Followers

October 22, 2015

IUI : Berjaya/Tidak?

Korang. Ingatkan entri lepas haritu habis macam tu je rupa-rupanya aku ada janji eh nak kongsi IUI tu berjaya ke tak? HAHA ampun, ni pun kawan aku tanya. Macam mana lah boleh tak perasan hadoii.

Okaylah straight to the point.

IUI aku tu tak berjaya.
GAGAL :(

Sedih? Memanglah sedih. Setelah kau berhempas pulas berusaha, diikuti dengan sedikit harapan dan juga wang ringgit mesti ada sikit rasa terkilan kat situ. Tapi to be honest, masa datang bulan tu sikit pun aku tak menangis. Aku dah macam redha, dah set up kat otak ni untuk terima apa sahaja keputusan lepas IUI tu sebab memang dah diberitahu peluang untul mengandung tu bukan 100%. In fact, kalau orang buat rawatan IVF yang memakan kos berbelas ribu tu pun belum tentu berjaya.

Suami aku? Dia pun okay je tapi tak tahu lah kan dalam hati dia macam mana. Sebabnya suami ni kalau orang kenal dia orang akan cakap dia ni muka tak ada perasaan kahkah. Kau buat lawak ke, kau menangis ke, dia tengah stress ke muka dia macam tu je. Tapi aku tahu jauh di sudut hati dia mestilah ada sedikit perasaan kecewa tu kan.

Aku pernah juga tanya lepas buat IUI tu.

"Sayang, kalau tak jadi macam mana?"

"Nak buat macam mana, Allah kata bukan rezeki lagi".

Jadi, selepas sahaja rawatan IUI yang gagal itu, kami memlilih untuk berehat sebentar.

Tak nak stress fikir hal anak sangat walaupun aku masih lagi berfikir sebenarnya.
Hasrat di hati nak ulang lagi IUI tu tapi nanti-nantilah.
Nak rileks dulu, dan nak cuba alternatif lain. Lagipun nak kumpul duit balik HAHAHA kau ingat kami ni kaya sangat?

Kalau orang tanya pasal rawatan IUI ni yes, memang agak costly lagi-lagi untuk kami sebab suami sahaja yang bekerja. Cumanya aku dan suami tak nak berkira sangat hal duit ni lagi-lagi dengan usaha nak dapatkan anak walaupun tak berjaya sobss.

Betul ni aku cakap. Kalau dikira banyak juga duit keluar bila difikirkan semula, tapi macam aku cakap benda macam ni tak boleh berkira sangat. Kadang-kadang Allah saja nak uji kita dalam bentuk macam ni kan, mana tahu lepas dah keluarkan sejumlah wang ke arah nak dapatkan anak ni tiba-tiba Allah makbulkan usaha dan doa kau untuk dapatkan anak. Kuasa Allah kan?

Jadi nasihat akulah, jangan putus asa dan lokek nak keluarkan rezeki(wang ringgit) untuk dapatkan rezeki lagi satu(anak). Ada kawan aku bila aku bagitahu kos IUI banyak ni, dia macam mengeluh sebab dia rasa mahal. Tapi belum cuba belum tahu kan? Mana tahu lepas IUI tiba-tiba rezeki kau datang kat situ?

Cuba, cuba dan cuba.

Aku faham perasaan orang yang nak sangat anak ni.

Walaupun orang cakap, "Alaa, baru dua tahun kahwin bukannya lama sangat pun," tapi hanya orang yang melalui sahaja yang faham.

Kadang-kadang kau dan suami sebenarnya rileks je pun, tapi bila ada orang lain yang bertanya, lepas tu kawan-kawan kau baru kahwin senang mengandung, kau jadi macam ada kekurangan dalam perkahwinan kau.

Jadi nasihat aku jangan berputus asa.
Selagi ada jalan, kau usaha.

Okay? :)

September 29, 2015

Pregnancy: Fertlity Treatment 3 : Intrauterine Insemination (IUI)

Setelah usaha aku untuk mengandung konon-konon dengan cara natural selepas buat HSG test tak berjaya, maka bulan Januari aku mengajak suami kembali ke klinik Liu & Vincent.

Disebabkan aku dah tahu bila nak makan clomid ni, maka masa hari pertama period baru aku pergi klinik. Masa jumpa doktor Vincent ni, bila dia tengok rekod aku kenapa tak datang lepas makan clomid aku senyum-senyum sahaja, lantas termenipu cakap suami busy lah outstation lah padahal mengelat nak cuba kaedah semulajadi konon. Dah gagal, reti pula kau ye Jemah nak mengadap muka dia.

Jadi macam biasa, makan clomid masa hari ke-3 hingga ke-7 period cycle.

Oleh kerana period aku jenis tetap (28 hari), maka doktor suruh aku datang semula ke klinik semasa hari ke-12 period cycle tu sebabnya waktu subur adalah hari ke-14. Kalau hari ke-14 dah tak boleh tengok sebab berkemungkinan telur-telur tu dah pecah.

Masa hari ke-12, pergi klinik semula tapi doktor Vincent tak ada pula. Maka, yang consult aku dan suami masa tu doktor Liu. Doktor Liu ni tua sikit lah, tapi lagi best. Dia jenis detail, lepas tu peramah pula kau tanya jelah apa pun dia akan jawab.

Lepas dia tengok rekod aku semua, dia suruh baring dalam posisi macam nak bersalin untuk prosedur Transvaginal Scan (TVS). Masa ni dia akan masukkan alat macam rod melalui vagina kau untuk tengok keadaan telur. Alhamdulillah, telur aku matang dan cantik tiada masalah. Yang paling cantik belah kiri, so lepas dia ukur saiz telur tu dia kata boleh proceed dengan IUI.

Dah habis semua, dia buat surat refer ke MMC untuk ambil sample sperm suami aku dan juga dia bekalkan aku Pregnyl. Pregnyl ni adalah ubat untuk merangsang telur yang matang tadi tu bagi dia pecah dan dilepaskan dengan mudah. Syaratnya ubat ni perlu disuntik dalam masa 24-48 jam sebelum prosedur IUI dilakukan. Jadi malam tu doktor suruh pergi ke mana-mana hospital dalam pukul 9 malam untuk minta bantuan nurse suntik Pregnyl ni. Aku dan suami memilih Hospital Terendak untuk dapatkan suntikan sebab dekat dengan rumah, dan doktor pun keluarkan surat untuk rujukan pihak hospital.

Nak balik, ubat Pregnyl tu diletakkan dalam ice bag sebab ubat ni kena sentiasa dalam keadaan sejuk.

Tapi maafkan aku, aku lupa la total cost untuk Pregnyl ni. Ampun.


Beg ni bukan free ye, kena sewa RM 30 tsskk. Bukan apa, for safety reason. Nanti kau pulangkan beg ni dapat balik duit tu okay, jangan risau.

Malam tu, pergi hospital, tunjuk surat doktor terus masuk bilik cucuk. Nurse tanya nak cucuk mana, eh mana lah aku tahu hahaha tapi dia suggest cucuk kat punggung ubat senang jalan katanya. Tak kisahlah nurse oi, asal kau cucuk. Kau salah cucuk siap!
Sambil tu dia sembang dengan aku sebab dia kata ni first time dia cucuk Pregnyl ni untuk IUI prosedur. Dia pun cerita la dia pun dapat anak lambat, so dia faham perasaan aku. Lepas dah siap semua, dia bagi kata-kata semangat. Pergh, terus berkobar semangat aku nak anak ni hurkk!!

................................................................................

Jadi hari ke-14, masa yang ditunggu sudah tiba.

Excited sebab aku rasa ni sahaja peluang terakhir aku dengan bantuan perubatan nak dapatkan zuriat sendiri sobsss.

Pagi tu, awal-awal dah keluar rumah bergerak ke MMC. Kata excited kan kihkih. Sampai je macam biasa, pergi kaunter, settled payment dan terus ke bahagian In Vitro Fertalization.

Total cost : RM 150

Macam biasa, masuk bilik romantik tu untuk keluarkan sperm suami. Dah siap, bagi staf untuk dianalisis dan 'dicuci'. Maksudnya dia akan pilih sperm yang gagah perkasa dan terbaik untuk prosedur IUI nanti. Masa ni juga dia akan terus lekat nama dekat bekas tu, for safety purpose. Yelah mana tahu nanti tertukar bekas, terus muka anak aku macam anak Che Ta pula kahkah.

Proses ni lama, ambil masa dua jam.
Dia cakap dia akan call bila proses tu dah selesai. Oleh sebab lama, kami memilih untuk keluar jalan-jalan dan bertuah betul MMC ni sebelah Mahkota Parade, jalan kaki sahaja tak perlu nak keluarkan kereta ke apa. Oh, lupa nak bagitahu parking kat MMC ni susah sikit ye nak dapat, jadi kalau dah dapat tu tak payah la kau nak keluar lepas tu masuk balik.

Lebih kurang nak dekat dua jam macam tu, dapat call dari MMC suruh datang ambil sample sperm yang dah siap dicuci.
Comel je aku tengok bekas berisi sperm tu sebab cecair sperm suami aku dah bertukar warna pink HAHA.
Masa ni staf tunjuk bekas dan nama, takut tersalah bagi. Okay betul, nama aku dan suami.
Kemudian staf akan consult sikit pasal prosedur IUI ni, bukan 100% berjaya. IUI juga bukan prosedur untuk tentukan jantina bayi. Dan kalau IUI tak berjaya, prosedur IVF yang memakan belanja berbelas ribu adalah pilihan terakhir tskk tsskkk sedihnya mana nak nak cari duit kalau IUI tak berjaya :(

Lepas dah habis semua tu, staf ucapkan semoga berjaya kepada kami. Rasa macam sedih pun ada, terharu pun ada. Bercampur baur dengan rasa teruja nak dapatkan anak.

Lepas tu, terus menghala ke klinik untuk teruskan dengan IUI sebab sperm ni tak boleh kena panas, beria aku tutup bekas tu dengan kain dan juga tak boleh lambat kena bawa secepat yang mungkin dikhuatiri nanti rosak.

.....................................................................................

Nasib baik dari MMC ke klinik tidaklah jauh mana.

Sampai sahaja, terus aku bagi bekas sample sperm tu kepada staf dan tunggu giliran.
Dah sampai giliran dan dipanggil, aku dan suami masuk ke bilik dan masa ni berjumpa dengan doktor Liu dan terus proceed ke prosedur IUI.

Baring macam posisi nak bersalin tu, tapi doktor aku sendalkan bantal bawah punggung supaya senang sperm nak masuk. Masa ni doktor Liu sangat tenang, siap buat lawak lagi.

"Ni confirm ye sperm husband. Bukan apa takut tambi mana punya nanti anak kau keluar hitam"

HAHAHAHA hilang nervous aku tau kau ni doktor.
Lepas tu dia tanya lagi.

"Cuba teka berapa peratus suami dan isteri yang tak ada masalah untuk dapat anak masa waktu subur?"

Aku punya la jawab 80% la, 90% la sekali jawapan dia ialah,

20% sahaja (-_-)

Aku tak tahu lah dia nak tenangkan hati aku ke, apa ke tapi jawapan dia melegakan aku sikit. Maknanya nak dapat anak ni bukan senang walaupun kau laki bini subur.

So, dah habis semua sembang-sembang dia pun mulakan prosedur IUI ni.

Siap suruh berdoa lagi tau doktor ni, tenang sikit aku.


Mula-mula tu dia akan buka laluan faraj kau pakai mulut itik tu. Yang ni disebabkan aku dah rasa, jadi taklah sakit sangat pun. Kemudian, doktor akan suntik sperm menggunakan alat yang disambung dengan tiub kecil ke dalam rahim. Tiub ni pada aku tak sakit, sebab dia kecil dan lembut. Tapi, rasa senak tu adalah cuma tak sesakit masa buat HSG tempoh hari. Suami pun aku suruh dia tengok sekali, biar dia nampak macam mana proses tu berjalan.

Sekejap je prosedur ni dah siap. Oleh kerana telur aku yang cantik sebelah kiri, maka doktor suruh aku mengiring ke kiri dalam tempoh 15 minit. Doktor pun suruh kami sambung ehem-ehem malam tu dan menasihatkan kami sendal bantal tidur bawah punggung.

Dah siap semua, alhamdulillah boleh balik dengan lega.
Tapi sorry sangat aku lupa kos IUI kat klinik tu tapi rasanya antara RM300-400. Sorry sangat-sangat ye tapi pada aku murah kalau dibandingkan dengan kos kat hospital swasta.


Jadi, tamatlah kat sini rawatan kesuburan aku hehe.

Pada aku masalah aku taklah sesulit orang lain sebab alhamdulillah kami memang tiada masalah dan hanya baru dua tahun berkahwin. Tapi itulah, bila tiada masalah tu lagi lah pening sebab tak tahu apa punca sampai susah sangat nak lekat isskkkk.

Masa buat IUI ni tipulah kalau aku tak mengharap. Tinggi kot harapan aku, cumanya taklah setinggi harapan yang sebelum ni. Masa ni aku dah cuba didik hati aku untuk cuba redha dan tawakal pada Tuhan, kalau kata bulan depannya aku period (padahal dalam hati kalau boleh janganlah period).

Aku kalau boleh tahun ni nak anak sebab bulan Disember cukup tiga tahun aku jadi isteri Adli. Dah dua tahun aku rasa setiap bulan aku cuba macam-macam tetapi gagal, dan setiap bulan lah asal period datang aku menangis sorang-sorang dalam toilet tu. Dua tahun jugalah aku paranoid kalau berjumpa dengan saudara-mara tanya aku dah ada isi ke belum sobbsss.



IUI ni berjaya ke tak?
Nanti aku cerita lagi ye. 

September 7, 2015

Pregnancy: Fertility Treatment 2 : Sperm and HSG Test

Sebelum tu nak minta maaf sebab lambat update perjalanan TTC aku. Biasalah sindrom mak mengandung pemalas ehehh.

Sambung cerita haritu ye.

Sampai sahaja kat Mahkota Medical Centre (MMC), ambil nombor, pergi kaunter,dan tunjuk surat doktor.
Bayar bil on the spot. So, total cost untuk test tu,

Sperm Test : RM 100
HSG Test : RM 220


Sperm Test

Oh ya, sebelum terlupa. Sebelum nak buat test ni, anda dan suami dinasihatkan berpuasa dari ehem ehem selama tiga hari bagi menjamin kepekatan kualiti sperm ye.

Dah settled semua, aku dan suami decide untuk buat sperm test dulu. Sebabnya aku baca ramai yang cakap HSG test ni prosedur dia lama sikit dan menyakitkan. Nanti kalau aku buat HSG test dulu kang tak pasal-pasal jalan terkengkang menahan sakit.
So, naik je tingkat tiga, pergi ke bahagian In Vitro Fertilization. Kat sini memang tempat khas untuk orang berusaha nak anak. Masa kami sampai tak ramai orang, tapi aku sorang je perempuan yang menemani suami. Yang lain sorang-sorang. Romantik tak aku? HAHAHAHA.

Pergi kaunter, dia akan bagi bekas untuk letak semen. Ada bilik khas untuk keluarkan semen, bagus juga sebenarnya sebab pernah baca sesetengah hospital tak sediakan bilik, maka terpaksa ke tandas -_-'
Maka, masuklah kami berdua ke dalam bilik itu untuk menjayakan misi.



Inilah dia rupa bilik tu. Romantik dan selesa kan? Maklumlah benda-benda macam ni kena suasana yang tenang dan damai. Mesra pelanggan orang kata. Sebelah kanan tu sofa, siap ada TV (aku yakin mesti dalam tu filem blue) tapi kami tak buka pun. Daripada buat dosa tengok aksi dalam TV tu, baik aku beraksi dengan laki aku. Dapat pahala lagi. Eh.

Dah siap semua, letak bekas tu kat kaunter dan tunggu kejap untuk staf analyzed dan keluarkan result.
Lepas dapat result yang kami tak faham satu apa pun, terus turun bawah untuk buat HSG test aku.


Hysterosalpingogram (HSG) Test

HSG Test ni dia buat kat bahagian Radioterapi, tingkat bawah sekali.

Sebelum tu nak cerita sikit.
HSG test ni dilakukan untuk mengesan sekiranya ada masalah atau sumbatan kat tiub fallopio. Kadang-kadang hormon dan rahim kita normal, tapi tiub fallopio pula yang bermasalah, tu yang menyebabkan sperma suami gagal sampai ke destinasinya.

HSG test ni pun bukan sembarangan hari kau boleh buat. Dia kena hari ke 9-12 period. Let say period kau datang selama 7 hari, so hari ke-9 tu dah boleh proceed test ni. Dan sebelum tu macam biasa, tak boleh ehem ehem dengan suami ye.
Lagi satu aku nasihatkan standby tuala wanita in case lepas buat test tu ada darah keluar lagi.

Macam biasa pergi kaunter, tunjuk surat dan bil, dia akan suruh masuk dan tukar baju yang macam nak X-Ray tu, tapi bra dan tudung tak payah tanggal. Cuma seluar dan seluar dalam yang kena tanggal. Lepas tu dia akan minta kau sign surat menandakan kau bersetuju untuk melakukan ujian tersebut.
Dah siap semua, dia akan suruh kau baring dalam posisi macam orang nak bersalin tu. Masa ni yang layan aku ialah nurse perempuan, so tak ada lah malu sangat.

Sempat lagi aku tanya,
"Dik, sakit tak buat test ni?"
"Sakit sikit je kak, yang penting akak kena rileks, jangan keraskan badan".

Bukan apa, sebab ramai cakap sakit yang macam senggugut tu. Tapi disebabkan aku memang jenis ada senggugut, jadinya tak adalah macam takut sangat. Rileks, bak kata nurse tu.

Aku pun kalau ikutkan nak minta doktor perempuan, tapi malangnya doktor yang on duty adalah lelaki tssskk tak apalah redha jelah nak buat macam mana.

sumber Google

Lebih kurang macam ni lah rupa tempat untuk prosedur HSG test tu.
Dah baring semua, nurse tu akan cuci sikit bahagian luar dan dalam vagina kau pakai kapas yang dicelup alkohol mungkin yang pada pendapat aku nak bagi bersih dan bebas jangkitan kuman. Masa ni bestlah, rasa berangin je. Kemudian, doktor masuk.

"Okay puan, kita akan mulakan ye. You rileks, jangan keraskan badan", kata doktor cina itu.

Masa ni dia akan pakai speculum atau yang orang panggil mulut itik. Senak jugalah, sebab dia nak buka laluan untuk tengok pintu rahim. Lepas tu, doktor akan masukkan satu tiub yang berisi dye (cecair berwarna).




Masa tiub ni masuk pun aku boleh rileks lagi walaupun dah mula rasa sakit.
Tapiiiiiiiiii..... bila sahaja doktor tu flush dye tu, dia punya sakit ya ampun sampaikan aku terpejam mata sambil-sambil genggam kain lapik tu. Memang betul sakit macam senggugut tapi dia punya sakit berkali ganda. Masa tu doktor dan nurse tu pun dah macam,

"Rileks,rileks jangan keraskan badan ye".

Hoi lah kalau dah begitu mau aku tak keraskan badan. Ni kalau tendang muka doktor tu pun best juga kan, baru dia tahu sakit tak sakit aku ni. Masa aku tengah menahan sakit ni, aku ada dengar dia macam snap gambar lepas tu dia suruh aku gerakkan badan ke atas, kiri dan kanan tolak pakai kaki aku. Mata memang aku pejam sebab sakit sangat. Lepas dah selesai semua, doktor keluar dan tinggallah aku berdua dengan nurse tu.

"Okay puan, dah selesai", sambil dia hulurkan kertas tisu untuk aku lap sisa darah yang keluar.

Masa ni aku tengok ya Allah, banyaknya darah siap ada blood cot (darah beku yang berketul tu) lagi tapi tak banyak lah. Bila aku tanya nurse, dia cakap mungkin tu sisa darah period yang melekat. Memang lojik sebab HSG test ni pun orang kata boleh bersihkan tiub fallopio.

Lepas tu dia hulurkan tuala wanita nipis kat aku. Sempat lagi aku minta maaf sebab dah kotorkan pelapik kain tu padahal dia okay je bukan dia cuci pun kain tu HAHAHA alaaa biasalah aku kan berbudi bahasa.

Dah siap semua lap-lap, pakai tuala wanita pakai seluar baju semua aku pergi ke luar kaunter untuk tunggu keputusan. Suami siap tanya, "Okay tak?".
Hah, aku cakap sakit macam senggugut tapi lagi sakit. Masa duduk nak menunggu keputusan tu aku rasa lama gila sebabnya rahim aku ni macam dipulas-pulas. Eh, lepas tu boleh pula rasa nak terberak terus pergi tandas. Dah habis, duduk balik sakit tu datang semula sampai aku terbongkok genggam tangan suami kuat-kuat.

Seriously, kalau tanya pengalaman aku, HSG test ni sakit. Tapi, benda ni bergantung kepada orang juga. Ada yang tak sakit langsung. Ada yang sakit, tapi keluar darah sikit sahaja. Jadi, janganlah takut ke apa nak buat HSG test ni. Sebabnya bila aku cerita kat kawan TTCian ada yang tak sangguplah, lepas tu rasa sperm test tu macam malu nak buatlah.
Benda macam ni kena open minded sikit, jangan rasa rendah diri dan tak yakin. Nak anak kan?

Okay sambung cerita.

Selepas menunggu lebih kurang setengah jam macam tu, dapatlah result ni. Lepas tu eh, boleh pula aku tengah sakit macam tu ajak husband singgah Jusco Ayer Keroh kejap sebab nak lunch dan tukar tuala wanita baru. Kemudian, terus ke klinik Liu & Vincent untuk rujukan doktor.


Jumpa doktor Vincent, dia tengok result sperm test suami dulu.

Alhamdulillah, sperm suami sihat, berkualiti dan gagah perkasa, bilangan cukup dan aktif.  Doktor bekalkan supplement Zinc untuk suami makan, lantaran suami merokok dengan harapan supplement dapat membantu menaikkan lagi kualiti sperma suami.
Ingat ye tu adik adik lelaki.

Merokok itu membahayakan kesihatan dan sperma anda.




Untuk result HSG test aku pun alhamdulillah, doktor cakap tiada sumbatan dan kedua-dua tiub aku tiada masalah.

Dah habis semua, doktor bekalkan aku dengan ubat clomid  dos 50mg untuk tengok pula keadaan telur-telur aku.
Ubat ni kena makan selama lima hari, bermula hari ke 3 hingga ke 7 period. Kemudian kena datang semula berjumpa doktor semasa hari ke 12 (untuk yang haidnya teratur dan hari subur adalah hari ke 14).

Kalau tanya kos aku ingat-ingat lupa lah. Sorry kalau salah.
Lebih kurang RM 150 macam tu kot untuk consultation, supplement Zinc dan ubat clomid.

........................................................................................................

Tapi ehem, aku stop kejap rawatan ni HEHEHE.

Dah makan ubat clomid ni, aku tak jumpa doktor balik konon-konon nak cuba naturally sebab aku ada baca
ada yang berjaya pregnant lepas HSG test ni. Yelah, mungkin lepas dah kena 'cuci', tiub pun dah clear tu yang berjaya pregnant kot.

Akan tetapi, usaha kami gagal, period aku datang juga sobssss sedihnya rasa macam alaaaa tak berkesan ke kaedah tu.
Jadi, bulan Januari kami memilih untuk teruskan dengan kaedah IUI (Intrauterine Inseminasi) sebagai jalan terakhir.

Next time lah aku cerita pula pengalaman melalui prosedur IUI ni.
Penatlah taip.
Korang ni tak penat ke baca?

August 20, 2015

Pengalaman Buat Buku Pink

Nak dekat masuk 27 weeks baru nak cerita hikss. Tak apa, buat kenangan. Esok anak dah besar bolehlah tengok balik, mana tahu terus bersemangat nak dapatkan anak kedua pula. Eh.

Disebabkan aku ni jenis paranoid, ditambah pula dengan keterujaan dua tahun menunggu rezeki anak ni, maka selepas sahaja doktor sahkan aku mengandung enam minggu, dengan tak sabarnya beritahu suami kena buat buku pink. Gelojoh sangat pula bila ingat balik hissss -_-'

Jadi aku pun semangatlah googled (macam biasa) prosedur buka buku pink ni. Banyaknya aku tengok review masing-masing. Ada yang kena bawa pregnancy test menunjukkan kau confirmed pregnantlah, ada kena bawa bil elektrik/air sebagai bukti kau memang tinggal kawasan klinik berkenaan etc etc.

Cerita kat suami, lalu beliau menawarkan diri untuk ke Klinik Desa Tanjung Bidara untuk bertanya hal buat buku pink ni selepas balik dari kerja. Nasiblah kalau suami nak balik dari kerja memang lalu klinik berkenaan, jadi tak rasa macam menyusahkan beliau pun.

And luckily suami pergi klinik tu.
Rupa-rupanya rumah aku dah bukan dalam kawasan klinik tu, tapi dalam kawasan Klinik Desa Pengkalan Balak haha sabar jelah aku confident betul, nasib baik suami tanya dulu kalau tak sia-sia sahaja semangat bagai pergi sana. Nurse situ pun baik, siap tolong call Klinik Desa Pengkalan Balak untuk set up appointment kami.

Untuk buat buku pink kat kawasan rumah aku ni senang sahaja. Kena sediakan :

1. Salinan kad pengenalan ibu bapa
2. Salinan sijil nikah ibu bapa

Yup, dua tu sahaja tak ada pun benda-benda lain yang aku baca sebelum ni. Mungkin lain klinik lain prosedur dia.

 Next week, pergi sana.




Sebelum sampai sana, macam-macam aku fikir sebab baca review orang, semua mengeluh bila pergi klinik ni. Dengan kerenah orang ramai, lepas tu kalau nasib tak baik dapat nurse yang garang.

Sampai sahaja, eh betul ke ni klinik dia? Sunyi sepi, kereta pun berapa biji je boleh kira.

Pergi kaunter, beritahu nurse pasal kejadian tempoh hari dan aku dilayan oleh nurse nama Sharifah atau lebih mesra dipanggil Kak Pah. Mesra sangat, hilang persepsi negatif aku tentang klinik ibu mengandung. Mungkin sebab dalam kawasan kampung, orang pun tak ramai maka aku dilayan dengan begitu senang sekali.
 
Macam biasa, lepas buka buku pergi buat ujian air kencing, ambil HB, periksa tekanan darah, timbang berat semua tu lah.
Dah siap semua, masuk bilik dia suruh baring nak tekan tekan perut aku. Amazing betul rasa bila dia cakap "Okay, baby kecik lagi tapi memang dah ada". Wah, tekan je dah tau ye? Lepas tu suruh buka bra dan selak baju sebab nak tengok nipple homaigod malunya aku masa tu nasib baik clear je wahahaha.
Dah selesai semua barulah sesi berkenalan sembang-sembang sikit.

Soalan aku, sepatutnya paling awal buka buku pink ni masa berapa minggu?

Dengan senyum kak Pah jawab, "Sepatutnya 8 minggu," sambil mengatakan aku ni awal sangat tapi tak apalah, awal pun bagus juga cuma dia tak nak menyusahkan aku nak datang lagi masa 8 minggu hehehe tak apalah kak Pah, I is excited. Datang setiap hari pun tak apa.

Rupa-rupanya juga, nurse kat sini dibahagikan kawasan masing-masing dan kawasan rumah aku ni di bawah kak Pah. And the best thing is, memang tiap kali aku datang checkup memang kak Pah yang akan pantau aku. Wahhh ini sudah bagus! 

Dah selesai semua, aku dibekalkan dengan pil-pil semua tu. Iron, acid folic, vitamin B complex dan vitamin C yang sampai sekarang kena makan sampai naik cemuih. Tak apalah demi baby kan?
After all, aku rasa sangat berpuas hati dan beruntung sangat pergi klinik ni tak payah tunggu berejam. Kadang-kadang 15 minit pun, eh dah siap? Haaa macam tulah nak cakap betapa tak ramainya orang kat sini.





Haaa nampak tak bukti?
Punyalah tak ada orang sampai mesin nombor giliran tu pun tak berfungsi hewww

Yang penting tuan blog dapat berselfie dengan riang gembira tanpa perlu berlakon pura-pura sedang online. HAHAHAHAHA

August 14, 2015

Pregnancy: Usaha TTC

Okay, macam yang aku janji haritu.

Sebenarnya, aku bukanlah golongan yang senang mengandung. Bunting pelamin, ataupun dalam masa beberapa bulan lepas nikah terus lekat.
Tahun pertama perkahwinan, aku dan suami tidaklah memikirkan sangat hal anak lantaran kami duduk berjauhan. Lagipun lima bulan pertama tu, suami aku berkursus jauh. Hehehe jauh lah sangat kat Johor je pun. Walaupun aku tak fikir sangat hal ni, tapi kadang-kadang terbit juga perasaan halus bila orang tebak soalan hal anak ni. Lagi lagi bila tengok orang yang saing kahwin dengan kami dah ada yang berisi.

Hujung tahun 2013, cukup setahun kahwin, aku memilih untuk berhenti kerja dan duduk dengan suami.

Masa ni dah macam asyiklah fikir hal anak. Yelah, duduk rumah tak ada benda nak buat. Lepas tu pula dengar berita kawan yang baru kahwin dah mengandung, lagi aku rasa macam... apa kena dengan aku ni? Aku ada masalah ke? Kenapa belum mengandung lagi ni? Why? Why?

So, since masa aku post pasal pregnancy aku, ramai kawan-kawan PM inbox kat FB tanya aku apa yang aku buat sampai berjaya mengandung. Jadi, kat sini aku nak kongsi pengalaman aku.

Berurut (Januari-Februari)

Seingat aku, ini benda pertama yang aku dan suami buat. Itupun suami yang ajak, staf dia yang recommend. Mula-mula tu, aku macam malas juga bercampur kurang percaya. Tapi kata suami, ini usaha sahaja sebab ada yang lekat lepas berurut dengan nenek ni. Tapi syaratnya kena pergi tiga kali hehe aku tak tahulah kenapa tiga, bukan lima ke, lapan ke.

Sebelum tu, suami aku pergi dulu berurut dengan nenek tu. Malu tak payah cakaplah, tapi sebab nenek ni macam mata dia tak berapa nampak, so tolak la sikit rasa malu tu. Masa dia urut badan tu sedap, tapi bila part sengkak perut tu uihhhh nak menangis aku. Aku pergi sana dua kali sahaja, sebab macam malas dah. Lepas tu aku pergi pula berurut dengan makcik aku. Benda yang sama juga dia buat, part sengkak tu aku rasa macam nak jerit. Nak tendang makcik aku pun ada haha. Tapi alhamdulillah, dia cakap rahim aku okay je tak ada masalah. Sampai situ sahaja aku berurut. Satu, tak tahan sakit. Lagi satu, aku ni macam kurang percaya kaitan berurut dengan nak mengandung ni haha ampun. Tapi pada aku, tak salah berusaha sebab ada kawan aku yang lekat lepas berurut. Semuanya berbalik kepada Allah kan?


Ovulation Test (OPK) 

Alhamdulillah, period cycle aku setiap bulan sangat cantik dan tetap (28 hari).
Akan tetapi, period yang tetap tidak menjamin kau senang nak mengandung ye, aku silap selama ni -_-"
So, lepas baca blog Shakina Farhan,aku decided nak cuba, mana tahu ada rezeki. Dua bulan aku cuba, memang naik line kat strip tu, tapi masih tak lekat. Aku anggap belum rezeki je masa tu. Frust memang frust heh heh.
Sesiapa yang nak beli OPK strip tu boleh refer entry ni ye, siap tunjuk tutorial lagi. Mmemang murah Kina jual, compared to farmasi.


Consultation (April)

Ni klinik kat kawasan Batu Berendam tapi tak nak mentioned nama hehehhh sebab bad experience.
Aku pergi dengan harapan dia boleh membantu aku. Okaylah, dia ada scan rahim aku, lepas tu dia cakap macam ada something like endometriosis. Masa ni aku punyalah down gila, sebab aku memang ada heavy period pain yang boleh jadi salah satu punca endometriosis ni. Tapi.........aku ingatkan dia nak suruh aku pergi hospital ke apa. Dia suruh aku cuba rawatan yang tak ada kena mengena dengan rawatan sakit puan which costly ratus-ratus jugalah. Beria suruh aku, siap macam menakutkan aku lagi. Okay, cakap kat suami find other alternatives.

Ini pun ada kawan suami yang cadangkan. Kat sini kami pergi klinik biasa, kat Cheng. Mula tu, aku ingatkan dia terus scan perut aku ke, bagi makan ubat ke nak bagi subur. Bukan main desperate aku nak anak heww. Tapi doktor tu cadangkan aku buat blood test dulu, sebab katanya kadang-kadang hormon tak stabil boleh jadi punca kau susah nak mengandung. Mungkin kau ada tiroid ke, terlebih hormon lelaki ke haaa macam tulah cerita dia. Tapi sebab klinik ni tak ada kemudahan lab, kena tunggu dia hantar ke hospital. Result, alhamdulillah. Hormon aku cantik, tak ada masalah. Settled. Pun aku malas nk follow up sebab rasa macam doktor ni bukan pakar wanita, buang masa aku je. Heh :p


Supplement

Masa ni aku stop kejap. Aku fokus on supplement. Ada kawan sekolah aku cadangkan minum susu kambing campur habbatussauda ni sebab dia berjaya mengandung lepas minum brand ni. Tapi tak habis pun sebab aku tak lalu dengan bau dia. Suami rileks je minum secawan siap perli aku yang beria suruh dia cuba minum padahal aku tak minum. Ada lagi baki tu ha kat dapur hihihi dah expired ke agaknya. Lepas tu aku ada makan supplement Shaklee, tapi makan GLA Complex tu jelah. Owh ya, aku ada juga minum pati delima brand Gulsan. And aku konsisten makan asid folik hari-hari. Yes, kalau baca mana-mana, seelok eloknya kalau siapa merancang nak pregnant, digalakkan makan asid folik tiga bulan sebelum.

Lagi satu, aku ada juga consumed Ephyra, sebab ada baca blog yang berjaya mengandung lepas guna produk ni. Tapi, hahaha tak konsisten minum sebab rasa macam tak mampu lepas tu malas nak membancuh :p Tapi seriously, Ephyra ni memang kalau kau tak ambil sebab nak mengandung pun, dia punya kesan kat kulit alahaiii memang cantik.


 ............................................................
Aku rasa tu je kot usaha aku sepanjang tahun lepas.
It was ending with unsuccesful result actually, tapi pada aku tak salah berusaha.
Mungkin rezeki aku bukan dengan kaedah-kaedah di atas.

Nasihat aku, try and error.
Mana tahu kita sesuai dengan rawatan A atau B, who knows right?
Ada kawan aku berjaya dengan kaedah berurut (baca sini), ada yang berjaya dengan minum susu kambing, malahan ada yang berjaya macam tu sahaja.


Lepas ni aku kongsi pula pengalaman aku buat rawatan kesuburan ye.
Tunggu tau.


Pregnancy : Usaha TTC : Fertility Treatment

Sambungan dari entri ini.

Selepas usaha TTC aku yang bermacam cara, tapi masih lagi belum mendatangkan hasil, aku nekad nak cuba rawatan pakar. Aku pun google mana tempat yang bagus untuk rawatan kesuburan.

Alhamdulillah, jumpa Klinik Pakar Wanita Liu & Vincent.
Tapi aku nak ingatkan, klinik ni hanya di Melaka sahaja ye. Kalau kat KL tu, yang selalu orang review ialah Klinik Dr Hamid Arshat / Klinik Medina.
Tapi tak kisahlah kat mana-mana, rawatan dia sama sahaja (based aku baca dan kongsi pengalaman).

Lagi satu, kalau nak buat rawatan ni, aku galakkan sangat suami pegi sekali dan bagi sokongan 200%. Ramai yang cerita kat aku betapa kecewanya mereka bila suami masing-masing buat tak endah dan tak bersemangat. Kesian tau. Kau dah semangat bagai, suami macam nak tak nak je.
Alhamdulillah, suami aku sangat-sangat bekerjasama semasa rawatan berjalan.
Thank you sayang, I love you. Eh termanja kat sini pula tiba-tiba :')

Aku pergi ni bulan Disember tahun lepas.

Mula-mula tu macam segan, tapi tawakal jelah. Nak anak kan.
Masa sampai kat kaunter, staf tanya,
"Ye, kenapa?"
"Saya nak buat rawatan kesuburan", jawab aku malu-malu tapi bersemangat.

Lepas ambil nombor semua, okay tunggu.

Bila masuk, terus kami suami isteri duduk.
Doktor yang entertained kami ialah Dr. Vincent yang heboh diperkatakan tentang kekacakan oleh ramai kaum wanita yang pernah bertemu dengan beliau. Okaylah, aku rasa handsome lah untuk seorang jejaka Cina di usia 40-an mungkin, yang turut diakui oleh suami. Bukanlah handsome gila-gila tapi eh, bolehlah ditambah dengan karisma beliau sebagai seorang doktor. Cakap pun tak ada pelat, memang macam Melayu.

Duduk sahaja, doktor tanya, "Yes, kenapa?"

"Kami nak check kesuburan, sebab belum ada anak lagi ni," jawab aku.

Masa ni dia akan tanya;

- Berapa lama dah kahwin. Dua tahun
- Tinggal bersama atau PJJ (Percintaan Perhubungan Jarak Jauh). Tinggal bersama
- Suami merokok/tak. Merokok
- Period cycle every month (regular/not). Regular

Okay, kat sini aku ceritakan step by step apa yang aku lalui semasa rawatan kesuburan ye.

1. Scan rahim

Selesai sahaja, doktor suruh baring untuk scan. Berdebar betul aku lantas teringat kata-kata doktor kat klinik Batu Berendam yang cakap kemungkinan aku ada endometriosis tu.
Lepas dah check semua, alhamdulillah clear lega betul aku macam tak percaya. Siap cakap kat doktor,
"Saya ni senggugut teruk doktor, tak ada possibility endometriosis ke, apa ke".
"No, tak ada rahim awak cantik. Clear".

Scan ni pada pendapat aku untuk tahu samada kau ada endometriosis, cyst / fibroid. Juga nak tengok posisi rahim kau normal/terbalik.

Dah siap semua, terus doktor keluarkan referral letter suruh aku dan suami buat test di hospital sebabnya, di klinik tiada kemudahan lab.

HSG Test untuk aku.
Sperm Test untuk suami.


Aku kan, masa nampak dia tulis surat tu terus rasa, wow cepatnya! Ingatkan dia nak consult apa-apa ke, nak bagi nasihat ke, suruh makan ubat ke. Mungkin dia dapat meneka ketidaksabaran kami nak anak heheheee pandai-pandai je aku ni. Bagus juga sebenarnya, aku kalau boleh malas nak tunggu lama-lama.

Jadi, lepas staf klinik call Hospital Pantai dan Mahkota Medical Centre (MMC), akhirnya kami dapat slot di MMC.

Eh,next entri lah aku cerita pasal test ni. Tak larat pula.



August 12, 2015

Kenangan Hari Raya 2015

Eh baru perasan raya tahun lepas aku tak buat entri pun. Tak boleh jadi, ini kali kena buat!
Tapi sebelum tu, nak letak dulu gambar raya tahun lepas.
Turn aku tahun lepas, lepas tu pula suami dapat cuti fuhh seronok riang betul hatiku ini.
Tema tahun lepas biru, recycle baju masa kenduri kahwin aku. Tahun ni aku tengok ramai gila guna warna ni haha, keluarga aku dah pakai dulu okay.




............................................................................................


Okay tahun ni pula.
Sepatutnya, tahun ni turn suami maklumlah kami mengamalkan sistem giliran seperti mana pasangan suami isteri yang lain. Tapi, tahun ni suami cuti lepas raya lantaran anak saudara beliau nak bertunang minggu depannya. Hoyeahh suka betul aku tambahan pula memang keluarga aku beraya di Muar sahaja rumah baru keluarga aku. Jadi, walaupun suami tak dapat cuti, dapatlah lari sekejap dari Melaka.

Alah, Melaka-Muar apa la sangat untuk kitorang ni ( cakap senang sebab bukan aku yang drive).

Sehari sebelum raya, suami ambil adik aku kat KLIA yang baru balik umrah. Konon malam tu nak balik Melaka tapi akibat kepenatan, tertidur sampai esok. Pukul 5 pagi macam tu, aku kejut suami. Lepas tu macam risau pula, aku decide nak ikut teman dia balik. Nasib lauk raya dah siap masak, tinggal nak masak kuah lodeh sahaja. Kesian pula kat mak aku, tapi beliau okay je sebab lauk lain semua dah siap. Sampai Melaka pukul 6 lebih macam tu, suami tidur sekejap terus siap nak pergi solat sunat Hari Raya. Lepas dia settlekan kerja kat office kejap, berdesup patah balik Muar.
Tapi kira suami pun dalam mode standby lah in case ada apa-apa kat office beliau.Fuhhh, nasib lah Jemah kau dapat laki askar hekhekhekk.

Eh ha ah, bukan main aku eksplain bagai kan? Ada korang nak ambil tahu?







Tahun ni pun keluarga abang aku tak ada sebab giliran belah mertua dia.


Yesss berjaya sorokkan perut yess!!!!


Tahun ni warna pink tapi pink malap lah. Itu pun baju recycle masa kenduri kahwin saudara kitorang. Sepatutnya aku sedondon dengan mak dan adik perempuan aku berbaju kurung, tapi rasa macam dah kurang selesa lalu memilih untuk memakai jubah sahaja.

Plan aku dan suami, tahun ni ingat nak pakai warna hijau. Tak apalah, demi mengekalkan tradisi sedondon di pagi raya, maka baju hijau tu kami pakai masa raya kedua.



Raya kedua macam boring, lalu Ikin yang tahun ni beraya kat Muar pun ajak kitorang jalan-jalan beraya.
Ni masa on the way nak pergi beraya rumah Ifa kat Melaka.


Masa ni Ikin boleh cakap baju aku corak baju celoreng askar haha sabar jelah aku. Eh tapi baju suami aku memang warna uniform formal askar tu kenapa entah dia pilih warna tu stress aku. Tahun depan warna merah darah eh bang. Awak jangan nak macam-macam (dengan harapan suami baca).
Tahun ni pun macam tak pergi beraya sangat pun rumah saudara-mara. Dengan adik aku yang macam jet-leg siang tidur malam berjaga, yang adik lagi sorang tu pula tengah training polis memanjang tidur bayar hutang, so mak abah aku decide rehat jelah kat rumah lepak-lepak.

Lagipun Ahad aku dah balik.
Sebabnya,

 
Raya keempat suami dah masuk office balik, kena kerja full day. :')

Hari raya yang ketujuh, suami dah cuti barulah kami pergi rumah kakak suami berhari raya yang dah basi teheee.

So, itulah cerita raya tahun 2015 ni.
Tahun ni raya berdua.
InsyaAllah tahun depan bertiga :)

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin semua!!


July 6, 2015

Ramadhan Ketiga Kami Yang Indah

Sedar tak sedar dah hari ke 20 kita berpuasa. Dari Ramadhan pertama konon konon aku nak update entri, sudahnya terbengkalai. Minggu depan nak raya dah, eh kejapnya rasa tak sangka aku. Rasa macam baru semalam terfikir-fikir nak masak apa lah ni berbuka nanti, lantaran suami tak suka beli makanan di bazar yang tak sedap. Penat hoi duduk berdua saja, lepas tu nak memikirkan lauk apakah yang sesuai dimakan oleh suami isteri yang bahagia ini.

Tahun ni, Ramadhan ketiga aku dan suami sambut bersama :)

Alhamdulillah, tahun ni rasanya tahun berpuasa dengan mudah, tak macam tahun lepas.
Dan tahun ni, hehe alhamdulillah syukur sangat Ramadhan yang penuh rezeki. Saat-saat orang mengeluh dengan macam-macam kerenah politik yang aku dah muak nak ambil tahu, dengan harga itu ini melambung naik, Allah hantar bermacam rezeki untuk kami berdua.

Salah satunya yang ini.

 Selasa ni, genaplah si kenit ni 20 minggu kat dalam rahim aku.


Kalau siapa yang follow instagram/FB aku, rasanya dah ramai tahu cumanya tak lah announced like, 'Alhamdulillah, kami bakal jadi mak bapak', atau 'Syukur akhirnya penantian selama ini berhasil'.

Entahlah, rasa macam takut nak share awal-awal rentetan banyak sangat baca kes keguguran atau kematian bayi di awal kandungan. Aku ni jenis paranoid sikit. Suka fikir benda bukan-bukan je lebih. Lagipun, tak naklah tunjuk excited sangat, sebab aku pernah rasa bila orang asyiklah 24 jam bercerita tentang kehamilan masing-masing. Maklumlah, aku kan golongan Trying to Conceived (TTC).

Ni pun aku macam risau lagi, eh okay ke tak anak aku ni? Cukup ke dia makan? Saiz dia normal ke? HAHAHA, nasiblah kau nak dapat mak macam ni. Terlebih comcerned ke, terlebih risau aku pun tak tahu. Bukannya apa, ramai tegur perut aku kecil tak nampak macam orang pregnant 20 minggu sampai risau kami laki bini ni haa hishh sabar jelah aku -___-"

Latest picture masa hantar adik aku pergi umrah minggu lepas.
Demm nampak gemuk :(


Aku pun masih gagah berani berpuasa hingga hari ini yahhhoooo tak payah ganti puasa sukanya perasaan ini tiap-tiap tahun mengandung pun boleh. Eh.

Mabuk-loya-muntah tu ada lagilah, tapi dah kurang menjelang trimister kedua ni. Ada tak ada kalau lepas berbuka, mesti nak muntah ataupun memang akan muntah. Tak tahulah salah angin atau hormon, yang pastinya benda macam ni kena hadap. Nama pun perempuan mengandung kan.

InsyaAllah, kalau berkesempatan aku kongsi usaha aku nak mengandung, lagi-lagi dengan kawan-kawan yang PM inbox bertanya pelbagai soalan selepas tahu aku berjaya mengandung.
Bukan niat aku nak menunjuk, tapi nak kawan-kawan TTC kat luar sana terus berusaha.

Aku doakan kawan-kawan TTC yang baca ni dikurniakan rezeki zuriat ameen. Fuhh!!
Doakan aku dan kandungan aku juga ye.

Baby pun bagi kerjasama sikit kat mak kau ni ye nak. Bagi mak kau puasa kali ni, walaupun bapak kau tak dapat cuti raya tahun ni. Huh!! (sambil libas rambut).

May 13, 2015

Hari Ibu dan Hari Lahir

Tak sangka tahun ni Hari Ibu jatuh sekali dengan birthday aku. Last time tak silap aku tahun 2009/2010 macam tu, jimat duit abah aku beli satu kek je. Eh jimat ke, kedekut? Heeeee.

Tahun ni birthday aku ni aku rasakan birthday yang paling bermakna.
Entah tak tahu nak cakap macam mana. Perasaan dia lain macam. No. Tak ada surprise present, tak ada kek, apatah lagi candle light dinner daripada suami. Acara makan-makan satu keluarga pun tak buat, mungkin weekend ni kot sebab abah outstation.

Walaupun begitu, aku tetap rasa tahun ni birthday aku yang terpaling bahagia. Mungkin sebab sambut dengan Hari Ibu. Entah.

Eh, jangan ingat aku post kat FB Hari Ibu ni, mak aku tengah vakum rumah ye HAHA. Aku wish depan-depan, salam cium pipi lagi. Well, memang betul pun. No specific day untuk ibu. Setiap hari adalah hari ibu. Mana yang duduk jauh tu, rajin-rajinkanlah jari tu telefon mak kau. Baliklah jenguk mak ayah walaupun sebulan sekali. Treat your family and in-law equally, jangan ada yang terlebih terkurang. Even parent in-law aku dah tak ada, suami selalu berhubung dan jenguk kakak sulung beliau yang dah dianggap macam emak sendiri. Aku banyak belajar benda-benda macam ni daripada suami; an orphan.
Selalu dia ingatkan aku pasal benda ni. Nampak macam remeh, tapi sangat penting. Jangan esok mak dah tak ada, barulah terkenang menyesal segala.



Hari Ahad tu pun, sebenarnya aku dan suami macam kelam kabut balik ke rumah sebab semalamnya kami menghadiri wedding saudara. So, dengan penat lepas tu tak larat, batalkan jelah hasrat nak pergi makan kek barang sepotong buat syarat HAHAHA. Penghujungnya, beli nasi kerabu makanlah berdua depan TV. Eh. romantik lah juga tu kan?

28.
Aku pun tak tahu apa yang aku dah capai. Tak pernah pun ada specific target sebenarnya, ish ishh teruk betul perangai macam mana nak berjaya ni? Tapi rasa dah tua pun ada. Dulu ada lah berangan, umur macam ni anak dah tiga, ada kereta import sebiji, bekerjaya hebat hewww berangan jelah mampu. Hakikatnya semua tu tak ada. Mampu pakai kereta nasional jelah tu pun dah rasa cukup. Dah tua ni rasanya nak kurangkan hutang, selagi boleh.

Cuma aku rasa bersyukur sangat.
Di usia 28 ni, masih sihat. Masih punya family dan in-law yang bahagia, dan suami yang sayang aku. Masih belajar jadi isteri yang sempurna di mata suami. Entahlah, tak pernah pula tanya suami, tapi harapnya dia bahagia dan menerima baik buruknya aku. Masih dikelilingi rakan-rakan yang mengambil berat dan sayang aku dan cuba untuk membahagiakan orang sekeliling aku :')


Anyway thank you for all warm wishes.
May Allah bless you, ameen.



April 30, 2015

Tentang Menjadi Pengasuh

Kalau siapa yang ingat, aku pernah jaga anak orang. Refer to this entry.
Well, sebenarnya lebih kepada dah jadi anak angkat aku dah sebab dah bawa tidur sama, cuma weekend je lah mak dia ambil. Dia punya sayang, tak tahulah macam mana yelah sampai dah tidur sama kan. Aku tak tahulah kalau anak sendiri macam mana perasaan dia :')

Baru baru ni, kat Facebook viral kes baby meninggal di tangan pengasuh satu ni kat Lumut. Yang jadi viral sebab baby ni anak askar, so biasalah orang share sana sini dapatlah aku tengok kat newsfeed tu.
Ya Allah, tak tahulah aku nak cakap apa perasaan mak dia. Lahir lahir anak sempurna sihat segala, kau jaga baik-baik, end up nyawa dia berakhir di rumah pengasuh.

Aku malas nak komen pasal kes ni, sebab banyak sangat version dia.
Korang carilah sendiri kat google tu.

Entah, tak tahu nak cakap apa. Benda senang, cakap dah ajal. Tapi kalau ikut aku, kadang-kadang benda ni jadi atas sebab diri sendiri. Jaga anak orang ni aku rasa tahap dia punya risau lebih dari jaga anak sendiri. Tak tahulah, ini pendapat aku sahaja sebab aku belum ada anak sendiri hewhewww. No offense.

Ingat lagi, masa aku bagitahu parents aku pasal nak jaga Aryan ni.
To be frank, ramai tak sokong aku hahaha, especially abah. Yelah senah, kau tu tak pernah beranak, tiba-tiba nak jaga anak orang siap tidur sekali. Tapi ahhh, lantaklah ada aku kisah? Aku dah geram nak jaga baby, jadi aku redah je lantaklah apa orang nak cakap, walaupun ada yang tegur cara aku bagi susu salah lah apa lah. Sorry, mak Aryan yang ajar aku macam tu, aku ikut arahan dia je hehe.

Dan sebenarnya, ramai tak tahu masa bulan Disember tahun lepas, aku jaga dia semula sebab pengasuh Aryan yang sebelum ni macam bermasalah sikit hehe. Asalnya, nak jaga kejap sementara jumpa pengasuh baru, tapi penghabisannya terus aku jaga dia.

Kali ni, aku tak nak dah kecoh-kecoh macam dulu, sebab ramai sangat yang concerned. Pengajaran. Maklumlah, aku ni tak ada pengalaman. Tapi yang ni aku jaga waktu siang je lah, petang mak dia ambil. Kadang-kadang tu kalau rasa macam suami tak puas main dengan dia, malam baru kitorang hantar dia balik rumah.

Pengalaman aku jaga Aryan ni sebagai pengasuh, jujurnya ada pros and cons dia.

Tak susah jaga dia, cuma yelah macam aku cakap jaga anak orang ni dia punya tahap risau lebih sikit.

Budak kat wall tu bukan dia ye. Entah anak siapa entah :)

Kalau tengah masak kat dapur, kejap-kejap aku jenguk apa dia buat sebab dia suka memanjat. Kalau tengah tengok tv, tiba-tiba dia diam tu hah ada lah tu kerja dia.

Masa tidur (usually tengahari), memang dia tidur atas lantai. Malam pun macam tu juga. Kalau aku terpaksa letak dia atas katil, aku akan pastikan letak bantal sebelah dia, dan aku akan tidur sama. Tak berani nak tinggal macam tu. Sumpah, tak berani.

 Pasal minum susu, aku tahu ramai yang tegur aku since aku ada letak gambar cara dia menyusu. Dia akan menyusu masa nak tidur, and sometimes dia tidur dengan susu masih berbaki. Tapi itu cara yang emak dia ajar, dan aku pernah cuba tarik botol tu masa dia hampir terlelap tapi tak berjaya. Tapi alhamdulillah, dalam risau aku tu dia tak pernah lah tersedak ke apa ke.


Sebenarnya banyak lagi yang aku rasa pengasuh di luar sana tentu banyak pengalaman mereka sendiri. Yang jaga lebih dari seorang, fuhh tak terbayang aku betapa mencabarnya nak melayan kerenah masing-masing.

Dan bila jadi kes-kes macam ni, huh bersyukur sangat Aryan tak ada apa-apa sepanjang aku jaga dia. Cuma biasalah kadang-kadang tu ada lah terhantuk benjol haha siapa suruh main lompat-lompat auntie dah cakap kan jangan lompat padan muka.

Lagi satu, aku kurang bersetuju bila isu pasal pengasuh ni timbul, ramailah yang menyalahkan ibu-ibu bekerja, suruh berhenti kerja bagai. Pendapat aku, kerjaya ni kadang-kadang bukan pilihan. Ada yang terpaksa bekerja membantu kewangan keluarga ataupun ehemmm..kewangan sendiri. Takpun, memang dia jenis kena bekerja, tak boleh duduk rumah saja.

Dan pengasuh pun, jangan hanya mengejar wang semata-mata. Walaupun budak tu bukan anak kau, bila sahaja dia diserahkan kepada kau, bermakna mak dia serahkan sekali tanggungjawab kat kau. Jangan hanya namanya mengasuh, tapi soal kebersihan dan keselamatan kau pandang enteng. Aku geram betul kalau tengok video pengasuh dera budak ni, eeeshh gila ke apa.


Last picture together :')


So, end of March haritu, aku dah berhenti jaga Aryan atas sebab-sebab kesihatan. 

Sedih lah juga, dah macam anak aku dah dia ni.
Tapi alhamdulillah, Allah buka pintu rezeki aku, mungkin berkat jaga Aryan wallahualam.

Sekarang ni pun, dia dah ada pengasuh baru. Baik orangnya, lega aku dengar. Kalau rindu tu, suami ambil kat rumah dia, bawa jalan-jalan fuhh tak larat kejar. Alahai rindunya, esok nak suruh suami pinjam kejap lah.

Rindu Aryan :'(

April 8, 2015

Nikah Attire Ala Hajimah

Warning Entri ni mungkin panjang.

Okay, macam yang aku janjikan.

Entri ni sebenarnya sesuai untuk pengantin baru yang masih merah inai dijarinya. Tapi, lepas dah dua tahun aku kahwin, masih ada lagi yang bertanya pasal baju nikah aku, sampai add facebook mungkin memikirkan aku ada album khas tentang baju nikah.

Jadi, to make it clear, senang dan tak menyusahkan sesiapa, maka aku buat entri khas tentang baju nikah aku ni. Wah statement, macam artis pula :)

Oleh sebab ada yang bertanya kat mana aku tempah solemnization dress aku ni, hehe sebenarnya baju ni dijahit oleh mak aku. Aku bagi idea, ubah sana sini sikit dan mak akulah yang jadikan imaginasi aku bertukar ke realiti
Entahlah, aku rasa masa bernikah tu lagi memorable. Masa tu lah macam rasa syahdu, gembira dan sangat bermakna. Yelah, masa tulah status kau bertukar kan? So, aku decide nak buat dress nikah aku sendiri, tak nak beli ke, sewa ke apa. Well, knowing me, aku ni jenis simple tapi cerewet tak suka baju yang too crowded.

Okaylah, kita mulakan dengan baju ye.

BAJU

Sebenarnya idea asal baju ni ialah kurung peplum. Tapi mak aku cakap, baju tu macam a bit sexy, tak sesuai pula untuk acara bernikah, lagi-lagi aku nikah kat masjid. Jadi, mak aku labuhkan ukuran baju tu agar nampak sopan di mata suami aku tetapi sexy di hati beliau dan para hadirin.

Kain aku beli kat Jakel. Iye, aku tahu kain dia mahal tak masuk akal tapi Jakel lah yang banyak pilihan jenis kain dan warna warna yang in.

Untuk baju termasuk kain, veil dan shawl, aku beli kain ni 6 meter. Tapi beli yang bidang 60 inci ye, jangan beli yang 45 inci, nanti effect flowy tu tak berapa nampak.
Kain jenis chiffon gorgette. Kenapa chiffon jenis ni? Sebab kain dia sangat flowy, lembut dan cantik. Boleh kalau kau nak cari chiffon jenis lain, tapi kurang menariklah.

Untuk lining pula, aku cari jenis satin yang tak berkilat. Beli kain untuk lining 5 meter dah cukup dan bidang 60 inci juga. Tapi sorry hehe, lupa pula nama satin tu. Alaa, nanti kau tanya la SA kat Jakel tu mesti dia tahu punya. Sesuai dengan konsep mereka, satu jurujual, satu pelanggan. Haha tetiba pula.



Untuk detailing pula, aku beli lace ni kat kedai Bunga Reben Jalan TAR. Ingatkan nak beli lace kat Jakel juga, tapi bila tengok yang paling murah pun RM50/meter, terus telan air liur fikir 10 kali hahaha. Biasalah, aku ni kan cheapskate. Yang ni semeter berapa belas ringgit entah tak ingat, aku beli semeter sahaja. Manik-manik tu pun aku beli kat sana, senang tak payah pening-pening, lagipun kat kedai tu banyak pilihan manik.




Untuk hujung lengan pun sama, aku letak lace dan manik tu. Lepas tu, disebabkan aku nak hujung lengan aku macam ketat sikit, mak aku letak zip, so senang lah tangan nak masuk.



KAIN

Kain aku pun simple sahaja. Sebab aku nak nampak kain aku ni kembang ala ala sopan, maka mak jahit kain ni style skirting. Ala, yang kalau ada majlis-majlis kau nak lapik keliling meja tu kan? Haa, macam tu lah konsep kain aku ni. Sebenarnya idea aku nak kain belah lapan, tapi mak aku tailor amatur sahaja, maka idea ini sahaja yang mak aku mampu. Okaylah tu kan, asalkan cantik di mata aku.



SHAWL & VEIL

Shawl dan veil ni aku pakai baki kain chiffon tadi. Malas dah nak cari sebab aku tau susah nak jumpa warna ni. Shawl aku jadikan dia segi empat tepat, dan veil halfmoon. Bolehlah, dari tak ada kan. Macam aku cakap, aku jenis simple, malas nak serabut.

Disebabkan veil aku kosong, aku dapat idea nak letak something atas kepala, like crown tapi tak nak crown betul macam apa je bertenggek atas kepala. So, dapatlah idea buat beaded headband ni. Yes, aku jahit seketul-seketul hehehe, kegigihan terserlah di situ, biasalah kalau nak tu kan..... sanggup. Pakai manik yang sama dengan manik kat baju aku.









Finally, it turns to be like this :)
Simple tapi aku suka.

Jadi, aku harap penjelasan dan keterangan aku ni memuaskan hati semua. So, to adik Ain (you know who you are), akak harap akak dah explain segala soalan cepucemas awak.

Anything kalau masih tak faham, sila lah PM inbox kat Facebook aku. Jangan risau aku tak set private. Jangan email tau, takut aku tak baca.

Dahlah, menyampah pulak aku tengok gambar ni lama lama.
Nak kurus macam dulu!! (nangis tepi katil)  T_______T



March 25, 2015

So-Long-Hiatus. Ehemm....Hello?

Assalamualaikum.

Last entri was July 2014?
HAHAHA, kalau orang pregnant ni memang tengah tunggu hari. Anyway my love readers, sorry for my silence. Senyap tu satu, lepas tu kalau sesiapa yang ada type link blog aku dan nampak it was removed, well sebenarnya aku tak remove pun. Saja set on private sebab macam tak ada cerita pun nak tulis lepas tu ada la some issue regarding blog aku ni. Gila kau nak tutup blog ni, sayang tuuu.

Hari ni pulak macam tiba-tiba nak update blog. Itu pun some of my friends tanya, 'tak update blog ke?'.
Haa, nah la korang baca la taipan aku yang entah apa-apa dah ni. Skill menulis pun dah ke laut tskkk.

Well, kepada sesiapa yang tertanya tanya apa perkembangan terbaru aku.
TAK ADA langsung pun.

Masih belum bekerja (macam malas nak kerja lah macam best pulak jadi surirumah ni)
Masih duduk di Melaka. To be exact kat Tanjung Bidara, tapi tak pernah pun teringin mandi kat pantai tu.
Masih berdua. Mungkin bertiga. Eh.

Alah tu je kot.Aku sekarang macam aktif kat Instagram. Aktif tak aktif sangat la pun, tak tahu nak letak gambar apa hahaha. Jemput-jemputlah follow aku hehe kemain promote.

Oh ya, lagi satu.
Walaupun aku ni dah dua tahun kahwin, MASIH LAGI ada yang bertanya pasal baju nikah aku tu ye. Takpe, next time aku buat entri pasal baju nikah tu tau insyaAllah kalau rajin. Hehehe takdelah, aku akan cuba sedaya upaya cerita pasal baju nikah tak seberapa aku tu. Okay?

Actually banyak je benda nak share, tapi aku rasa blog dah macam kurang mendapat tempat setelah munculnya FB, Instagram or even Whatsapp (tak suka dengan group Whatsapp yang kita tak aktif tapi sebab nak jaga hati semua pihak tak sampai hati nak leave group, bimbang nanti dikata yang bukan bukan).

Dahlah, itu saja kot setakat ni.
Nak buat comeback ni tak boleh nak cerita semua. nanti orang bosan. Contohnya macam Amelina tu, setakat ni dia nyanyi lagu lama dulu. Nanti pelan-pelan dia buatlah album baru.
Eh releven ke dengan cerita aku ni?



Sebelum beransur, terimalah gambar posing acah-acah manja dari kami di perantauan Melaka ini.
Padahal ni gambar 9 bulan lepas kahkah lantaklah.