Followers

November 3, 2010

Penkek ke?

Hari tu dalam pukul 12.30a.m sudah tertidur disebabkan kepenatan study menghafal.

Tiba tiba terjaga sebab lapar. boleh pulak kan macam tu? boleh je la weh. he he
Owh lupa pula. bukan saja disebabkan penat menghafal. akan tetapi mungkin disebabkan hampir menstruasi (ala period lah). ditambah pula cuaca yang sejuk menambahkan lagi kelaparan saya.

Cakap kat Lea. jawapan beliau. 'pegi la beli burger kat bawah tu. sian kau'.
Tapi serius malas. cuba juga untuk melelapkan mata tapi tak boleh. lastly, pergi DAPUR!! huh..
Try la punggah apa yang ada untuk dimasak ke digoreng ke apa ke. tapi hampa sangat.

Tiba tiba ternampak ada tepung gandum dan terus sahaja membancuh ia tanpa mengetahui motif sebenar. lepas tu pergi ambil gula dan menuang ia ke dalam bancuhan tersebut. lalu mengambil kuali leper dan meletak sedikit marjerin. setelah marjerin itu cair, tuang bancuhan tadi. buka peti ais ternampak pula cheese dan terus mengoyak ia menjadi kecil dan tabur di atas bancuhan yang separuh masak itu. nampak pula jem strawberry, oleh itu terus sahaja menyapu diatasnya setelah selesai masak.
*apahal dah macam kelas resipi memasak ni?*

HASILNYA??????




Bau dia tak payah cerita la. kalau dah merjerin and gula atas api memang la sedap.
Secara tiba tiba Lea keluar kerana beliau tertanya tanya apakah yang saya sedang lakukan kerana hidung beliau telah kembang oleh kerana masakan saya ini. beliau memandang jelik pelik ke atas masakan saya. *bengang sebentar*

'Kau masak apa ni?'

'Entah. aku lapar dowh. bantai je la. rasa la'.

'Sedap gak eh. tapi pe kebenda ni?'

'Aku tak tahu. penkek kot'.

Setelah itu beliau gelakkan ketawakan saya. bukan penkek eh?
Habis apa nama masakan saya ini?
Lempeng ke? tepung gula bersama cheese dan jem ke? tepung gandum manis ke?

Lantak lah. janji sedap. betul tak tipu.

Cubalah :) *macam dalam iklan pulak adeh*

love, ZIEMA



4 comments:

  1. teheee lempeng bukan kena ade kelapa? tp nmpk cm sedapp. mkn time lapar so bantai je la kan hihi :)

    ReplyDelete
  2. haha..
    entah la cik akma weh.
    tak tau apekah nama resipi ini.
    tp sdap. serius :)

    ReplyDelete
  3. peh~nmpk menarik! resepi baru ni..kene try..haha..
    nk lagik2?! share la resepi pelik2..aku ske..haha

    ReplyDelete
  4. ahahahahaha~
    sedap jugak la weh.
    resipi di kala kau kehabisan stok dapur.
    yelah ada resipi baru aku letak eh.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.