Followers

September 13, 2012

Rileks Sahaja

2 bulan, 3 minggu, 4 hari. Aku dah start menggelabah ni, sampai orang cakap apa pun tak masuk. Semalam meeting kejap pun sepatah haram aku tak faham. Kepala asyik fikir macam macam. Orang nak kahwin memang macam ni. Ke, aku je? -_-'

But alhamdulillah, list penting almost done.


Kursus Kahwin - (Booked) Will be on 29&30 Oct
HIV Test - (Booked) Will be on 9 Oct
Bridal - Done
Katering - Done
Photographer - (Booked) Will be discuss later
 Cinematographer (option)
Kad kahwin - Pending



So far aku dah download borang kahwin JAWI. Baru nak download? Senang tak perlu kau terhegeh hegeh nak ke sana semata mata nak ambil borang sahaja. HIV test aku bulan depan punyalah ramai nak kahwin. Jadi sementara nak tunggu urusan kursus kahwin dan HIV test selesai, aku akan push abah aku settle kan hal borang lain. Banyak betul borang semoga semuanya lancar saja. Amin.

Memandangkan segala urusan kami buat berasingan, maka aku pun kena lah melakukannya sendirian. Alaaa aku ok je (padahal dalam hati sentap tengok pasangan melakukan persiapan together forever). Eh tapi Adli ada lah juga tanya progress, hanya sebab kami jauh dan dia adalah sangat sibuk, maka semua aku kena handle sendiri.

Tak apa nak, mak ok je.

Aku tak boleh nak sentap lebih lebih. Dah kahwin nanti lagi banyak aku kena buat sendiri. At least aku boleh belajar berdikari, buat keputusan sendiri. Bukanlah maksudnya dah kahwin eh semua keputusan di tangan aku amboi amboi queen controlnya haipp. Maksudnya aku tak boleh nak mengharapkan semua dari dia. Nak jadi bini askar kena survive hurk!



 Bibik Jimah gemuk bersama beach boy


Jumaat hari tu aku call saja saja nak bincang bincang hal kahwin. Punyalah rancak bercampur excited bercerita itu ini. Tiba tiba tanya,

'Tadi tengok Naziha tak?'

What?? Kenapa Naziha? Kenapa??
Yang ni aku memang sentap.

Mungkin dia dah tak sayang aku lagi -_-"





23 comments:

  1. adoiii.. x fokus upnya diaa...
    maunye jimah x sentap .. harus la kenn ... hehie

    sabau ye jimah .. kite pun kdg2 gitu gak ..

    ReplyDelete
  2. oo .. bakal laki nnt askar ...
    harus byk sabar la jimah...
    ms muda2 dlu kite mmg elak dr jumpa mat ketak ni..
    harus berkorban ape saje..
    good luck nnt ye..

    ReplyDelete
  3. good luck. bila semua dah setel, rasa macam legaaaa je semua tau.

    ReplyDelete
  4. awak 2 bulan 3 minggu. kita lagi 3 bulan 2 minggu hehehe.. dah terasa jugak dekatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahahaha terbalik pula. Pejam celik pejam celik kejap je masa berlalu kan?

      Gudluck Zila! :)

      Delete
  5. nasib kita sama la cik jimah oiiii..time org ritu pon semua buat sndri...pi pilih bju pon pi sndri, amik kad jmputan sndri, kursus kawin sndri.nasib la da kawan2 n family yg bg support. time tu jgk la ayah kena sakit buah pinggang la, kita pulak kena chicken pox...mmg dugaan.sabar yer cik jimah...nk kwin ni mmg bnyk dugaan n kita pon kdg2 tiba2 tsentap even bnda tu kecik je....take care yer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is what we have to pay when we chose askar kan? :')
      Hehehe.

      Anyway tq Eja :)

      Delete
  6. hahah, part last tu mmh kelakar.. ne way, sama la kita, pasangan jauh.. independent..

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) Takpe takpe.
      Kita kan kuat hehehehe :)

      Delete
  7. Pasni blog ko jd reference aku for wedding preparation..sbb aku pun maybe kena uruskn sndiri..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auwww terharu tau blog jadi sumber rujukan.
      Tapiiiiiii jangan tiru aksi aku last minute preparation! Hahahaha :p

      Delete
  8. go go chaiyok!! hahahaha borang tu memang donlod je takde makna pi amik kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nasib baik boleh download kalau tak memanglah masak aku nak pi sana semata nak ambil borang sahaja ciss

      Delete
  9. sama la kte..
    buat2 cool padahal asyik ak sentap je skang..haha
    emo terlebih pulak :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan kan?
      Sindrom bride to be la tu sob sob sob :'(

      Delete
  10. Mak Jemah oi... Naziha tu bkn scandal laki kau la.. tu cite Naziha kat tv3 tu... hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kau tunggulah bila kau nak kahwin nanti Sikin.
      Bob sebut nama aku pun kau boleh sentap :p

      Delete
  11. tarik nafas panjang2...stay calm & keep loving your soldier awww :-)

    ReplyDelete
  12. akak doakan semoga segala persiapan dan urusan dipermudahkan...

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.