Followers

August 27, 2012

Cerita Dua Minggu Lepas

'Emm sayang terus balik Melaka ke?'

'Maybe. Why?'

'Sebab haritu cakap nak buka sama sama. Takpelah kalau tak jadi. Saja tanya.'

'Ingat tak nak kawan dengan kita dah. Mana tahu.'

'Kita bukan kawan dia. Kita tunang dia. Nak buka sama tak?'

'Kalau sayang merajuk lagi tak nak lah.'

'Dah tak merajuk. Nak raya dah.'

'Saya gi KL dulu, ada kerja nak settle dulu. Then kita buka sama and saya balik Melaka terus. Ok?'

Senyum.

Balik kerja tunang ambil, tapi lambat sebab jammed yang amat. Sampai sampai saja aku tanya, 'Jammed teruk ke?'

'Eh taklah tak jammed pun. Tak dengar kat radio?'

Sentap. Terus diam. Air mata bergenang. Salah aku ke tanya?

Balik balik, mandi semua terus bersiap. Sempat lagi tunang bagi ikan patin dari Temerloh kepada emak. Sebelum pergi aku sambar kurma dan sebotol air takut takut tak sempat berbuka. Eceh macamkan aku puasa. Heh.

'Kenapa serius tadi Yang?'
'Tak mau la merajuk lama lama tak elok.'

Senyum semula.

Terus mencari tempat untuk berbuka. Ingatkan nak pergi jauh jauh sikit, sementelahan bukan selalu berjumpa.  Nak suap suap. Tapi memandangkan jam sudah pukul 6, ditambah pula dengan jalan yang sangat sesak maka kami memilih untuk berbuka di tempat yang dekat sahaja. Nasib baik ada tempat kosong terus saja duduk order hewhew. Niat nak booked, siap cakap dekat waitress nak keluar. Lepas tu konon konon nak pergi Festival Mall tu, tapi bila tengok jalan raya terus masuk balik. Malu je dekat waitress tu.



Boringnya. Bila nak masuk waktu berbuka ni.


Asal jumpa je muka masing masing pandang handphone masing masing kenapa kenapa?


Konon konon nak berbuka ala ala buffet segala tapiiii akhirnya berbuka di Kenny Rogers. Tak feeling berbuka pun. Tsskk


'Sayang, kita ingat nak merajuk lama lama tapi Ahad dah nak raya. Bila lagi kan nak berbuka macam gini. Tahun depan dah kahwin hehe.'

'Boleh pulak nak merajuk lama lama.' Ketawa.

'Biarlah padan muka dia. Dah janji dengan kita tapi cancel.'

'Eh tahun depan kita dah kahwin kan. Nanti nak masak sedap sedap biar awak gemuk. Haaa tengok tu tulang kat rahang tu nampak.'

'Biarlah. Baru macam Van Damme.'

Perasannnnnnnnnnnnnn.

Salam Aidilfitri dari aku, Cik Jimah dan tunang, Kapten Adli :)
Eh dah raya ke berapa ni baru nak wish haha. Nanti lah nak cerita pasal Aidilfitri tahun ni.




13 comments:

  1. sejak jadi kapten kurus betul si adli nih..hehe
    tak sabar nak g kenduri korg ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa betul kan dia dah kurus tapi tak nak mengaku eeee geram.
      Eh eh nanti dtg wedding kitorang eh yeay :)

      Delete
    2. insyaAllah datang ;)
      hehe..
      batch ktorg ni rajen g knduri kawn2..hehe :p

      Delete
    3. Ha ah memang nampak korang unite betul kan?
      Tapi tapiii Adli yang selalu tak dapat join *sigh*

      Delete
  2. Replies
    1. Ha ah aku ni sensitif menjak dua menjak ni haha. Entah apa apa je.

      Delete
    2. tu namanya sindrom bride to be.

      Delete
  3. hehehe.comeL jek.
    tp nkLw ngn bf/tunang mmg kuat sentap kan..kdg2 mende kecik pon nak kecik ati.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal. Nak nak masa tengah time macam ni lagi la sentap hehehe.
      Mengada jek :p

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.