Followers

November 27, 2013

Farewell dan Kerja Baru

Aku dah berhenti kerja, hehe.
Berhenti kerja semborono kata orang.
Yes, selepas dua tahun. Lepas banyak drama berlaku dalam kerjaya aku, penghujungnya aku resigned.

Sebenarnya aku dah lama nak berhenti cuma tunggu masa yang sesuai je. Ikutkan lepas kahwin nak berhenti nak jadi isteri mithali pemangkin suami berjaya, tapi atas sebab-sebab tertentu aku tangguhkan.

Masa aku nak berhenti, orang yang paling kuat membantah ialah emak. Bising betul emak, penat belajar sampai degree, hujung-hujung nak berhenti macam tu. Sedih juga aku, sebab rasa macam mak tak faham situasi aku.

Banyak sebab aku berhenti.

Selain daripada nak ikut suami, aku sebenarnya dah cukup sabar dengan kerenah supervisor aku dan sorang manusia ni. Dua tahun aku kerja, rasanya inilah perasaan yang paling memuncak bila aku dah mula kerap mencarut dan memaki orang. Setiap hari pula tu aku rasa. Bodoh, sial, celaka dan semua perkataan kurang enak dah keluar dari mulut aku.
Tambahan pula, supervisor aku tu Kaf Lam Ya Nga, lagi bertambah carutan aku. Dah tak fikir apa dah, memang asal aku balik je nak marah-marah. Malam, mengadu kat suami. Agak-agak mengada sikit, aku menangis, menceritakan betapa stressnya aku di office melayan kerenah orang, bukan kerja.

Suami pun, lama-lama beliau suruh aku berhenti. Berkali kali beliau menyatakan rasa bersalah yang amat, dah kahwin tapi masih biarkan tanggungjawab dipikul mak dan abah. Aku okey sebenarnya, tak adalah macam terbeban ke apa ke, cuma tak best duduk jauh hehe. Lagipun, aku rasa cukuplah hampir setahun duduk jauh dengan suami. Duit, masa, dan jarak dah banyak kami korbankan demi diri masing-masing. Lagipun, ehemm.. tempat isteri kan di sisi suami.

Dan lagi satu sebab aku berhenti ialah aku dah tak nak stress stress. Faham, pergi mana-mana office pun stress. Tapi stress yang jenis ni aku rasa memang takkan boleh aku cope. Melainkan mereka-mereka semua lenyap dari mukabumi, barulah hilang stress kot hehe.

Tak ramai pun yang membantah,malahan menyokong tindakan aku. Mak, lepas aku explain gitu gini, dia faham. Rata-rata, termasuk ipar-duai semua sokong niat aku berhenti kerja. Diorang nampak agaknya, yang duduk jauh bukan senang. Kesian tengok suami aku juga, drive kereta sorang-sorang pergi balik rumah. Duduk rumah pun sorang-sorang mana tahu ada hantu nak mengorat ke, habis aku kena berkongsi kasih dengan hantu. Risau pun ada tahu tak? Salute betul aku dengan pasangan jarak jauh, yang dah beranak pinak.






Anyway thanks to all girlfriends dan officemates for the farewell party, tak sangka macam gini aku diraikan suka eh korang aku berhenti sobssss :')


So,here I am.
Unemployed woman :)

Yup, aku tak ada kerja lagi ni. Surirumah.
Kan dah cakap berhenti semborono tadi, padan muka aku.

Any vacancy at Melaka anyone?
Hewhewhew.

Tapi.. macam best pulak jadi surirumah ni. Eh.







November 15, 2013

Demam dan Harijadi

Selasa malam keluar dengan girlfriends, lantaran teringin makan pavlova kat Serai. Sebenarnya Ahad last week dah pergi dah Alexis dengan suami, hampa betul hati aku bila pavlova dah habis, terus beli durian crepe bagi mengubat duka lara. 

Balik dari makan pavlova, malam tu tekak aku dah perit. Ingatkan perit sebab minum ais ke apa, tapi esoknya perit tu menjadi-jadi. Pergi ofis pagi tu, badan dah lain macam. Ah, sudah nak demam ke apa ni? Niat di hati nak balik, tapi kereta adik aku pakai. Tambahan pula, team aku sorang ni yang selalu MC ni masuk hospital pula. Tak apalah, bertahan selagi mampu. Dah tak lama dah hehehe.

Petang tu balik rumah, terus pengsan. Memang betul-betul tak berdaya, menggigil dengan panas badan, sakit kepala, lutut pinggang semua sakit. Dah tak fikir apa dah, terus aku selubung dengan comforter. Risau pula takut kena denggi, taubat aku nak menginap dalam hospital. Tak sanggup dah.

Sebenarnya, Rabu tu harijadi emak. Saja aku tak nak wish, niat di hati nak beli kek petang tu dan wish terus, konon surprise, tapi plan lari hewhew mesti mak ingat aku lupa. Semalam pun, aku MC tak larat sangat nak pergi kerja, sehari suntuk tidur lepas tu terus lupa lagi nak wish alahai kenapalah dengan aku ni mesti mak ingat aku anak derhaka -_-"

Harini, kebetulan bawa kereta. Dah cakap kat mak awal-awal, lunch nanti aku balik sebab mak masak soto. Sebelum balik, singgah beli kek Secret Recipe. Aku ingat ingat lupa, terus pilih Indulgence. Sampai rumah mak tengah tengok tv.

"Nah, untuk mak. Selamat Harijadi", kataku sambil senyum.

"Terima kasih", balas mak senyum panjang.

Mak buka cerita. Cerita sama tentang wish harijadi.

Selalu abang call pukul 12 tengah malam. Abanglah paling awal, paling rajin wish. (Tiba tiba rindu sangat kat abang tssk) Tapi entah kenapa handphone dia bermasalah, itupun nasib bini kesayangan yang ingatkan. Abang tanya mak siapa lagi yang wish? Mak cakap tak ada siapa pun, hatta aku sekalipun. Mak cakap, Adli sorang sahaja yang wish tengahari tu. 

Fak. Fak gila.

"Mak, akak belikan Indulgence. Mak suka Indulgence kan?"

"Eh taklah, mak kan suka Chocolate Cheese".

Fak lagi.

Kenapalah dengan aku ni.
Dahlah demam.
Birthday mak lambat wish.
Siap salah belikan kek lagi tssk tsskk

Ampun mak :'(








November 12, 2013

Anak Yatim

Being an orphan's spouse (suami yatim piatu), selalu membuatkan aku emosi bila mengenangkan anak-anak tanpa ibu/bapa ni. Entahlah, kesian yang tak dapat dibendung.

Masa aku kenal suami, dan dapat tahu emak dia dah meninggal dunia, tahun 2007, aku rasa macam,
'Oh kesiannya dia ni, mak meninggal masa umur 21 tahun. Lebih kurang abah aku, tapi tok wan aku yang pergi dulu".
Itu sahaja yang sama. Abah untung, arwah opah meninggal masa umur abah lebih kurang 49 tahun. Sempat cucu cicit rasa tangan opah. Tapi aku, sempat rasa tangan arwah abah mertua empat bulan lebih je. Itu pun bukan hari-hari, sedih sangat rasa.

Tapi alhamdulillah, arwah emak mertua meninggal pun bila anak-anak dah besar, dah pandai berdikari segala. Dah terdidik, belajar tinggi-tinggi, mesti beliau bangga tengok anak-anak berjaya. Cuma, tak sempat tengok anak-anak berkeluarga.

Semalam, lepas pergi kenduri bawah rumah aku, sebelum naik rumah, suami nak merokok kejap (bilalah nak quit ni). Ternampak pakcik ni nak balik naik motor, isteri beliau baru meninggal. Kanser paru-paru. Anak beliau, tingkatan empat rasanya. Yang bongsu darjah tiga.

Sambil aku bercerita pada suami, lantas aku mengadu,
"Kesian kan, kecik-kecik dah tak ada emak, jadi anak yatim".

Suami jawab,
"Takpe, ada hikmah tu. Ada hikmah sayang", sambil menghembus asap rokok.

Bergenang air mata aku, terus pandang tempat lain.
Kalau suami nampak, mesti dia ejek aku. Gembeng.

Mulai hari itu, aku terus berazam.
Nanti kalau ada anak esok, aku akan cuba bawa anak-anak aku ke rumah anak yatim, sama macam yang aku pernah lalui masa belajar dulu. Tapi ehem, tak adalah bawa anak berbuka puasa dengan anak yatim makan maggi mi sedap macam dalam iklan tu, haha kelakarlah entah apa-apa iklan macam tu bagi anak yatim.




Bahahahaha.
Terus enam orang anak gara-gara berazam mahu bawa ke rumah anak yatim.


*Gembeng- Cengeng, kuat menangis.







November 7, 2013

Jawapannya Ialah

Its happened lately.
Makin lama kahwin, ada lagi yang masih bertanya. Dah agak dah akan ada yang bertanya, cuma berani tak berani je nak tanya depan-depan.

"Kenapa aku pilih suami aku". "Apa yang membuatkan aku pilih suami aku". Yang paling sadis, siap mention suami aku satu-satu macam ni, macam tu, jadi apakah alasan kau berkahwin dengan dia wahai Hajimah?

Seriously, its really hurting me. Betul, aku terasa sangat bila orang tanya macam tu. Sentap tau, jujur ni. Menikam nikam jiwa dan sanubari aku, hingga terasa seperti ditusuk belati tajam (amboi ayat personafikasi sungguh). Yang tanya aku pun, kebanyakannya tak cantik dah kahwin, dan aku rasa suami masing-masing pun biasa je. Yang belum kahwin (even belum ada boyfriend) pun ada yang tanya tau jangan kau tak tahu hehe kelakar.

Tak faham kenapa entah, zaman macam ni masih ada lagi pengaruh kasta, keturunan, kekayaan dan kecantikan dalam hidup orang sekarang ni. Please, siapa-siapa tolong bagitahu aku releven apakah mencari orang yang sama semuanya dengan kita?

Tapi aku rasalah kan, ni aku rasa lah, benda ni normal. Nampak orang hensem, tiba tiba eh perempuan sebelah kenapa tak cantik? Nampak perempuan cun gila, lelaki sebelah tu bapak dia ke? Benda ni kalau ternampak, automatically akan cross mind korang kan? Curious sangat, lepas tu mulalah keluar andaian masing-masing. Mungkin lelaki macam bapak tu kaya berpangkat, mungkin perempuan tak cantik tu baik bercampur solehah.

Penatlah nak cerita  balik macam mana aku jumpa suami, kenapa aku suka dia segala, tapi bila orang tanya kenapa aku boleh decide nak kahwin dengan suami, jujur aku tak ada jawapan. Sungguh, tak ada sebab pun.


Eh terletak gambar pulewwww malunyewwww ehekhek
Happy belated birthday and 11 wedding monthsary suami! 


Dan aku rasa, tanyalah mana-mana manusia pun, when it comes to a marriage, kau tak ada alasan pun nak bagitahu orang, ciri-ciri apa yang buat kau memilih suami/isteri kau.
Yang kau mampu jawab,

"Dah jodoh".

Cliche kan?

So, adik-adik,
Kalau rasa dah jumpa lelaki yang kau rasa boleh pergi dengan kau, maksud aku boleh jadi teman hidup kau, go on jelah. Kita memang ada ciri-ciri lelaki/wanita idaman, yag aku rasa semuanya nak perfect je. Hensem, cantik, tinggi, berharta, warak, bijaksana etc etc. Tapi. macam jawapan cliche aku tadi, semua yang Tuhan dah aturkan ada sebab musababnya. Pernah dengar perfectly imperfect? Sebab tu Tuhan temukan manusia yang berbeza fizikal dan mentalnya.

Pedulilah apa orang nak kata. Manusia kan memang macam tu sifatnya.
Orang dah masuk liang lahad pun masih nak mengata.

Agree? :)