Followers

July 26, 2012

One Step Closer

Hai semua assalamualaikum :)
Sudah Ramadhan ke enam. Alhamdulillah dapat lagi meyambut Ramadhan kali ini dengan keluarga yeay! Tahun depan bersama suami pula. Eh.




Nampak tak nampak tak kat atas tu? Ha, baru lepas buat ticker ni semangant betul aku. Yes, Adli dan aku bersetuju nak awalkan tarikh wedding kami, yang mana tinggal lagi 4 bulan, seminggu dan 6 hari.

Yang paling best satu apa aku tak buat lagi ni. Kursus kahwin pun tak pergi lagi macam mana nak kahwin ni -_-"

Memang macam aku cerita, due to segala kelam kabut tambahan pula Adli baru posting ke tempat baru yang mana beliau sangat sibuk SMS dengan aku pun boleh membuat aku terasing maka aku rasa mahu melambatkan sahaja tarikh wedding. Lagi pula abang aku baru sahaja kahwin. Inai masih di kuku lagi.

Tapi Adli mahu awalkan. Instead of bulan Januari yang kami promise masa tunang, diawalkan ke bulan Disember. Confirm dah. Berapa kali gaduh kejap nak kejap tak nak macam budak budak pula rasa lantaran aku seorang yang konon konon perfect tapi sebenarnya menggelabah semua benda nak segera. Lagi pula Adli jauh, maka aku kena buat semua seorang diri. Nasib baik ada rakan rakan membantu. No. Aku bukan mengeluh ke apa tapi cuma nak beritahu dalam masa 4 bulan lebih ni, memang stress nak prepare semua benda sebab aku ingat majlis dilambatkan jadi aku tak buat preparation satu apa pun padan muka aku HAHA. Nasib baik juga duduk dengan keluarga, kurang sikit stress aku.

Ok ok take a very deep breath. Fuhhhhh

Aku rasa list penting yang perlu aku highlight dalam masa 4 bulan, seminggu dan 6 hari.


Kursus Kahwin
HIV Test
Bridal
Katering
Photographer + Cinematographer (option)
Kad kahwin



Ada ke yang tertinggal? Yang lain lain tu nanti. Kang kalau aku listkan berjela jela panjang jadinya.

Segala dokumen tu kawan aku cakap tunggu lelaki yang settelkan punyalah aku gelabah ingatkan semua kena buat sendiri. Minta minta la Adli ada masa nak buat semua ni sementelahan askar, yang aku tahu banyak prosedur mereka kena follow kalau nak kahwin ni.

So lets get it started!

Rabbi yassir wa la tu'assir ya karim :)


20 comments:

  1. gutlak ye ziema ;)makesure yg penting2 setel ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ ciksusu :)
      InsyaAllah amin.. Minta minta la semua ok.

      Delete
  2. memang...ko kena tunggu adli settle dokumen nikah mindef dulu...xpe,aku n kawan2 yg lain ada,pape nak minta tolong cakap je ok..hehehe...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Risau aku kalau dia buat last minit, maka aku akan buat double last minit :(

      Nanti tlg aku eh yeay! Mmmuah2

      Delete
  3. rileks2 aku dulu pun 4 bulan je prepare.. wakakaka~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gila laaaaa. Tapi korang buat sama sama. Aku sorang sorang waaaaaaaaa :'(

      Delete
  4. sama la mcm bie ni ziema.. belum kursus pon lagi. Bab tarikh kawin pon takot nak reveal, sebab masuk kali ni, dah 3 kali tarikh dipercepatkan.Haihh.. Stress.. takut.. nervous..semua ada..

    Hope everything goes well. Good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hikhikhik yes ada geng!
      Tula pasal segala macam perasaan ada kadang2 tu tiba2 menangis sorang2 tak pasal2.

      InsyaAllah hope semua ok. Goodluck juga! :)

      Delete
  5. hello :) nama tunang kita sama..huhu..btw im emy b2b from N.9

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh sama eh? Glemer juga ye nama Adli ni hehe :)
      Hye Emy. Nice to meet you. Kita share cerita sama2 eh.Yeay!

      Delete
  6. Salam Cik Ziema...

    Wah, tak lama lagi ye... Tahniah...

    Apap2pun, jemputlah baca... Semuanya pasal kahwin.. (^_____^)V

    http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2011/01/oh-no-semuanya-pasal-kahwin.html

    ReplyDelete
  7. hye kak ziema..tiba2 ema jumpa blog org yg sama dengan kite la..kahwin pun nak dekat sama..tunang pun sama2 askar..dan rupa2nye k.ziema kwn dengan k.syikinn..baruu perasaannn...hehe..salam perkenalan n salam ramadhan.. jemput dtg ke blog kite..tp kite new blogger cam segan pulerr..hehe..=))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Amalina :)
      Wah Military WAGS la ni eh :) Bestla dekat dekat boleh kita share preparation yeay!
      Salam perkenalan juga. Takpe tak payah segan segan. Kita kan geng :)

      Delete
    2. panggil ema je laa k.ziemaa..hehe..x silap kite tunang ema sebaya je kot dgn tunang k.ziema...

      Delete
    3. Ok ema :)
      Owh sebaya dengan ziema juga la ni.
      Kirim salam kat tunang eh hihihihii

      Delete
  8. hye ziema.. wahhh... msti excited kan :) sy bru nak lalui fasa b'tunang pas rye huhu. anyway moga dipermudahkan segala urusan awk :) ehem2 kawen jgn lupe jmpot kgkwn blogger :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Hairum. Yup excited yet exhausted hehe.
      Tahniah dear. Tunang elok elok hehehe. InsyaAllah ziema ajak :)

      Delete
  9. wow, 4 bulan lagi...tahniah...nnti jemput kitew ae...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe :)
      TQ dear. InsyaAllah Ziema jemput.

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.