Followers

April 18, 2012

Kertas Mawar

Heh.
Tajuk macam terlalu Melayu. Kertas Mawar konon. Apa ke salahnya kalau ditulis Paper Rose, ataupun Crepe Rose. Kan english tu.

Lately aku agak busy sebab menyiapkan tempahan bunga kertas. Eh silap, crepe flower.
Balik kerja sahaja terus cari plastik yang menyimpan segala alatan membuat bunga berkenaan. Ok tipu. Balik kerja, mandi segala barulah mengadap benda ni. Buat benda ni kalau tak ikhlas, ditambah pula penat dan terpaksa memang tak jadi bunga. Betul ni aku tak tipu.

Oleh itu semasa buat benda ni hendaklah anda berhati terbuka, sambil feeling feeling enjoy membuatnya sambil mengadap televisyen. Ataupun mengadap roommate kesayangan, sambil bercerita tentang masa depan. Heh.

Dan sila percaya cakap aku, once kau dah berjaya buat kau akan rasa, 'Wadehell is dis? Kenapa aku tak tahu tangan aku berseni. Omaigad omaigad!'






Nanti kalau rajin dan ada masa. (Baca lagi sekali, kalau rajin dan ada masa.) Aku tunjuk tutorial. Maaf kalau ada yang minta tutorial bunga aku tunang dulu tapi tak tunjuk pun. Tssk. Maaf sangat ye. -_-'

InsyaAllah.
InsyaAllah.

Aku cuba.

Eh ada ke orang nak belajar? Ke semua dah terror?


thanks sebab baca :)




April 13, 2012

Anniversary

Sepatutnya entry ni aku post pada lapan haribulan April tahun gajah 2012. Tapi masa tu aku berada di Langkawi menghabiskan masa dan duit bersama kawan kawan, lalu tiada masa mahupun internet untuk mengarang kisah anniversary ini.

Bukan anniversary aku lah hoi hoi. Tak main lah count down anniversary couple tunang ni.
Kita nak wish anniversary kahwin mak abah kita tehee.

Masa aku kat Langkawi tu ada call mak, kemudian mak terus tanya hari ini berapa haribulan.
Aku kalau mak tanya berapa haribulan tu memang dah faham sangat.
Tak birthday siapa siapa, mesti ada tarikh penting. Mesti punya.

Terus laju wish,

'Errr... Happy Anniversary!'

Demmit macam mana boleh lupa ni, Demmit demmit. Lalu untuk cover malu aku tanya,

'Eh eh 8 haribulan eh. Laaa, ingatkan 18 haribulan tssk tssk. Salah la ni eh?'


Sudah 27 tahun rupanya usia perkahwinan mereka :')

27 tahun, kalau tak kuat, tak guna akal, mana mungkin selama itu.

Belum pernah aku tengok emak dan abah gaduh gaduh.
Belum pernah aku tidak dengar salam abah dari luar pintu.
Belum pernah aku dengar emak mengeluh menjadi isteri abah.
Belum pernah aku dengar emak bercerita buruk buruk tentang suami beliau.
Belum pernah aku tengok abah tak makan masakan mak walaupun hanya masakan yang ringkas.

Ya Allah,
Kuatkan lah jodoh emak dan abah aku. Lapangkanlah rezeki mereka. Jauhkanlah mereka dari syaitan yang direjam. Lindungilah mereka dan keluargaku Ya Allah.

Ya Allah,
Jadikan aku sekuat emak ku. Kurniakanlah suami seperti abah ku.



Budak panjang yang jeles kalau mak abah berdua duaan.


Happy Belated 27th Anniversary!




thanks sebab baca :)




April 6, 2012

Kain Sari

Hai assalamualaikum :)

Great sangat, lama gila tak update blog. Entah lah, aku macam tak ada idea sangat hehe. Nak update pasal wedding lambat lagi, maka tak ada lah cerita yang banyak nak kongsi.

Cuma weekend haritu aku, Ikin dan Ifa feeling feeling tourist menghabiskan masa, tenaga dan wang. Subjek aku nak cari kain sari untuk wedding abang aku nanti. Memang awal awal lagi aku dah bagitahu emak nak pakai kain sari tapi jadikan ia baju kurung lah, gila apa kau perempuan Melayu pakai sari.

Aku tak tahu kenapa aku macam melting kalau tengok kain sari sekarang.
Sebab rasa macam tak perlu nak beli kain chiffon kosong, kemudian nak tambah beading segala. Kain sari ni complete semua ada. Tinggal nak jahit jadi baju, siap boleh buat 2 jenis baju sebab kain sari memang jual 6 meter sahaja.

Lokasi pertama. Madras. Betul betul depan Semua House.



Masa ni aku rasa Ikin dan Ifa adalah sangat, 'Wadehell is this? Lambat lagi ke Jimah ni nak pilih segala kain ni?'

Masa aku pilih pilih kain sambil membebel tanya pendapat, rupa rupanya mereka sedang sibuk memerasankan diri di hadapan cermin. What the.. aku cakap sorang sorang rupanya. Patutlah macha tu senyum senyum malu ingatkan nak mengorat aku. Cehh.




Aku dah nekad, macam mana pun kena juga beli. Kena!

Dan ini adalah last choice setelah puas melilit segala warna dan jenis sari di hadapan cermin hewhew. Ok hal baju untuk wedding abang dah settle. Pheww.

Kalau korang nak cari sari yang affordable dan murah aku suggest Madras ni. Price range dari RM49 sampai lah yang beratus ratus pun ada. Ok? :)


Lepas tu singgah Haneefa. Kedai ni sebelah Madras, seakan akan Mydin tapi lagi besar.

Tingkat bawah sekali menyediakan kelengkapan rumah dan dapur, juga kelengkapan diri anda. Tingkat dua menjual aksesori seperti jam tangan dan barang kemas, manakala tingkat tiga ada menyediakan pakaian wanita dan lelaki. Eh kenapa ni cerita pasal Haneefa ni? @&G(dfcfcfhjjk!!!

Ok balik kepada topik asal.

Selalu kan korang tengok kain sari ni dia punya detail ada labuci manik segala kan? Kan? Kan?



Ini pertama kali aku jumpa sari bersulam sulaman. First time u know. Sebenarnya aku dah pergi sebelum ni dan beli (Ikin pun stress lalu membeli) tanpa fikir dua kali sebab kain ni tak ada stok. Saja nak bawa Ifa tengok biar dia rasa tertekan haha. OK beliau memang tertekan.

Masa ni pun kitorang gatal request nak pakai sari kat macha, lalu macha telah memanggil Monica ke Mondika entah aku tak ingat. Gila impressed masa dia pakaikan sari ni, terasa diri ini seorang Aishwarya Rai sebentar. Muntah.



Ok itu sahaja entri aku kali ni.
Serius bosan kan.

P/S : Orang eja sari ke saree ni? Confuse..


thanks sebab baca :)