Followers

December 30, 2011

Jamal Si Shemale

Owh hai. Preparation on engagement is still working. Gigih ni aku buat bunga crepe sambil dibantu rakan rakan serumah iaitu Ikin dan Ifa. Imah sangat suka kamu berdua.

Ok ada cerita sikit ni.

Actually benda ni berlaku a few weeks ago. Minggu lepas ke dua minggu lepas aku tak ingat. Yang aku ingat lokasi kejadian di sebelah belakang rumah aku.

Macam biasa lah kan kalau duduk flat ni kau punya parking memang susah. First come first serve. Siapa lambat pandai pandai kau lah nak hidup.

Petang tu around 7pm memang semua parking dekat area rumah kitorang penuh. Entah kereta siapa siapa je park sesuka hati kau je kan. Jadi dengan rasa kecewa kitorang park dengan jayanya dekat garaj kosong belakang rumah sebab pakcik berkaca mata tebal flat sebelah tu cakap boleh parking kereta kat situ. Even macam takut tapi parking juga sambil berjanji pada diri masing masing malam sikit nanti keluarkan kereta itu.

Elok sedang lepak dalam bilik tiba tiba dengar macam bunyi grill kena ketuk. Kuat gila.Yang macam kalau kau tak boleh buka mangga kat grill tu lalu kau ketuk mangga itu. Ha macam tulah bunyi dia.

Mula mula aku dan Ifa buat tak tahu. Buat apa nak sibuk hal orang sementelah kami sedang berehat rehat. Owh masa tu Ikin sedang mandi. Tapi bila dah lama lama rasa macam eh dia ketuk rumah kita lah. Terus sambar tudung nasib baik belum tukar baju lagi masa itu.

Baru je buka sliding door terus kena maki.

Ok si lembut ni tengah marah yang gila gila sangat. Sambil pegang batu bata keep on cakap kitorang tak ada otak. Yelah lembut kau sorang sahaja ada otak. Tak boleh ke kau cakap elok elok dengan kami golongan wanita ni walaupun kau tak berapa nak jantan.

Even aku dan Ifa dah minta maaf beliau tetap memaki kami sambil keep on cakap kitorang tak ada otak. Bodoh betul kau tentu tak ada modal kan.

Yang paling celaka tiba tiba sebut pukimak. Eh kau kenapa ni? Datang bulan ke?

Lepas tu main ugut ugut nak pecahkan kereta pakai batu bata berkenaan. Wadehell is she trying to do? Konon berkuasa sangat lah ingat aku takut. Kau pecahkan cermin kereta silakan. Silakan masuk lokap ye.

Ok lah memang kitorang admit itu salah kitorang.
Tapiiiii kau pun salah. Lain kali letak lah plat number ke ataupun sign,
'Sila lah jangan sesuka hati kau parking di sini nanti aku pecahkan kereta kau pukimak'

Bukan susah pun. Kan.

Masa tu semua jiran tetangga keluar rumah. Aku suka bab ni. Baru lah dapat berkenal kenalan dengan mereka. Bukan senang nak tengok semua jiran bersatu hati keluar ramai ramai tengok muka kitorang. Kau ada?

Paling kemuncak pergaduhan mulut Ifa, Ikin dan Imah vs Jamal si Shemale.

Dia ambil pasu berisi tanah lalu dengan yakinnya nak lempar cermain belakang kereta Ikin.
Masa tu semua jerit jangan! Jerit dengan berjemaah. Ikin dah menangis nangis mengigil pegang tangan aku. Kesian Ikin -_-'

Tiba tiba muncul seorang abang berbaju hijau. Abang hero hijau. Cuba jadi middleman untuk cool down si lembut berkenaan. Beliau pun kena maki.

'Kau ni siapa? Kau boyfriend dia eh? Kau cakap kat girlfriend kau bla bla bla...'

Hello kitorang bukan jenis gaduh gaduh panggil boyfriend ok. Plus boyfriend jauh teheheee. Eh kalau dekat pun tak panggillah. Tak iron lady la kalau gaduh sikit nak panggil boyfriend datang. Gaduh dengan shemale pula tu. Ptuihh. Owh kesian abang baju hijau. Beliau tak bersalah dalam hal ini nasib baik pasu itu tak melayang atas kepala beliau. Tsskkk

Masa nak keluarkan kereta itu pun Ikin dah tak boleh. Terus sahaja abang berbaju hijau dengan sukarela mengeluarkan kereta itu. Si Jamal masih meroyan claimed kat semua jiran tetangga yang dia cakap baik baik dengan kitorang. Eh kau. Menipu. Penipu.

Dah habis semua sembang kejap dengan jiran jiran lain.
Rupanya semua dah tahu perangai gila si Jamal ni. Mereka malas nak layan dia. Mental sikit.

Lepas kejadian itu aku tengok jiran macam trying to take care of us even tak semua. Siap ada akak tingkat atas tu minta nombor handphone. Senang katanya kalau ada kecemasan.

Tapi aku tetap tak puas hati dengan Jamal.

Aku kalau jumpa kau depan mata kan.
Aku pulas pulas tetek kau tu.
Mulut macam longkang.



Imah, Ikin dan Ifa



thanks sebab baca :)

December 28, 2011

Blue and White


Weekend lepas kan encik kapten balik kampung halaman kan. Memandangkan beliau dan aku jauh dari keluarga jadi persiapan macam kelam kabut. Aku lagi la tak tahu apa jadi kat rumah aku. Dais? Hantaran? Baju? Oh Tuhan..

Masa beliau balik tu aku dah pesan bincang semua benda jangan tertinggal satu apa pun nanti kelam kabut.

Cincin tunang dan risik - done
Jumlah dulang hantaran - done
Duit hantaran (nikah) - done
Jumlah rombongan lelaki - done

Abah beliau dah pesan awal awal pada beliau supaya duduk diam diam tak payah nak masuk campur hal bincang bincang ni. Ini hal orang tua ye anak anak. Kalau kau masuk campur maka kau akan merumitkan lagi upacara membincang ini.

Isnin call aku.

'Sayang, akak cakap tema kitorang nanti biru putih'

Owh ok. Cepat betul decide bagus betul kakak beliau ini hewhewhew. Tak sempat aku tanya.


Either this 



or this




Lepas tu aku macam nak suruh beliau pakai kemeja grey since tema aku kan macam pink grey. Baju Melayu tak perlu sebab kau nak bertunang sahaja.

Tapi beliau nak pakai warna putih pula. Haih suka hati lah awak.

Tak pakai baju pun tak apa. Eh.


P/S,
Frust cari crepe paper dusty pink tak ada. Hope bunga hantaran aku cantik -_-"


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 25, 2011

Cincin.Settle

Sabtu lepas encik kapten decide turun KL (nak beli cincin) sebelum beliau pulang ke kampung halaman. Memang kena decide kalau tak nama kau nak bertunang tak ada kalau tak beli cincin.

Aku kalau fikir pasal cincin sahaja dah stress. Fikir nak pergi kedai mana yang menawarkan harga berpatutan bersama design yang cantik dan ringkas tidak seperti design mak mak yang gila mengumpul harta emas.

Rakan rakan pun turut menyumbang kepada idea kedai mana yang bagus harganya sampai aku pun dah pening mana satu yang mahu ikut. Anyway thanks so much for such a best ideas :')

Jadi hari itu aku dan encik kapten terus pergi kedai emas Sri Pinang sebab awal awal beliau dah cakap nanti pergi kedai beli terus.

Tak tahulah kedai ni emas dia berkualiti ke tak. Berbaloi ke tak aku beli berbanding beli di kedai lain. Bagaimana pula dengan segala kos upah dan kualiti emas tersebut. Serius pening gila nak nak hanya aku dan beliau sahaja yang memilih cincin tersebut.

Masalah utama aku ialah cincin yang aku berkenan bersama design yang cantik semua saiz kecil. Benci betul lah kenapa cincin cantik kecil? Ke jari aku yang tak ikut piawaian jari gadis Melayu? Tsskk
Kalau nak alter boleh tapi kena ambil masa 2 minggu. Ok fine tak boleh ok. Beliau mahu terus bawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada keluarga beliau.

Solution.

Lantaklah murah sangat ke mahal sangat ke. Design tak berapa cantik ke.Yang penting cantik di jari aku dan juga di mata encik kapten cukup. Bukan ada pertandingan cincin siapa yang paling bergemerlapan di awal tahun 2012 pun.

Lepas beli terus sarung di jari sebab SA cakap bahaya bawa cincin begitu sahaja. Terus aku sarung cincin berkenaan sambil senyum senyum gembira.

Eh kita dah bertunang lah. Tehehee :p



Err. Dear kedai.
It's Bertunang not Betunang.



Will update later on my preparation. Nervous mak :)

thans sebab baca :)

LOVE, ZIEMA


December 21, 2011

Ingat Tak Dulu Kita Suka Berpantun Pantun

Bila dah besar besar ni mesti rindu zaman kecil kecil. Korang rindu tak? Tipulah kalau tak rindu main main dengan kawan lepas tu merajuk tak nak kawan minta maaf hantar surat bagai.

Kepada xxx,

Saya nak minta maaf sebab gaduh semalam.Saya harap awak maafkan saya. Saya nak kawan dengan awak balik.

Yang Benar,
Kawan baik awak


P/S : Pecah kaca pecah gelas
         Sudah baca harap balas


Dia kalau urusan surat menyurat mesti kena ada pantun ni. Mesti.
Tak kisah lah surat cinta ke, minta maaf ke malahan kad ucapan hari raya juga menjadi pilihan untuk dipantunkan.

Itu bab surat.

Kalau gaduh depan depan lagi best.

Pantun ada lagu.

Tak nak kawan sudah nama kau Dolah
Tetek kau sebelah

Atau

Tak nak kawan sudah nama kau Abu
Tetek kau seribu

Atau

Tak nak kawan sudah nama kau Ali
Tetek kau sekali

Kreatif sungguh siapa lah mencipta pantun macam ni siap sebut tetek. Dulu tak ada pun rasa perkataan tetek tu macam pervert. Sekarang dah besar rasa malu nak sebut siap ganti dengan perkataan buah dada. Takpun nak feeling feeling lagi sopan sebut breast. Lagi satu aku tak pernah tengok orang sihat normal ada tetek sebelah, seribu, or sekali. Tak ada kan?

Kalau tulis biodata dalam buku nota RM1.50 beli di kedai buku sekolah mesti nak ada pantun.
Macam,
Pen merah pen biru
You marah I Love You

Atau

Pen merah pen kuning
You marah I pening


Yang paling sajak kalau ejek ejek. Ewah ejek pun berpantun pantun. Ada lagu lagi.  

Gemuk gedempol tendang masuk gol (kesian sungguh budak gemuk. Nasib baik dulu aku tak gemuk sangat)

Kurus meleding sepak melanting.


Paling best bila main game kejar kejar nak bahagikan kumpulan.

Polis sentri (ke and thief) want to jaga
Polis mati pencuri jaga

Tan tantut keladi wewe
Siapa terkentut dia ketawa


Ulat bulu panjat lidi
Siapa dulu dia yang jadi


Lat talilat tali tamplom
Mak minah balik kampung
Beranak dalam tong
Anaknya patung
Namanya sotong
Dipotong potong
Menjadi lontong


Eh rindu pula main kejar kejar :')
Boleh ke kejar orang sekarang? Dah gemuk. Pfft


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 19, 2011

Kertas Jadi Bunga

Dulu masa sekolah selalu nampak kertas ini dalam almari rumah rasa macam kertas ni menyemak sahaja lantas aku membuang terus ke dalam tong sampah.

Kalau rasa sayang gunakan ia bagi menggantikan kertas warna yang tak sempat beli untuk projek Pendidikan Seni.

Take note : Benci Pendidikan Seni.


Kertas Crepe





Dah jadi Bunga Crepe ^_^



Kena buat dengan gigih.
Nak bertunang dengan encik kapten kan.



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA




December 14, 2011

DAH BERMULA

Semalam aku nekad balik kerja terus pergi Masjid Jamek dengan uniform sekali. Lantak lah. Dahlah semalam KL hujan non stop sambil berdoa dalam train semoga aku boleh membeli belah dengan gembiranya.

Sampai Masjid Jamek hujan dah berhenti. Alhamdulillah.

Terus pergi Kedai Bunga Reben cari crepe paper. Aku mengharapkan sangat kedai ni ada jual crepe paper yang banyak jenis warna tapi bila tanya SA selamba cakap warna ni sahaja yang ada. Stress betul aku.

Jadi aku beli barang lain. Pergi kedai lain keluar masuk tetap juga tak ada warna yang aku nak. Semua warna yang basic geram betul aku.

Tengah beli tu tiba tiba Ikin mesej rumah banjir. Pffft. Aku dah macam wadefak betul terus saja cepat cepat pergi survey kedai lain.




Banyak betul kedai yang SA sekalian cadangkan berapa kali aku ulang alik dari Jalan TAR ke Masjid India. Akhirnya pergi kedai Klim Craft si Indon ni cakap KELING bodoh betul hampir saja aku putus asa.

Balik sebelum pukul 8 malam nasib baik umah tak dimasuki air. Selamat laptop aku fuh.

Malam tu terus semangat DIY.



Projek DIY dah bermula.
Semangat! Hurkk!


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA




December 13, 2011

Stress

Memandangkan minggu lepas tak sempat dan tak jumpa kain untuk buat backdrop kat pelamin jadi aku decide cari kat Melaka since last week family aku di Melaka. Pergi ke Nagoya nasib baik jumpa kain untuk pelamin as well as untuk round floor pouf. Settle.

Cuma tak jumpa lagi kain lapik untuk stage. Hari itu pergi Kamdar dah habis stok yang tinggal warna biru dan purple. Aku nak putih la. Tanya SA bila stok baru sampai dia sendiri tak tahu bila sedih betul aku.




Ahad malam ajak Ikin pergi Festival City sebab dengar kat situ dah buka Kaison. Kaison ni macam Romantika atau KK tapi dia jual lagi murah and barang dia comel geram betul aku rasa nak borong je.
Lepas tu jumpa vase silinder yang aku nak dan bunga yang cantik.
Tapi hold dulu sebab macam tak sure.

Tengok pula cincin.
Aku ni dah macam fed up dengan segala peraturan nak beli emas ni rasa macam kenapa lah susah sangat nak beli ni. Pergilah kedai Sri Pinang tu. Tengok design ok juga. Jeles je tengok pasangan pilih pilih cincin sambil ketawa segala  -_-'

Terus mesej encik kapten cakap macam dah jumpa je cincin. Then dia cakap nanti bila dia turun KL terus beli tak payah nak survey survey lagi.

Semalam pula balik kerja, singgah rumah kejap aku dan Ikin gigih ke Jalan TAR dengan harapan dapat beli segala barang DIY di Kedai Bunga Reben. Nak beli gunting, manik manik, crepe paper.

Tutup.

Tak tahulah aku dia tutup awal sangat ke ataupun memang tutup hari itu. Bengang.

Ikin cakap kita pergi Semua House la. Teringat ada kedai barang kahwin kat dalam tu terus laju masuk kedai tu sebab dah nak dekat tutup. Dah jumpa warna yang aku nak.




Tapi kan.

Dia ada dua warna. First side warna dusty pink. Sebelah lagi warna merah. Whoaa aku rasa nak menjerit. Kenapa kena ada dua warna ni ingat aku nak ajar budak budak tadika melakukan seni ke?

Stress sangat.

Rasa nak mengadu kat encik kapten tapi kesian pula. Dah lah beliau sedang stress dengan kursus lepas tu kelas lagi. Ni nanti aku bercerita hal stress aku bertambah tambah stress kena marah dengan beliau.

Tak apalah. Kena belajar independent.
Hurk!


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 9, 2011

Salah Aku Ke Nyamuk

Aku adalah golongan terpilih lagi dipilih untuk senang digigit nyamuk.

Kadang kadang aku sendiri tak faham kenapa aku sahaja yang senang kena gigit berbanding orang lain.
Selalu sahaja aku persoalkan kenapa mesti aku. Kenapa aku.

Jawapan yang selalu orang jawab ialah

'Darah manis sangat ni.'

Ececeh nak cakap aku ada kencing manis ke ataupun aku yang manis. Eh.

Tapi jawapan yang paling sentap adalah jawapan dari mulut mak aku iaitu Cik Ros.

'Biasalah orang bandar tak boleh masuk kampung.'

Yelah mak kat bandar tak ada nyamuk yang ada hanyalah mosquito. Mosquito tak gigit aku eh padehal kat rumah sewa aku tu berbekas bekas merah kat tangan aku ni ha.

Lepas tu kan kalau dapat nyamuk tu aku bagi lumat tak pun kalau tinggal nyawa nyawa nyamuk aku seksa beliau dengan mencabut sayapnya itu. Puas hati aku padan muka siapa suruh hisap darah aku.

Setelah 24 tahun hidup maka dengan ini aku mengisytiharkan aku nak buat research tanpa supervisor.

Dan gigih menggoogle informasi mengenai kenapa sesetengah orang senang digigit nyamuk.

Dan hasilnya



  • Cholesterol and steroids-People who have high levels of cholesterol and steroids on their skin are more likely to be bitten by mosquitoes. This does not mean that mosquitoes like to follow people who have high levels of cholesterol, instead, this may mean that the person produces a lot of cholesterol and it remains on the skin. (Aku tak makan ubat mengandungi stereoid apatah lagi mengambil dadah. Mungkin lah kolestrol yang dihasilkan oleh aku)
  • Certain acids-This especially goes for people with high levels of uric acid. The scent is so strong to mosquitoes that it allows them to use their sense of smell, therefore, following a particular person. (Asid?)
  • Carbon dioxide-Mosquitoes are drawn to carbon dioxide. People who give off a lot of COare more likely to be bitten by a mosquito than others.  (Habis tu nak cakap oksigen aku kurang la ni? Pfft)
  • Pregnant women-This goes back to the whole carbon dioxide issue. Pregnant women exhale more COthan the average person, therefore, they have a greater chance of being bitten by a mosquito. (Tak masuk dalam list. Aku masih dara)
  • Blood type-Different blood types give off different types of odors that may or may not attract mosquitoes. For example, type O blood attracts more mosquitoes than any other blood type due to the fact that it has the highest odor in the body's fluids that mosquitoes pick up on. (Masalahnya darah aku adalah B. O adalah darah encik kapten tapi kenapa beliau sikit pun tak kena gigit?)
  • Soft skin-People with soft skin make it easier for mosquitoes to penetrate their beaks into the flesh of it's target. Once the mosquito has chosen it's target, it will remain there simply for it's own ease. (Mungkinlah. Patut ada orang pernah cakap kulit aku selembut bayi lebih lebih lagi tapak tangan walaupun setiap hari sental pinggan mangkuk segala. Ok lojik)
  • Heat-Mosquitoes love the heat. So if a person is giving off heat, then there you go, better chance of being bitten. (Suhu badan aku panas la ni eh? Hot and heat la ni?)
  • Movement-Mosquitoes aim for moving objects. That is why many people who play outdoor sports will get numerous mosquito bites. This is from the heat and movement coming from this person. (Tipu. Kadang tengah potong sayur kat kampung pun kena gigit juga)





Ok research dah settle. Aku rasa sebab utama ialah kolestrol dan juga suhu. Lain sebab tak boleh pakai. Tak lojik lagi lagi jenis darah. Tipu. Dusta.
Tapi yang part kulit lembut tu aku setuju sangat. Harus setuju yeay!

Lepas ni kena pastikan kulit tangan segar bugar tanpa ada sedikit pun bintat mahupun parut gigitan nyamuk.

Biasalah tangan nak interframe bulan depan. Eheh.


thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 7, 2011

Thinking Of Giving A Doorgift

Aku rasa kalau bertunang ni jarang orang bagi doorgift tapi sekarang macam trend. Jadi terasa ingin bagi doorgift kepada tetamu. Tapi aku rasa tetamu aku pun sebelah pihak lelaki sahaja. Eceh cakap pihak macam rombongan kahwin pula.

Abah ada tanya mak nak ke bagi doorgift bagai kepada tetamu tapi mak kata macam tak perlu kot bertunang je pun.

Tapi aku cakap kat mak nak juga bagi tapi kat family lelaki sahaja yelah sebab mereka datang dari jauh tentu mahukan sesuatu sebagai kenangan. Ke aku je yang berperasaan lebih ni?

First of all kena cari bekas.

Macam sekarang ni trend pakai brown paper bag.



Aku dah survey mana nak beli paper bag ni. Sangat dekat dengan rumah sewa aku. Murah dan kau boleh design suka hati kau nak. Yang penting rajin dan kreatif. Masalahnya kreatif dan rajinkah aku? Tssk



Mini jar ni pun macam praktikal dan sofistikated. Sumbat sumbat, tutup lepas tu hias sikit. Settle. Tapi tak tahu kos dia berapa. Anyone?


Lepas tu tanya kawan kawan nak letak isi apa dalam tu.

Benci betul bila memikirkan segala isi doorgift. Boleh jadi stress.

Ikin kata tak perlu kot nak bagi makanan sebab dah jamu mereka makan. Aku pun tak nak bagi benda benda mengarut macam tuala kecil ke, manik manik juntai, sudu kecil dan sebagainya. Confirm lepas dua hari orang buang. Confirm punya sebab aku macam itu kalau dapat tuala kecil buat lap hingus itu terus aku buang tong sampah sebab kat rumah dah berlambak. Kejam betul aku tentu pengantin kecil hati bila tahu aku membuang tuala tersebut.

Dan terfikirkan sesuatu.

Rasa nak bagi sesuatu yang boleh dibuat kenangan.


Err rasa nak bagi kaktus comel. Comel tak? ^__^


 thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA



December 2, 2011

Serius Gelabah

Ia aku nak bertunang sahaja. Tak perlu nak kelam kabut sangat lagipun majlisnya ringkas sahaja bukan ada upacara sanding renjis renjis dipilis pun.

And I have another 50 days more.

Tapi boleh tak kau bayangkan dia jauh. Keluarga pun jauh.

Aku rasa macam memang 90% preparation datang dari rumah sewa aku. Awal awal lagi aku dah cakap kat Ikin dan Ifa kena tolong aku prepare segala macam benda ni. Lepas tu kemain eksaited tak tahu aku ni dah gelabah.

Roughly.

Nak buat sendiri.

Mini Dais.
Baju.
Veil.
Hantaran.
Doorgift.


The Theme.

Dusty Pink + Grey




Hope semuanya ok.
Tak sabar tapi gelabah.

Petang ni nak survey cincin :)



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA





December 1, 2011

Takut Tapi Nak Juga

Manusia ni kan kalau dia tak pernah sekali pun rasa apa itu kecewa memang namanya bukan manusia.
Tanya lah sesiapa pun. Orang miskin ke, orang berjaya ke. Mesti paling tidak sekali dia pernah rasa apa itu kecewa.

Macam aku. Pernah.

Kalau nak rasa apa itu kecewa silalah kuatkan diri anda dulu. Jangan jadi macam aku yang meroyan macam nak mamp bila tiba tiba tak bersedia fizikal mental nak hadapi kecewa.

Another two months from now will be my sub-big day.

Dulu aku pernah dipersoalkan kenapa nak bertunang ni.
Bukan ke tu adat. Tak buat pun tak apa.
Paling sajak bila dikata tunang tu nanti tiket untuk lebih bermesra mesra sampai aku pelik kenapa kau nak fikir macam tu? Salah sangat eh bertunang ni? Ke kau pernah ada sejarah keluarga kau terlanjur masa bertunang?

Aku senang.

Kalau rasa bertunang itu boleh mencemar nama kau baik tak payah bertunang. Setel.

Aku ni pun sebenarnya takut nak bertunang.

Memang ikutkan tunang tu bukan wajib. Tapi setakat yang aku tahu tak berdosa selagi kau tak langgar hukum dan buat benda benda yang laki bini buat. Ikut zaman dulu dulu bertunang ni tempoh untuk laki dan perempuan tu berkenalan. Tapi zaman sekarang ni tak ada nak berkenal kenalan dah. Sebab tu orang cakap bertunang jangan lama sangat takut nanti terbuat aksi laki bini.

Aku selalu cakap kat encik kapten.

'Awak kita takut lah nak bertunang ni. Lagi takut kalau kahwin. Takut sangat'

Bak kata beliau kalau takut sampai bila bila tak kahwin.

Hidup ni macam main judi.
Duit yang kau taruhkan tu kira macam nasib kau.
Menang atau kalah itu lah takdir kau.
Orang yang sama sama main judi tu orang sekeliling kita.

Sebab tu orang cakap bila dah kahwin tu jangan terlampau confident macam confirm dia akan jadi milik kau.

Dan sebab tu kita disuruh berdoa, berdoa dan terus berdoa even dah nak mati pun.

Dan aku berdoa.

Semoga aku kuat untuk semua ujian yang aku bakal hadapi.
Semoga aku tidak takut untuk berubah ke fasa hidup yang baru.
Semoga dia dan aku tidak mudah putus asa.
Semoga dia terus sayang aku sampai bila bila.



thanks sebab baca :)

LOVE, ZIEMA