Followers

July 11, 2013

Keanehan Ramadhan Tahun Ini

Hehe, kemain nak tajuk keanehan.

Ramadhan kali ini, lain sangat rasanya. Lain yang macam sebelum ni. Tak sama dengan Ramadhan kat hostel sekolah dulu, apatah lagi masa belajar universiti.

Memandangkan ini pertama kali aku sambut puasa sebagai isteri, rasa teruja seperti para isteri lain tu kurang. Maklumlah, isteri isteri lain begitu bersemangat bercerita kisah mengejut suami sahur, memasak lauk-laukan, kemudian berpimpin tangan menuju ke masjid berdekatan. Amboi dah macam pantun.

Betullah. Masa bercinta, bertunang dan kahwin tu lain rasa dia. Yang paling tragis kahwinlah haha apalah korang ni. Masa bercinta dulu, suami ada projek kat kem orang asli, jadi ok lah tak ada nak risau ke apa ke sebab kat sana dah ada orang asli perempuan tukang masak yang masak semua. Geletis sangat la nak risau,  tengah bercinta je pun. Masa bertunang, ehemm ..kejap.. aku lupa beliau kat mana. Entahlah tak ingat hewhew ampun.

Tapi bila dah kahwin ni, rasa lain pula.
Mulanya malam semalam. Eh, tapi rasanya dari hari minggu haritu.

Terfikir.
"Sahur dia nanti macam mana?"
"Nanti berbuka makan apa? Sorang ke?"

Lepas tu bergenang air mata aku. Halah, dah start dah drama Rashid Sibir. Nasib baik minggu ni dapat jumpa. Hilang sikit stress seorang isteri di kejauhan ni.

Dahlah pagi tadi aku call kejut sahur tak bangun. Lepas tu aku macam bersalah, rasa macam kalau aku kat sebelah, sebelah boleh aku goncang goncang badan dia ke, jerit kat telinga ke. Lepas tu masa makan sahur aku tak boleh concentrate, rasa macam stress. Makan dalam keadaan stress.

Nak dekat imsak, aku call lagi.
Nasib baik dia sedar, terus rasa lega. Boleh?

Itu pun sahur makan kurma, kuih sikit dengan air masak.
Terusik kembali jiwa dan naluri aku ini. Tskk tsskk -_-"

Sebenarnya tak adalah sedih yang sangat pun, lantaran suami bukanlah jauh mana. Nak pergi balik hari pun tak ada masalah, boleh saja. Kalau banding yang duduk menyewa seorang diri, tambahan pula jarak masin-masing jauh sangat, aku patut bersyukur. Tapi biasalah aku ni kan hati senang terusik, sensitif sikit. Lagi pula terbaca status kat Facebook,

'Alhamdulillah. pertama kali bersahur dan berbuka bersama suami'

'Terima kasih Allah. Berpeluang masak untuk suami'

'First time sebagai suami isteri berpuasa sama-sama'

Terus berjurai jurai air mata. Entah apa apa je aku ni hiperbola. Entah entah suami aku girang gembira di sana.

Entah entah dia bukan berbuka sorang.

Entah entah..

Hoi apa ni?
Nak berhenti kerja sekarang lah.

P.S. Selamat Berpuasa semua, terutama yang pertama kali sambut puasa bersama suami :)








6 comments:

  1. kalau akak pulak terasa bila orang update "harap2 tahun ni puasa baby bagi kerjasama" huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. Biasalah tu,1st time experience..aku doakan thn dpn da dpt pose n buka sama2 ek jimah..hehe..:)

    ReplyDelete
  3. sama la ziema.. nak2 kalau dia sakit tapi sebab kekangan kerja, tak boleh nak gi jaga.. kalau mampu, lama dah berenti.. :(

    ReplyDelete
  4. Sama la kita..rasa mcm bersalah gila x masakan untuk dia berbuka dgn sahur..rasa kesian bila husbnd ckp “x ada kwn nk berbuka” x pon “sahur masakan mamak je”..alahai...

    ReplyDelete
  5. samalah kita. tp situasi bukan mcm ziema or wifey2 yg pjj..

    duduk sama dgn husband tp di rumah mertua. keanehan di bulan ramadhan tu tak rasa sgt sbb semua dh siap oleh mertua samada berbuka atau bersahur.

    just terasa sikit bila org update first time masak utk husband for sahur or buka. sentap iols sbb beliau tak pernah merasa air tgn iols walau sekali. sobs sobs.

    kita doakan sahabat2 yg pjj dgn husband dipercepatkan duduk berdua dgn husband samada di rumah sendiri atau family masing2 asalkan berdua :)

    err.tetiba rasa mcm skema lah pulak ayat.hihi

    ReplyDelete
  6. Alala sabar ye ziema dugaan tu, bulan puasa ni emosi memang senang teeusik, ni baru lepas tengok whi topic emosi di bulan ramadhan :) tabahkan hati dear, ziema pun jaga makan jugak tau

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.