Followers

June 14, 2012

Pasal Bunga Crepe

Baru baru ni aku buka inbox Yahoo. Err tak adalah baru sangat, selalu saja aku buka sementelahan aku sibuk tanya quotation segala wedding planner. Tapi dalam banyak banyak email, ada satu email ni menanyakan soalan tentang kertas crepe.


Maaf sudah jarang update blog.
Maaf Dila, lambat sangat reply email kamu itu -_-'

By the way Dila. Congrats on your engagement sayang :)
Kahwin nanti jemput saya eh ececehhh..

Ok. Berkenaan dengan crepe paper, aku nak terangkan sedikit. Crepe paper kat Malaysia ni, setakat yang aku pernah jumpa ada dua jenis. Yang nipis dan yang stretchable.



Kalau yang macam ni, selalu aku nampak kat kedai buku. Either Popular or MPH insyaAllah ada. Selalu kertas ni orang buat bunga tisu, sebab kertas ni nipis dan cantik kalau kau buat bunga yang jenis lilit.



Lagi satu yang bestnya, warnanya sangat senang nak cari.
Tapi masalah utama kertas ni ialah beliau nipis dan agak senang koyak kalau ditarik walau sedikit.



Yang ni yang Dila sebut dalam email beliau. Betul lah tu sayang, yang awak jumpa tu memang sama dengan apa Ziema jumpa, beli dan buat bunga.




Teksturnya keras dan yes, memang ada two sided colour.
Kalau kau perasan kertas aku ni ada dua warna, pink dan peach. Tapi warna dia agak kurang ketara perbezaannya, jadi memang tak nampak sangat.

But the good thing tentang kertas ni is, ia stretchable. Memang dari segi struktur nampak keras dan kau akan rasa, 'Eh macam mana nak membentukkan ia sementelahan ia keras habislah bunga crepe aku habislahhhh'. Tapi jangan risau. Since kertas ni keras dan stretchable, maka kemungkinan ia akan koyak adalah jauh, malahan senang nak bentukkan ia menjadi kelopak.

Tapi tulah. Aku agak fust sedikit sebab crepe paper yang keras ni tak banyak jual, even warna dia pun sangat limited. Sudah lah limited, boleh pula ada dua warna. Serius frust whatthe#9OP&@*
Pada aku, crepe paper yang keras memang lah sangat sesuai untuk dibuat bunga, lagi lagi kalau bunga yang jenis ada kelopak untuk dibentuk.

So agak agak Ziema dah jawab soalan Dila kot.
Thank you dear for the question :)
Macam kelakar je blog picisan macam aku ni ada orang nak tanya soalan teheheee.





5 comments:

  1. pon bkenan jgk tgk ziemah punya deco time btunang. plan nak buat mcm tuh jgk utk kazen kawin nti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Nanti buat tau Syikin, then share la entry pasal kazen kawin. Nak tengok jugak :)

      Delete
  2. Replies
    1. Welcome Tqah. Jangan lupa share baju belum ada beading tu once dia dah ada beading tau hehe :)

      Delete
  3. tingat dulu2 mak MG guna kertas ni utk wat bunga telur..la ni org x wat dah :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.