Followers

April 6, 2012

Kain Sari

Hai assalamualaikum :)

Great sangat, lama gila tak update blog. Entah lah, aku macam tak ada idea sangat hehe. Nak update pasal wedding lambat lagi, maka tak ada lah cerita yang banyak nak kongsi.

Cuma weekend haritu aku, Ikin dan Ifa feeling feeling tourist menghabiskan masa, tenaga dan wang. Subjek aku nak cari kain sari untuk wedding abang aku nanti. Memang awal awal lagi aku dah bagitahu emak nak pakai kain sari tapi jadikan ia baju kurung lah, gila apa kau perempuan Melayu pakai sari.

Aku tak tahu kenapa aku macam melting kalau tengok kain sari sekarang.
Sebab rasa macam tak perlu nak beli kain chiffon kosong, kemudian nak tambah beading segala. Kain sari ni complete semua ada. Tinggal nak jahit jadi baju, siap boleh buat 2 jenis baju sebab kain sari memang jual 6 meter sahaja.

Lokasi pertama. Madras. Betul betul depan Semua House.



Masa ni aku rasa Ikin dan Ifa adalah sangat, 'Wadehell is this? Lambat lagi ke Jimah ni nak pilih segala kain ni?'

Masa aku pilih pilih kain sambil membebel tanya pendapat, rupa rupanya mereka sedang sibuk memerasankan diri di hadapan cermin. What the.. aku cakap sorang sorang rupanya. Patutlah macha tu senyum senyum malu ingatkan nak mengorat aku. Cehh.




Aku dah nekad, macam mana pun kena juga beli. Kena!

Dan ini adalah last choice setelah puas melilit segala warna dan jenis sari di hadapan cermin hewhew. Ok hal baju untuk wedding abang dah settle. Pheww.

Kalau korang nak cari sari yang affordable dan murah aku suggest Madras ni. Price range dari RM49 sampai lah yang beratus ratus pun ada. Ok? :)


Lepas tu singgah Haneefa. Kedai ni sebelah Madras, seakan akan Mydin tapi lagi besar.

Tingkat bawah sekali menyediakan kelengkapan rumah dan dapur, juga kelengkapan diri anda. Tingkat dua menjual aksesori seperti jam tangan dan barang kemas, manakala tingkat tiga ada menyediakan pakaian wanita dan lelaki. Eh kenapa ni cerita pasal Haneefa ni? @&G(dfcfcfhjjk!!!

Ok balik kepada topik asal.

Selalu kan korang tengok kain sari ni dia punya detail ada labuci manik segala kan? Kan? Kan?



Ini pertama kali aku jumpa sari bersulam sulaman. First time u know. Sebenarnya aku dah pergi sebelum ni dan beli (Ikin pun stress lalu membeli) tanpa fikir dua kali sebab kain ni tak ada stok. Saja nak bawa Ifa tengok biar dia rasa tertekan haha. OK beliau memang tertekan.

Masa ni pun kitorang gatal request nak pakai sari kat macha, lalu macha telah memanggil Monica ke Mondika entah aku tak ingat. Gila impressed masa dia pakaikan sari ni, terasa diri ini seorang Aishwarya Rai sebentar. Muntah.



Ok itu sahaja entri aku kali ni.
Serius bosan kan.

P/S : Orang eja sari ke saree ni? Confuse..


thanks sebab baca :)




7 comments:

  1. nk tny pasal sari mari ni aku rs zaira bole menjawab. hehe. tp aku mmg dr blaja kt aswara dlu aku dh gile ngn kain sari tau. dpt lak tgk org nari2 ngn bju liplap2. aduuh..

    nk beli tp takot mahal!haha tp since ko kate madras murah sket, aku pun tenang.hahha

    melihatkan zaira si doktor tu beli kain sari, trus aku mbuak2 jgk gile sari. xkire. sari will be my addiction! haha

    ReplyDelete
  2. ziemaaa....sangat cantik yang warna biru yang awak dok lilit tu...

    pakai macam tu je lah masa wedding abang awak..tp sesuaikan lah dgn ciri2 muslimah gitu.pakai inner ker...cantik meyhh...

    (jangan lah aku pulak terpengaruh..)

    ReplyDelete
  3. oh my...I suka kain sari sangat2!! ada dua dlm simpanan yg belum menjadi baju...tp bukan utk wedding la..shud think of wedding dress yg guna sari material kan...

    ReplyDelete
  4. kat Semua House ea..ok nnt nak terjah...cantik la kaler biru tu :)

    thanks mak jemah..hihiii

    ReplyDelete
  5. akak pun suka la nak buat baju kurung guna kain sari ni.. nak p gak la nanti...

    ReplyDelete
  6. salam.

    boleh singgah ke blogshop kelubongidaman.blogspot.com untuk shopping kain saree original dari India dengan harga yang sangat berpatutan :)

    ReplyDelete
  7. yg biru turqoise ni brp?

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.