Followers

January 15, 2013

Terpaksa

Semalam tengok new feeds kat Facebook. Ternampak gambar studio konvokesyen sepupu comel, Fatin Shamimi bersama ibu bapa beliau (Abah dia adik abah aku). Ahh, teringat zaman aku konvokesyen dulu. Aku dulu konvo dua kali, diploma dan degree. Tu pun aku rasa lucky sangat aku dapat sambung diploma lantaran hampir putus asa kenapa lah tak dapat panggilan dari mana mana institusi waima politeknik pun. Masa tu rasa macam akulah anak paling tak berguna, hampir saja aku memutuskan untuk memohon menjadi cashier di pasaraya berhampiran tsk tssk. Ok tipu.

Masa tengok gambar sepupu ni pun aku rasa macam touching. Entah apa apa je rasa. Keluarga abah aku bukanlah datang dari keluarga yang bijak pandai, jauh sekali banyak harta. Yes, dulu mungkin kot. Arwah atuk aku boleh lah dikira berharta dikalangan orang kampung, akan tetapi oleh kerana ramai yang meminjam duit tanpa membayarnya, maka beliau semakin kurang duitnya dan akhirnya menjadi susah. Mujur arwah opah pandai buat kuih. Dan sampai atuk aku meninggal pun masih ada yang tidak membayar hutang itu. Biarlah, itu urusan mereka dengan Allah.

Kalau ikut dalam keluarga abah aku, rasanya aku kot orang pertama yang dapat masuk universiti. Eh, bukan berlagak jauh sekali riak, tapi alhamdulillah, lepas saja aku dah habis diploma, ramai sepupu mahupun anak sepupu yang ikut jejak langkah aku. Terasa bangga, bila aku tengok muka pakcik makcik aku tersenyum bila hari konvokesyen. Siapa tak bangga, bila anak dapat naikkan rasa syukur kau :')

Jujur aku cakap, aku bukanlah pandai. Mungkinlah masa sekolah rendah dulu setiap tahun naik pentas ambil hadiah. Bila sekolah menengah, semakin menurun prestasi aku. Tulah kau, orang sibuk belajar kau sibuk bersukan padan muka. Lepas tu mohon sekolah teknik, konon konon nak jauhkan diri dari bekas kekasih eeee geli je rasa ada kekasih masa sekolah tehee.




Habis diploma, aku rasa macam nak berhenti setakat tu. Rasa malas pula, sebab aku peminjam PTPTN jadi kalau aku sambung degree bertambah lah hutang aku kan hewhew. Lepas tu aku rasa macam nak kerja dan memasang angan angan mahu bekerja sambil belajar. Berangan betul.

Tapi, kerana desakan dan paksaan ibu bapa, maka aku sambunglah degree. Yes, aku tepaksa sangat. Pergi kelas pun demi memenuhkan kedatangan sebab kalau tak penuh, kau tak boleh ambil exam LOL. Asal exam je, aku dah gila sebab course aku ni banyak menghafal. Banyak gila, sampai aku pernah termuntah gara-gara overload. Eceh iyelah tu kau.




Tapi alhamdulillah, terpaksa terpaksa pun aku berjaya habiskan degree aku on time, walaupun failed satu paper, nasib baik masa repeat tu lepas fuhh. Gila kau, ada senior aku dua kali repeat pun tak lepas. Kalau aku dah bunuh diri kot. Psiko weh paper tu. -_-'

Same goes dengan suami. Aku pernah tanya, 'Yang, awak masuk askar ni sebab minat eh?'

'Taklah, abah yang suruh.'
'Dah tu, memang tak minat la eh?' Suami geleng.

Aku tahu suami terpaksa. Tapi mungkin terpaksa dia, dengan diiringi rasa taat pada abah, sampai harini suami berjaya. Berjaya yang pada aku, dalam kerjaya dia. Bak kata suami, 'Kalau saya tak masuk askar ni, entah kerja apa saya dapat sekarang. Entah entah sayang pun tak nak kat saya.' Sempat lagi suami berseloroh.

Dalam dunia ni, jarang orang buat benda dengan rela. Samada terpaksa demi memenuhi keinginan sendiri, ataupun demi orang yang dia sayang.

Dan sekarang ni, aku sangat percaya. Benda, kalau kita lakukan dengan terpaksa pun, tapi dengan niat nak gembirakan hati orang sekeliling kita terutamanya kedua ibu bapa kita, InsyaAllah, Allah itu pasti bantu.






12 comments:

  1. Sya laen sket.everything parents biar Sya decide sndr. mak slalu kate mak xpandai haL2 uni, so dorg biar Sya decide

    sedih LAk bc entry nih.rindu kt fmLy (pdhL dok 1 umah skang nih.sbb dpt keje dkt ngn umah. hohoho)
    nk bLk Lunch kt umah La! hoho

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah kan..kerana terpkasa tu lah ziema makin berjaya....kadang2 xle ikut ape kita nk..kn juga ikut yg mak ayah nk kan.. :)

    ReplyDelete
  3. betul kalau kita buat demi kedua ibu bapa kita untuk mengembirakan dia Allah mesti permudahkan :) ziema dulu uitm shah alam jugak ye? amik course ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Absolutely khadijah :)
      Ha ah uitm shah alam. kita ambil course corporate administration :)

      Delete
  4. erkk aku keje ni pon sebab suami aku paksa apply.. haaa.. aku nak jadik surirumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same goes dengan aku.
      Tapiii suami suruh kerja juga lantaran ekonomi negara yang tak stabil tambahan pula kalau ada baby oh myyyyyy :(

      Delete
  5. ziema..aku pun sama..aku terpaksa amek form 6..kalo x da masuk Atma kot..tapi if aku xmasuk form 6, xjumpa la ngan tunang aku ni..everything walau terpaksa mesti ada hikmah disebaliknya..now bersyukur sgt2 aku amek form 6 then continue amek degree, atleast xbnyk hutang PTPTN berbanding org amek dr diploma ^_^
    ~Sry Haryane~

    ReplyDelete
  6. Jd nurse bukan rela.nngis dlu bila dpt offer nurse sbb sayang nk tinggalkan f6..abah suruh masuk je nurse sbb aku cm main2 je f6.hardcore sgt ms zman study.yela,kite bkn otak sains..nah amik,masuk nursing kne belajar sains explore bdn manusia bagai.hampir aply masuk hospital tampoi la gak..hahaha now i realize,byk sungguh nikmat tsirat&tersurat bl dah tersarung bj putih ni..

    Yup,dlu terpaksa.tp btol kaye encik adli "if x,ntah jd ape la aku skang"
    -terpaksa yg membahagiakn -

    ReplyDelete
  7. cik fadh dulu dpt tawaran degree sme dgn dpt twrn keje skarang..parents suh keje dulu sbb gomen kan, bkn senang nk dpt..sedih xpt smbg degree ekcelli tp nk tolong parents n gembirakn ht mereka, sy kerja..n alhamdulillah sy rase skang bnyak sgt hikmahnyer sy bekerja..da bole kawen sbb ade duit sndiri..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes dear. Itulah hikmah bila kita dengar cakap parents kan :)

      Delete
  8. alhamdulillah :D
    yang penting kita sentiasa bersyukur kan ;D

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.