Tak tahu nak mula dari mana. Semua macam tiba tiba, bercampur baur, tak pandai aku nak tulis satu satu.
Mula dua Ahad lepas, suami bagitahu kakak ipar telefon, abah jatuh bilik air. Terkejut, tapi suami kata abah baik saja, cuma kaki bengkak sapu ubat. Rentetetan dari jatuh tu, abah demam pula. Demam yang berhari hari, dan abah menolak pergi klinik. Macam gitulah abah, tak nak susahkan siapa siapa. Abah ada kencing manis. Minggu tu aku dan suami sibuk, uruskan hal kad nikah, urusan cukai di LHDN. Memang kami dah rancang, Khamis malam nak balik Jengka. Aku pun dah siap siap mohon cuti Jumaat sampai Selasa depannya sebab nak teman suami mengundi.
Rabu.
Malam. Dalam pukul 9 lebih macam tu, kakak ipar telefon, abah kena tahan wad kritikal sebab tiba tiba tak sedar. Terus suami bersiap, aku tolong kemas beg dan apa apa yang patut. Aku cakap kat suami, baliklah dulu nanti Khamis malam aku naik bas, sebab aku sayang cuti aku yang tinggal berbelas hari sahaja sampai hujung tahun ni. Berat, tapi bila suami cakap, 'Saya ada abah je sekarang ni', terus meleleh air mata aku peluk suami. Terus aku pun kemas baju aku sekali. Pergi matilah dengan cuti baki aku tu. Supervisor nak bising pun lantaklah.
Sampai Hospital Temerloh dalam pukul 11 lebih macam tu. Suami masuk tengok abah. Keluar keluar sahaja, aku tengok mata dia berair, tak sampai hati katanya. Doktor pula keluar masuk, tanya itu tanya ini, sambil update perkembangan abah. Tengah malam tu suami ajak keluar beli makanan, lapar pula semua orang. Kesian. Balik balik, kakak ipar cakap abah dah pindah ke wad ICU.
Lagi bertambah risau semua orang. Kami semua tunggu kat ruang depan, tengok lagi doktor keluar masuk tanya itu ini. Aku dan suami masuk. Demi Tuhan, sepanjang aku dengan suami, pertama kali aku tengok suami menangis. Aku cuba tahan, tapi terkeluar juga lama lama. Betul, sangat tak sampai hati aku tengok semua orang. Duduk duduk, tak sedar tertidur. Sedar sedar dah pukul 7 pagi macam tu.
Khamis.
Pagi. Turun bawah, sarapan kejap. Lepas tu balik, rehat kejap dan mandi. Tengahari tu aku dan suami pergi bandar Temerloh, sebab masa melawat mula pukul 5 petang. Balik semula ke hospital, saudara mara dan jiran ramai melawat abah. Kami sampai hospital pun nak dekat masa habis, cepat cepat aku dan suami masuk tengok abah. Sebelum balik tu, adik beradik suami bincang giliran jaga abah. Suami tawar diri nak jaga dengan abang sulung, tapi suami dan aku nak balik rumah dulu, nak packing barang dan tidur kejap.
Malam. Dalam pukul 10 malam tu, aku dah nak lelap, suami juga macam tu. Tiba tiba pintu bilik diketuk, kakak ipar cakap siap siap abah dah tenat. Kedengaran juga suara kakak ipar menangis. Dalam perjalanan tu, aku rasa lambat sangat, walaupun suami bawa laju. Sampai sahaja sana, abang ipar cakap abah dah nazak sangat. Doktor dah cuba guna defibrillator, tapi tak berkesan. Doktor masukkan ubat, dan itu pilihan terakhir.
Tapi doktor dah bagitahu awal awal, abah tak ada harapan. Doktor pun dah pasang siap siap surah Yassin. Menangis semua kat situ berpelukan. Pertama kali aku tengok situasi macam tu, aku bungkam. Aku cuba jadi tenang, peluk suami yang mengongoi sedih. Tapi aku pun turut sama menangis, menangis yang cuba ditahan. Masing masing bergilir bisik di telinga abah. Sempat aku minta maaf pada abah, sambil cuba suruh abah kuat walaupun aku tahu sangat mustahil.
Tepat jam 11.30 malam, doktor isytiharkan abah dah tak ada. Abah dah pergi selama lamanya. Macam tak percaya. Minggu sebelum tu aku baru jumpa abah, siap suruh aku bawa pisang balik rumah. Baru je rasanya salam abah, cium dahi abah, peluk abah sebelum balik KL. Tapi malam tu aku cium dahi abah, sejuk sangat. Sebak betul, tak tertahan air mata aku.
Alhamdulillah, urusan pengkebumian arwah abah berjalan lancar dan senang. Abah pergi dengan tenang, setenang hari Jumaat yang penuh berkat. Abah memang tak susahkan anak anak dia, waima sampai nafas terakhir dia. Kakak ipar cakap, abah selalu cakap nak pergi malam Jumaat. Terima kasih Allah, Kau bagi nikmat selama 139 hari dengan dia. Semoga abah dapat jumpa emak di sana :')
Malam tu, sebelum tidur, masing masing senyap. Pandang siling. Aku tahu suami sedih lagi, tapi aku yang menangis lebih.
Bila suami cakap,
'Saya dah jadi anak yatim piatu,' lagilah melalak aku.
Hari ini genap seminggu sehari arwah abah pergi. Kejap sangat rasa.
Bersyukur sangat, abah sempat tengok aku dan suami bernikah. Cuma, itulah. Tak sempat abah nak tengok cucu dia. Jangan risau ye abah, nanti Jimah tunjuk gambar abah yang Adli simpan dalam dompet dia kat cucu cucu abah. Inilah dia Atok Sani :')
Dahlah, perit pula tekak aku tiba tiba.
Selamat mengundi ye semua.
Aku nak pergi tandas ni. Murah pula air mata aku di hari Jumaat ni.
Bai.
al-fatihah. sebak baca entry ni. moga arwah tenang di sana. takziah saya ucapkan
ReplyDeleteal-fatihah~
ReplyDeleteberginang jugak la membaca ye~
Takziah buat jimah dan keluarga
ReplyDeleteHuhu im crying. Alfatihah. And takziah dari kami..
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeleteTerima kasih semua :')
ReplyDeletetakziah jimah..semua tu dugaan...
ReplyDeleteyang hidup pasti akan pergi..
ingat jimah tuhan lagi syang kan arwah abah...
send takziah to ur husband to..
frens in maya..
ema
takziah..
ReplyDeletealfatihah..
sebak i baca entry ni ziema..
;'(
al-fatihah buat arwah..
ReplyDeletesemoga dia tenang disana..
Sedih akak.. rasanya merah dah hidung ni..kembang kuncup menahan air hidung dari meleleh.. seperti mengingatkan peristiwa yg sama diawal perkahwinan kami.. berbapa dan ibu mertua bertempoh 3 tahun, akak kehilangan abah, mak mertua dan ayah mertua selang 6 bulan..
ReplyDeleteTakziah dear. Sedih sangat baca entry ni. dapat bayangkan macam mana perasaan time ni.
ReplyDeleteSemoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Insyaallah. Amin. Al-Fatihah.
Same sgt situation ni mcm ms atok sq mninggal btol2 sbulan pas kitorg nikah.. :'(
ReplyDelete