Followers

August 28, 2012

Aidilfitri Yang Akhir

Family abah dan mak aku besar tambahan pula berlainan negeri. Mak orang Johor, sementelahan abah Perak. Kutub utara kutub selatanlah lebih kurang orang kata. Parent aku mengamalkan sistem giliran bila beraya, maka tahun ni jatuh beraya di Johor. Memandangkan both atuk nenek aku dah tak ada makanya berayalah kami di rumah makcik aku di Muor.

Actually tak ada apa yang best sangat pun raya tahun ni sebab belum jadi isteri orang benda yang sama setiap tahun kan. Cuma yang seronok tahun ni ada baby cousin aku, meriah sikit.



Our big family.
Yang berdiri semua berposing bersama pasangan masing masing.
Tunggu la aku tahun depan tunggulah.......



Memandangkan baju masa kenduri abang aku kahwin tu available lagi maka kami decide theme purple.
Ingatkan nak pakai baju kain sari tu, tapi memikirkan betapa kakak ipar akan kelihatan awkward, lalu kami memilih untuk memakai baju bercorak.


My dearest cousin Kak Reen.

Dia cakap jomlah ambil gambar sama sama. Tahun depan Jimah dah tak single. Akak dah tak ada geng nak tidur sama, nak gosip gosip :'(
Alahai sedihnya. We share almost everything together, sampai rahsia kitorang masing masing simpan. How close we are kan?

Jimah doakan jodoh akak dilapangkan. InsyaAllah :')

Adli tak dapat beraya sebab on duty raya pertama. Kesian juga tapi tak apalah dia kan lelaki hahaha tak kelakar. Memang aku dah plan cantik nak pergi menziarahi beliau sambil membawa lauk feveret beliau iaitu ayam kicap sebab Muar-Melaka dekat sangat. Tapi plan aku hancur musnah bila abah tiba tiba decide nak balik KL esoknya. Maka terpaksa lah sehari suntuk beraya di rumah saudara mara di Johor. Terkilan juga tapi tak apalah, tahun depan bukan saja membawa lauk, malahan mungkin memasak untuk beliau InsyaAllah. Amboi kemain dah plan untuk raya tahun depan. Tak malu betul. ^_^

Raya ketiga di Perak. Aku suka gila kalau balik kampung abah aku ni tehee.


Nak tahu sebab apa?

-



-



-



-



-



-



-



-



-

Sebab ni la.



Dan ini



Hari Khamis tu kebetulan sepupu aku bertunang.


Lepas je majlis tu terus abah aku bawa pergi air terjun lepas tu tengok view bukit kat situ. Kesian kakak ipar, tak biasa agaknya meredah jalan macam tu. Sampai pening pening.






Masa ni aku memang lepas gian lompat macam ni pakai baju kurung. Last aku buat masa beraya rumah induk Begum sampai kena sound memekak mekak depan rumah memalukan betul hewhew.



Alamak alamak tak jadi pula. Ok ok lagi sekali.


Phewww aku paling tinggi hahahaha


Ok dah penat.




Ok dah habis pun cerita raya aku. Cerita la sangat gambar je aku tengok penuh entah apa apa. Tu je kot cerita beria pun bukan ada orang beria nak baca.  Masa balik lalu Taiping, ternampak la trak askar ni. Owh lupa pula nak cakap. Sebelum ni Adli posting kat kem Taiping tu. Apa ke nama tu? Kem Sangro eh.

Terus aku mesej beliau.



'Sayang, tadi kita nampak trak lepas tu kita lalu area dekat kem tu terus teringat awak. Kita rindu awak'

'La, bukannya saya ada kat situ pun hahaha.' Eh tak kelakar ok.

Orang lelaki tak pernah faham perasaan wanita. Ke aku yang over feeling ni?



August 27, 2012

Cerita Dua Minggu Lepas

'Emm sayang terus balik Melaka ke?'

'Maybe. Why?'

'Sebab haritu cakap nak buka sama sama. Takpelah kalau tak jadi. Saja tanya.'

'Ingat tak nak kawan dengan kita dah. Mana tahu.'

'Kita bukan kawan dia. Kita tunang dia. Nak buka sama tak?'

'Kalau sayang merajuk lagi tak nak lah.'

'Dah tak merajuk. Nak raya dah.'

'Saya gi KL dulu, ada kerja nak settle dulu. Then kita buka sama and saya balik Melaka terus. Ok?'

Senyum.

Balik kerja tunang ambil, tapi lambat sebab jammed yang amat. Sampai sampai saja aku tanya, 'Jammed teruk ke?'

'Eh taklah tak jammed pun. Tak dengar kat radio?'

Sentap. Terus diam. Air mata bergenang. Salah aku ke tanya?

Balik balik, mandi semua terus bersiap. Sempat lagi tunang bagi ikan patin dari Temerloh kepada emak. Sebelum pergi aku sambar kurma dan sebotol air takut takut tak sempat berbuka. Eceh macamkan aku puasa. Heh.

'Kenapa serius tadi Yang?'
'Tak mau la merajuk lama lama tak elok.'

Senyum semula.

Terus mencari tempat untuk berbuka. Ingatkan nak pergi jauh jauh sikit, sementelahan bukan selalu berjumpa.  Nak suap suap. Tapi memandangkan jam sudah pukul 6, ditambah pula dengan jalan yang sangat sesak maka kami memilih untuk berbuka di tempat yang dekat sahaja. Nasib baik ada tempat kosong terus saja duduk order hewhew. Niat nak booked, siap cakap dekat waitress nak keluar. Lepas tu konon konon nak pergi Festival Mall tu, tapi bila tengok jalan raya terus masuk balik. Malu je dekat waitress tu.



Boringnya. Bila nak masuk waktu berbuka ni.


Asal jumpa je muka masing masing pandang handphone masing masing kenapa kenapa?


Konon konon nak berbuka ala ala buffet segala tapiiii akhirnya berbuka di Kenny Rogers. Tak feeling berbuka pun. Tsskk


'Sayang, kita ingat nak merajuk lama lama tapi Ahad dah nak raya. Bila lagi kan nak berbuka macam gini. Tahun depan dah kahwin hehe.'

'Boleh pulak nak merajuk lama lama.' Ketawa.

'Biarlah padan muka dia. Dah janji dengan kita tapi cancel.'

'Eh tahun depan kita dah kahwin kan. Nanti nak masak sedap sedap biar awak gemuk. Haaa tengok tu tulang kat rahang tu nampak.'

'Biarlah. Baru macam Van Damme.'

Perasannnnnnnnnnnnnn.

Salam Aidilfitri dari aku, Cik Jimah dan tunang, Kapten Adli :)
Eh dah raya ke berapa ni baru nak wish haha. Nanti lah nak cerita pasal Aidilfitri tahun ni.




August 14, 2012

Hand Bouquet Puan Soso

Theme colour : Peach
Event : Groom's reception

Carnation crepe paper HB ordered by Puan Soso. Actually dia ni geng military partner juga.
Hope Soso puas hati ye.





Ada yang tanya macam mana nak order. Ampun maaf korang, buat masa ni Ziema tak ambil banyak sangat takut tak terkejar. Persiapan wedding pun satu apa pun Ziema tak buat lagi ni. So regret.

Tapi tapi....mungkin Ziema akan buka order, mungkin dalam kuantiti sikit. Kira macam limited order la hehe.
Stay tuned guys :)

Cuma Ziema nak survey price range. Agak agak nak letak berapa ye? Takut termurah/termahal pula.

Eh ni kenapa pula tiba tiba bahasakan diri Ziema ni. Sopannya aku.


August 8, 2012

Candy Buffet Murah from Golden Image

Sekarang ni candy buffet seakan akan dah jadi trend masa wedding kan?

Masa ni abang aku kahwin. Memang niat di hati nak sponsor candy buffet ni sementelahan aku cukup suka kalau ada buffet ni. Comel, boleh tarik kanak kanak mahupun orang dewasa ke situ.

So on that day, aku pesan kat kak Qila owner candy buffet ni supaya datang tak payah awal sangat dalam pukul 11 pagi okay kot. Memandangkan wedding kat dewan, jadi aku memang tak jumpa kak Qila nak suruh dia buat apa ke nak guide dia ke. Tapi memang dah suruh pihak caterer lebihkan satu stall untuk candy buffet. Sampai sampai saja beliau dah set up candy buffet ni. Fuhh nasib baik kak Qila jumpa stall hewhew.

Ni pinjam gambar dari FB beliau. Serius, tak sempat nak ambil gambar ramai sungguh tetamu tak putus putus.



Tu tangan aku tu (tiba tiba nak promote). Mesti tengah tunjuk jalan kat tetamu, sopannya aku ish ish.
Sorry kak Qila, cacat gambar kamu gara gara tangan Ziema -_-"





Ok sekarang masa untuk mempromosikan hasil kerja beliau.

Masa aku survey candy buffet servis ni amboi mahal hoi. Ada yang sampai rm1000. Untuk aku yang tak ada lah beria sangat ditambah pula cheapskate, maka nasib baik jumpa kak Qila. Dia ni actually senior sekolah aku. Senang deal dengan orang yang kita kenal ni.

Yang aku minta ni untuk 100pax sahaja, tapi murah.
Pakej aku ni candy buffet + chocolate fountain.
Memang puas hati.

Korang silalah percaya.
Memang korang takkan rugi deal dengan beliau. Kak Qila sangat baik dan peramah, so jangan la takut mahupun malu malu eh.
Owh ya. B2B Johor especially JB, kak Qila pun boleh bagi servis candy buffet ni :)
Golden Image pun provide servis pelamin dan hantaran tau. Memang cantik.


Sebarang pertanyaan korang boleh PM kak Qila.
Golden Image : KLIK SINI



Eh eh muka aku kat cermin tulah.
Mirror mirror on the wall, who is the cutest of all?

Terima kasih mirror tolong jawabkan yeay! ^_^