Followers

February 20, 2013

Resepi Kek Malas

Aku suka masak. Itu memang minat aku, tapi yang dapat aku cakap masakan aku semua malas. Emak selalu membebel kat aku, kalau goreng sayur aku letak bawang putih yang ketuk itu sahaja, instead ikan bilis yang aku malas nak kopek, bawang besar yang aku malas nak kupas dan hiris. Nampak tak tahap malas aku?

Teori aku, biar malas asal sedap hohoho.

Aku dah lama sebenarnya nak buat kek ni. Emak pun cakap dah lama tak buat kek. Best kalau ada emak yang share minat kau ni. Aku kesian tengok emak emak yang pandai masak, tapi anak perempuan dia bagi 19 alasan tak reti masak, tambahan pula malas nak belajar memasak. Rugi doh.

Ni ha, ada beberapa member aku tanya macam mana nak buat kek malas aku ni.
Oh ya, aku panggil kek malas sebab bahan bahan dia senang. Tak payah nak tunggu orang lain buatkan pun. Kau balik kerja penat penat pun boleh buat. Sebelah tangan pun boleh buat amboi over kau.



Kek Coklat Moist Kukus.
Ada yang panggil tayar. Anak buah aku panggil gigantic doughnut. Lagi teruk, ada yang panggil dia tiub kereta. 
Sampai hati korang, penat aku buat dia dengan kasih sayang -_-'


Ini bahan-bahan dia.

A) 2 biji telur gred A
     2 cawan minyak masak. Lagi bagus minyak jagung
     2 cawan gula pasir yang dah blend
     2 cawan susu pekat

B) 2 cawan tepung gandum
     1 1/2 cawan serbuk koko
     1 sudu kecil soda bikarbonat
     1 sudu kecil baking powder
     (Ayak semua dulu takut nanti berketul ketul)
     1 cawan air panas

1. Gaul semua bahan A. Gaul sampai sebati guna senduk, tak payah nak mixer bagai.
2. Masukkan bahan B. Gaul lagi sampai sebati gitu.
3. Kukus dalam masa 1 jam. Kalau nak tahu dah masak ke belum, ambil lidi, cucuk kek tu. Kalau dah tak melekat, maknanya dah masak lah tu. Eh jangan lah pakai lidi penyapu tu amboi.

Bahan ganache/topping (double boiler)

2 sudu butter
1 cawan susu pekat
1/2 cawan serbuk koko
Aku suka bau vanilla, jadi aku letak sikit esen vanilla. Lagi satu, kalau rasa macam cair tu tambah lah serbuk koko. Kalau dia macam pekat sangat, tambah butter. Ikut suka kau lah ye.

Tuang dengan kasih sayang, jangan kau jirus pula. Lepas tu simpan dalam fridge.

 Dah tu je.
Ada kawan aku cakap, kira rajinlah tu dah buat kek. Taklah, ini kek paling malas. Nampak kan kek aku tu? Loyang bulat tinggi tu entah lah mana mak aku letak. Lapik tu pun pakai tutup periuk. Itu sebab aku panggil kek malas. Malas betul.








10 comments:

  1. haha tu bukan pemalas tu...
    tu kita fully utilized apa yg ada je...
    hehe

    ReplyDelete
  2. nampak sedap kek kukus malas ziema tu.. lame dah tak buat kek kukus.. tibe2 rase nak buat gak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat jangan tak buat! :)
      Senang je ni heeeeee

      Delete
  3. terliur tgk kek coklat moist ni...mesti sedappp kan...
    dalam malas2 jadi jgak sebijik kek ek..hehee

    ReplyDelete
  4. alahai sedapnya ziema.. kalau dekat, dah lama dengan muka tak malunya mintak.. hahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ololo kesian dia. Bersalah lah pula buat Shizan teringin -_-'

      Delete
  5. dulu kte pun malas..kalau bawang, malas nak tumbuk atau blend, main hiris nipis2 je..tapi skrg dah rajin sikit la :D

    ReplyDelete
  6. Ah shit! I'm craving for this lepas nampak kek malas ko nih! Nak buat weekend nih. *muah from Nuh* :D :D

    ReplyDelete
  7. ehh yg bahan ganache or topping 2 kena masak ke tak..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.