Followers

December 25, 2011

Cincin.Settle

Sabtu lepas encik kapten decide turun KL (nak beli cincin) sebelum beliau pulang ke kampung halaman. Memang kena decide kalau tak nama kau nak bertunang tak ada kalau tak beli cincin.

Aku kalau fikir pasal cincin sahaja dah stress. Fikir nak pergi kedai mana yang menawarkan harga berpatutan bersama design yang cantik dan ringkas tidak seperti design mak mak yang gila mengumpul harta emas.

Rakan rakan pun turut menyumbang kepada idea kedai mana yang bagus harganya sampai aku pun dah pening mana satu yang mahu ikut. Anyway thanks so much for such a best ideas :')

Jadi hari itu aku dan encik kapten terus pergi kedai emas Sri Pinang sebab awal awal beliau dah cakap nanti pergi kedai beli terus.

Tak tahulah kedai ni emas dia berkualiti ke tak. Berbaloi ke tak aku beli berbanding beli di kedai lain. Bagaimana pula dengan segala kos upah dan kualiti emas tersebut. Serius pening gila nak nak hanya aku dan beliau sahaja yang memilih cincin tersebut.

Masalah utama aku ialah cincin yang aku berkenan bersama design yang cantik semua saiz kecil. Benci betul lah kenapa cincin cantik kecil? Ke jari aku yang tak ikut piawaian jari gadis Melayu? Tsskk
Kalau nak alter boleh tapi kena ambil masa 2 minggu. Ok fine tak boleh ok. Beliau mahu terus bawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada keluarga beliau.

Solution.

Lantaklah murah sangat ke mahal sangat ke. Design tak berapa cantik ke.Yang penting cantik di jari aku dan juga di mata encik kapten cukup. Bukan ada pertandingan cincin siapa yang paling bergemerlapan di awal tahun 2012 pun.

Lepas beli terus sarung di jari sebab SA cakap bahaya bawa cincin begitu sahaja. Terus aku sarung cincin berkenaan sambil senyum senyum gembira.

Eh kita dah bertunang lah. Tehehee :p



Err. Dear kedai.
It's Bertunang not Betunang.



Will update later on my preparation. Nervous mak :)

thans sebab baca :)

LOVE, ZIEMA


5 comments:

  1. ye, stuju..bab beli cincin mmg sgt mcabar..
    nway, gud luck ziema...
    insyaallah moga berjalan lancar.. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah cik ziema.. wah x lama lagi puan ziema la..hehe

    ReplyDelete
  3. dilla : tq dear for the wish :) amin..


    eja: tq syg. lepas ni eja lak :)

    ReplyDelete
  4. gUMBira nye aku...ko dh nk dekat mcapai akil baligh..ehhh :P terlebeh akil baligh maksud aku. Alam yg penuh misteri....ehehee

    ReplyDelete
  5. keh keh keh..bertunang in advanced eh!

    masa sue dulu FMIL yg beli cincin.. so mmg xtau rupe cemana.. tp alhamdulillah cantik ;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.