Followers

June 25, 2012

Dugaan Bertunang

Masa dengan super duper silly Ex dulu, family aku dengan family beliau ada sedikit percanggahan pendapat.
Family aku nak kami bertunang. Family beliau pula mati mati tak nak kami bertunang, katanya bukan benda wajib. Yang wajib nikah. Tapi end up adik perempuan dia pun bertunang juga. Bab tu aku confuse, kata tak wajib. Takpe, aku dan Ex sudah jadi sejarah. Sekarang fokus on my sayang Adli. Masa depan aku.

Bertunang memang bukan benda wajib.
Yang wajib akad nikah.

Tapi ini pendapat aku lah.

Bertunang ni pada aku tak ada apa pun. Kalau yang macam jenis aku, kenal sekejap (setahun) tanpa pernah jumpa keluarga masing masing, dan kami jarang jumpa sebab beliau jauh. Memang bertunang adalah salah satu cara nak kenal diri malahan keluarga pasangan anda. Inilah masanya kau nak ukur sejauh mana keserasian diri malahan keluarga masing masing. Lepas tu ada la sikit proof kalau orang nak mengorat, mestilah fikir 14 kali sebab kau dah bertunang.

Aku tak nampak kat mana yang orang kata, 'Bertunang ni tiket untuk pasangan melakukan perkara yang terlanjur dan segala tiket nak buat aksi laki bini'.

Contohnya macam, berpeluk pelukan, keluar rumah berdating sesuka hati mak kau and so on. Betul aku tak nampak. Pada akulah, kalau dari mula kau bercinta dah macam tu, memang lah lepas bertunang pun kau akan macam tu kan? Lainlah lepas bertunang tiba tiba kau behave, berdating pun bawa teman, nak pegang tangan pun tiba tiba, 'Astaghfirullah! Maaf sayang I terpegang tangan you'  Itu memang namanya luar biasa.

Macam kes aku dengan tunang, bukan kata nak berpeluk. Nak SMS/call pun memang susah.
Macam haritu mak aku nak pinjam phone aku, nak call kawan kawan sekolah beliau sambil nak jemput mereka ke wedding abang aku. Kau faham faham jela kalau dah call kawan lama ni mesti lah ada segmen mari mengimbas kenangan lama kan?

'Sebulan bayar bil handphone mahal tak?
'Lah kenapa? Tak de lah sikit je pun'
'Mak nak pinjam lah nak call kawan kawan mak. Pakai prepaid ni leceh.'
'Pakai jelah mak. Tak luak pun bil tu.'


Lagi satu, selalu aku dengar statement bertunang ni banyak dugaan.
Itu memang betul. Tapi tak payah tunggu bertunang, bila bila masa saja kau akan diuji betul tak? Kalau bukan sebelum bertunang, mesti lepas kahwin.

Aku dengan Adli setakat ni ok. Ok maksud aku bukan dugaan besar sangat yang sampai rasa give up. Setakat gaduh gaduh tu biasa pada aku, sebab dia jauh dan sibuk. Hati perempuan, lagi pula jauh kan. Heee.
Dan teori aku, kalau sorang down, sorang kena bagi moral support. Tapi selalu yang down lebih lebih nak manja manja aku lah. Again. Hati perempuan kan (alasan).


Bila lah dapat jumpa ni tsskkk

Lagi satu pada pendapat aku, bila bertunang ni kau akan fikir 14 kali kalau rasa nak give up dengan hubungan kau. Sebabnya, pertama kau dah ada ikatan tak rasmi dah kenal keluarga saudara mara dia semua. Lepas tu, mestilah dah ada persiapan sikit sikit beli keperluan untuk masa hadapan. Kan kan? Tapi tapiii kalau yang sudah tiada jodoh, putus tunang di tengah jalan tu nak buat macam mana. Itu kerja Allah, bukan kerja kita. Kan kan?

Owh ya aku tengah melalui dugaan (dugaan ke?) ni dengan Adli.

Kursus Young Officer beliau postpone (lagi). Dari Julai ni ke Januari tahun depan. Punya lah aku plan nak kahwin Januari sekali amik kau bukan ke kena postpone juga wedding kami itu? Tapi entah kenapa aku macam tak ada perasaan nak frust frust macam certain awek siap menangis nangis. Memang lah ada rasa terkilan, tapi aku dah agak benda benda macam ni boleh berlaku. Rileks. Postpone kahwin saja pun, bukan tak jadi kahwin. Kan? :)
Nasib baik aku belum book segala mak andam katering segala. Nasib baik fuhhh nasib baik.

Tapi tiba tiba Adli macam nak awalkan ke bulan Disember. Awalkan ok??
Fuh serabut serabut. Fuhhhh.........

Well, this is what you have to pay when you chose a military man.


Siap sedia berkorban. Bukan mereka sahaja. Kau yang nak kahwin dengan dia pun sama.






Dugaan sikit sahaja ni. Orang kata dugaan bertunang kan?
Kalau sekarang belum kuat, macam mana hari kemudian? Kan kan? :')

Dear Mr Fiance,
Sudah 5 bulan, 2 hari berlalu.
Sama sama be strong eh. Janji  :')


30 comments:

  1. hummmm..... khawin jangan lupa jemput ek hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah akan dijemput :)
      Member takkan dilupa Ayu hehehehe

      Delete
  2. Moga dipermudahkan segala urusan sampai ke majlis sampai ke after kawin. Hehe. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Mardhiyyah :)
      Aminnn.
      Tq yeay!!!

      Delete
  3. wah awalkan la ziema ;)
    sempat lg nk prepare ni ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waaaaaa CikSusu.
      Ketua kelas awak ni nak awal pulak adoyaiiiii...Hehehe

      Delete
  4. klu nk kwin jgan lupe semput k...kehkeh...nice tical

    ReplyDelete
  5. wah..sama...5bulan 2 hari bertunang...
    mmg xdinafikan dugaan bertunang ni sgt2 kuat..
    sy sendiri rasa xsanggup nk hadapi lagi...
    mmg boleh dikatakan selalu je gaduh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Soulmate. Wah sama ke? Yeay!
      Tula pasal. Takpe kita be strong sama sama eh. Lepas kahwin laaagi banyak dugaan kan kan? ;)

      Delete
  6. hye jima..moga dipermudahkan setiap apa yang dirancang. Amin.. :)
    Salam perkenalan daripada kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Bie. InsyaAllah hope semua berjalan lancar :)
      Nice to meet you.

      Delete
  7. hai cik ziema, eh nama kita dekat2 lah lol.baru perasan awk link kita.so kita link awk jugak.salam perkenalan ye.goodluck wedding prep hehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Zimie. Ziema dah lama follow blog awak before awak kahwin tau.
      Nasib baik awak perasan teheheeee. Slm perkenalan juga :)

      Delete
  8. Replies
    1. Eh eh apa yang sweet ni Qiela? Hhehehe.
      Tq dear :)

      Delete
    2. nak sama-sama be strong, janji ;p

      Delete
  9. Bertunang dugaan paling besar sebelum ke alam perkahwinan...
    sye taw.. sekarang.. dugaan paling besar sye bile ade ahli keluarga yg mahu memisahkan kami... Sedeynyer.. dh 6 bulan bertunang ade yg nk putuskan.. dugaan buat kami dari keluarga masing2.. sedeynyer... Doa setiap hari minta ALLAH berikah petunjuk dan pertolongan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar ye Sue :(
      Wahtever happened, be strong dear. Berdoa banyak banyak ye. Kalau dia jodoh kita, InsyaAllah tak ada siapa boleh halang..
      Be strong! :')

      Delete
  10. beb, aku rasa lebih baik diawalkan dari pospon.. haha..

    ReplyDelete
  11. eh eh aku dah pos ke belom komen aku tadi ek? *musykil*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi hoi dua kali hoi hihiihihihih..
      Yup mungkin diawalkan :p
      Yeay!!!!

      Delete
  12. hye my queen fataghiro..wani tau ziema hebat..kuat...postponed wedding je..xde pape hal jek la..kdg2..kite kene lihat smua tu dari sudut positif..ade yg terbaik Allah tentukan utk kita tu..wani sah 3 kali postponed wedding..dah nk masuk 2 tahun dah kami tunang..smua tu ngajar kita lebih matang..serius..i meant it..klau anjakkan lagi bgus..well..klau dah plan2 copek tu..jgn lupe jemput wani k.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye HazyIsle :)
      Ececeh kuat la sangat kan.Tula pasal benda unexpected kan. But maybe dicepatkan kot. Dengar macam gelojoh teheeeee..
      BTW thanks for the advice dear :)

      Delete
  13. tunang ngan askar... samalah kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah military WAGS :)
      Selamat berkenalan yeay!

      Delete
  14. wah2... tunang askar hihi. sy pon bakal b'tunang ngan askar. insyaallah hujung tahun :) mcm kecut pewot plak rsenya. dunno y npe ramai org slalu ckp askar ni sosial. baik laki, baik pompuan. oowwwhhhh janji nawaitu pasangan kita btl n xke arah yg bukan2 kan dear :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa la tu Mrs Hairum. Ziema pun ramai ckp macam tu dulu. Memang aktiviti dorang ni sosial sikit tapi takdela teruk sangat.
      Jangan risau eh. Kena selalu ingatkan abang askar :)

      Delete
    2. saye pon ade dgr gk (tetibe menyampok)
      tp xsemua cm2 kan..

      Delete
  15. klu ikutkan kite dgn tunang pun x knl lama..
    kenal 2 mgu, trs jumpa family saya, x spi pn 2 bln, trs tunang n sakng menghitung detik utk disatukan..
    klu ikutkan kite, x mo tunang, sbb kite pn pnh tunang ikut pilihan kuarge, tp x jadila kan..
    tp tunang yg nk bertunang, katenya nk merasa jd tunang org..

    bertunang pun ok gak, sbb kite x rs sangsi, malah dah tau kite ni dh dicop oleh dia klu ade org lain cube nk usha line..hehe. tu la kot yg tunang kite takot.

    dugaan jgn ckp laaaaaaa. huhu..
    sbb dugaan ms kapel x melibatkan keluarge 2 belah pihak, tp dugaan tunang ni lain skit pd sy... kdg2 kite x setuju , kdg2 dia setuju..benda2 ni buat semua kuar asap ... haha
    but till then, alhamdulillah, segalanya ditempuhi dgn penuh sabar..
    yg pntg kne tolak ansur.

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.