Followers

March 9, 2012

Emak Mertua

Semua perempuan kalau nak kahwin, tentu benda pertama yang terbayang di kepala ialah bakal mak mertua. Lepas itu terbayang jenis macam mana bakal mak mertua, betul tak?

Masa dengan super silly ex dulu, aku selalu ada konflik dengan emak dia. Entah aku pun tak tahu kenapa aku semacam saja dengan emak dia. Eh bukan. Emak dia sangat baik, malah beliaulah antara orang pertama yang call siap bagi semangat sambil menasihatkan aku supaya menjadi kuat, tidak buat benda benda bodoh like certain perempuan yang kecewa ditinggalkan kekasih cakap senang la bukan anak perempuan kau yang kena pffttt. Tapi entahlah, mungkin sebab banyak pendapat aku dan emak dia bercanggah. Mungkin latar belakang pendidikan dan keluarga kami yang buatkan aku kurang selesa.

Then suddenly came this word (dalam hati),

'Kan best kalau tak ada mak mertua, tak payah aku nak fikir banyak benda'

Masa mula mula kenal dengan tunang memang tak ada pula terlintas dalam kepala aku ni nak tanya tentang hal emak. Gila apa kau, baru kenal tentulah kena malu malu nak bertanya sambil sambil jual mahal. Aku kan perempuan yang sedang bersedih hati ditinggalkan si bekas kekasih, mana mungkin berminat nak bertanya bagai. Bila dah lama kenal sikit, baru lah berani nak tanya pasal hal keluarga segala. Bila tiba hal emak, tunang lancar sahaja berkata,


'Mak saya dah meninggal'.

Ok. Masa tu sumpah aku tak ada perasaan apa pun. Sampai lah bila aku dah bertunang ni, the words tiba tiba terngiang ngiang di telinga.

'Kan best kalau tak ada mak mertua, tak payah aku nak fikir banyak benda'

Dang! Nah. Nak sangat kan. Nak sangat tak ada mak mertua kan, tentu kau gembira sangat.

Tapi hakikatnya entah berapa kali aku sebak tiba tiba, malahan kadang kadang bila naik kereta dengan tunang pun air mata bergenang, olololo sedihnya. Sampai tunang bertanya, kenapa tiba tiba aku mata berair cepat cepat aku tipu beliau. Tipu sunat je sayang hehe entah apa apa aku ni.
Pernah masa tu bergaduh dengan tunang, konon aku merajuk tiba tiba beliau mesej rindu arwah emak, rasa nak peluk dia. Lagilah mengalir deras air mata aku ni, terus minta maaf sebab rasa bersalah gila. Aku tak tahu kenapa kalau dengan anak yatim ni hati aku senang sangat tersentuh.

Serius. Aku teringin sebenarnya nak rasa ada mak mertua, macam orang lain. Sebab aku bayangkan arwah emak tunang sangat baik orangnya. Bakal anak buah cakap arwah mak mertua mulutnya bising (macam aku), baik hati, tak garang. Ramai kawan kawan cakap untung aku tak perlu nak gelabah bagai nak berdepan dengan mak mertua, tapi sebenarnya aku rasa sangat rugi tsskk. Sangat rugi. Tskk tsskk




Dear arwah emak tunang,

Terima kasih sebab lahirkan dan jaga dia dengan cukup sempurna.
Ziema janji jaga anak bongsu manja emak ni elok elok eh. InsyaAllah.

Air mata bergenang :')

SELAMAT HARI WANITA.


thanks sebab baca :)

10 comments:

  1. erm..kan..kdg2 xtersedar p kiter terckp tulah yg kiter dpt :(

    ReplyDelete
  2. sy pn sedih bace entri ni..hehe
    kite pn x boleh tgk anak yatim tambahan lg kalo di abaikan, sedih..
    syukur alhamdulillah sy akan dpt mak mertua yg baik mcm mak sy.. :)

    ReplyDelete
  3. xpe ziema..adli msti nak ziema tmankan dier..so ziema cuba la tnye kebaikan arwah mak dier..blh jd panduan kan:)

    ReplyDelete
  4. cantiknya baju, cantiknya tudung. color pun cantik !

    ReplyDelete
  5. dah nak kaweennnnnn?????????????




    *rasa tercabar..


    *stress bertambah...

    ReplyDelete
  6. Cik Soulmate : Tulah orang kata apa yang kita cakap tu even tak sengaja pun boleh jadi doa kan :')

    Suria : Wah untungnya dia.. Hope boleh jadi menantu yang baik dan rajin hehehe :)

    ReplyDelete
  7. Ci Susu : Tulah sekarang ni tengah cuba nak belajar hehehe. Thanks awak :)

    Daya : Thanks sayang :)

    ReplyDelete
  8. Cik Ungu : Hahahaha tak payah nak stress sangat lah :P

    ReplyDelete
  9. brader takde ayah babe. kadang2 die cakap malam2 die terjaga teringat ayah dia, aku yang sedih. jahat buat anak yatim macam tuh. :(

    ReplyDelete
  10. mak mertua sy bes!tp klu xde pun untung gak coz xde org yg blh komen lebih2 ble ko masak xsedap,eh?hehe...;p

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.