Followers

November 12, 2013

Anak Yatim

Being an orphan's spouse (suami yatim piatu), selalu membuatkan aku emosi bila mengenangkan anak-anak tanpa ibu/bapa ni. Entahlah, kesian yang tak dapat dibendung.

Masa aku kenal suami, dan dapat tahu emak dia dah meninggal dunia, tahun 2007, aku rasa macam,
'Oh kesiannya dia ni, mak meninggal masa umur 21 tahun. Lebih kurang abah aku, tapi tok wan aku yang pergi dulu".
Itu sahaja yang sama. Abah untung, arwah opah meninggal masa umur abah lebih kurang 49 tahun. Sempat cucu cicit rasa tangan opah. Tapi aku, sempat rasa tangan arwah abah mertua empat bulan lebih je. Itu pun bukan hari-hari, sedih sangat rasa.

Tapi alhamdulillah, arwah emak mertua meninggal pun bila anak-anak dah besar, dah pandai berdikari segala. Dah terdidik, belajar tinggi-tinggi, mesti beliau bangga tengok anak-anak berjaya. Cuma, tak sempat tengok anak-anak berkeluarga.

Semalam, lepas pergi kenduri bawah rumah aku, sebelum naik rumah, suami nak merokok kejap (bilalah nak quit ni). Ternampak pakcik ni nak balik naik motor, isteri beliau baru meninggal. Kanser paru-paru. Anak beliau, tingkatan empat rasanya. Yang bongsu darjah tiga.

Sambil aku bercerita pada suami, lantas aku mengadu,
"Kesian kan, kecik-kecik dah tak ada emak, jadi anak yatim".

Suami jawab,
"Takpe, ada hikmah tu. Ada hikmah sayang", sambil menghembus asap rokok.

Bergenang air mata aku, terus pandang tempat lain.
Kalau suami nampak, mesti dia ejek aku. Gembeng.

Mulai hari itu, aku terus berazam.
Nanti kalau ada anak esok, aku akan cuba bawa anak-anak aku ke rumah anak yatim, sama macam yang aku pernah lalui masa belajar dulu. Tapi ehem, tak adalah bawa anak berbuka puasa dengan anak yatim makan maggi mi sedap macam dalam iklan tu, haha kelakarlah entah apa-apa iklan macam tu bagi anak yatim.




Bahahahaha.
Terus enam orang anak gara-gara berazam mahu bawa ke rumah anak yatim.


*Gembeng- Cengeng, kuat menangis.







5 comments:

  1. errr...peliklah gambaq suami kamu ziemah. kuikuikui

    ReplyDelete
  2. Samalah hubby cik mah pun anak yatim..ayah dah xde sejak 2 thun lg...so bila ade ayah mertua ni mmg sukalah die..ayah n mama cik mah pulak suka backup die..hehe...moga2 tercapai impian anak 6...seronoknyer ramai2...

    ReplyDelete
  3. errrr..ingt kan td ni gmbr real lah,baru nak bagi ko tabik spring..skali edit dah..haha
    tp apa pun niat ko memang murni,semoga Allah memberkati kehidupan korang suami isteri..;)

    ReplyDelete
  4. Comei edit..'anak2' pun muka lebih kurang.. ;-)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.