Followers

April 4, 2013

Cerita Tentang Perempuan PJJ

Last week, suami balik. Sebenarnya taklah jangka beliau balik, sebab Jumaat petang tu memang tahu beliau keluar dari hutan. Aku pun tak tunggu pun beliau mesej ke apa, sebab tahu orang tu penat tapi jenguk jenguk juga handphone tu mana lah tahu kan tehee. Malam tu dalam pukul 8 lebih macam tu, eh beliau call. Terus cakap dapat balik weekend. Tapi yang dapat balik ni golongan suami sahaja sebab ehemm, melunaskan tanggungjawab suami HAHA ok tak kelakar.

Perasaan aku?
Ceh, mestilah girang gumbira dahlah seminggu tak dapat contact, sekali contact terus dapat jumpa. Terus memilih night dress mana yang nak dipakai untuk dipersembahkan kepada suami

Sedar tak sedar, sudah 118 hari aku jadi isteri. Tapi tulah, rasa penuh sebagai isteri tu belum ada lagi sebab jauh kan, jumpa pun dua tiga minggu sekali. Aku rasa, Sabtu sahajalah yang betul betul kami spend time sama sama. Jumaat awal pagi baru sampai. Ahad pula, kena sampai sana sebelum pukul enam petang. Tu yang asal beliau balik saja, aku rasa JARANG sangat kami keluar. Lagi seronok duduk dalam bilik rumah, sebab aku rasa masa tu lagi berkualiti dihabiskan berbanding keluar jalan jalan. Entah tu cara kami kot, tak tahulah pasangan lain.

Aku dah jumpa ramai kawan kawan aku yang tengah melalui PJJ ni. Yang baru macam aku ada, yang dah setahun ada. Memang betul, tak senang nak harung benda macam ni seorang diri aku pernah baca ada seorang isteri dan ibu ni tujuh tahun duduk jauh dengan suami macam mana dia handle sorang sorang tu tsskk.

Baru baru ni, ada seorang kawan aku yang meluahkan pada aku, betapa dia macam rasa tak best lepas kahwin disebabkan dia dan suami jauh. Terus persepsi dia tentang yang indah lepas kahwin berubah gara gara PJJ ni. 

Betul sangat, aku pun mengaku juga ada rasa macam tu. Dia bukanlah menyesal, gila kau nak menyesal berdosa tau, tapi rasa macam apakah motif kahwin kalau hidup seakan bujang. Tengok suami isteri berdating dating di hujung minggu cemburu. Tengok suami isteri bersama masuk bilik, sentap. Tengok isteri orang masakkan untuk suami, sedih. Dengar mak aku bebel pun sentap tau pffft. Itu akulah, tak tahu orang lain macam mana. Macam kawan aku ni lagi kesian, dahlah seorang diri, saudara mara pula tak ada sobbs kesian sangat. Ni pun baru jumpa suami, selepas beberapa bulan kahwin.

Aku nak nasihat orang tak reti sangat. Sebab situasi aku jauh beza dengan dia. Aku rasa aku lagi beruntung sebab duduk dengan keluarga, suami pun masih di semenanjung. 

  1. Bersangka baik. Walaupun tiba tiba kau terlintas adakah mungkin perempuan bimbo sedang menggoda suami kau, cepat cepat istighfar Astaghfirullah. Cuba fikir yang indah indah. Ingat ye, syaitan ni menangis bila umat Muhammad bernikah. Untuk itu syaitan ni akan coba nak membisik bukan bukan pasal pasangan kita. Setan betul kan? Puiii
  2. Buat buat sibuk. Macam aku ni, tak boleh sorang sorang nanti aku merempan rindu kat laki hewhew. Makanya, aku akan cuba buat kerja lain. Lately aktiviti aku adalah masak-makan. Lepas tu sekarang ada la orang tempah buat beading, jadi aku akan leka sikit buat benda ni sedar sedar eh, okay masa untuk tidur.
  3. Guna-gunakan suami. Jangan tak tahu ye, kita dalam Islam ni pun boleh guna gunakan suami tapi hoi bukanlah pakai sihir segala tu. Kita pakai doalah kan. Macam aku ni, ehem.. malas nak hafal doa. Aku suka cakap terus, rasa macam lagi feel. Apa yang aku buat, masa beliau tidur, aku baca baca kemudian hembus perlahan kat ubun ubun dia. Lepas tu aku bisik perlahan juga kat telinga beliau, cakap benda yang baik baiklah. (Matilah kalau laki aku baca ni mesti beliau tidur tak lena mata tak pejam)
  4. Layan dia. Kita kan macam jarang jumpa, jadi sesekali layanlah dia dengan penuh. Jangan fikir kehendak kita sahaja dia nak layan. Kehendak dia pun kenalah ambil kira. Gituuu.
  5. Masak sodap sodap. Walaupun jarang aku masak untuk suami, tapi bila beliau balik aku cuba masak untuk beliau, lagi lagi masakan kegemaran. Walaupun hanya membuat secawan teh O, percayalah cakap aku ia boleh mensenyumkan suami anda.

Aku tak kata aku bagus sangat. Baru 118 hari, apa lah sangat jika nak bandingkan dengan orang yang bertahun kahwin. Tapi aku kongsi apa yang aku buat. Aku tak suka kalau ada kawan kawan aku fikir bukan bukan pasal PJJ ni, sebab pendapat aku perempuan macam kita ni dipilih untuk jadi kuat.

Walaupun sebenarnya tak kuat, tapi hakikatnya kita belajar jadi kuat. Untung apa kan kan? :)




Kalau aku rindu, aku tengok benda ni. Terus hilang.

Cepatlah habis dua minggu dalam hutan tu.
Nak dengar suara abang. Eh, abang?







12 comments:

  1. bertabah lah ziema :) saila xpernah rasa apa ziema rasa..tp saila faham,kalau saila kat tmpt ziema pun mesti nangis2..huhuhu

    ReplyDelete
  2. gud luck ziema :)

    ziema mmg kuat. iols bangga sangat2 dgn uols tau..

    ReplyDelete
  3. aip!ckp kat kawan tu,jgn sesekali dia menyesal;)..ala,xselamanya life wife aska pjj mcm ni..entah esok lusa dpt jgk duk sebumbung..bila pjj secara xlangsung ia ajar kita jd kuat,tu yg mkin lama kita akan blh adapt keadaan mcm ni..lebih2 lg klu dah ada anak..hehe

    ReplyDelete
  4. sabar ye ziema.....pernah rasa walau setahun, betul tu mak bebel pun sentap bila kita PJJ dengan suami, apa yang berlaku tu ada hikmah dia yang sendiri....

    ReplyDelete
  5. Kalu dilla rsa rndu, dilla pluk baju suami..cium2 bawak tdo..
    Smpan 1 bju yg suami dh pki tiap kali die nk blik..erk?
    Bju yg x bsuh.. :P Bau bdn suami dpt mnenangkan ht istri tau..hehe.. Ziema cuba la.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha what a brilliant idea. Nak buat macam tu jugak lah kan.
      Bestnya nanti kita cuba eh. Thank you awak :)

      Delete
  6. berat mata yang memandang ni berat lagi yang memikul.. tak ape dija doakan ziema kuat dan bahagia dengan suami ziema.. yang penting salïng percaya, hilang kemanisan berumah tangga kalau tak saling percaya dan kasih sayang tiada kan :)

    ReplyDelete
  7. kita serupa cuma kiat seminggu sekali dapat jumpa..PJJ sebenarnya lagi best..tiap kali dapat jumpa, rase mcm pengantin baru kn..heheheh..

    ReplyDelete
  8. Thanks korang semua!
    Terharu ai tau :')

    ReplyDelete
  9. tgk rantai hasben u i teringat yg my dad pernah nak buat rantai cam tu untuk kmi adikberadik...katenye senang kalo pape org refer ic dan rantai tu...dia dh biasa jd askar...nk train kteorg pun cara askar...ayooo

    ReplyDelete
  10. sabar k.. ade hikmah..

    saya masuk utusan.. jom tengok :)

    ReplyDelete
  11. org dulu pjj gak..perak----sabah.jauhkan.sabar je la.... :)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.