Followers

July 2, 2011

Sudah Julai

:)

Hari ni sudah 2 Julai. sekejap saja masa berlalu. rasa macam baru je berhempas pulas study untuk final exam nasib baik aku lepas fuh fuhhh. rasa macam baru je lepas makan tomyam kegemaran aku, kak Lea and Wa di kedai mamak bawah rumah tu yang selalu menyediakan perkhidmatan delivery service untuk kami SAHAJA. terasa lagi tekak ni dengan air zamzam (dibacakan doa) 11 botol yang dibawa oleh abah semata mata nak bagi hati aku tenang, bersih dan dijauhkan segala macam gangguan syaitannirrajim T_T

Aku bersyukur sangat kejadian setahun lepas tak mengubah apa apa yang buruk atas hidup aku. masih lagi boleh bernafas, bergelak ketawa (itu memang tak boleh ubah), tengok mak abah, jumpa ramai kawan baru. jumpa orang baru ehem ehem. betul cakap orang.

Dugaan dan ujian itu buat kita akan jadi lebih kuat dan matang.

Oh Tuhan. besarnya nikmat dan hikmah yang Kau bagi :'(

Owh yes lupa nak cerita. semalam aku pergi interview. pergi dengan harapan tak tanya aku soalan soalan yang aku tak prepare sebab satu apa aku tak study even background company dan position aku apply ni pun aku baca macam tu je. yelah dia call kelmarin (petang) lepas tu dia decide nak interview aku pukul 9am. memang masak lah hehe.

Maka sampai je dia terus bagi aku form nak isi. paling sajak bila ternampak ada Mathematical test darjah Enam. empat mukasurat pula tu. nasib baik tergerak hati nak bawa kalkulator kalau tak berpeluh nak menjawab. kuatnya instinct wanita kan?

So the result will be on the next week. tak nak berharap sangat. ada rezeki ada lah.

Balik je singgah sekolah Dinie kejap ambil kad laporan peperiksaan. tapi masa aku banyak terbuang dengan bersembang hal hal wanita bersama guru kelas sambil mengimbau kenangan belajar di universiti sampaikan Dinie berkata, 'kenapa akak tak sembang sampai esok je?'

Hell betul lah!

Hari ni pun rumah sunyi je -__-

Abah keluar pergi ofis agaknya. mak dengan mesyuarat pintu dia. adik adik ke sekolah ada larian 1murid, 1sukan, 1Malaysia, 1bapa, 1isteri, 1anak, lagi 1isteri, lagi 1anak. aku tak mengharap pun adik adik aku ni lari seperti jaguh jaguh marathon dunia. ni mesti baru 200 meter gelak gelak sambil bersembang mengumpat cikgu kat depan yang lari macam tak lari.

Budak budak sekarang...

Cakap banyak pun tak guna. kita pun dulu macam tu kan.. heee


thanks sebab baca :)

love, ZIEMA





3 comments:

  1. everything happens for a reason.. kan kan.


    moga murah rezeki, cik ziema.. :)
    ohh dan sy pon suka makan tom yam.. hehe

    ReplyDelete
  2. betul tu :)
    tq dear aminnn... owh tomyam memang lazat nyum2 hehehe

    ReplyDelete
  3. alaa. ko dulu bukan lari pon.. muahahah!~

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.