Followers

September 25, 2012

Suami Nanti Macam Mana?

Dalam perjalanan nak kahwin ni, tiba tiba terkeluar persoalan dari kepala aku. Hal tentang tanggungjawab suami kepada isteri beliau. Well, the things actually came out bila aku baca dan follow blog ni. Betapa besar pengorbanan suami terhadap isteri, betapa dalam cinta lelaki untuk wanita dalam hidup dia.

Dan tiba tiba aku tanya Adli.

'Sayang kalau one day tiba tiba kita paralyzed, awak sayang kita lagi tak?

'Eh mestilah sayang'

'Dah tu awak nak ke jaga kita?'

'Sayang kan isteri saya mestilah kena jaga'

And I guess the answer come from a man who will marry me dalam masa lagi dua bulan lebih. Gila apa kau kalau cakap 'Taknak lah jaga baik cari lain', jam jam tu juga aku batalkan perkahwinan haha. Ok tak kelakar la.

Aku anggap itu janji yang selamat. Yes janji ialah janji. Bila bila masa boleh bertukar, like macam dulu aku kena tinggal dengan mantan kekasih. Adli tak pernah janjikan aku apa apa. Kadang kadang aku tanya soalan soalan bodoh like nanti kita mati awak kahwin lagi tak entah apa apa, dia mengambil jalan dengan berdiam diri, tak pun senyum sinis. Ketawa besar pun ada juga. Mungkin memikirkan betapa kehadapannya pemikiran bakal isteri beliau ini.

Entahlah.

Aku sekarang ni suka memikirkan kemungkinan yang bukan bukan.
Boleh ke aku menjadi isteri yang baik?
Boleh ke dia jalankan tanggungjawab sebagai suami nanti?
Nanti dah ada anak dia boleh ke sama sama jaga anak-anak nanti?

Lepas tu kang mula la aku nak menangis hiba dan tiba tiba mahu jadi seorang runaway bride. Entah apa apa je tapi itulah yang aku rasa sekarang.
Sindrom bride to be kot.

Laaaa lagi dua bulan, seminggu dan enam hari ke? -_-"
Macam belum bersedia je.





10 comments:

  1. dkt2 nk kwin ni mmg cm tu..suka pikir yg bukan2.kdg2 bila tfikirkan jjwapan yg negetif rasa nk patah balik je..xnk teruskan apa yg dh drncg.tp tu semua mainan syaitan.kawin ni ibarat pertaruhan hidup kita..kita la yg kna pndai control..org dlu pun pernah rasa mcm mnyesal bt kputusan nak kawin.tp skunk ni bila dah kawin + da baby rasa happy sangat...jgn ikotkan hasutan syaitan tu...
    take care yunk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal mama Eja haihhh.
      Ada je benda bukan bukan nak fikir.. Tq for the advises :)

      Delete
  2. Sy pn gtu gak awk.always think n think

    ReplyDelete
  3. Dah kahwin nanti lagi banyak soalan merepek ko tanya. HAHA. Aku lah contohnya! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi kau tanya apa je kat laki kau hoi?

      Delete
  4. mintak dipermudahkan perjalanan hidup.. amin..

    ReplyDelete
  5. sumtimes..mende2 camni kene pike jgk ziema..tapi..wani hrp..si dia sygkn awk hingga ke syurga..amin.. :)

    ReplyDelete
  6. ngehhhhhh~~~

    aku salu kata kat laki aku, "abang jangan tinggalkan sayang, yea?"

    dan beliau selalu jawab, "kenapa cakap bukan-bukan ni?"

    muahahaha.. well, selalunya lepas kawen lagi bukan-bukan ko akan cakap kat laki ko.

    kitorang pernah gaduh dan aku pernah sampai terfikir, "laki aku nak ceraikan aku ke?" nightmare beb! tiba-tiba rasa macam menyesalnya kawen!

    bila dah baik balik, aku tanya, "masa kita gaduh hari tu, abang dah terfikir nak ceraikan sayang, ke?"

    beliau jawab, "kenapa sayang suka cakap bukan-bukan?"

    terus aku peluk beliau lalu nangis sedu-sedan di dada beliau.

    kahkahkahkah

    momen2 macam ni sebenarnya akan eratkan lagi hubungan laki bini :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.