Followers

April 24, 2013

Kad Nikah KL

Assalamualaikum.

Semalam alhamdulillah, dapatlah aku cuti dengan tiba tiba gara gara suami aku. Oh lupa, suami aku cuti sampai minggu depan HAHAHA best best, lalu kami memutuskan untuk ke JAWI settlekan hal kad nikah. Seperti yang aku cerita tentang prosedur permohonan kahwin dulu, prosedur mohon kad nikah di Kuala Lumpur adalah sangat senang dan cepat ciss kalau tahu macam gini tak adalah aku cuti tiba tiba hewhew.

Sampai sana dalam pukul 12 tengahari sebab aku lambat siap kerana memilih memakai tudung bawal yang kejap senget, kejap lembik eh salahkan tudung pula. Masalah utama di situ adalah parking. Pelik aku, kenapa tak ada parking untuk pelawat, padahal aku rasa setiap hari mestilah ada pelawat kan? Maka, kami memilih dengan yakinnya untuk meletak kereta di tepi jalan sahaja.
Terus ambil nombor dan isi borang risau juga kalau kaunter tutup ke apa ke sebab hampir waktu rehat mereka. Kelihatan beberapa pasangan duduk menunggu giliran, dan aku tengok kakitangan di situ pun ramah dan tenang.



Benda remeh tulis tulis ni selalu bagi kat aku, sampai tahun nikah pun boleh tertulis 2013. Kejadah apa nikah hujung tahun ni tapi nak minta kad nikah dah?
Nasib tak kena marah seperti yang kerap berlaku di kaunter kaunter khidmat pelanggan. Mungkin abang kaunter itu faham keterujaan aku dan suami untuk memohon kad nikah.



Demm bulatnya muka.

Haa nampak tak suami yang cuti tetapi pakai uniform?
Ini semua gara gara konon nak mengelakkan diri dari memakai songkok semasa sesi bergambar, akan tetapi ada saja aku tengok yang tak pakai songkok siap rambut terpacak kolar tak lipat lagi ambil gambar.

Bak kata suami,
'Takpe konon konon tengah kerja la ni, tak pun bergegas baru balik Lahad Datu'
Iyalah bang, iyalah. -_-'


Alhamdulillah, prosesnya tak sampai setengah jam pun, beria aku fikir tentang kebarangkalian cuti lagi semata mata nak ambil kad nikah, rupa rupanya jam tu juga siap. Bila upload kat Instagram, ada yang mengaku anak dah keluar pun tak buat lagi HAHA kelakar je korang ni. Dan ya, kad nikah ni bergantung kepada negeri masing masing, jadi jangan pelik kalau kad dah mohon tiga bulan lepas tak dapat lagi. 

Anyway thanks JAWI :)




Thanks juga sebab kami dapat ni pfftt -_-'


Sukanyaaaaaaa. Suka sangat.






April 18, 2013

Hipotesis Keturunan

Dalam hidup aku, selain daripada membandingkan, aku suka kaitkan kejadian kejadian dari aku kecil sampai ke besar dengan keturunan. Hipotesis aku, apa sahaja skill ataupun kebolehan yang aku ada adalah berkait dengan keturunan.

Macam,
Aku dulu aktif bersukan, Haha aktif lah sangat setakat wakil bola tampar, lepas tu masuk olahraga tu pun wakil sekolah hohohoi. Okay lah tu, daripada menjadi tukang bancuh air di kala kejohanan olahraga berlangsung di padang sekolah kan. Lalu emak pun membuka cerita bahawa beliau merupakan seorang olahragawati kebanggaan sekolah ataupun lebih manis lagi disebut sebagai jaguh kampung dan merupakan pelari pecut wanita tersohor di sekolah beliau. Itu emak la, aku lari lari ni tak suka, kalau lompat suka sebab tu aku memilih untuk bermain bola tampar supaya aku boleh melompat. Eh ada kaitan ke?

Kemudian, dalam aktiviti seni kulinari ni. Sebenarnya aku benci subjek Pendidikan Seni, asalkan ada je subjek tu, aku lemah lagi lagi cikgu berpesan, 'Murid murid, besok bawa berus, watercolour dan kertas lukisan ye.' Kalau masa peperiksaan, lagi setengah jam nak habis baru aku dapat idea nak lukis apa. Sampai ke satu hari, ada pertandingan lukis potret tokoh merdeka. Semua wajib lukis di rumah, kemudian hantar kepada cikgu. Mengigil aku tanya emak, lalu emak pun mengajar aku cara cara amatur melukis. Lalu beliau pun buka cerita, 'Emak dulu kalau ada je Seni ni, mak suka sangat. Dah habis lukis, cikgu ambil  lukisan mak buat pameran.' Oh ya, pasal lukisan potret aku tu, wow jadilah aku lukis tak sangka tau. Minggu depannya aku terpilih untuk lukis lagi sekali, kali ini kena lukis depan cikgu lagilah menggigil pffft, kemudian wow menang nombor satu HAHA tak sangka.

Banyak lagi yang aku rasa aku inherited dari emak aku, macam seni seni orang perempuan ; memasak, jahit manik, gubah gubah etc etc. Aku punya mind set, apa saja yang ada dalam diri aku adalah cermin emak dan abah aku.

Begitu juga dengan kemahiran memandu. Emak aku adalah perempuan yang menggigil kalau pegang stereng kereta di kala memandu, apatah lagi kalau melalui selekoh merbahaya, lampu isyarat dan sebagainya.

Jujur aku cakap, sebabkan emak macam tu, aku terus set kat kepala aku yang aku mungkin macam tu. Penakut bawa kereta, tambahan pula rumah aku ni ramai sangat golongan jejaka gagah perkosa perkasa yang boleh disuruh untuk memandu, sementelahan aku dibiarkan terkontang kanting eleh alasan padahal penakut lepas tu malas.

Ditambah pula dengan abah yang merangkap seperti kakitangan JPJ yang duduk sebelah pemandu lesen L, aku terus give up nak memandu. Masa mula mula pergi kerja dulu pun berhantar, rasa malu je dekat orang ofis rasa macam abah hantar anak pergi sekolah. Rasa useless pun ada kadang kadang sobbs.

But then, yeeha theres come my hero iaitu Adli yang meyakinkan aku bahawa aku boleh drive dan terus menyuruh aku memandu sambil diperhatikan beliau. Walaupun pernah berlaku kejadian aku mengundur dan tercium sikit mulut kereta orang gara gara dah lambat pergi kerja aku pula clumsy dan suami pula di sebelah masa tu, suami tak marah pun terus aku rasa bersalah. A ai love you like a love song Adli. -_-"

Dan, sebenarnya ehemm nak bagitahu.

Sebenarnya sepanjang aku ada lesen ni, aku tak pernah parking ikut bontot kereta. Eh bontot kenapa kedengaran seperti 18sx ni? Aku tak ada confident level yang tinggi, rasa macam nanti aku akan blur lepas tu nanti aku stress. Boleh?
Tapi oleh kerana masa tu, buat pertama kalinya aku terpaksa pergi ke parking hujung, lalu terlajak yang aku tak boleh nak berpusing U-Turn, dan aku terpaksa juga parking mengundur dan.. itu dia aku berjaya! Bangga sekejap. Hewhew

Malam tu chat dengan suami, terus bercerita hal parking parking ni. Rasa macam sejarah LOL.





Dan hipotesis aku pasal keturunan pun berubah dan lenyap. Dah tak boleh pakai la hipotesis keturunan ni.

Melainkan hipotesis banyak mulut cakap tak berhenti diwarisi dari emak aku.
Itu memang boleh pakai.






April 12, 2013

Of Second Chance

Aku selalu rasa aku yang aku ni dirahmati Tuhan, sebab diberi peluang rasai peluang kedua. Peluang kedua yang aku maksudkan ialah bila aku tak dapat benda tu, yang aku rasa macam dah putus asa sambil menyerahkan takdir ke atas kepala aku, tiba tiba datang. Itu kalau datang tiba tiba tu kan, terus insaf sambil rasa Oh Tuhan thank you. Masa tu jelah rasa insaf, kalau masa lain harommm.

Ambil contoh masa aku masuk audition kawad kaki kadet bomba. Eh suka hati akulah nak masuk kadet bomba pun, kau tu masuk puteri islam tak ada pun aku bising. Eh emosi pula.
Masa tu aku Form 4, dia nak pakai dua orang sahaja nak cukupkan korum. Aku punya semangat tu (sebab cikgu cakap kalau dapat peringkat kebangsaan boleh pergi Langkawi), aku boleh berlatih dengan lagi sorang kawan aku dalam dorm hentak hentak kaki.
Batak kan, tentu budak lain benci dengan aku haha padan. Mula mula tu tak dapat frust weh aku, penat je berlatih. Sekali esoknya cikgu kata, 'Okay kita buat lagi sekali", terus aku buat dengan semangat. Sekali dapat hoi haha bangga tau dapat pergi Langkawi. Kau ada pergi Langkawi sebab nak kawad? Tak ada kan HAHAHA.

Lepas tu yang aku rasa peluang kedua paling tragis bila aku sangkut satu paper masa final semester. Paper tu susah lah (alasan), lepas tu kan aku tengah dilamun cinta (alasan lagi), maka aku rasalah sebab tu paper aku sangkut. Nasib baik peluang kedua ada, maka dengan itu aku gigih menelaah pelajaran dan ehemm.. buat solat hajat. Gila kau kalau tak lepas paper ni tak boleh grad okay, kena tunggu lagi satu semester ambil semula paper tu. Dan alhamdulillah, peluang kedua ni aku lepas. Fuhh lega. Terus terbayang mamak bawah rumah perli aku duduk rumah tu balik padahal masa last paper siap ucapkan selamat tinggal tak guna punya mamak. Eh tomyam dia sedap tau.

Sebenarnya banyak lagi peluang kedua dalam hidup aku, macam kantoi fly pergi bandar dengan ketua warden siap ugut nak panggil parents, tapi hehe tak panggil pun lalala. Warden aku tu, Cikgu Jamil kitorang panggil putat sebab ada taik lalat besar di pipinya eh kena ke cerita kat sini? Nasib baik beliau bagi warning sahaja, dahlah aku Exco Disiplin malu woi kalau kantoi dengan cikgu lain. Kemudian, dapat sambung belajar selepas kecewa surat panggilan pertama tak sampai, kemudian panggilan kedua nama aku ada Ya Allah amiiin.

Tapi..

Aku rasalah kan. Ini pendapat aku.

Kalau sentuh bab bagi peluang kedua kepada orang yang pernah satu masa dulu buat onar dalam hidup kita, ataupun lebih spesifiknya mantan, aku rasa macam tolonglah baik tak payah. Aku tak ada sebab, tapi aku rasalah, kemungkinan untuk dia buat balik benda tu kat kau akan ada semula. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku, jangan pula cakap 'Eh tak baiklah, mungkin orang tu dah berubah dan bertaubat'. Terpulanglah, ini aku cakap atas apa yang aku pernah kena.

Tapi..

Eh ada tapi lagi.

Macam kalau kau diberi peluang kedua untuk menebus kembali kesalahan kau pada masa lalu, YES aku rasa memang patut.

Macam aku, instead of meletakkan kesalahan di bahu mantan, aku pun rasa aku juga bersalah sikit. Sebab aku ni keras kepala, degil, panas baran.

Thank Allah, after I met my husband, I learn on how to to be as patient as what I am now. Like seriously, aku rasa aku berubah mungkin faktor suami aku ni jenis lantak kau lah nak merajuk pergi merajuk dah elok kang cari aku haa gitu. Kecuali yang membebel cakap sorang sorang lepas tu suami tak bagi respond haha. Haa yang tu aku tak boleh ubah. Kesian aku kan?

Dah lah tu je nak cakap. Aku ni sebenarnya mengantuk disertai dengan hujan dan juga persekitaran yang sejuk.

Oh ya, suami dapat balik minggu ni.
Minta minta malam ni hujan lebat bolehlah peluk peluk. Eh.








April 11, 2013

Kalau Bosan





Masak




Jahit manik baju ehem... baju customer. Customer mak aku lah.




Tengok gambar pre hornymoon. Eh salah honeymoon.




April 8, 2013

Benda benda Yang Buat Aku Rasa, EH?

1. Bedah menceritakan perihal masalahnya kepada aku. Aku fine saja, orang bercerita aku dengar. Nak aku bagi pendapat, okaylah aku bagi sikit pendapat. Tiba tiba,
'Ala Ziema, kau tak apalah laki kerja gomen, duduk dengan parents bla..bla..bla.. Aku ni tak macam kau'. Eh?

2. Tijah bertanya aku, mengenai permasalahan yang dia hadapi. Bersemangat aku jawab, konon nak sedapkan hati dia. 'Tapi Ziema, benda tu bukan macam tu. Dia macam ni,' sambil beria menegakkan pendapat sendiri. Eh?

3. Melah tanya, yang aku tak berminat pun tapi sebab TERPAKSA maka aku pun jawab. Kemudian, dia dengan lantas, 'Yeke? Tapi.... aku rasalah kan..' Eh?

4. Aku bawa balik produk makanan kesihatan, ada orang bagi. Member ni tegur, aku pun bagitahu la apa benda aku bawa ni. 'Eh, orang cakap benda ni bukan ada khasiat apa sangat pun,' sambil provoke aku beli produk yang dia jual. Eh?

5. Aku sedang fokus mengadap PC. Lebih tepat lagi, membuat kerja yang memerlukan kepala otak aku generate idea ataupun solusi. Ataupun, membaca blog ataupun website yang memerlukan aku fokus membaca. Tapi.. member sebelah ni tak putus asa bercerita perihal suami, anak, emak, jiran dengan aku, sambil beria tunjuk gambar walaupun aku kadang kadang cuba untuk membuktikan bahawa aku tak berminat dengan berpura pura tuding jari ke muka monitor dengan harapan beliau faham tapi.. tak faham. Eh?

6. A yang ada konflik dengan B, tetapi oleh kerana A merasakan aku di pihak B, lalu beliau terus sahaja menjadikan aku sebagai bahan untuk mengungkit dan merempan. Senang cerita, aku pun terbabit sekali dalam konflik kanak kanak 6 tahun itu, walhal aku sikit pun tak rasa patut libatkan diri. Eh?

7. Aku update status pasal berita semasa. Tiba tiba ada yang komen pasal politik, yang terang terang dikutuknya parti yang dia tak suka. Eh?

8. 'Ziema jom la keluar karok lepas habis kerja ni.' 
    'Eh tak apalah, malas aku nak balik rumah lah.'
    'Apalah kau ni, sombong.'
    Note : Aku dah kahwin. Mamat ni bini dia baru lepas bersalin, tengah berpantang kat kampung.

9. Orang ni adalah pengalaman buat benda. Bila aku buat benda yang sama, TAPI dengan cara aku sendiri, menegur tiba tiba macam dialah paling bagus. Bagus sangat la tu kot.

10. Eh suka hati akulah.

Sebab tulah.

Sebab tu kenapa aku sekarang bercakap bila perlu. Aku letih lah menahan kerenah orang sekarang. Lagi satu letih nak melayan perangai orang ni.

Elok elok diam aku berpahala, terus bertimpa timpa dosa menahan amarah aku.

Puiiiii.

Oh ya. Kenapa entah instagram aku ni bencilah.



Dah tu je nak cakap. Puas hati aku. Bai.






April 4, 2013

Cerita Tentang Perempuan PJJ

Last week, suami balik. Sebenarnya taklah jangka beliau balik, sebab Jumaat petang tu memang tahu beliau keluar dari hutan. Aku pun tak tunggu pun beliau mesej ke apa, sebab tahu orang tu penat tapi jenguk jenguk juga handphone tu mana lah tahu kan tehee. Malam tu dalam pukul 8 lebih macam tu, eh beliau call. Terus cakap dapat balik weekend. Tapi yang dapat balik ni golongan suami sahaja sebab ehemm, melunaskan tanggungjawab suami HAHA ok tak kelakar.

Perasaan aku?
Ceh, mestilah girang gumbira dahlah seminggu tak dapat contact, sekali contact terus dapat jumpa. Terus memilih night dress mana yang nak dipakai untuk dipersembahkan kepada suami

Sedar tak sedar, sudah 118 hari aku jadi isteri. Tapi tulah, rasa penuh sebagai isteri tu belum ada lagi sebab jauh kan, jumpa pun dua tiga minggu sekali. Aku rasa, Sabtu sahajalah yang betul betul kami spend time sama sama. Jumaat awal pagi baru sampai. Ahad pula, kena sampai sana sebelum pukul enam petang. Tu yang asal beliau balik saja, aku rasa JARANG sangat kami keluar. Lagi seronok duduk dalam bilik rumah, sebab aku rasa masa tu lagi berkualiti dihabiskan berbanding keluar jalan jalan. Entah tu cara kami kot, tak tahulah pasangan lain.

Aku dah jumpa ramai kawan kawan aku yang tengah melalui PJJ ni. Yang baru macam aku ada, yang dah setahun ada. Memang betul, tak senang nak harung benda macam ni seorang diri aku pernah baca ada seorang isteri dan ibu ni tujuh tahun duduk jauh dengan suami macam mana dia handle sorang sorang tu tsskk.

Baru baru ni, ada seorang kawan aku yang meluahkan pada aku, betapa dia macam rasa tak best lepas kahwin disebabkan dia dan suami jauh. Terus persepsi dia tentang yang indah lepas kahwin berubah gara gara PJJ ni. 

Betul sangat, aku pun mengaku juga ada rasa macam tu. Dia bukanlah menyesal, gila kau nak menyesal berdosa tau, tapi rasa macam apakah motif kahwin kalau hidup seakan bujang. Tengok suami isteri berdating dating di hujung minggu cemburu. Tengok suami isteri bersama masuk bilik, sentap. Tengok isteri orang masakkan untuk suami, sedih. Dengar mak aku bebel pun sentap tau pffft. Itu akulah, tak tahu orang lain macam mana. Macam kawan aku ni lagi kesian, dahlah seorang diri, saudara mara pula tak ada sobbs kesian sangat. Ni pun baru jumpa suami, selepas beberapa bulan kahwin.

Aku nak nasihat orang tak reti sangat. Sebab situasi aku jauh beza dengan dia. Aku rasa aku lagi beruntung sebab duduk dengan keluarga, suami pun masih di semenanjung. 

  1. Bersangka baik. Walaupun tiba tiba kau terlintas adakah mungkin perempuan bimbo sedang menggoda suami kau, cepat cepat istighfar Astaghfirullah. Cuba fikir yang indah indah. Ingat ye, syaitan ni menangis bila umat Muhammad bernikah. Untuk itu syaitan ni akan coba nak membisik bukan bukan pasal pasangan kita. Setan betul kan? Puiii
  2. Buat buat sibuk. Macam aku ni, tak boleh sorang sorang nanti aku merempan rindu kat laki hewhew. Makanya, aku akan cuba buat kerja lain. Lately aktiviti aku adalah masak-makan. Lepas tu sekarang ada la orang tempah buat beading, jadi aku akan leka sikit buat benda ni sedar sedar eh, okay masa untuk tidur.
  3. Guna-gunakan suami. Jangan tak tahu ye, kita dalam Islam ni pun boleh guna gunakan suami tapi hoi bukanlah pakai sihir segala tu. Kita pakai doalah kan. Macam aku ni, ehem.. malas nak hafal doa. Aku suka cakap terus, rasa macam lagi feel. Apa yang aku buat, masa beliau tidur, aku baca baca kemudian hembus perlahan kat ubun ubun dia. Lepas tu aku bisik perlahan juga kat telinga beliau, cakap benda yang baik baiklah. (Matilah kalau laki aku baca ni mesti beliau tidur tak lena mata tak pejam)
  4. Layan dia. Kita kan macam jarang jumpa, jadi sesekali layanlah dia dengan penuh. Jangan fikir kehendak kita sahaja dia nak layan. Kehendak dia pun kenalah ambil kira. Gituuu.
  5. Masak sodap sodap. Walaupun jarang aku masak untuk suami, tapi bila beliau balik aku cuba masak untuk beliau, lagi lagi masakan kegemaran. Walaupun hanya membuat secawan teh O, percayalah cakap aku ia boleh mensenyumkan suami anda.

Aku tak kata aku bagus sangat. Baru 118 hari, apa lah sangat jika nak bandingkan dengan orang yang bertahun kahwin. Tapi aku kongsi apa yang aku buat. Aku tak suka kalau ada kawan kawan aku fikir bukan bukan pasal PJJ ni, sebab pendapat aku perempuan macam kita ni dipilih untuk jadi kuat.

Walaupun sebenarnya tak kuat, tapi hakikatnya kita belajar jadi kuat. Untung apa kan kan? :)




Kalau aku rindu, aku tengok benda ni. Terus hilang.

Cepatlah habis dua minggu dalam hutan tu.
Nak dengar suara abang. Eh, abang?







April 3, 2013

Wordless Wednesday : Soalan Rawak



Klik untuk tumbesaran 




Tunggu aku dapat gambar dari OP ye.
Siapa siapa yang nak tengok baju nikah aku (ceh perasan), boleh tengok kat sini.

Siapa yang nak tanya pasal wedding aku ke, bunga crepe aku ke, boleh email aku. nurhazimah_87@yahoo.com
Nak PM inbox Facebook pun boleh :) Aku enable kan message untuk orang luar.

Tapi emm.. siapa siapa yang minta aku buat video cara cara tu alaaaa.. nanti aku cuba lah buat. Err macam mana buat video ek? Demmm

OK?

P.S. Aku banyak terima friend request sebenarnya, tapi malas lah nak approve takut takut ada orang nak stalk ke, tak kenal ke. So, kalau ada sesiapa yang add aku, boleh tak PM inbox sekali bagitahu korang ni silent reader aku? Ceh, macam bagus haha. Biarlah wekk.