Followers

October 16, 2012

Sindrom Memang Down

Semalam mimpi. Rasa macam ngeri gila.

Tetamu dah ramai datang nak makan makan segala. Tapi makanan belum sampai lagi. Pelamin pun baru nak buat. Lepas tu candy buffet yang aku idam idamkan ada. Memang ada. Tapi kosong, ada bekas sahaja. Guestbook corner pun ada tapi bersepah sepah macam tak siap.

Dahlah minggu lepas mimpi perempuan yang rampas mantan kekasih aku. Dah lah mimpi dia, dengan anak dia tu aku boleh mimpi. Aku siap jegil jegil mata kat budak tu sebab menyampah gila. Eh entah apa apa lah. Serius aku tak ada langsung teringat makhluk makhluk berkenaan.

Lately pula aku hilang selera makan. Dia jadi macam masa aku putus cinta dulu. Kau lapar tapi bila tengok makanan putus selera. Nafsu makan dah kurang. Penat mungkin.

Adakah ini sindrom bride to be? Fuh fuhh




Takutnya :(

17 comments:

  1. i would say, yes!! aku pun pernah mimpi gitu sebulan dua before kawen! hahaha.. sebab kita asyik fikirkan wedding prep tup tup masuk mimpi weh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok lah tu betul kan?
      Ingat aku sorang je yang berperasaan sedemikian rupa teheee

      Delete
  2. ko risau sgt kot beb,tu pasal sampai masuk mimpi...aku nye mimpi lg best mlm td,mimpi kain baju yg ko kata nak bg..aku tertanya2 kain mcmana ko nk bg sampai masuk dlm mimpi,see??hihiii..;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah. Kau excited sangat eh?
      Takpe takpe sabar ye nanti aku pass kat kau :)

      Delete
  3. Ala cian kat ziema....smpai termimpi2....kita pun termimpi2 juga....semoga perjalanan nk ke mjlis berjalan lncr ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aik Cik Mah pun termimpi juga ke? Hehehe..
      Yup semoga semuanya dipermudahkan :) InsyaAllah

      Delete
  4. rileks la babe. dont think too much. as long as ko ade orang yg boleh diharap kt sekeliling, u shouldnt be worried. kadang2 org lain lg worried lebih. ko kene cool je. apa2 jadi..cool je.pengantin kene cool. lpas habes majlis, boleh mengamuk! hehehe. goodluck babe!

    ReplyDelete
  5. semalam pun mimpi!! mmg simptom nk kwen ziema..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh awak mimpi apa tu?
      Kan kan simptom nak kahwin kan hehehe

      Delete
  6. hahahaaa, biase la. syaitan tu, dtg ngusik.

    ReplyDelete
  7. banyak sangat pk sal kawin sebelum tido kot.. takpe, tu kan mimpi je.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exactly Shizan! :)
      Sebab malam tu banyak benda fikir rasanya tapi tak adalah terfikir pelamin tak siap hahaha

      Delete
  8. ni kes fikir sgt ...
    kite pun aritu ade termimpi mantan jg...
    lps mimpi klu teringt, igt kejap x pe laa..
    lapangkan fikiran..
    mybe nnt ok la dear...

    ReplyDelete
  9. alamak kita terkena syndrom yang sama nampaknya. dah dua malam turut2 mimpi pasal kawen. mimpi yang tak best pulak tu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah berturut turut tu. Sabar ajelah Zila :)
      Banyak sangat fikir kot kita ni kan haihh

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.