Followers

November 30, 2012

Begini Caranya

Pagi-pagi buka blog, terus ke list blogger kesayangan :) Demi Allah, terkejut baca entry ni. Drama sikit aku ni, terus sejuk tangan manakala tekak sakit lantaran aku pernah rasa dulu apa yang dia rasa walaupun aku hanya putus cinta.

Cerita dia ada lah sikit persamaan dengan aku, cuma yang bestnya sehari lepas mantan putuskan aku dengan alasan sakit (sakit ke?), boleh terkantoi berjalan berpimpin tangan dengan seorang wanita yang kini dah jadi isterinya yang sah. Allah sahaja tahu betapa kerasnya usaha aku untuk memulihkan semangat dan perlahan lahan melenyapkan segala kenangan saat aku dilempar seperti sampah. Wah ayat begitu melankolik.

Masa dia decide nak putus, aku tertanya kenapa dia tinggalkan aku. Kalau sakit tak apa, aku boleh jaga. Tapi kejap saja Allah nak bagi jawapan kat aku. So dear, berdoalah. Satu hari Allah akan tunjuk kamu. Kamu kan golongan teraniaya.

Ini yang aku boleh share berdasarkan pengalaman aku sebagai wanita yang bodoh dua tahun lalu akibat dimalukan dihadapan seorang wanita tak cantik oleh seorang lelaki dayus.

1. Fikir keluarga.
    Ini adalah benda pertama yang aku buat. First thing aku call mak si mantan sebab dia ni sibuk mengulit dengan kekasih baru sampai lupa keluarga. Balik sahaja rumah sewa, aku call mak aku suruh datang esoknya. Nak mak aku juga tak nak orang lain. Tapi oleh kerana abah ada di Melaka, maka Lea dan Begum telah membawa aku ke sana dan tidur rumah sepupu rumah aku di Sungai Udang. Dan sekarang bakal suami kerja kat situ. Coincidence kan? :')

2. Jangan biar orang down kan kau.
    Dalam pada orang yang simpati dengan kau, akan ada orang yang macam, 'Alah, putus cinta je pun bukan apa.' Aku pernah masa tu pergi kuliah, ada lah seorang makhluk wanita ni tiba tiba jerit kat aku, 'Eh Ziema kau pakai cantik-cantik ni nak tunjuk kat siapa?'. Sentap terus aku, padahal aku berpakaian biasa-biasa sahaja. Eleh kau jealous la tu aku cantik, sebab boyfriend kau selalu usha aku kan? Biarlah apa orang nak kata, asalkan kau bahagia. Hidup perlu diteruskan.

3. Aktiviti bersama rakan rakan.
    Please korang please. Kalau ada rakan sekeliling silalah spend masa dengan mereka. Masa ni lah kita nak tahu mana satu kawan sebenar kita. Kalau kawan ajak keluar, kau ikut jangan nak mengada duduk seorang diri nanti gila. Betul ni, sebab aku pernah macam tu. Kan aku ni drama.

4. Cuba buka hati.
    Jangan hukum diri kita atas salah orang lain. Walaupun hati kita macam tertutup dan fobia, cuba bagi peluang. Aku dulu macam tu juga, tapi tak semua lelaki macam mantan kau, malahan lebih baik. Cuma lepas tu silalah berhati hati. Jangan bagi hati penuh sangat, takut nanti merana diri. Gituuu

5. Berusaha dan berdoa
    Kalau kau rasa macam masih nak dia juga, tak salah berusaha. Macam dia ni aku respect gila. Semangat kuat. Alhamdulillah, bahagia sekarang. Aku dulu macam tu juga, SMS kat dia merayu. Lepas tu solat istikharah segala, tapi bila aku tak nampak jalan tu aku berhenti. Buat apa terhegeh hegeh kalau orang tak nak kat kita. Terus aku berkenalan dengan Adli, bakal suamiku. Auww

6. Cari benda bagi semangat.
    Semangat aku masa tu mak abah dan kak Lea dan Wa. Asal aku macam nak menangis je aku telefon mak. Abah aku tak sangat, segan la kang tiba tiba nangis dia marah aku. Abah aku ni hipokrit sikit, padahal dia pun sedih. Bukti, masa raya dia feeling feeling menangis lebih. Eh melalut pula. Lea dan Wa banyak teman aku tak nak bagi aku sedih. Lagi satu, lagu kegemaran aku iaitu Big Girl's Dont Cry. Lagu tu macam bagi semangat gitu kat aku. Puas gila kalau nyanyi lagu ni, terus tak sedih. Dan tidak lupa zikir. Tolonglah jangan lupa. Tu pesan mak aku. Setan ni kan setan, suka nak kacau.

Eh apa lagi eh? Itu saja kot.
Trust me dear. Allah itu baik. Diberinya kita ujian pahit untuk kita hadapi takdir yang manis. Cukup manis. Insya Allah.



Hasil malam tadi. DIY props katanya. Hope menjadi :)


P/S : Eh aku tak faham la kenapa keluar isu di FB cara menaip perkataan Insya Allah salah. Kena taip In Shaa Allah pula. Pada aku tak ada isu as long as kau sebut dengan betul. Orang Melayu ni complicated sangat. Dah, pergi belajar tajwid.







9 comments:

  1. ziema betul lah..masa dulu putus cinta pun alasan tak logik...sekarang pun ex bf dah nak kawin dengan perempuan 2...alik2 dia marahkan kita pulak kenapa tak pertahankan..but sekarang saya dapat tunang yang lebih better dari dia

    ReplyDelete
  2. haah betul...sensitif sgt org melayu kite ni...cepat melatah dgn isu2 yg dorg sndiri tak pasti kepastiannya..yang penting cara sebutan kite betul dah lah kan...hehe

    ReplyDelete
  3. btul2...setuju skali....wow....props cntiklah...xsbar nk bergmbar ngan props ziema..hehehhe

    ReplyDelete
  4. za follow gak blog dia. hope dia tabah. orang tabah je dapat ujian hebat. :)

    ReplyDelete
  5. ziema, abg pun sibuk tulis psl in shaa Allah tue. bila dia bls mesej. kuikuikui.. kutuk abg ! :P

    ReplyDelete
  6. Allah has to take away something you love in order to give you something better. Ni mmg I cakap dari experience.. and mmg betul pun Mashallah. :)

    p/s: i sgt2 setuju abt the "Inshallah" issue. melayu ni suka complicate-kan bende2 simple.

    ReplyDelete
  7. dah baca juga pasal tu. kesian sangat dia. sedih sangat baca. tapi baca entry ziema terus rasa bersemaangat. eh kita pulak yg semangat ahaha.

    kad dah dapat. tqqqq!

    ReplyDelete
  8. yer ziema.. mmg slps ujian yg pahit..
    tuhan kurniakn yg lbh manis dr itu...hhiihi
    adat mule2 putus, mmg sakit.. biarla ms yg pulihkan segalanya..
    sbb tu jgn pndang remeh pd masa..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.