Hal ini aku tujukan khusus buat para ex yang meninggalkan mantan kekasih akan tetapi mencari mantan semula. Kau tak malu ke?
Dear Ex,
Aku masih dan akan ingat bila kau 'bersembunyi'. Alasan? Tipikal lelaki Melayu yang mahu meninggalkan kekasih beliau itu. Kau buat aku macam sampah. Kau tahu apa itu sampah? Ala yang selalu kau buang tepi lif rumah kau tu. Eh macam mana aku tahu lif tu tepi rumah kau? Aku kan dah 7 tahun kenal keluarga kau. Wah 7 tahun sungguh lama kan? Tapi kau ambil masa 7 minit sahaja untuk tinggalkan aku. Kan?
Tapi aku sangat suka lakonan kau. Apa tu omputih kata, Drama King? Haaa kau memang layak dapat anugerah itu. Cukup layak.
Kau ingat kan?
Siang hari itu kau dengan senangnya lepaskan aku. Macam kau lepaskan kucing yang adik kau bela dulu. Sekali lagi dengan alasan tipikal lelaki Melayu kau tu. Kau tahu tak masa tu hancur hati aku. Aku merayu macam budak kecil yang nak beli barbie doll tapi mak dia tak bagi. Banyak kali aku salahkan diri aku. Mungkin aku tak guna.
Tapi kau ingat kan peristiwa tu? Ala kat panggung wayang tu. Yang aku tengok dengan kawan kawan aku semata mata nak mengubat hati aku yang lara ni. Rupanya malam tu hati aku jadi lumat sangat. Macam ditumbuk lesung untuk buat sambal belacan. Baru aku tahu siapa yang tak guna sekarang. Kau rupanya. Dan kau pilih dia akhirnya. Sungguh aku kuat masa tu. Aku tak menangis mahupun membelasah kau. Mungkin memikirkan betapa aku ini lagi cantik berbanding perempuan itu yang macam .... minah rempit sejati nak ikut mat rempit untuk dikendurikan. Boleh?
Tapiiiiiiiiiiiiii lepas itu aku menangis sampai termuntah muntah. Kau tahu kan kalau aku menangis je mesti akan batuk batuk. Ke kau lupa? Malam tu terus aku menelefon mak aku. Kesian mak dah tidur. Aku ni selalu susahkan mak. Lepas tu aku tak dapat tidur. Mesti kau tidur lena kan? Yelah sedang bahagia.
Kau tahu tak minggu depan tu aku ada final exam? Susah betul aku nak belajar bila hati aku masih lara. Lepas kejadian tu aku merayu rayu. Aku berdoa siang malam. Aku berusaha sebab aku percaya kau masih sayang aku. Tapi lama lama aku pasrah. Redha dengan ujian yang Dia bagi ni. Memang kau dah tak sayang aku.
Siang malam aku tertanya. Ada lagi ke lelaki baik untuk aku? Sebab kau aku dah fikir semua lelaki jahat. Aku selalu tanya Dia kenapa aku diuji macam ni. Jahat sangat ke aku? Tapi aku cepat cepat teringat. Lelaki baik untuk perempuan baik. Maknanya kau jahat la kan?
Ah. Sudah lebih setahun peristiwa itu.
Kalau tidak tentu kita bahagia kan. Sudah menjadi suami isteri. Mungkin. Tapi kita akan bahagia ke? Mungkin tidak kalau kau bawa title Drama King kau tu. Tentu hari hari aku makan hati berulam jantung.
Dear Ex,
Aku rasa kau patut berhenti menghendap aku. Aku tak nak bini tersayang kau tu jelous pada aku sebab kau masih ambil tahu perkembangan aku. Aku tahu kau sayang kat aku lagi. Tu la siapa suruh kau lemah iman. Tunggu la kita kahwin kalau kau nak sangat aku bagi kau anak. Tapi nak buat macam mana kan. Janda tu juga yang kau pilih.
Kau pun nak dapat anak dah kan? Syabas inspektor sahab. Hasil usaha gigih kau selama ni berhasil juga. Aku pun tumpang gembira. Kau kena kerja kuat sikit la kan. Maklumlah kau tu kerja main main. Duit simpanan pun cukup cukup makan je. Ooops! Macam mana aku tahu? Kita kan bercinta lima tahun. Tapi belum cukup rupanya aku kenal kau.
Dear Ex,
Aku nak bagitahu je. Aku bahagia setakat ni. Tapi esok lusa aku tak tahu. Yelah ujian Allah tu bila bila masa Dia boleh bagi. Kan? Sama ada kita kuat ataupun tak. Tapi aku selalu berdoa. Ya Allah kalau lah dia bukan jodoh aku kau tunjukkan kebenaran.
Ingat kan peristiwa tu? Memang depan mata aku Dia tunjuk. Kan aku dah minta kebenaran lalu Allah perkenankan doa aku. Ishh kenapa lah aku bodoh sangat dulu. Menyesal aku tolak cinta lelaki lelaki hensem lagi kacak bergaya sebab setia dengan kau.
Dear Ex,
Aku cuma nak pesan kat kau. Adik perempuan kau ramai. Empat orang. Aku ni bukanlah nak doakan yang buruk buruk. Tapi hidup ini macam roda. Apa yang kita pernah buat akan balik semula pada kita. Andaikata adik adik kau ditimpa nasib macam aku ni kau jangan ajak kawan kawan kau belasah kekasih mereka. Ingat sikit apa kau dah buat pada aku. Boleh kan?
Dear Ex,
Terima kasih.
Terima kasih.
Terima kasih.
Aku lebih bahagia sekarang. Lebih bahagia dari kau. Mungkin.
Sincerely,
Your Ex-Girlfriend
love, ZIEMA
torbaikk!! aku suka!!!
ReplyDeletehaha sabarrrrrrrrrrrr jelah :p
ReplyDeletetelus dar hati...^_^ saya dapat rase sebab sy pun perempuan...hehe...kadang2 kita tak dapat rama-rama tapi tuhan bagi kita kepompong...yang pasti..suatu hari nanti kepompong itu akan jadi rama2 yg sangat cantik...so, ziema tentu akan lebih bahagia dengan insan lain yang lebih layak...
ReplyDelete"ALLAH telah menetapkan setiap hamba lima perkara; Ajal,Rezeki,Jalan hidup,tidurnya,sengsara atau bahagia."
ReplyDelete(Hadis Riwayat Ahmad)
syabbaass beti he!!!
ReplyDeletei love it!ahahahaha
pergi 'mam' sama ex yg durjana!
i rasa nak peluk-peluk you kuat2 sekuat hati you tu! :))
ReplyDeleteerm...bkn laki je cmni..pmpuan pn ade gak yg cmni.....tp ak redha...
ReplyDelete.
Allah tak pernah janjikan langit selalu biru, jalan hidup tanpa batu, matahari tanpa hujan, kebahagiaan tanpa kesedihan, kejayaan tanpa perjuangan.
Tapi Allah janjikan kemudahan bersama kesulitan, rahmat dalam ujian, ganjaran buat kesabaran, keteguhan dalam perjuangan..
oh surat ini sangat best! syabas beteh!
ReplyDeleteex awk pilih janda.. ? serously kisah kite same. sumpah die buat sy mcm sampah disebab kn janda tu. janda anak 1 dan atas die 4 tahun.. ohhh janda memg pandai menggoda. but now, sy dah bahagia dgn tunang sy. Alhamdulillah..
ReplyDelete