Followers

May 10, 2013

26

Mei sepuluh 2013.

Selama hidup 25 tahun ni, tak ada apa pun aku nak dibanggakan.
Kereta, waima rumah pun tak mampu nak beli. Hutang PTPTN masih banyak, makin banyak mungkin. Kerja pun tahap tahap kuli. Dosa, tahu sangat lagi banyak dari pahala.

Cuma bersyukur, 25 tahun aku masih diberi kesempatan untuk hirup udara. Masih sihat gembira. Alhamdulillah.

Dapat jadi isteri pun, rasa rahmat besar dari Tuhan.

Orang yang pertama wish, mestilah emak aku. Tengah sibuk kami anak beranak jahit manik, tepat pukul 12 tengah malam mak wish. Siap tegur abah aku yang tengah leka tengok TV, 'Eh abah, tak wish pun hari jadi senyap je.' Abah diam. HAHA lelaki memang macam tu kot, malu nak sebut depan depan.

Buat kawan kawan yang wish, kat FB ke, Whatsapp ke, SMS ke, malahan email ke. Terima kasih banyak banyak aku ucapkan. Tak kisahlah, taip panjang panjang, Selamat Hari Jadi Jimah semoga dipanjangkan umur, murah rezeki, cepat cepat dapat baby, ataupun sekadar HB sahaja, aku hargai sangat sangat ingatan korang di hari lahir aku :)

Terharu aku. Betul ni tak tipu.

Suami dalam hutan, Isnin depan baru balik. Entah ingat ke tak birthday aku, minta mintalah dalam hutan tu ada benda yang boleh ingatkan dia tentang aku seperti dedaun hijau yang melambai, air sungai yang mengalir tenang, kicauan burung di dahan dan sebagainya.  :(

Tapi.

Tapi.

Tapi.

Tengahari tadi balik dari meeting kejap, member tunjuk ni.



Dalam hutan ada servis delivery bunga ke apa?

Thank you sayang :')


Akhirulkalam.
Tak ada apa pun aku minta untuk hari lahir aku ni.
Semoga aku jadi perempuan yang bahagia dunia akhirat. Insha Allah.



Bukan gambar semalam










7 comments:

  1. Happy birthday kak Jimah! May Allah bless you and your life dan insyaallah bahagia dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. ziema, hepi besday dear.. semoga diluaskan rezeki dalam segala hal.. :)

    ReplyDelete
  3. Sebelah gmbar puan hazimah,sebelah lg gmbr sape tu?haha..btw,aku nk wish lg ni,semoga hari2 mendatang ko lebey ceria n dpt duk sama2 dgn adli..amin3..:)

    ReplyDelete
  4. hepy belated besday ziema... hihi

    ReplyDelete
  5. hai ziema!!
    lama x leave comment kat sini!~~
    Happy Belated Besday dear! May all ur wish come true.. ;)

    ReplyDelete

Komen lah sukahati kau nak komen.