazir je.'  Tapi aku macam nak sangat moment bila suami lafaz akad nikah. Rasa tak puas kalau tengok gambar sahaja. Siap cakap dengan suami, 'Tak apa lah kalau kita sorang je yang bayar. Kita nak sangat video tu'. Hahaha. Drama tak aku? Maka, sejak dari tu terus aku google-ing cari videographer yang boleh provide video at a very affordable price. Tak mampu lah nak hire yang mahal-mahal.

Lepas tu rasa macam, cinematography is better than videography. Aku rasa lah, tak tahu lah orang lain macam mana. Jadi, lagilah gigih aku survey dan email quotation price untuk khidmat OV ni.

Akhirnya aku pilih The Moment Republic as my OV :)


Actually mereka ni baru sahaja buat service cinematography, jadi tu yang harganya murah sikit. Well, tak adalah murah sangat pun, tapi reasonable la untuk cheapskate macam aku tehehee. Aku sangat berpuas hati even ada yang cakap membazir. Yes, membazir tapi berbaloi. Percayalah cakap aku.

Servis mereka sangat tip top. Sampai rumah awal gila, serba salah aku nak bagi naik ke tak. Nasib baik kat bawah rumah jiran sibuk masak segala, prepare untuk jamuan nikah. Even mereka baru, aku jamin mereka pandai capture moment moment yang sangat heart.
Masa nak balik dari masjid pun, semua orang tinggalkan kami. Sabar sajalah, nasib baik Nasir dan kawan beliau ada tumpangkan kami. Kalau tak menapak lah kau berdua duaan. Thanks Nasir :)




Ok lah fine. Muka aku masa menangis tu buruk ya ampun dengan shawl habis senget senget. Fine. Fineeeeeee.

Masa kau tengok video ni, akan ada satu perasaan yang susah kau gambarkan. Perasaan bila orang yang kau sayang, sah jadi milik kau. Perasaan bila emak abah kau dengan rasminya lepaskan hak mereka kepada suami. Perasaan bila kau terima keluarga baru dalam hidup kau. Pertama kali dalam hidup aku tengok emak menangis.

Touching :')
Well, bila rindu suami je aku tengok video ni. Tengok banyak kali pun tak bosan.

TheMomentRepublic is highly recommended. Betul ni. Thanks The MomentRepublic team!
Oh ya, mereka pun provide photography service juga. Sekarang tengah promotion untuk B2B 2013. Grab cepat! Grrrr








February 6, 2013

Padan

Eh sebelum tu nak tanya korang ada dengar tak lagu yang lirik dia,
'Putih putih melati, merah merah delima, siapa yang baik hati pasti ku terima.'

Kalau dengar dalam kereta dengan suami, beria aku maki lagu tu. Lagu kanak kanak dijadikan lagu cinta. Tak romantis la hoi. Bertambah kelakar. Bila naik kereta dengan suami dan kakak ipar, ada lagi lagu tu keluar. Berjemaah kutuk dengan kakak ipar, siap nyanyi sekali dalam version lagu kanak kanak.

Putih putih melati... (sambung Ali Baba)
Merah merah delima... (Miaw miaw)
Siapa yang baik hati.. (Cinderella) pasti ku terima..

Gelak sama sama.
'Siapa entah yang buat lagu ni. Tak kreatif langsung. Dah habis idea lah tu,' kemain aku berhujah.

'Ni lagu Indon kan Jimah? Macam suara Indon je,' tanya kakak ipar.

'Eh taklah. Lagu Indon tak macam ni. Ada pulak main cekup lagu budak budak,' tambah aku. Yakin.

Dan kami terus mendengar lagu itu. Suami pula diam, dari mula lagu, sampai habis.

--------------

Google.
Taip putih putih melati lirik.



Whatsss???
ST12 yang nyanyi? -_-'


Patutlah suami diam tak respond apa yang aku bebel kan.

Mesti dia cakap dalam hati,

Orang dengar lagu pakai telinga. Kau dari dulu asal keluar lagu je, pakai mulut.
Padan.

PS. Eh cuba buka lagu ini. Aku suka. Suami yang kenalkan. Tak boleh copy paste video. Youtube kena blocked kat office sekian.







February 4, 2013

Kahwin Dengan Bapa

Menjadi seorang isteri adalah idaman setiap wanita. Lagi lagi orang Islam macam kita ni, orang putih kau tak payah cakap la kan tak kahwin pun boleh dapat lapan belas orang anak dengan selambanya.

Aku kenal dengan suami dalam tempoh yang cukup sekejap, yang memang sekejap untuk orang baru lepas kecewa hewhew. Masa terkantoi dengan abang aku, gambar aku dengan suami berdating di Times Square (eeee tak ada tempat lain ke), abang adalah orang yang pertama tersentap dengan gambar itu. Kemudian, beliau membebel apa entah aku tak ingat. Yang aku ingat, emak aku pun sibuk nak tengok gambar itu lalu beliau turut sama tersentap. Maka berlakulah kesentapan di antara mereka. Siap kena warning,' Kalau abang tahu dia mainkan adik abang, siaplah.' Melting sekejap terasa dilindungi eceh, tetapi dalam masa yang sama takut. Aku tahu, dia pun serik dengan kejadian dulu. Beritahu aku, abang mana yang tak sayang adik?

First thing is, aku kenal melalui Facebook. Ah, diamlah kau tiba tiba pula nyanyi lagu Cinta Muka Buku. Pendapat semua orang, Facebook adalah tempat yang sangat remaja untuk bercinta. Keduanya, aku dilihat seperti menyapu sampah di lantai. Main sapu je lelaki yang aku rasa boleh membuatkan aku gembira. Ketiga, bila aku cakap askar, semua membengis. Kelihatan askar agak buruk di pandangan mata orang.

Aku cuba matikan tohmahan malahan prasangka mereka tentang kami. Wah gitu, dah macam drama.


Unedited picture. Nantilah aku kongsi cerita nikah :)


Abah.

Abah seperti ketinggalan dalam cerita aku dan suami. Entah, mungkin emak ada bercerita itu ini tentang kejadian aku. Abah bukannya orang yang suka membebel apatah lagi berceramah di depan anak anaknya. Kalaupun anak anak ada buat salah, emaklah yang terpaksa menjadi medium di antara kami.

Pertama kali suami datang rumah, dalam perkiraan aku kami baru sahaja berkenal tidak sampai setahun. Datang bukan ada hajat. Sekadar melawat. Masa itu pun suami dah mula berkhidmat dalam kerjaya beliau. Aku tak tahu apa yang ada di fikiran masing masing, pertama kali berjumpa. Yang aku dengar, helikopter, kem, pangkat, komando. Ah, abah ni. Kelakar betul, confuse aku siapa entah yang gugup.

Tapi abah tidak kata ya, ataupun tidak tentang suami. Awal lagi masih. Sekali lagi, emak menjadi medium kami. Bila aku tanya emak, jawapannya ok sahaja. Ok lah tu kot.

Abah tak pernah tanya aku depan depan tentang suami masa itu. Banyak soalan daripada emak, yang aku tahu terselit soalan abah. Aku tahu abah risau. Tapi abah tak tunjuk. Dan aku tahu, suami ada upaya ambil hati abah dengan menelefon bertanya soalan yang perlu. Nama untuk lelaki berbual saja saja seperti perempuan tidaklah ada, lagi lagi aku kenal dua lelaki dalam hidup aku, pendiam. Cukup pendiam.

Bila aku cakap, aku nak kahwin, abah terima. Dialah yang sibuk ke sana ke mari menguruskan hal persiapan kahwin aku. Bertanya itu ini, duduk semeja dengan aku berbincang hal kahwin.

Dan abah pernah tanya. Again, melalui emak. Aku ni nak kahwin dah pandai masak ke? Haha abah ni funny lah. 'Habis, yang dia kat dapur kelentang kelentung sorang sorang tu dia buat apa??', garang pula mak menjawab.




Aku pelik bila dikata mahu kahwin dengan anak, bukan dengan bapa. Siapa bapa untuk mengambil tahu hal anak perempuan? Bodoh.
Memang lah betul kau kahwin dengan anak. Tapi siapa akan jadi wali nanti?

Jiran kau? Pakcik kau? Kawan kau?

Pernah dengar orang selalu cakap,
Kahwin dengan anak bermakna kahwin dengan keluarga sekali?
Itu tandanya kau kena pandai ambil hati sorang sorang. Bukan kahwin dengan keluarga dia. Bodoh lagi.




Dan sekarang beritahu aku, abah mana yang tak sayang anak?

Happy Belated 54th Birthday Abah :')