Followers

February 19, 2013

Lapik Mulut

Semalam, masa emak tengah potong kain nak buat baju, aku mengadap beliau. Macam gitulah aku, kalau aku bosan tahap yang macam mati akal, dah tak tahu nak buat apa aku cari emak. 'Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku..', tiba tiba lagu itu berkumandang.

Aku semenjak dah ada keluarga lagi satu ni suka nak bercerita hal masak masak. Aku rasa macam teruja bila tengok cara orang masak yang berbeza.

'Kat Jengka kan mak, akak goreng jemput-jemput masukkan tepung tu pakai tangan. Lepas tu jadi kecik je jemput-jemput akak tu,' aku cakap bila tengah mengunyah jemput-jemput yang jadi sarapan pagi tu. Oh lupa, rumah aku buat jemput-jemput pakai sudu.

'Kenapa tak pakai sudu je? Kan senang,' kata emak.

'Entah, dah akak dia pakai tangan, akak ikut jelah pakai tangan,' gelak sambil teringat.

Aku kan, entahlah.
Semenjak sudah kerja, lepas tu kahwin, hati, mulut dan perangai aku macam ada remote control. Aku cuba ikut rentak orang keliling aku, walaupun aku ni dulu macam teguh prinsip. Konon lah.

Tanyalah sesiapa yang dekat dengan aku, betapa celakanya mulut aku zaman dahulu kala. Melawan satu, menjawab satu. Tapi lagi celaka bila aku dapat memerli balik tahap pedas melampau. Aku rasa puas sangat.

Tapi sekarang, aku perasan, sebelum aku nak buat benda celaka tu aku kena fikir banyak kesan. Walaupun hati terguris terhiris, telan juga demi orang lain punya martabat. Bila aku mengomel dekat suami, ayat cliche beliau ialah,
'Sayang diam je tau, jangan balas apa-apa'. Senyum je, sambil pujuk aku. Gitulah dia suami aku. Tenang orangnya. Dimaki, dikutuk diam saja. Tahu tahu je, masa UPSR dapat 5A, padahal dulu dalam kelas dapat nombor last-last.

Bila aku cakap kat emak, 'Haih, tak baik cakap macam tu lah. Kang kena baru tahu'.

Haa macam gitulah pendapat orang orang baik keliling aku.
Baik kan mereka? Aku sahaja yang bermulut celupar. Sekarang ni aku banyak celupar dalam hati. Celupar yang pendam pendam, dengan harapan semoga hati aku ni kering, walaupun aku perasan hati aku ni sekarang dah makin jadi lembap basah. Entahlah, suami jauh kot hewhew tak kelakar langsung mengada betul macamkan suami pergi menyertai perang Soviet pula.

Oh ya. Hari ini genap 2 bulan, 1 minggu, 5 hari aku jadi isteri Adli.
Aku bahagia.

Tak payahlah asyik nak tanya perut aku dah berisi ke belum. Annoying gila. Kang nanti takut takut celupar aku datang balik.







7 comments:

  1. semoga sy juga akan menjadi seperti jimah slps kahwin nnt kerana sy sesungguhnya skrg memangggggggg terlalu berbisaaaaaaa mulutnya.

    *hati meronta2 nk jdk sabar tp mgkn selepas kahwin lah kot.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA cik Siti cubalah berlatih walaupun amat berat, tapi demi hati ramai orang :)

      Delete
  2. aku hanya mampu ketawa terbahak-bahak.. dalam hati.. ceh!

    ReplyDelete
  3. sma la.org pon dh kwin semua jga.tgkhlaku jga, mulut pon jga. sbb kit bawak nama suami sekali.nnti kalo kita ter-over dh tntu nma suami up skali.bila dh ada anak ni berganda2 la kna jga sgalanya..
    kalau ape2 yg org nk lpas pon kt husband.die merupakan pendegar n pnasihat yg tbaik.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat Eja. Anak anak pun kena fikir juga kan, tu lagilah kena jaga.
      But yeah, suami lah pendengar paling baik utk kita.

      Delete
  4. kadang2 nk jgk bermulut bisa ni, asyik sakit hati dgr org ckp ikut mulut dia je..kadang2 best gak fire org kan..huhu..tp sejak dh kawen ni mcm boleh bwk bersabar sikit banding dulu..mmg lps kawen mcm tu eh? hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best, lagi kalau tengok muka sentap dia depan kita heh.
      Yes, admit with u Saila. Lepas kahwin ni macam behave sikit. Power of husband's pray kot ;)

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.