Followers

March 22, 2013

Benci Unknown Number

Malam semalam dapat call dari unknown number. Aku ni, memang macam ni pe'el aku. Keluar saja nombor pelik pelik, aku tak angkat sebab ;

1. Salah nombor.
    Nak kutip hutang.
    Nak cari kawan lama.
Gara gara nombor pasca bayar lah ni. Tu yang aku malas nak pakai nombor pasca bayar ni, sebab tahu sebelum aku beli nombor tu mesti dah ada orang yang pakai nombor berkenaan.

2. Pernah kena prank dengan abang ipar, call maghrib maghrib tanya pasal insurans. Aku ni dahlah pessimist sikit dengan orang insurans, nasib tak kena maki sebab dia tanya aku, 'Nama suami puan Hazimah ni, Mohd Adli bin Sani kan?' Haa? Lepas tu dia tergelak sendiri. Gotcha!

3. Malas nak layan call lepas kerja. Aku pernah masa tu baru sahaja sampai rumah cecah bontot kat tilam, dapat call dari unknown number marah marah aku sebab tak bagitahu dia pasal surat boss dia. Bayangkan, hanya kerana sekeping surat boss, aku dimaki, sampai diungkit pula keesokan harinya. Demm yulah secretary. Bila cuti pandai pula kau cari aku suruh ganti tempat kau. Demm.. demm.. demm (terngiang Avril Lavigne nyanyi lagu Wish You Were Here lepas tu teringat suami pfft)

Haa macam gitulah sebenarnya intro aku mengenai unknown number ni.

Sebenarnya ehemm, nak bagitahu.

Semalam dapat call dari nombor tak dikenali.
Dua kali dia call, aku tak angkat. Dah lah tengah sedap layanYoutube, video band 4 Non Blondes malas aku nak angkat menyibuk betul.

Lepas tu ada mesej masuk. Mungkin mesej dari Celcom, yang nak offer segala macam promosi segala. Mesej yang selalu tipu aku, sebab bila berbunyi ingatkan suami aku, rupanya bukan.  Tunggu kejaplah, tunggu sampai habis video ni.

Buka-

Oh Tuhan, rupanya suami. Pinjam handphone kawan sebab tertinggal handphone katanya. Sekarang kat hutan, patutlah dari Isnin senyap sahaja. Aku okey sebenarnya, sebab suami ada cakap lepas exam beliau akan masuk hutan, training gali kubur kubu. Memang dah agak beliau akan sibuk, tapi tak sangka pula beliau akan pinjam handphone kawan beliau untuk call aku tssk sabar jelah.

Call balik, dua kali juga tapi tak angkat.
Kawan dia ni pun, kenapa tak angkat? Angkat la hoi, aku nak cakap dengan laki aku kejap. Kejap je, bukan nak gayut pun nak dengar suara je sob sobss.

Sampai hati kan. Sampai hati -_-'

Buka YouTube balik. Type Wish You Were Here, tengok dan dengar. Konon nak hilangkan syahdu, tapi yang sebenarnya lagi menambahkan juraian air mata aku. Demm.

Sekian.
Aku benci unknown number. Benci sangat.







8 comments:

  1. selalu gak kne unknown no.. selalu nk ckp sal insurance la.. tp dgr je dier ckp " sy ejen insurance...." terus ckp "sory2, in metting. bye" hahaha...

    ReplyDelete
  2. cian ziema terpaksa berjauhan dengan suami sabar ye pengorbanan tu,

    ReplyDelete
  3. alahai..

    sedih pulak bila baca .

    sobs sobs. sabar ea ziema :D

    ReplyDelete
  4. pun sama, serik nak angkat no yg tak tau.. selalu je terkena insurans la, astro la..

    ReplyDelete
  5. slalu nya diaorg x akan bwk h/p yg mahal2 klu training yg lasak n kotor2 tu..klu ko nk dia slalu kol ko or msg,rajin2 kan la bli h/p cap ayam supaya dia boleh kol ko..share dr pengalaman aku,hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Sebenarnya laki aku memang tak bawa handphone masuk hutan, so memang dah tak kisah lah aku kan. Tu yang tak sangka dia pinjam handphone kawan dia :)

      Delete
  6. alolo..sedih nye..mesti rindu kann..

    dem unknown number! hehehehe

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.