Followers

January 5, 2011

Nak lukis potret balik lah..

OK. Diumumkan aku sangat boring gila babas kat rumah ni .. dah tak tahu nak buat apa rasanya .. skill memasak aku sudah melayakkan aku menjadi seorang isteri solehah .. skill menjaga bayi dan kanak kanak pun sudah boleh menjadikan aku seorang ibu yang mithali ..whoaa! ! hina tak statement aku? agak agak nak lempang 90 darjah tak? ?

Tengah duduk mengelamun memikirkan siapa calon suami malam tadi buat aku tiba tiba teringat.
Owh aku sebenarnya dah lupa talent aku yang satu ni. talent melukis potret! hebat tak? *soalan yang seakan mahu riak macam bagus je*

Serius sangat lupa. biasa lah sibuk sangat menuntut ilmu juga gigih membaca menghafal mengira dan segala me.. melukis pun aku dah lupa hikhik ..

Mana aku tahu aku ada talent ni? seingat aku masa tu aku form 1. masa tu tak silap aku nak dekat hari merdeka and semua student kena involve pertandingan ni. tapi boleh lukis kat rumah lah. maka aku dengan bersemangat kemerdekaan bagitahu emak pasal pertandingan ni. mula mula aku pilih muka Tun Mahathir. uihh susah juga lah nak lukis lagi lagi cermin mata beliau itu. tak jadi so aku pilih Tunku Abd Rahman. yang ini pun ok juga lah. part songkok senget tu aku suka hee.. mak lah yang ajar aku sebab mak pun ada talent melukis sebenarnya ..
Bila hantar aku tak sangka la kan dapat masuk final. tapi masa final pun aku tukar. aku lukis muka Tun Hussein Onn. punya lah gigih aku berlatih kat rumah and alhamdulillah aku dapat 1st prize. hadiah dia aku dah lupa.

So start dari hari tu punya membara aku melukis potrait. siapa ek yang jadi mangsa? seingat aku muka Kajol, Shah Rukh Khan (zaman tengah gila hindustan), P Ramlee, Siti Nurhaliza .. lagi siapa entah aku dah lupa. lukisan tu pun entah mana aku buang. yela berapa kali pindah sampai aku pun dah tak ingat kat mana. duhh.. menyesal pula buang karya sendiri.

So sekarang aku dah nak asah balik talent aku ni .. maka haruslah menyiapkan segala pensel , pemadam juga kapas .. rasa rasa boleh tak melukis balik ni?



Nanti insyaAllah kalau dah siap aku tunjuk kat entry lain tau .. *macam ada orang nak tengok je*
Lepas ni kalau ada tanya sekarang buat apa ke kerja apa ke ..
Maka aku akan jawab dengan yakinnya,

'Sekarang ni busy buat part time lukis muka orang'

Mana kawan kawan yang aku tak balas mesej ke .. tak angkat call ke sory eh .. aku busy..
Gua orang seni beb ! ! ! (>_<)


love, ZIEMA



January 4, 2011

Ini baru betul penkek!

Ingat lagi tak entry pasal penkek aku yang suka hati aku je bagi nama penkek? yang kak lea gelakkan aku walhal beliau yang berlari lari ke dapur untuk menyibuk nyibuk nak ambil port juga sebenarnya nak merasa makanan ciptaan aku itu ..

OK. sekarang no more penkek yang terhasil daripada tepung gandum .. aku dah mampu menghasilkan real punya penkek! *bercakap dengan nada bongkak lagi angkuh*

Hari tu tak ingat hari apa hari Ahad kot. mak tiba tiba cakap nak pergi shopping barang keperluan dapur dan rumah. owh itu adalah saat saat paling ku nantikan saban bulan sebab dapat suka hati aku main ambil segala barang barang keperluan aku lalu dengan selamba campak dalam troli tinggal nak tunggu abah bayar je. bagus tak strategi aku? memang baguss ..........

Lepas tu masa tengah sibuk pilih pilih barang aku ternampak kotak tepung penkek.
Lalu aku dengan gaya drama queen terus saja cakap kat mak.

'Mak. nak beli ni boleh tak? 

'Pe benda tu? tak nampak lah'. 
*owh lupa mak rabun aku pergi tunjuk dalam jarak berapa sentimeter ntah*

'Tepung penkek ni. nak buat sendiri la. selalu kan mak. bangun pukul 4pagi pergi McD tu dengan lea ngan begum sebab nak makan penkek punya pasal'. 
*sambil buat muka kesian macam lah tak boleh pergi McD tu pukul 9 ke 10 ke *

'Beli je lah.' 
*mungkin mak simpati dengan nasib anak perempuan beliau yang gigih bangun pukul 4pagi semata mata demi penkek*


Balik tu excited punya pasal aku terus buat dengan jayanya. betapa batak lagi jakunnya aku dengan penkek ni. padahal penkek adalah dicipta untuk breakfast .. tapi aku buat dinner .. serius batak jakun!


kalau korang nak beli aku suggestkan brand ni. sebab ada brand yang kau kena tambah telur lah apalah serius boleh hilang mood nak masak. yang ni hanya tambah air atau kalau nak creamy boleh lah kau letak susu ..

yang ni memang wajib ada. kalau tak kau makan penkek tu rasa macam tisu tandas .. errrr


Dah la tu. takkan nak tunjuk cara cara nak masak pula kan .. bukan aku masak chicken chop ke lasagna ke apa ke .. masak penkek sangat senang ok..

Sekian ..
Aku tak perlu geledah dapur lagi nak buat penkek fake (^_^)


love, ZIEMA



January 1, 2011

Sambut tahun baru! ! !

Owh minta maaf ye .. aku tak sambut tahun baru kat mana mana .. tak ada pun pesta muda mudi tengok bunga api bagai tu .. TAK ADA ok .. duduk rumah tengok tv masuk bilik online lepas tu terlelap sedar sedar sudah pagi .. itu lah cara aku sambut tahun baru.

Seingat aku last aku dan keluarga sambut tahun baru a few years ago tapi tahun bila aku tak ingat .. abah dengan semangat tahun baru pergi sewa hotel Thistle (dulu Hyatt) yang menghadap dataran bandaraya johor bharu itu semata mata nak bagi kitorang tengok bunga api .. bak kata abah tak payah nak bersesak sesak .. tengok depan mata tak payah nak dongak .. bagus punya idea he he ...



Tapi sekarang dah tak ada la kan tiap tiap tahun nak sewa hotel bagai .. tadi aku tengok berita pun dalam 70,000 orang celebrate new year kat KL nun .. bagus lah kalau sambutan itu diadakan atas semangat perpaduan .. tapi yang tak syok bila celebrate sambil sambil melayan aksi aksi tak senonoh .. bila hotel hotel bajet dipenuhi dengan pasangan pasangan romantik yang konon nak celebrate new year .

Dan aku sangat pasti bulan September ni maka banyak lah kes kes buang bayi .. hurm no komen .. aku pun belum kahwin tapi aku sangat sangat berharap dijauhkan dari semua ni ..

Macam aku pernah cakap sebelum ni .. kau nak beraksi dengan pasangan kau silakan .. aku bukan menyokong maksiat ni .. tapi kalau nak sangat buatlah. itu antara kau dengan Tuhan .. tapi tolonglah prevent something so that bayi bayi ni tak terhasil dari perbuatan bodoh kau itu ..

Owh teremosi pula ..
Selamat tahun baru ye! semoga tahun baru ni memberi sejuta rahmat dan rezeki buat kita ..


love, ZIEMA