Followers

June 18, 2014

Stay at Home Wife

Saja letak tajuk kat atas, malu lah nak letak title surirumah. Bukannya banyak sangat kerja rumah nak buat, siap boleh terlajak tidur petang ehehe malu betul kalau mak tahu ni.
Teruk sangat dah perangai pemalas aku ni, macam kan kerja di rumah banyak sangat, padahal siap boleh tidur, bangun, eh tidur balik. Adakah ini sindrom bini-bini kesunyian di kala suami bekerja? -___-"

Ehem.. It was half year since I left my job.

Kepada reader yang merindui aku (perasan), aku sebenarnya malaslah tak tahu nak cerita apa. Yelah, duduk rumah buat apa je kan. Bangun tidur, basuh baju, masak, tengok tv. Kalau suami aku nampak riak muka aku kebosanan dan kemonyokan, lalu malam tu beliau akan ajak aku keluar. Tak pergi mana pun. Pergi stesen minyak, bank di pekan Masjid Tanah ataupun ke Pernama tempat para askar shopping keperluan dapur dengan harga rendah sedikit. Untung-untung, kalau tiba-tiba suami tebiat nak tengok wayang, jauhlah sikit langkah kaki kami hehe.

Well, to be frank, dua minggu selepas aku berhenti kerja, aku diserang sindrom menyesal-berhenti-kerja.

Macam aku, yang tak betah duduk diam, memang rasa lain sangat.
Memang best, tak payah bangun awal pagi bersiap ke ofis. Bangun awal kejap jelah, nak teman suami bersiap. Alah, bukan teman apa pun, sementelahan suami dah biasa buat semua sendiri. Basuh baju, lepas tu tengahari masak. Petang tu aku dah mula mati akal.

Dan masa cukup seminggu aku di rumah, aku menangis! -_-"
HAHA, entah apa-apa tapi itulah hakikatnya. Aku macam entah, tak tahu nak cakap apa. Mungkin aku bosan, aku sunyi. Pula tu, ada satu hari tu suami ada meeting di KL. Bayangkan, keluar pukul 6 pagi, balik 9 malam. Stress aku masa tu, rasa macam aku dah buat keputusan yang paling salah sepanjang hidup aku. Dan aku mula protes yang sampai mencetuskan pergaduhan, sebab aku rasa suami abaikan aku. Thats it. Childish sangat tssk.

Tapi lama-lama, aku boleh adapt. Lupa yang aku berhenti kerja ni sebab nak temankan suami. Nak duduk dengan suami, layan suami segala. Tak nak suami keseorangan, apatah lagi digoda perempuan lain pfftt pemikiran apakah itu hewhew tapi itulah aku fikir siang malam tahu tak?? Dahlah beliau di rumah seorang diri huhh risau aku.

Agak-agak boring, aku keluarlah bawa kereta tu, jumpa best friend aku si Lea tu. Tapi berapa kali jelah aku jumpa dia sebab dia pun busy kerja takkan lah tiap kali aku bosan nak jumpa dia aje melampau namanya.

Inilah life aku sekarang.




Anje angat tu nak naik beca macam kan pelancong hewhew

                         


Well,setakat ni life aku sebagai bini askar ok juga lah. Unit suami aku kecil je,so aktiviti bini-bini ni memang sikit hehe suka sangat biasalah aku ni bukan jenis bersosial sangat. Orang tanya aku pasal jenis elaun, lepas tu sebut term-term dalam askar ni haram tak tahu tehee. Ah,biarlah tak penting pun bukan masuk pertandingan 'Bini siapakah yang paling hebat di mata abang askar beliau'. Eh.

Agak-agak boring pergilah Masjid Tanah tu, takpun ronda naik motor pergi makan lempeng kelapa seronok tau naik motor kat kawasan kampung ni.



Sekarang ni aku kat rumah parent aku. Suami kursus sebulan, tapi takpe dah biasa pun. Mode weekend husband and wife is turn on :)






And to be honest, aku sangat rindu rumah aku (rindu suami jugak LOL) waaaaaa. Mungkin inilah perasaan orang tua yang tak betah tinggalkan kampung kan?  Rindu nak kemas-kemas, susun atur dalam rumah walaupun ehemmm, rumah sewa je pun. Rindu nak masak-masak.

Takpe takpe, next week dah nak balik dah. Tak sabarnya nak masak yeayy!!





May 11, 2014

Entri Hari Lahir

Assalamualaikum.

10 Mei, macam biasalah tiap tiap tahun mesti tak sabar nak tunggu kalah budak-budak hohoho.

Well, I am 27!
Ala baru 27 lah korang ni saja je tau cakap aku menghampiri usia senja benci.

Tahun lepas,since suami dalam hutan dan aku hanya menerima sejambak bunga ros yang membuatkan kakak- kakak ofis cemburu lalu membandingkan suami masing-masing, maka tahun ni ehemm dapatlah sambut bersama beliau yeayyy

Tak ada plan pun nak celebrate ke apa sebab on my birthday, theres also my friend's wedding kat sebelah rumah.
Till malam, suami ajak family makan-makan sambut sekali hari ibu.



Sambut biasa-biasa je, tapi rasa macam best sangat tahun ni sambut dengan both of them. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan :')

This year, no roses haha but hubby had giving advanced present LOL


Being an android user yang selalu cakap iPhone tak best, and after complained kat suami my S2 dah buat perangai, so ok lah ok lah dah tak nak kutuk iPhone dah hewhew.

So,tahun ni rasa macam tak ada achievement. Being a boring housewife, masih berhutang dengan PTPTN, masih lagi panas baran (my bad habit tssk), but I still have to be grateful.

27. Ada suami yang terbaik, ibu bapa yang penyayang, keluarga yang bahagia. Enough, dah tak nak minta lebih lebih. Yang lain tu biarlah Dia yang bagi.

Anyway thanks for all the warm wishes. Semoga Allah rahmati anda semua.

Oh ya, last.
Selamat hari ibu to all great mothers out there. Wishing I can celebrate it with my kids one fine day insyaAllah ameen :)

March 30, 2014

Anak Angkat Dua Bulan

It was three months since my last entry haha nampak sangat dah makin malas nak update blog. Masa kerja dulu eh, sempat je nak menaip berhenti kejap lepas tu sambung balik. Kalau rasa tak sempat esok sambung semula ya Allah apa ajelah perangai gitu. Padahal duduk rumah makin senang lenang, banyak masa terluang.
Adakah ini petanda aku seorang isteri yang begitu komited terhadap tugasnya dan juga suami kesayangannya yang tercinta itu? Muehehehe (muntah)

Hai korang! :)


Well, makin bertambah komited aku sekarang.

Since aku letak gambar ni kat instagram dan FB, ramai ingat aku ambil anak angkat. Rileks rileks, aku belum tahap sampai ambil anak angkat lagi dan masih lagi berusaha for my own baby sobbss insyaAllah one fine day.

This adorable cheeky baby named Aryan.

Sebenarnya benda ni tak plan pun. Tiba-tiba suami tanya, "Nak tak jaga Aryan?"

Dan bila suami cakap yang emak Aryan beria sangat nak aku jaga, I can't say no. Terus rasa jatuh kesian kat Aryan and his mummy. Lagi satu, aku dan suami sebenarnya dah lama geram dari kejauhan dengan budak ni everytime emak dia bawa kalau ada event kat unit suami aku. So, tak perlulah nak geram geram dari kejauhan dah lepas ni. Asal depan mata je, habis semua muka dia aku cium, puas hati betul.

Oh ya, emak Aryan ni pun askar, dan sedang berkursus tiga bulan. Sebelum ni emak dia hantar ke kampung kat Kelantan nun dah sebulan, dan oleh sebab rindu sangat kat anak tak sanggup berpisah lama lama, maka aku dengan rela tolong jagakan dia. Hujung minggu baru emak dia ambil. Kesian kan?


Jaga dia tak susah, agaknya dah biasa dengan orang luar kot. Cuma ehem, first day jaga dia while suami aku bekerja, tiba tiba aku menangis kegelabahan. Hahaha bila ingat balik entah apa apa siap whatsapp suami suruh balik cepat sambil berjurai jurai air mata biasalah aku kan drama queen. Aryan terpinga pinga je tengok aku masa tu hehe sorry ye nak, mak angkat kau memang macam ni.




Masa mula mula nak jaga dia, paling risau mak aku la for sure. Jaga anak orang sampai tidur sekali, boleh ke ni. Alhamdulillah, setakat ni okay je walaupun malam pertama kami dimulai dengan susu habis tumpah atas tilam dia patutlah cepat habis aku ingatkan budak ni kuat sangat hisap susu. So bad I am tsskk -_-"

Bawa dia pergi jalan ke, makan ke orang pandang pelik, kenapalah anak diorang ni muka lain hewhew. Dahlah terlebih peramah, siap jerit jerit ish ish Aryan.

Bila dia cranky tu kadang kadang geram pun ada, sebab kita kan tak tahu dia nak apa. Buat semua benda tak kena, betul betul menguji kesabaran. Lagi pula bukan anak sendiri kan.Tapi Aryan give me a lot of reason to smile, lagi lagi bila aku tengah sedih ke, macam give up ke. Tengok dia, cium pipi dia terus berubah mood aku. Betullah kata orang, tengok baby hilang semua rasa negatif. Kenapa ye ada orang yang senang mengandung, anak sorang setahun, tapi asyik merungut je jaga anak? Emosi aku tahu tak?

Ada satu masa emak Aryan whatsapp dengan aku (everyday whatsapp sebab nak tengok gambar budak kecik tembam ni) dan taip,

'You choose the right decision not to be a working mother'.

Aku tak tahu nak react macam mana.

Aku rasa emak dia cakap bukan atas alasan ibu yang bekerja, tapi sebab tuntutan kerja emak dia sendiri.
Kursus yang makan masa berbulan segala, to be frank aku tak sanggup walaupun aku belum ada anak. Siapa siapa wanita dan ibu yang kerja macam ni, aku sangat hormat dan kagum :)

Terus rasa tak nak kerja selama lamanya.

Boleh tak abang?
Eh terpanggil abang lagi pula.