Malam semalam kan aku tengok Bersamamu .. memang dah lama aku tunggu sejak tengok iklan .. pukul 9.30mlm je adik aku dah terjerit jerit panggil aku suruh keluar dari bilik sebab rancangan tu dah start .. gaya jerit macam lah Aaron Aziz datang rumah kau .. OK aku mengarut sudah!
Sebelum ni aku ada baca kat sokabar and few blogs pasal beliau ini ..
Tapi bila tengok sendiri kat TV baru aku tahu cerita sebenar ...
OK meh tengok gambar dulu ..
sumber google
Pada siapa yang tak tahu .. Hairuman Miskon adalah anak yatim piatu yang mana beliau merupakan anak ke 9 daripada 10 orang adik beradik .. tinggal di Tanjung Karang dan merupakan seorang juruteknik .. beliau mengambil upah mengait kelapa sawit untuk menampung hidup sekeluarga dan kejadian tragis itu berlaku akibat renjatan elektrik semasa beliau mengait..
Kesan dari kejadian tu kedua dua belah tangan beliau terpaksa dipotong hingga ke paras siku bagi mengelak jangkitan kuman .. begitu juga dengan ibu jari kanan dan kaki kiri yang terpaksa dipotong .. owh dada beliau juga melecur teruk hingga kulit di peha perlu diambil umtuk menampal kesan lecur itu .. beliau menangis tatkala doktor memberitahu terpaksa memotong kaki dan tangan beliau..
Aku tengok pun sebak ..
Bayangkan anggota badan kau melecur macam tu. aku yang kena api sikit kat jari ni pun rasa perit sangat ..
Owh sungguh besar dugaan untuk kau Hairuman ..
Dah lah ibu bapa tak ada .. niat baik untuk menambah pendapatan keluarga diuji dengan sedemikian rupa.. nasib baik kakak beliau sangat sangat kuat memberi sokongan .. yang aku paling sebak bila kakak beliau kata hanya dia, Hairuman dan Allah je yang tahu ujian dan dugaan yang menimpa ni .. dan kasih sayang jugalah yang menguatkan mereka sekeluarga .. aku harap Hairuman tabah menjalani kehidupan beliau yang baru nanti..
Aku juga harap sangat lah semua pihak hulurkan bantuan tak kisah lah dari segi wang ke, moral ke apa ke ..
Aku memang tak ada apa .. tapi aku harap kisah Hairuman jadi teladan ..
Kalau kita rasa susah, ada yang lagi susah dari kita ..
Kalau kita rasa ujian kita berat, ada yang lagi kuat ujiannya ..
Cukuplah .. dah bergenang air mata aku ni .. :'(
HAIRUMAN ... kau sangat TABAH!!!!!!!!!!!

love, ZIEMA