Followers

July 17, 2013

Dah Tak Aneh: Ramadhan Pertama

Dah seminggu puasa,yeay alhamdulillah keanehan aku hilang serta merta bagaikan ditiup sang angin bayu .... Kesian aku, orang lain hari pertama dah cerita. Aku ni, dah seminggu baru nak rasa kemanisan itu. Eh, kemain kemanisan macamkan pengantin baru, padahal dah basi hakhakhak haktuii.

Eh, betul tau. Lain rasanya jauh jauh macam ni, kemudian bila semua benda pertama kali tak dapat bersama-sama, maka keanehan tu akan muncul. Ke aku sahaja yang berperasaan sedemikian rupa?

Ahh, sudahlah.
Yang penting seronok rasanya dapat sambut Ramadhan sama-sama dengan suami.

Asalnya aku dan suami nak ke Jengka, nak sambut puasa minggu pertama dengan keluarga suami. Yelah, arwah abah dah tak ada kan, saja nak berkumpul adik beradik. Tapi, hari apa entah suami cakap beliau kena ganti bos, berbuka kat Kuala Kangsar. Lalu aku pun okay sahaja hehe. Tak kisahlah, asalkan weekend tu I nak berbuka dan bermesra dengan suami I okay?

Jumaat malam tu, lepas berbuka macam biasalah ke masjid terawikh sama sama. Bestnya, sebab ehem... pergi masjid tempat kami nikah dulu. Dulu tu macamkan dah bertahun padahal tahun lepas saja pun. Nampak ustaz Zaki yang nikahkan kani tu, rasa macam nak berlari lari dengan telekung sekali (bayangkan), nak ucapkan terima kasih sebab tolong uruskan borang nikah kami. Betul tau, aku terharu ni. Terima kasih ostad!

Esoknya, sahur macam biasa. Konon, nak jadi watak isteri yang lemah lembut. Kejut suami dengan manja sopan.
Lepas berapa kali entah aku keluar masuk bilik, hilang segala lemah gemalai. Terus aku bertukar watak mak mak kejut anak liat bangun sahur. Macam tulah gayanya kejut orang bersahur. Tak apa, dah biasa dah. Dari dulu jadi tukang kejut golongan lelaki rumah aku ni.

Esoknya, dalam pukul dua belas macam tu, bergerak ke sana. Nasib baik rumah makcik aku kat Taiping, dapatlah kami tidur sana manakala aku berbuka di sana, lantaran hanya suami sahaja yang berbuka kat Kuala Kangsar tu tssk tsskk.




Aku sebenarnya paling tak suka jalan jauh waktu siang bulan puasa. Tu sebab dari kecil lagi, mak abah aku kalau nak balik raya mesti lepas berbuka. Bosan, sebab kena mengadap jalan tanpa buat apa-apa. Kalau tak bolehlah makan ke, minum ke, korek hidung ke, cium dan goda suami ke, apa ke kan.

Oleh itu marilah bang, kita mengambil gambar sama sama bagi menghilangkan duka lara.

Bosan okay bosan. Aku dah lah jenis tak reti tidur dalam kereta kalau pemandu keseorangan. Rasa macam bersalah. Boleh? Puii

Tiba tiba suami tunjuk kat aku kereta depan. Kereta kancil je pun, kemain beria beria suruh aku tangkap gambar nombor plat. Semangat aku ambil tau, sampai lupa nak zoom in bagi dekat. Lepas tu ke kiri pula kancil ni terus suami mengubah laluan kereta beliau itu. 

Punyalah aku tertanya tanya apakah keistimewaan kereta kancil siri lama ni.



Patutlah.
Kemain suami berangan nak nombor plat nama sendiri. Aku pun sibuk nak mencelah nak juga, tapi hoi mana ada plat kereta biasa mula dengan Z. Stress mak ni nak.

Sudahlah bang tak payah nak feeling orang Perak sangat. Aok tu orang Pahang.


Ahadnya, dalam tengahari macam tu gerak balik KL dan suami ajak berbuka di luar. Destinasi pilihan, tentunya Jalan Genting Kelang haha. Mula mula tu pergi Flaming Steamboat dah siap reserved seat. Oleh sebab awal sangat, maka marilah kita berjalan jalan ke Festival City. Tapi tulah. Dah lama jalan jalan, malas pula nak keluar maka berbukalah kami di situ.




Puas fikir nak makan apa.
Hujung hujung makan sini.

Tak kisahlah.
Yang penting bila dia nak balik aku stress.

"Balik lah lepas sahur please"

Malangnya cubaan aku menahan suami tidak berjaya.

Eleh. Tengoklah nanti aku duduk dengan dia (senyum jahat)
Aku tahan dia pergi kerja. Eh.







July 11, 2013

Keanehan Ramadhan Tahun Ini

Hehe, kemain nak tajuk keanehan.

Ramadhan kali ini, lain sangat rasanya. Lain yang macam sebelum ni. Tak sama dengan Ramadhan kat hostel sekolah dulu, apatah lagi masa belajar universiti.

Memandangkan ini pertama kali aku sambut puasa sebagai isteri, rasa teruja seperti para isteri lain tu kurang. Maklumlah, isteri isteri lain begitu bersemangat bercerita kisah mengejut suami sahur, memasak lauk-laukan, kemudian berpimpin tangan menuju ke masjid berdekatan. Amboi dah macam pantun.

Betullah. Masa bercinta, bertunang dan kahwin tu lain rasa dia. Yang paling tragis kahwinlah haha apalah korang ni. Masa bercinta dulu, suami ada projek kat kem orang asli, jadi ok lah tak ada nak risau ke apa ke sebab kat sana dah ada orang asli perempuan tukang masak yang masak semua. Geletis sangat la nak risau,  tengah bercinta je pun. Masa bertunang, ehemm ..kejap.. aku lupa beliau kat mana. Entahlah tak ingat hewhew ampun.

Tapi bila dah kahwin ni, rasa lain pula.
Mulanya malam semalam. Eh, tapi rasanya dari hari minggu haritu.

Terfikir.
"Sahur dia nanti macam mana?"
"Nanti berbuka makan apa? Sorang ke?"

Lepas tu bergenang air mata aku. Halah, dah start dah drama Rashid Sibir. Nasib baik minggu ni dapat jumpa. Hilang sikit stress seorang isteri di kejauhan ni.

Dahlah pagi tadi aku call kejut sahur tak bangun. Lepas tu aku macam bersalah, rasa macam kalau aku kat sebelah, sebelah boleh aku goncang goncang badan dia ke, jerit kat telinga ke. Lepas tu masa makan sahur aku tak boleh concentrate, rasa macam stress. Makan dalam keadaan stress.

Nak dekat imsak, aku call lagi.
Nasib baik dia sedar, terus rasa lega. Boleh?

Itu pun sahur makan kurma, kuih sikit dengan air masak.
Terusik kembali jiwa dan naluri aku ini. Tskk tsskk -_-"

Sebenarnya tak adalah sedih yang sangat pun, lantaran suami bukanlah jauh mana. Nak pergi balik hari pun tak ada masalah, boleh saja. Kalau banding yang duduk menyewa seorang diri, tambahan pula jarak masin-masing jauh sangat, aku patut bersyukur. Tapi biasalah aku ni kan hati senang terusik, sensitif sikit. Lagi pula terbaca status kat Facebook,

'Alhamdulillah. pertama kali bersahur dan berbuka bersama suami'

'Terima kasih Allah. Berpeluang masak untuk suami'

'First time sebagai suami isteri berpuasa sama-sama'

Terus berjurai jurai air mata. Entah apa apa je aku ni hiperbola. Entah entah suami aku girang gembira di sana.

Entah entah dia bukan berbuka sorang.

Entah entah..

Hoi apa ni?
Nak berhenti kerja sekarang lah.

P.S. Selamat Berpuasa semua, terutama yang pertama kali sambut puasa bersama suami :)








July 4, 2013

Perangai Lelaki

Hari tu aku ada bagitahu kan aku cuti tiga hari, pergi Melaka. Ramai kawan teka aku pergi honeymoon, tapi jangkaan anda semua salah. Bila aku cakap aku saja saja cuti, semua macam, "Boleh eh saja buang masa melangut kat rumah?".

Yang paling best, emak.
"Kenapa tak ambil cuti masa puasa? Rugi je ambil sekarang".

"Tak naklah, tak best. Puasa lagi rugi".

HAHAHA (gelak gatal)

So, Ahad tu aku ikut suami ke Melaka. Riangnya hatiku ini, sambil membayangkan rumah. Tak tahulah aku ni teruja ke apa, tapi bila bayangkan rumah aku jadi macam angau sekejap. Terbayang bayang kemas itu ini walaupun macam tak ada benda nak dikemas.  Lepas tu mula lah fikir nak hias la, nak cat rumah lah hewhew tak sedar diri rumah sewa je pun. Tapi entah, rasa best berdua dalam rumah dengan suami, tak ada orang kacau. Kesian tengok pasangan yang duduk rumah dengan mertua kan, lagi pula dah ada anak ke kan. Bersyukur sangat rasa walaupun tak adalah aku duduk sangat rumah tu pun.

Fuh. Bila dah biasa kerja ni kan, bila kau melepak kat rumah tiga hari, dah rasa syurga kejap. Pagi bangun kejap, sebab nak hantar suami kat depan. Maklumlah, kunci belum duplicate lagi, maka aku kena tunggu suami keluar dulu dan aku kena lock sliding door dari dalam. Rajin la sangat aku nak hantar ke depan, bawakan beg segala. Drama Melayu sangat la tu, tak payah.




Kalau ada baju kotor ke apa, basuh dulu. Lepas tu sambung tidur balik. Tengahari pula, tak masak. Haha, nak masak apa Hajimah, tong gas pun tak ada. Maka kita pun mampu jelah tengok rancangan masak masak.

Nampak tak betapa indahnya hidup aku?

Rasa rasa bosan, online ke apa ke. Kalau rasa lagi bosan, ehem.. tidurlah apa lagi hisshh.

Dah duduk dengan suami ni, baru aku kenal suami macam mana orangnya.

Betul cakap kawan aku, sebelum aku kahwin dulu.

"Kau akan betul betul kenal laki kau bila tidur sebantal dengan dia".

Tak. Bukanlah maksudnya, baru sekali tidur sebantal dengan suami terus kenal perangai dia luar dalam. Maksudnya, duduk sama. Tidur sama. Mandi sama. Eh. Pendek kata, semualah sama sama.

Masa tulah baru tahu suami ni mengigau kalau penat sangat. Tergelak aku dengar tengah malam buta. Kelakar la.

Baru tahu payahnya kejut orang bangun tidur.
Beria kitorang bertekak ni, hujung hujung bila suami dah sedar,
"Sampai hati tak kejut kita bangun tau" -_-'

Tapi benda benda ni buat aku perlahan lahan kenal suami. Seronok tau.
Rasa macam main game explore, tapi kau tak explore, benda tu datang sendiri.
Faham tak ni? -_-'





Lepas tu sampai ke hari ini, aku masih tak faham kenapa lelaki sanggup bersengkang mata tengok bola, padahal esok kerja ni. Why? Why?
Tolong lah explain kat aku.

Nasib baik pandai main bola.
Suami cakap, ada tau orang yang gila babi minat bola bagai, tapi tak pandai main bola langsung. Boleh?

Sama lah macam perempuan yang suka sangat tengok rancangan masak masak, tapi tak pandai masak.
Eh ada ke?