Followers

April 12, 2013

Of Second Chance

Aku selalu rasa aku yang aku ni dirahmati Tuhan, sebab diberi peluang rasai peluang kedua. Peluang kedua yang aku maksudkan ialah bila aku tak dapat benda tu, yang aku rasa macam dah putus asa sambil menyerahkan takdir ke atas kepala aku, tiba tiba datang. Itu kalau datang tiba tiba tu kan, terus insaf sambil rasa Oh Tuhan thank you. Masa tu jelah rasa insaf, kalau masa lain harommm.

Ambil contoh masa aku masuk audition kawad kaki kadet bomba. Eh suka hati akulah nak masuk kadet bomba pun, kau tu masuk puteri islam tak ada pun aku bising. Eh emosi pula.
Masa tu aku Form 4, dia nak pakai dua orang sahaja nak cukupkan korum. Aku punya semangat tu (sebab cikgu cakap kalau dapat peringkat kebangsaan boleh pergi Langkawi), aku boleh berlatih dengan lagi sorang kawan aku dalam dorm hentak hentak kaki.
Batak kan, tentu budak lain benci dengan aku haha padan. Mula mula tu tak dapat frust weh aku, penat je berlatih. Sekali esoknya cikgu kata, 'Okay kita buat lagi sekali", terus aku buat dengan semangat. Sekali dapat hoi haha bangga tau dapat pergi Langkawi. Kau ada pergi Langkawi sebab nak kawad? Tak ada kan HAHAHA.

Lepas tu yang aku rasa peluang kedua paling tragis bila aku sangkut satu paper masa final semester. Paper tu susah lah (alasan), lepas tu kan aku tengah dilamun cinta (alasan lagi), maka aku rasalah sebab tu paper aku sangkut. Nasib baik peluang kedua ada, maka dengan itu aku gigih menelaah pelajaran dan ehemm.. buat solat hajat. Gila kau kalau tak lepas paper ni tak boleh grad okay, kena tunggu lagi satu semester ambil semula paper tu. Dan alhamdulillah, peluang kedua ni aku lepas. Fuhh lega. Terus terbayang mamak bawah rumah perli aku duduk rumah tu balik padahal masa last paper siap ucapkan selamat tinggal tak guna punya mamak. Eh tomyam dia sedap tau.

Sebenarnya banyak lagi peluang kedua dalam hidup aku, macam kantoi fly pergi bandar dengan ketua warden siap ugut nak panggil parents, tapi hehe tak panggil pun lalala. Warden aku tu, Cikgu Jamil kitorang panggil putat sebab ada taik lalat besar di pipinya eh kena ke cerita kat sini? Nasib baik beliau bagi warning sahaja, dahlah aku Exco Disiplin malu woi kalau kantoi dengan cikgu lain. Kemudian, dapat sambung belajar selepas kecewa surat panggilan pertama tak sampai, kemudian panggilan kedua nama aku ada Ya Allah amiiin.

Tapi..

Aku rasalah kan. Ini pendapat aku.

Kalau sentuh bab bagi peluang kedua kepada orang yang pernah satu masa dulu buat onar dalam hidup kita, ataupun lebih spesifiknya mantan, aku rasa macam tolonglah baik tak payah. Aku tak ada sebab, tapi aku rasalah, kemungkinan untuk dia buat balik benda tu kat kau akan ada semula. Ini aku cakap berdasarkan pengalaman aku, jangan pula cakap 'Eh tak baiklah, mungkin orang tu dah berubah dan bertaubat'. Terpulanglah, ini aku cakap atas apa yang aku pernah kena.

Tapi..

Eh ada tapi lagi.

Macam kalau kau diberi peluang kedua untuk menebus kembali kesalahan kau pada masa lalu, YES aku rasa memang patut.

Macam aku, instead of meletakkan kesalahan di bahu mantan, aku pun rasa aku juga bersalah sikit. Sebab aku ni keras kepala, degil, panas baran.

Thank Allah, after I met my husband, I learn on how to to be as patient as what I am now. Like seriously, aku rasa aku berubah mungkin faktor suami aku ni jenis lantak kau lah nak merajuk pergi merajuk dah elok kang cari aku haa gitu. Kecuali yang membebel cakap sorang sorang lepas tu suami tak bagi respond haha. Haa yang tu aku tak boleh ubah. Kesian aku kan?

Dah lah tu je nak cakap. Aku ni sebenarnya mengantuk disertai dengan hujan dan juga persekitaran yang sejuk.

Oh ya, suami dapat balik minggu ni.
Minta minta malam ni hujan lebat bolehlah peluk peluk. Eh.








7 comments:

  1. Hehehehe..hujung crita tu yg tak tahan..pluk2 ey

    ReplyDelete
  2. My second change totally change my world..kadang kadang kadang peluang kedua tu bawak kebaikan..tapi ada yang getting worse..

    *selamat bergumbira di hujung minggu..ehem.. ;)

    ReplyDelete
  3. kak Jimahhhh. seriously memang suka gila baca blog akak sebab akak memang selamba, memang best sangat-sangat k. and memang salute akak handle prob akak semua tu. paling best, akak sangat kuat untuk move on, alhamdulillah bahagia skg. semoga berkekalan, aminnnnn :)

    ReplyDelete
  4. setiap orang diberi peluang kedua...tapi tang nak bagi peluang kedua kat mantan tu saya sokong awak kak jimah oitt....tak kuasa teman nak bagi peluang untuk dicalarkan lagi hati yang dh kecik nie,,huhuh

    hurmmm husband balik seronok r tu...nanti saya doa hujan lebat2 lagi...baru sereonok opsss termasuk plak bab org khawin..huhuh oshk2...

    ReplyDelete
  5. Peluk-peluk eh tak tahan hahahaha...:p

    ReplyDelete
  6. Part cikgu jamil putat tu takleh blah.. tiba-tiba teringat taik lalat dia. lom kena dengan mambra lagi woiii..

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.