Followers

February 26, 2013

Peraturan Menantu #2

Dua minggu lepas macam gitu, suami dapat cuti. Eh mesti la suka, dah jarang jumpa kan. Heh. Tak ada yang menarik pun, melainkan dapat habiskan masa berdua sahaja di rumah keluarga aku lantaran mereka semua dah balik rumah makcik aku. Eh bestlah berdua je kau ingat senang aku nak buat aksi aksi isteri yang ganas solehah dengan suami bila ada orang lain? Susah ok. Dahlah weekend haritu tak dapat balik, gara gara ada yang buat hal, laki I yang kena sekali tau tak dapat balik jumpa isteri beliau ini. Eh teremosi pula. Oh Tuhan, aku mohon sujud kepada kau. Lapangkanlah rezeki kami supaya dapat duduk sama. Amin.

Sambung cerita.

Ahad lewat pagi tu gerak ke Jengka, sebab aku ada projek tangan keras dengan kakak ipar-duai. Kahkah, macam bodoh je letak nama projek tangan keras apa entah yang keras. 




Well, inilah projek keras kami.
Tema warna putih.

Aku panggil keras sebab tangan masing masing tak berseni. Kakak ipar suruh aku buat tapak, dan reben sekali. Bunga hidup tu pun nasib baik ada kat Petaling Street, semangat aku gubah malam tu. Yang sirih junjung tu biras aku dan makcik yang buat, kemain google-ing tiru gubahan terkini di tahun 2013. 

Yang sebenarnya aku tak reti gubah bunga ni, semangat aku tanya emak cara-cara gubah. Tapi aku cakap je boleh buat kat kakak ipar aku. Takut la nak cakap tak reti semua, rasa bersalah. Entah apa-apa je rasa. Ni kalau emak aku tengok ni, tentu beliau menyesal ada anak macam aku, tangan tak ada seni langsung. Dahlah malas belajar jahit baju -_-'





Bila tengok gambar ni kan, aku rasa macam, kan best kalau arwah emak mertua ada. Barulah cukup korum. Tapi yelah, kalau Ziema. Kalau. Kalau ada.
And I think the moment when we were crying together after our akad nikah will happen again. Soon. Mesti aku pun akan join sekali sob sob.

Dulu aku selalu kena marah dengan abah sebab cengeng. Benda kecil je pun, bukan main tiba-tiba mata aku bertakung air mata. Sekarang ni, suamilah yang hadap. Suami aku kental sangat, mesti rasa jaki tengok bini dia ni sikit-sikit nak melalak haha.

Dasar keturunan.

Ada la seorang kawan aku ni nak kahwin, bukan main tanya.
'Ziema, kau macam mana ek ambil hati mak mertua kau?. Takutlah nak ada mak mertua'.

Ceh. Sabar aje lah tanya aku soalan macam itu. Takpelah, dia tak tahu aku tak rasa pengalaman ada emak mertua.

Senang je aku cakap.
Benda ni bukan pasal emak mertua sahaja, tapi pada pendapat aku keluarga mertua. Tapi yang penting emak mertualah, amboi kau dah ambil anak lelaki dia lepas tu buat tak tahu je kan dengan emak dia. Ini yang aku tengok la, bila pergi rumah makcik aku. Menantu dia, asal kat rumah makcik aku je tak ada duduk duduk ni. Terus pergi dapur, buat apa apa yang patut. Aku pula yang tiba tiba tersegan sendiri hewhew. Tapi,nak cakap lebih lebih aku tak reti, maklumlah baru 81 hari bergelar isteri dan menantu. Aku pula masih duduk dengan keluarga, waima suami aku pun tengah berkursus. Jadi, amalan anak-menantu belum lagi kami praktiskan gitu.

Kena tunggu kami duduk sama kot.
Bila entah.
One fine day. Insya Allah.







7 comments:

  1. in sha Allah semoge Allah permudahkan ziema dapa duk ngan hubby ya :) bila ade mak mertua ni banyak kita kene jaga dear, macam jaga hati mak kita jugak.. lagi la mungkin dia terasa kita nak amik anak dia dari dia yang sebenarnye kita bukan nak amik teros, nak kongsi je.. jadi dija selalu pesan dan bile suami ajak balik umah mak kita ikot je, jangan la cakap tak nak, sebab dia pun mak kita jugak :)

    ReplyDelete
  2. nasib baik mak mertua nory sporting...hehehe...
    adik beradik ipar pon smua ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestlah tu Nory oiii :)
      Kalau satu kepala memang ok kan? Dapat pula mak mertua sporting hehe..

      Delete
  3. Sya selalu je ter-pk psL tu sbnr nye.. huhu

    ReplyDelete
  4. aku satu kepala dgn mak mertua aku,jenis banyak cakap,kadang2 sampai tertdo asrif nak tunggu bini n mak dia habis berborak..xpe,nnti adli habis kursus semua siap,insyaAllah,mesti dapat duk sama2..no worries okei..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la macam tu :)
      Aku wonder macam mana kau boleh tahan dah setahun duduk jauh dengan laki kau -_-'

      Delete

Komen lah sukahati kau nak komen.