Dan tiba tiba aku tanya Adli.
'Sayang kalau one day tiba tiba kita paralyzed, awak sayang kita lagi tak?
'Eh mestilah sayang'
'Dah tu awak nak ke jaga kita?'
'Sayang kan isteri saya mestilah kena jaga'
And I guess the answer come from a man who will marry me dalam masa lagi dua bulan lebih. Gila apa kau kalau cakap 'Taknak lah jaga baik cari lain', jam jam tu juga aku batalkan perkahwinan haha. Ok tak kelakar la.
Aku anggap itu janji yang selamat. Yes janji ialah janji. Bila bila masa boleh bertukar, like macam dulu aku kena tinggal dengan mantan kekasih. Adli tak pernah janjikan aku apa apa. Kadang kadang aku tanya soalan soalan
Entahlah.
Aku sekarang ni suka memikirkan kemungkinan yang bukan bukan.
Boleh ke aku menjadi isteri yang baik?
Boleh ke dia jalankan tanggungjawab sebagai suami nanti?
Nanti dah ada anak dia boleh ke sama sama jaga anak-anak nanti?
Lepas tu kang mula la aku nak menangis hiba dan tiba tiba mahu jadi seorang runaway bride. Entah apa apa je tapi itulah yang aku rasa sekarang.
Sindrom bride to be kot.
Laaaa lagi dua bulan, seminggu dan enam hari ke? -_-"
Macam belum bersedia je.