Followers

December 30, 2011

Jamal Si Shemale

Owh hai. Preparation on engagement is still working. Gigih ni aku buat bunga crepe sambil dibantu rakan rakan serumah iaitu Ikin dan Ifa. Imah sangat suka kamu berdua.

Ok ada cerita sikit ni.

Actually benda ni berlaku a few weeks ago. Minggu lepas ke dua minggu lepas aku tak ingat. Yang aku ingat lokasi kejadian di sebelah belakang rumah aku.

Macam biasa lah kan kalau duduk flat ni kau punya parking memang susah. First come first serve. Siapa lambat pandai pandai kau lah nak hidup.

Petang tu around 7pm memang semua parking dekat area rumah kitorang penuh. Entah kereta siapa siapa je park sesuka hati kau je kan. Jadi dengan rasa kecewa kitorang park dengan jayanya dekat garaj kosong belakang rumah sebab pakcik berkaca mata tebal flat sebelah tu cakap boleh parking kereta kat situ. Even macam takut tapi parking juga sambil berjanji pada diri masing masing malam sikit nanti keluarkan kereta itu.

Elok sedang lepak dalam bilik tiba tiba dengar macam bunyi grill kena ketuk. Kuat gila.Yang macam kalau kau tak boleh buka mangga kat grill tu lalu kau ketuk mangga itu. Ha macam tulah bunyi dia.

Mula mula aku dan Ifa buat tak tahu. Buat apa nak sibuk hal orang sementelah kami sedang berehat rehat. Owh masa tu Ikin sedang mandi. Tapi bila dah lama lama rasa macam eh dia ketuk rumah kita lah. Terus sambar tudung nasib baik belum tukar baju lagi masa itu.

Baru je buka sliding door terus kena maki.

Ok si lembut ni tengah marah yang gila gila sangat. Sambil pegang batu bata keep on cakap kitorang tak ada otak. Yelah lembut kau sorang sahaja ada otak. Tak boleh ke kau cakap elok elok dengan kami golongan wanita ni walaupun kau tak berapa nak jantan.

Even aku dan Ifa dah minta maaf beliau tetap memaki kami sambil keep on cakap kitorang tak ada otak. Bodoh betul kau tentu tak ada modal kan.

Yang paling celaka tiba tiba sebut pukimak. Eh kau kenapa ni? Datang bulan ke?

Lepas tu main ugut ugut nak pecahkan kereta pakai batu bata berkenaan. Wadehell is she trying to do? Konon berkuasa sangat lah ingat aku takut. Kau pecahkan cermin kereta silakan. Silakan masuk lokap ye.

Ok lah memang kitorang admit itu salah kitorang.
Tapiiiii kau pun salah. Lain kali letak lah plat number ke ataupun sign,
'Sila lah jangan sesuka hati kau parking di sini nanti aku pecahkan kereta kau pukimak'

Bukan susah pun. Kan.

Masa tu semua jiran tetangga keluar rumah. Aku suka bab ni. Baru lah dapat berkenal kenalan dengan mereka. Bukan senang nak tengok semua jiran bersatu hati keluar ramai ramai tengok muka kitorang. Kau ada?

Paling kemuncak pergaduhan mulut Ifa, Ikin dan Imah vs Jamal si Shemale.

Dia ambil pasu berisi tanah lalu dengan yakinnya nak lempar cermain belakang kereta Ikin.
Masa tu semua jerit jangan! Jerit dengan berjemaah. Ikin dah menangis nangis mengigil pegang tangan aku. Kesian Ikin -_-'

Tiba tiba muncul seorang abang berbaju hijau. Abang hero hijau. Cuba jadi middleman untuk cool down si lembut berkenaan. Beliau pun kena maki.

'Kau ni siapa? Kau boyfriend dia eh? Kau cakap kat girlfriend kau bla bla bla...'

Hello kitorang bukan jenis gaduh gaduh panggil boyfriend ok. Plus boyfriend jauh teheheee. Eh kalau dekat pun tak panggillah. Tak iron lady la kalau gaduh sikit nak panggil boyfriend datang. Gaduh dengan shemale pula tu. Ptuihh. Owh kesian abang baju hijau. Beliau tak bersalah dalam hal ini nasib baik pasu itu tak melayang atas kepala beliau. Tsskkk

Masa nak keluarkan kereta itu pun Ikin dah tak boleh. Terus sahaja abang berbaju hijau dengan sukarela mengeluarkan kereta itu. Si Jamal masih meroyan claimed kat semua jiran tetangga yang dia cakap baik baik dengan kitorang. Eh kau. Menipu. Penipu.

Dah habis semua sembang kejap dengan jiran jiran lain.
Rupanya semua dah tahu perangai gila si Jamal ni. Mereka malas nak layan dia. Mental sikit.

Lepas kejadian itu aku tengok jiran macam trying to take care of us even tak semua. Siap ada akak tingkat atas tu minta nombor handphone. Senang katanya kalau ada kecemasan.

Tapi aku tetap tak puas hati dengan Jamal.

Aku kalau jumpa kau depan mata kan.
Aku pulas pulas tetek kau tu.
Mulut macam longkang.



Imah, Ikin dan Ifa



thanks sebab baca :)

December 28, 2011

Blue and White


Weekend lepas kan encik kapten balik kampung halaman kan. Memandangkan beliau dan aku jauh dari keluarga jadi persiapan macam kelam kabut. Aku lagi la tak tahu apa jadi kat rumah aku. Dais? Hantaran? Baju? Oh Tuhan..

Masa beliau balik tu aku dah pesan bincang semua benda jangan tertinggal satu apa pun nanti kelam kabut.

Cincin tunang dan risik - done
Jumlah dulang hantaran - done
Duit hantaran (nikah) - done
Jumlah rombongan lelaki - done

Abah beliau dah pesan awal awal pada beliau supaya duduk diam diam tak payah nak masuk campur hal bincang bincang ni. Ini hal orang tua ye anak anak. Kalau kau masuk campur maka kau akan merumitkan lagi upacara membincang ini.

Isnin call aku.

'Sayang, akak cakap tema kitorang nanti biru putih'

Owh ok. Cepat betul decide bagus betul kakak beliau ini hewhewhew. Tak sempat aku tanya.


Either this 



or this




Lepas tu aku macam nak suruh beliau pakai kemeja grey since tema aku kan macam pink grey. Baju Melayu tak perlu sebab kau nak bertunang sahaja.

Tapi beliau nak pakai warna putih pula. Haih suka hati lah awak.

Tak pakai baju pun tak apa. Eh.


P/S,
Frust cari crepe paper dusty pink tak ada. Hope bunga hantaran aku cantik -_-"


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 25, 2011

Cincin.Settle

Sabtu lepas encik kapten decide turun KL (nak beli cincin) sebelum beliau pulang ke kampung halaman. Memang kena decide kalau tak nama kau nak bertunang tak ada kalau tak beli cincin.

Aku kalau fikir pasal cincin sahaja dah stress. Fikir nak pergi kedai mana yang menawarkan harga berpatutan bersama design yang cantik dan ringkas tidak seperti design mak mak yang gila mengumpul harta emas.

Rakan rakan pun turut menyumbang kepada idea kedai mana yang bagus harganya sampai aku pun dah pening mana satu yang mahu ikut. Anyway thanks so much for such a best ideas :')

Jadi hari itu aku dan encik kapten terus pergi kedai emas Sri Pinang sebab awal awal beliau dah cakap nanti pergi kedai beli terus.

Tak tahulah kedai ni emas dia berkualiti ke tak. Berbaloi ke tak aku beli berbanding beli di kedai lain. Bagaimana pula dengan segala kos upah dan kualiti emas tersebut. Serius pening gila nak nak hanya aku dan beliau sahaja yang memilih cincin tersebut.

Masalah utama aku ialah cincin yang aku berkenan bersama design yang cantik semua saiz kecil. Benci betul lah kenapa cincin cantik kecil? Ke jari aku yang tak ikut piawaian jari gadis Melayu? Tsskk
Kalau nak alter boleh tapi kena ambil masa 2 minggu. Ok fine tak boleh ok. Beliau mahu terus bawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada keluarga beliau.

Solution.

Lantaklah murah sangat ke mahal sangat ke. Design tak berapa cantik ke.Yang penting cantik di jari aku dan juga di mata encik kapten cukup. Bukan ada pertandingan cincin siapa yang paling bergemerlapan di awal tahun 2012 pun.

Lepas beli terus sarung di jari sebab SA cakap bahaya bawa cincin begitu sahaja. Terus aku sarung cincin berkenaan sambil senyum senyum gembira.

Eh kita dah bertunang lah. Tehehee :p



Err. Dear kedai.
It's Bertunang not Betunang.



Will update later on my preparation. Nervous mak :)

thans sebab baca :)

LOVE, ZIEMA