Followers

March 1, 2012

The Hantaran

Sudah genap sebulan (lebih sikit) aku bertunang tapiiiiiii masih lagi mahu update cerita tentang tunang, entah bila nak habis aku  pun tak tahu tehehee.

Ok mari cerita tentang hantaran.
Aku dan tunang decide hantaran ialah 5 balas 7. Ke 7 balas 5? Eh.

Aku awal awal lagi dah cakap kat mak tak nak menambah nambah bilangan dulang hantaran yang tiba tiba makcik kau sponsor kek, jiran sponsor vitagen, no no no ok. Dan nasib aku baik sebab keluarga aku bukan jenis suka menambah nambah bilangan hantaran sejam sebelum majlis sebab faham benda macam ni akan menyusahkan orang terutamanya aku. Ditambah pula aku yang seorang clumsy ini tentu kerana hal hantaran aku boleh menjadi sorang fianceezilla. Heh.

Hantaran tunang


Dari kiri

Kek gulung dan coklat
Buku - Ohsem ok buku ni pandai encik tunang pilih untuk saya hewhewhew
Sirih junjung
Telekung - Sila rajin bersolat!
Bekas cincin


Hantaran aku


Dari kiri

Tshirt
Kek
Wallet + belt 
Buah buahan 
Sirih junjung
Coklat 
Bunga rampai - Bekas ni banyak jual kat kedai tapi nak paling murah sila pergi SinYin Semua House


Ingat tak crepe paper yang aku berangan nak buat bunga hari tu? Alhamdulillah, the dream becomes reality. Puas hati dan sedikit bangga bila mak puji (sikit sebab mak adalah master hand craft). Eh bakal kakak ipar pun puji tau aku rasa seperti di awang awangan.




The best part is semua hantaran dari aku, aku buat sendiri sambil sambil diganggu oleh emak yang komen sedikit (tapi macam banyak je) tentang betapa tidak berseninya jari aku menggubah hantaran. Well mak, bukan ada pertandingan hantaran siapa paling berseni pun kan. Tapi kami berkongsi satu persamaan. Kami cerewet. Bagus kan?

Dan silalah cik jimah fikirkan idea untuk hantaran nikah nanti ye.


thanks sebab baca :)

12 comments:

  1. wahh, pandai nye kak zima. t boleh la wt tempahan kt kak zima je. ye dak? t upah la :)

    ReplyDelete
  2. ziema, riview la wat bunga cam hantaran u tuh!!cantek la..
    baru nak tanya, "tu fresh flower ker..?"
    mmg osem!!

    ReplyDelete
  3. Dini : Saja je try n error. Heee bila tu nak kahwin? Olololo :)

    Ezza : TQ dear :)

    ReplyDelete
  4. Che'nul : Tula tgh berusehe nk tnjuk tutorial ni. Hehehe tunggu eh :)

    ReplyDelete
  5. hah! ira pun ingat itu fresh flowers! fuiyoo hebat la kamu..

    ReplyDelete
  6. Ira : Thanks so much awak :)

    ReplyDelete
  7. ziema nti jgn lupe wat tutorial bunga tau!
    ingt nk DIY gak lah hantaran tuh...
    semua cantek!

    ReplyDelete
  8. a'a...wat ek tutorial bunga tu...cantik n sweet....
    leh blajar tuk diy hantaran adik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Ziema baru je buat tutorial Ana :)

      http://queenfantagiro.blogspot.com/2012/05/tutorial-bunga-ros.html

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.